Hukum Berkenaan Menghidu Bau Makanan Dari Restoran Bukan Muslim



Apa hukum kita hidu bau masakan daging babi? Pejabat kami bersebelahan dengan restoran cina, setiap hari bau masakan sup babi memasuki pejabat kami. Kami tahu hukum memakannya memang haram, tapi adakah menghidunya setiap hari juga termasuk dalam perkara haram?

Hukum Berkenaan Menghidu Bau Makanan Dari Restoran Bukan Muslim
Credit Pic : SUMBER
JAWAPAN : 

Secara umumnya kita mengetahui bahawa anjing dan babi termasuk di dalam kategori najis mughallazah dan wajib dicuci mengikut kaedah yang ditetapkan oleh syarak. Firman Allah SWT yang bermaksud :

Hukum Berkenaan Menghidu Bau Makanan Dari Restoran Bukan Muslim
“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya).” (Surah al-Maidah: 3)

Dr. Muhammad Zuhaili di dalam kitabnya menyatakan apa yang terdapat pada ain anjing dan khinzir sama ada bangkai, darah, air kencing dan sebagainya adalah najis. [Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (1/47)]

Menghidu Makanan
Sebahagian fuqaha seperti al-Khatib al-Syirbini, Imam Abdul Hamid al-Syarwani, Syeikhul Islam Zakaria al-Ansori dan Ibnu ‘Abidin menyebut di antara adab-adab ketika makan ialah tidak menghidu makanan serta tidak makan ketika makanan masih panas tetapi tunggu sehingga ia sejuk terlebih dahulu. [Lihat: Radd al-Muhtār ‘ala al-Durr al-Mukhtār (6/340), al-Ghurar al-Bahiyyah fi Syarh al-Bahjah al-Wardiyyah (4/214), Mughni al-Muhtaj (4/412) dan Hasyiah al-Syarwani (7/438)]

Hal ini kerana perbuatan tersebut dilihat tidak manis, lebih-lebih lagi sekiranya kita sebagai tetamu menerima jemputan di rumah orang lain. Oleh sebab itu, para ulama' meletakannya sebagai antara adab ketika makan. Selain itu, perbuatan menghidu makanan juga dikhuatiri akan memudaratkan makanan tersebut kerana kemungkinan nafas atau air yang keluar daripada hidung terkena kepada makanan tersebut ketika merapatkan hidung bagi menghidunya.

Akan tetapi kalau sekiranya kita menghidunya bagi mengenalpasti adakah makanan tersebut masih elok ataupun tidak atau perbuatan menghidu tersebut tidak memberi kesan kepada makanan tersebut, ianya tidak mengapa.

Begitu juga, tidak mengapa sekiranya kita menghidu bau makanan daripada jauh atau terhidu bau makanan walaupun daripada restoran bukan Muslim kerana ia termasuk di dalam perkara yang sukar dielakkan. (‘Umum al-Balwa) [1]

Bau masakan restoran bukan Muslim

Berbalik kepada isu di atas, kami melihat ia ada kaitan dengan asap atau wap yang terhasil daripada najis. Para ulama' berbeza pendapat berkenaan dengan hukum asap yang dihasilkan daripada pembakaran najis. Ini seperti yang dinyatakan Imam al-Nawawi di dalam kitabnya bahawa terdapat dua pandangan hukum berkenaan dengan asap yang dihasilkan daripada pembakaran najis di antaranya ialah:

Pandangan pertama menyatakan ianya adalah najis kerana ia terhasil daripada sumber yang najis. Ini adalah merupakan pendapat yang kuat di dalam mazhab Syafie, mazhab Hanbali, Abu Yusuf daripada ulama Hanafiyah.

Pandangan yang kedua menyatakan tidak najis kerana asap (wap) yang terhasil daripada najis sepertimana wap yang keluar daripada rongga badan. Ini juga merupakan fatwa mazhab Hanafi, pandangan yang muktamad di dalam mazhab Maliki dan sebahagian ulama' mazhab Hanbali menyatakan bahawa asap yang terhasil daripada najis adalah bersih. Dan menurut ulama' Hanafiyah, ini kerana mengambil jalan istihsan dan menghindari kesukaran.

[Lihat: al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (2/579) dan al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (20/240)]

Kemudian, Imam al-Nawawi menukilkan pandangan daripada penulis kitab al-Hawi bahawa jika kita katakan bahawa asap yang terhasil daripada najis adalah najis, adakah ia najis yang dimaafkan? Terdapat dua pandangan berkenaan perkara ini.

Begitu juga, sekiranya kita katakan ia adalah najis yang tidak dimaafkan, maka mengelap jelaga yang terhasil daripada pembakaran tadi dapat dibersihkan (disucikan) dengan hanya menggunakan kain kering. Akan tetapi ia tidak dapat disucikan dengan menggunakan kain yang lembap melainkan setelah dibasuh dengan air.

Manakala penulis kitab al-Bayan pula berpendapat jika kita katakan asap tersebut adalah najis. Apabila bau asap tersebut melekat pada pakaian, ia dimaafkan sekiranya sedikit dan sekiranya banyak ia tidak boleh disucikan melainkan setelah dibasuh (dengan air).

