Hukum Kanak Kanak Menjadi Imam Solat Orang Dewasa



Apakah hukum kanak-kanak yang sudah mumayyiz tetapi belum baligh (umur lebih kurang 7 tahun) menjadi imam?

Para ulama berselisih pendapat dalam hal ini. Ada ulama berpendapat ia adalah harus untuk sembahyang fardu dan sunat. Pendapat kedua ialah hanya harus untuk sembahyang sunat dan tidak bagi sembahyang fardu. Manakala pendapat ketiga ialah tidak sah untuk kedua-dua jenis sembahyang.

Pendapat pertama yang menghukum harus kanak-kanak yang sudah mumayyiz menjadi imam sama ada untuk solat fardu atau solat sunat. Ini adalah pendapat mazhab Syafie.

Ia berdasarkan dalil daripada Amru bin Salamah (yang berumur enam tahun) berkata “ Apabila kaumku balik daripada Nabi SAW, mereka berkata “Hendaklah menjadi imam orang yang paling membaca Quran di kalangan kamu.” Lalu mereka memanggilku dan mengajarku solat, lalu aku menjadi imam kepada mereka.”

Ini adalah hadis sahih riwayat Imam Bukhari (4302), Abu Daud (585) dan Nasaie (767). Imam Ibnu Hajar berkata dalam kitab Fathul Bari bahawa hadis ini menjadi hujah kepada ulama Syafie pada harusnya budak yang mumayyiz menjadi imam dalam solat fardu.

Ini bermakna kanak-kanak yang mempunyai kelebihan seperti mereka yang menghafal al-Quran dan bagus bacaannya atau kanak-kanak yang dianugerahkan Allah akan ilmu dalam agama boleh dijadikan imam berjemaah.  

Imam Khatib al-Syarbini menyatakan: “Sekiranya kanak-kanak lebih afdhal (baik) daripada orang dewasa seperti mereka fasiq tetapi kanak-kanak itu dari kalangan baik dan bagus maka kanak-kanak itu dikehadapankan daripada orang dewasa. Pendapat ini disebutkan oleh al-Darimi. (Mughni al-Muhtaj, jilid 1, hlm. 492)

Pendapat mengatakan kanak-kanak diharuskan menjadi imam pada solat sunat sahaja dan tidak boleh untuk solat fardu berdasarkan kepada hadis didiriwayatkan dari ibnu Abbas: "Budak kecil tidak boleh menjadi imam sehinggalah dia baligh."

Pendapat ini berpegang dengan hadis ini dan menyatakan hadis Amru Salamah menjadi imam pada solat sunat.

Ibnu Hajar mengatakan ini adalah hadis yang lemah.

Manakala pendapat ketiga mengatakan tidak sah budak yang belum baligh menjadi imam. Ini pendapat mazhab Hanafi.

Dalil pendapat ini ialah hadis Ibnu Abbas menyatakan hadis Amru bin Salamah menjadi imam adalah semata-mata ijtihad sahabat dan tidak boleh jadi dalil.

Secara kesimpulannya, pendapat pertama yang mengatakan sah imam budak yang mumayyiz lebih kuat berdasarkan hadis Amru bin Salamah.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sambungtitik.blogspot.com/2019/10/huk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Membaca Surah Yang Sama Dalam Solat

Hukum Membaca Surah Yang Sama Dalam Solat

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 392 hits
SOALAN Apa hukum membaca surah yang sama selepas al Fatihah di kedua dua rakaat yang awal dalam solat JAWAPAN Pada asasnya membaca surah selepas bacaan al Fatihah adalah sunat walaupun pendek Disunatkan membaca surah pada dua rakaat yang aw...
Hukum Kanak Kanak Mengumandangkan Azan

Hukum Kanak Kanak Mengumandangkan Azan

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 471 hits
SOALAN Apa hukum kanak kanak mengumandangkan azan Adakah sah azan tersebut JAWAPAN Azan merupakan zikir yang khusus Islam mensyariatkannya sebagai pemberitahuan masuknya waktu solat fardhu serta menyeru orang Islam bersama menunaikan solat ...
Imam Solat Tidak Memakai Penutup Kepala

Imam Solat Tidak Memakai Penutup Kepala

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 1783 hits
SOALAN Apakah hukumnya seorang imam yang solat bersama para jemaah tanpa memakai kopiah JAWAPAN Memakai penutup kepala bagi lelaki di dalam solat tidak wajib samada dia imam atau makmum atau yang solat seorang diri Hukum memakai penutup kep...
Didiklah Anak Menjadi Hamba Agar Dewasa Kelak Mereka Tak Menjadi Raja

Didiklah Anak Menjadi Hamba Agar Dewasa Kelak Mereka Tak Menjadi Raja

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 754 hits
Didik anak sebagai hamba Tajuk memang nampak seperti tidak berperikemanusiaan tapi itulah hakikat mendidik anak zaman sekarang Mungkin tak ramai setuju dengan kenyataan ini Terutama ibu bapa yang melihat bahawa anak tersebut perlu dicurah k...
Info Agama Hukum Qadha Solat Tidak Ikut Tertib

Info Agama Hukum Qadha Solat Tidak Ikut Tertib

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 331 hits
SOALAN Hukum qadha solat fardhu yang ditinggalkan itu adalah wajib Soalan saya adakah wajib juga kita qadha dengan mengikut tertib waktu waktunya Dan adakah wajib diqadha dengan segera JAWAPAN Tidak disyaratkan qadha solat yang ditinggalkan...
Boleh Kah Kanak Kanak Menjadi Kejam Kes Pembunuhan Kanak Kanak Paling Kejam

Boleh Kah Kanak Kanak Menjadi Kejam Kes Pembunuhan Kanak Kanak Paling Kejam

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 422 hits
Hi semua Biasa kita dengar ungkapan Kanak Kanak Bagaikan Kain Putih bermaksud kanak kanak ini pemikiran mereka bersih dan sudi Fikiran mereka masih belum di cemari dengan perkara perkara kotor busuk buruk dan menjijik kan kain bersih yang p...
7 Rahsia Pengutip Sampah Menjadi Seorang Jutawan

7 Rahsia Pengutip Sampah Menjadi Seorang Jutawan

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 434 hits
7 Rahsia pengutip sampah menjadi seorang jutawan Assalamualaikum dan salam sejahtera Sebelum ni ada ternampak video seorang lelaki ini yang Berjaya merubah dirinya daripada zero kepada hero Tapi belum sempat lagi nak tengok Hari ini alhamdu...
Pesan Prabowo Kepada Pimpinan Mpr Jangan Menjadi Oligarki

Pesan Prabowo Kepada Pimpinan Mpr Jangan Menjadi Oligarki

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 175 hits
Para pimpinan MPR menyambangi kediaman Ketua Umum Partai Gerindra Prabowo Subianto di Jalan Kertanegara VI Jakarta Selatan Jumat Rombongan yang dipimpin Ketua MPR Bambang Soesatyo atau Bamsoet itu tiba usai Magrib Prabowo berpesan kepada pa...
Pengen Menjadi Ahli Jualan Terapkan Cara Berikut

Pengen Menjadi Ahli Jualan Terapkan Cara Berikut

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 270 hits
Pembahasan kita sekarang adalah Reseller yakni pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Kalau Anda mau berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin punya pendapatan tambahan maka...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Zahid S Loyalty Pledge Strengthening Anwar S Unity Or Weighing It Down For Ge16

Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru