Hukum Kanak Kanak Mengumandangkan Azan



SOALAN:
Apa hukum kanak-kanak mengumandangkan azan? Adakah sah azan tersebut?

JAWAPAN:
Azan merupakan zikir yang khusus. Islam mensyariatkannya sebagai pemberitahuan masuknya waktu solat fardhu serta menyeru orang Islam bersama menunaikan solat.

Hukum azan bagi solat fardhu dan solat qadha adalah sunat muakkad, iaitu sunat kifayah bagi solat berjemaah dan sunat ‘ainiah bagi solat bersendirian. Azan mempunyai peranan yang amat penting bagi menzahirkan syiar Islam. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/337)

Azan mempunyai kelebihan yang banyak sepertimana disebut di dalam nas-nas. Antaranya, Nabi SAW bersabda:

لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الْأَوَّلِ ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلَّا أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لَاسْتَهَمُوا
“Kalaulah orang ramai tahu tentang kelebihan azan dan berada di saf pertama, kemudian tiada ruang bagi mereka kecuali melalui mengundi nescaya mereka sanggup mengundi.” [Riwayat al-Bukhari (615)]

Dalam menjawab isu di atas, sekiranya kanak-kanak yang mengumandangkan azan tersebut masih belum mumayyiz, maka azannya tidak sah. Hal ini kerana dia tidak memenuhi syarat mumayyiz di mana ia merupakan salah satu syarat sah azan. Disebut di dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji: “(Antara syarat sah azan ialah) mumayyiz iaitu tahu membezakan antara baik dan buruk. Justeru, tidak sah azan kanak-kanak yang tidak mumayyiz kerana dia juga tiada kelayakan untuk melakukan ibadat dan tidak tahu mempastikan waktu.” (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/340)

Di dalam kitab Bada’i’ al-Sana’i’ turut dinyatakan: “Azan kanak-kanak yang belum berakal (belum mumayyiz), tidaklah sah dan harus diulang. Ini kerana azan tersebut tidak datang dari orang yang berakal sehingga tidak sah, sepertimana suara (azan) burung.” (Lihat Bada’i’ al-Sana’i’, 1/150)

Al-Wazir Abu al-Muzaffar al-Syaibani menyatakan: “Tidak sah azan dari kanak-kanak yang belum mumaiyiz, dan ia masih tidak menggugurkan kewajiban azan (pada satu-satu kawasan).” (Lihat al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-Arba’ah, 1/463)

Namun sekiranya kanak-kanak tersebut sudah mumaiyiz meskipun belum baligh, maka azannya adalah sah. Dalam sebuah riwayat daripada Abdillah bin Abi Bakr bin Anas, katanya:

كَانَ عُمُومَتِي يَأْمُرُونَنِي أَنْ أُؤَذِّنَ لَهُمْ وَأَنَا غُلَامٌ لَمْ أَحْتَلِمْ ، وَأَنَسُ بْنُ مَالِكٍ شَاهِدٌ، فلَمْ يُنْكِرْ ذَلِكَ
“Bapa-bapa saudaraku menyuruhku azan sedangkan ketika itu aku masih kanak-kanak belum baligh. Kemudian Anas bin Malik menyaksikan perkara itu dan beliau tidak mengingkari hal tersebut.” (Lihat al-Ausath oleh Ibn al-Munzir, 3/41)

Imam Nawawi menyatakan: “Azan anak kecil yang sudah mumayyiz adalah sah sebagaimana sahnya apabila menjadi imam. Inilah pendapat Mazhab Syafi’i, dan ini yang ditegaskan oleh majoriti ulama'.” (Lihat al-Majmu’, 3/107)

Di dalam kitab al-Fiqh ‘ala Mazahib al-Arba’ah turut dinyatakan: “Tidak disyaratkan pada seorang muazzin daripada orang yang baligh. Bahkan sah azan kanak-kanak yang telah mumayyiz sama ada azan dengan sendirinya atau bergantung kepada azan muazzin yang baligh dengan kesepakatan tiga imam.” (Lihat al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-Arba’ah, 1/286)

Kesimpulan

Azan kanak-kanak adalah sah jika sekiranya sudah mumayyiz. Kami berpendapat, amat sesuai digalakkan kanak-kanak mengumandangkan azan sebagaimana thabit dalam beberapa nas serta amalan salafus soleh yang terdahulu yang menyuruh anak-anak mereka untuk mengumandangkan azan. Ini juga termasuk dalam kaedah tarbawi melatih dan menjinakkan remaja serta diberi peranan dalam masjid.

Justeru, generasi yang kita wariskan akan menjadi kasih dan cinta kepada masjid serta mampu untuk menggalas tugas yang akan ditinggalkan dengan rasa tenang tanpa sebarang kekok atau kesukaran dalam menguruskan masjid.

Semoga kita dikurniakan ilmu dan kefahaman yang baik dalam melaksanakan setiap titah perintah-Nya. Amin.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/10/hukum-kanak-kanak-mengumandangkan-azan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Menjawab Azan Di Radio Atau Televisyen

Hukum Menjawab Azan Di Radio Atau Televisyen

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 330 hits
SOALAN Adakah azan yang dikumandangkan di radio atau televisyen perlu dijawab dan dibaca doa selepas azan tersebut JAWAPAN Kami mulakan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr R A Nabi SAW bersabda Apabila kamu semua...
Alahai Sayang Punya Pasal Lepas Selamatkan Kucing Bomba Pula Terpaksa Selamatkan Kanak Kanak Ini

Alahai Sayang Punya Pasal Lepas Selamatkan Kucing Bomba Pula Terpaksa Selamatkan Kanak Kanak Ini

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 443 hits
Kerana sayang seorang kanak kanak lelaki sanggup memanjat bangunan melalui jejantas dipercayai bagi menyelamatkan seekor anak kucing yang terperangkap di atas bumbung Malangnya tindakan murni mangsa berusia 12 tahun itu membawa masalah apab...
Buku 365 Panduan Aktiviti Pendidikan Awal Kanak Kanak Oleh Dr Mahani Razali

Buku 365 Panduan Aktiviti Pendidikan Awal Kanak Kanak Oleh Dr Mahani Razali

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 759 hits
Buku 365 Panduan Aktiviti Pendidikan Awal Kanak kanak oleh DR Mahani Razali Ada tak dikalangan readers umi seorang cikgu tadika prasekolah dan juga ibu yang homeschooling anak anak dari rumah Pernah tak The post appeared first on
Kanak Kanak Perempuan 11 Tahun Hilang

Kanak Kanak Perempuan 11 Tahun Hilang

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 358 hits
Seorang kanak kanak berusia 11 tahun Intan Nuralyssa Qaseh dipercayai hilang sejak Jumaat mengeluarkan notis kanak kanak hilang bagi hebahan orang ramai Menerusi laporan yang dikeluarkan pihak polis lokasi kejadian atau tempat kali terakhir...
Tadika Al Kauthar Terima Anak Istimewa Belajar Bersama Kanak Kanak Normal

Tadika Al Kauthar Terima Anak Istimewa Belajar Bersama Kanak Kanak Normal

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 550 hits
Tadika Al Kauthar Eduqids yang sudah beroperasi sejak tahun 2013 dan terkenal sebagai tadika berkonsep Islamik Menawarkan pendidikan pra sekolah untuk kanak kanak berusia 4 hingga 6 tahun termasuk program hafazan al Quran program Montessori...
Guna Pemetik Api Putuskan Benang Belon Helium 9 Kanak Kanak Antara Mangsa Melecur

Guna Pemetik Api Putuskan Benang Belon Helium 9 Kanak Kanak Antara Mangsa Melecur

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 565 hits
Seramai 16 orang termasuk sembilan kanak kanak dan tujuh dewasa antara usia empat hingga 30 an melecur apabila belon helium yang menjadi prop untuk program kecergasan sempena Bulan Sukan Negara 2019 di Dataran Putrajaya pada Sabtu meletup M...
Kanak Kanak 2 Tahun Mati Kerana Diphteria Sebab Itu Vaksin Penting Boleh Elak 10 Jenis Penyakit Ini

Kanak Kanak 2 Tahun Mati Kerana Diphteria Sebab Itu Vaksin Penting Boleh Elak 10 Jenis Penyakit Ini

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 437 hits
Isu vaksinasi telah lama menjadi bualan ramai pihak dan ia kekal hangat hingga sekarang Ada ibu bapa degil yang masih tidak memahami bagaimana konsep vaksin ini memberi perlindungan atau memayungi populasi awam sehinggakan individu yang tid...
Pesalah Pedofil Yang Pernah Jerat 200 Kanak Kanak Malaysia Dan Kemboja Mati Ditikam

Pesalah Pedofil Yang Pernah Jerat 200 Kanak Kanak Malaysia Dan Kemboja Mati Ditikam

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 381 hits
Kalau korang masih ingat kita pernah dikejutkan dengan penangkapan seorang lelaki warga Britain yang merupakan seorang pedofil dan telah mencabul lebih 200 orang kanak kanak Malaysia dan Kemboja Akibat dari itu dia telah dipenjara dan menja...
Padah Guna Inai Hitam Dipercayai Mungkin Ada Bahan Bertoksik Kanak Kanak Tersiksa Kulit Tangan Menggelembung Teruk

Padah Guna Inai Hitam Dipercayai Mungkin Ada Bahan Bertoksik Kanak Kanak Tersiksa Kulit Tangan Menggelembung Teruk

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 1168 hits
Pemakaian inai sebagai perhiasan diri dalam masyarakat kita pada hari ini sudah tidak asing lagi Secara lazimnya pemakaian inai dapat dilihat dipakai ketika majlis majlis perkahwinan Bukan di majlis perkahwinan sahaja inai ini juga sudah me...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025