Boleh Kah Kanak Kanak Menjadi Kejam Kes Pembunuhan Kanak Kanak Paling Kejam
Hi semua..
Biasa kita dengar ungkapan "Kanak-Kanak Bagaikan Kain Putih.." bermaksud kanak-kanak ini pemikiran mereka bersih dan sudi. Fikiran mereka masih belum di cemari dengan perkara-perkara kotor, busuk, buruk dan menjijik kan.
kain bersih yang putih dan suci ini kalau tidak dijaga akan kotor lah ia. Begitu juga dengan anak-anak kecil ini. Saya pernah melihat 1 kumpulan kanak-kanak yang bertindak mengejek rakan sebaya mereka.
Mungkin ada yang kata "ala..tu tak la kejam.."
Sebenarnya itu lah permulaan untuk anak-anak menjadi kejam. Dia bermula dengan perkara kecil yang negatif yang mereka buat kemudian bila apa yang mereka lakukan itu tidak di tegah dan dicegah mereka akan mula menjadi berani untuk ke peringkat seterusnya.
Dan proses ni tak ambil masa yang lama pun. Mungkin minggu ni dia hanya sekadar mengejek dan minggu depan dia akan mula memukul.
Saya tak suka nak menyalahkan ibu bapa dalam hal ni tapi kenyataan nya semuanya bermula dirumah. Bukan bermakna dia mendapat perlakuan kejam itu di rumah tapi mungkin dirumah dia berjaya menutup kesalahan nya tanpa ibu bapa di rumah sedar apa yang sebenarnya sedang berlaku.
Bila anak kita berjaya menutup sikap sebenarnya dirumah dengan berpura-pura baik dan naif, itu juga proses anak kita untuk kearah menjadi lebih kejam.
Lebih malang lagi perlakuan kejam mereka akan kekal sehingga mereka dewasa.
Terdapat beberapa perkara yang dapat kita lihat pada anak-anak yang cenderung untuk menjadi kejam
1- kerapa melanggar peraturan
2- selalu berbohong
3- mereka tidak mempunyai perancangan masa depan
4- suka kepada perkara yang agresif (merosak kan harta benda/haiwan)
5- tidak mengendahkan keselamatan orang lain
6- Tidak merasa menyesal setiap kali melakukan kesalahan
KES KANAK-KANAK PALING KEJAM DI DUNIA.
Siapa nasih ingat kes James Bulger? James ketika itu berusia 2 tahun dibunuh secara kejam oleh dua kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun (Robert Thompson dan Jon Venables) selepas dia diculik dari pusat membeli-belah pada 12 Februari 1993.
Venables dan Thompson menculik Bulger dari pusat membeli-belah. (Tidak lama selepas itu, ibunya sedar bahawa anaknya hilang)
ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM
KRONOLOGI
1- Mereka membawanya ke trek kereta api. Beberapa orang yang melihat sempat bertanyakan kepada mereka kemana mereka ingin pergi. Bagaimanapun, kedua-dua kanak-kanak lelaki itu mendakwa bahawa James adalah adik mereka.
2- Mereka menyiksa Bulger dalam berbagaicara, mereka menghentak kepalanya, melemparkannya ke atasnya, menendangnya, serta banyak lagi perkara yang mengerikan. Bulger mengalami 10 patah tulang dan sejumlah 42 kecederaan.
3- Selepas ini, mereka mengikatnya ke trek kereta api supaya badan kanak-kanak malang itu di gilis kereta api.
3- Imej CCTV kedua-dua kanak-kanak itu dikesan dan mula disiarkan di kaca tv seluruh dunia. di mana seorang wanita mengenali kedua-dua akank-kanak lelaki itu. Mereka kemudian ditangkap
4- Mayat James dijumpai di trek kereta api, dalam keadaan hampir tidak dikenali. dia telah mengalami 42 kecederaan.
5- Akhirnya, dua kanak-kanak lelaki itu dibawa masuk oleh pihak polis untuk soal siasat. Semasa proses soal siasat , kanak-kanak lelaki itu tetap tenang. Ujian forensik juga mengesahkan bahawa cat yang terdapat pada Bulgers sama dengan cat pada pakaian mereka
5- Kedua-dua kanak-anak itu dibawa ke mahkamah pada 20 Februari 1993 dan didakwa melakukan pembunuhan. Sehingga 500 penunjuk perasaan berkumpul di luar.
6- Pada 24 November, mereka berdua dikenali sebagai pembunuhan yang paling muda pada abad ke-20.
7- Kedua-dua kanak-kanak itu ditahan di pusat berasingan di mana mereka dididik dan diajar untuk menyembunyikan nama sebenar mereka. Kedua-dua kanak-kanak lelaki itu didapati mempunyai PTSD iaitu gangguan psikiatri yang boleh berlaku pada orang yang telah mengalami atau menyaksikan peristiwa traumatik seperti bencana alam, kemalangan serius, tindakan pengganas, perang / pertempuran, rogol atau serangan peribadi yang ganas.
Selepas beberapa tahun di bebaskan Pada tahun 2010, Venables yang berusia 27 tahun didakwa memiliki dan menyebarkan imej kanak-kanak yang tidak senonoh.
Kejadian ini adalah bukti kanak-kanak boleh menjadi kejam dan perilaku nya kekal sehingga dewasa.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.dianarashid.com/2019/10/boleh-kah-kanak-kanak-menjadi-kejam-kes.html