[Lihat: al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (2/579-580)]

Imam al-Ramli daripada ulama' Syafiiyyah pula berpendapat bahawa sekiranya asap itu sedikit ia dimaafkan secara mutlak. Selain itu, mengikut pandangan Ibnu Hajar al-Haithami dimaafkan sekiranya asap itu sedikit atau asap itu terhasil bukan daripada najis mughallazah. Sekiranya daripada najis mughallazah maka dikira najis sama ada sedikit ataupun banyak. [Lihat: al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (20/240)]

Adapun gas ammonia [2] yang sukar dielakkan (‘Umum al-Balwa), hukumnya kekal sebagaimana yang asal iaitu suci melainkan sekiranya dipastikan (diyakini) ia daripada asap najis atau dua orang yang adil mengatakan bahawa ia terhasil daripada najis, maka ia termasuk dalam kategori najis. [Lihat: Nihayah al-Muhtaj (1/247)]

KesimpulannyaBerbalik kepada soalan di atas, setelah kami melihat kepada pendapat para ulama' beserta hujah-hujah mereka, kami menyimpulkan kepada beberapa perkara:

- Kami cenderung kepada pendapat bahawa menghidu bau masakan daripada restoran termasuk di dalam perkara yang sukar dielakkan (‘Umum al-Balwa). Justeru, tidak mengapa menghidunya dan termasuk di dalam perkara yang dimaafkan walaupun daripada restoran bukan Muslim.

- Kita tidak mengetahui adakah bau makanan tersebut berasal daripada sumber yang mana, sama ada ia halal ataupun tidak. Dan kita tidak disuruh untuk terlalu mencari-mencari (bertanya) sehingga akhirnya ia menyusahkan diri kita sendiri sebagaimana kisah Bani Israil dan peristiwa penyembelihan lembu yang telah dirakamkan oleh Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 67-74.

Maka, dalam hal ini kita kembali kepada hukum asal iaitu hukumnya adalah suci sepertimana kaedah yang menyatakan :

“Kita berhukum (tentukan hukum) berdasarkan perkara-perkara yang nyata zahir sedangkan Dia (Allah) yang menguasai perkara-perkara yang tersembunyi (rahsia).”

Begitu juga kaedah:

“Tidak terbina sesuatu hukum ke atas perkara yang syak.”

Semoga Allah SWT memberikan kita taufiq dan hidayah untuk memahami agama-Nya serta mengamalkan syariat-Nya dengan sebaik mungkin.

SUMBER

Baca Juga : Hukum Berkenaan Membela Anjing Di Rumah Oleh Orang Islam









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dakcaii.blogspot.com/2019/12/hukum-berkenaan-menghidu-bau-makanan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Jenis Makanan Snek Halal Dan Mesra Muslim Di Kedai Serbaneka Jepun

5 Jenis Makanan Snek Halal Dan Mesra Muslim Di Kedai Serbaneka Jepun

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 1447 hits
Kini ada tidak perlu risau lagi untuk mendapatkan snek halal di Jepun Dengan usaha komuniti masyarakat Islam di sana produk makanan mesra Muslim semakin mudah didapati Organisasi seperti Halal Japan dan Halal In Japan telah melakukan kerja ...
Tip Mencari Makanan Halal Untuk Pelancong Muslim Di Korea

Tip Mencari Makanan Halal Untuk Pelancong Muslim Di Korea

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 597 hits
Semakin ramai rakyat Malaysia mengembara ke Korea Selatan sejak akhir akhir ini Negara kimchi ini bukan saja terkenal dengan K Pop dan K Drama malah makanannya yang sedap sedap Jadi tak hairanlah kalau kita ke Seoul terutama Itaewon pasti a...
Restoran Naritaya Osaka Ini Menyajikan Makanan Halal Yang Berkualiti

Restoran Naritaya Osaka Ini Menyajikan Makanan Halal Yang Berkualiti

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 1189 hits
Restoran Naritaya ini antara restoran yang menyediakan ramen halal di Osaka Cawangan pertama restoran ini adalah di Asakusa Tokyo menyajikan hidangan ramen yang berkualiti serta enak Restoran ini sering menjadi persinggahan ramai setelah me...
Hukum Makan Makanan Yang Diniatkan Untuk Sedekah

Hukum Makan Makanan Yang Diniatkan Untuk Sedekah

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 402 hits
SOALAN Saya ada berniat untuk menyedekahkan makanan tetapi saya tidak jadi dan makanan tersebut dimakan oleh saya Soalan saya apakah hukum saya makan makanan yang diniatkan untuk sedekah tersebut JAWAPAN Amalan bersedekah merupakan amalan y...
Perghh Restoran Diarah Tutup Selepas Pelanggan Rakam Aksi Pekerja Kencing Di Dapur Ketika Drive Thru

Perghh Restoran Diarah Tutup Selepas Pelanggan Rakam Aksi Pekerja Kencing Di Dapur Ketika Drive Thru

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 541 hits
Restoran diarah tutup selepas pelanggan rakam aksi pekerja kencing di dapur ketika drive thru Perbuatan tidak senonoh seorang pekerja restoran terbabit mengundang kemarahan netizen SEBUAH restoran diarah tutup selepas seorang pelanggan mera...
Restoran Baina Nasi Kerabu Paling Sedap Di Kuantan

Restoran Baina Nasi Kerabu Paling Sedap Di Kuantan

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 1038 hits
Restoran Baina Nasi Kerabu Paling Sedap Di Kuantan Hola Agak lama tak jalan jalan cari makan Sabtu baru ni kakak aku ajak pekena nasi kerabu dekat restoran kawan dia di Restoran Baina Nasi Kerabu Bukit Sekilau Kuantan Sebenarnya sebelum ni ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall