Hukum Haiwan Kasi Dijadikan Korban



Soalan:
Bolehkah haiwan yang telah dikasi, dijadikan sebagai haiwan korban?

Jawapan:

Takrif Kasi

Menurut Kamus Dewan Bahasa, kasi bermaksud sudah dihilangkan alat jantannya atau tidak ada sifat jantannya lagi. Perbuatan mengasi bermaksud menghilangkan alat jantannya. Perkataan lain yang memiliki maksud yang hampir sama ialah kembiri. Ia juga bermaksud tidak ada jantannya atau sifat kejantanannya, atau sudah dihilangkan jantannya. Mengembiri merupakan perbuatan seseorang menghilangkan (membuang) alat jantannya. (Lihat Kamus Dewan Edisi Keempat)

Kasi atau castrate dalam istilah perubatan ialah merujuk kepada perbuatan membuang testis. Dalam istilah arab, ia disebut (الإخصاء) iaitu penghapusan fungsi alat jantina manusia atau haiwan (lelaki/jantan).

Menurut Wikipedia, pengembirian atau pengasian (castration) adalah tindakan bedah dan atau menggunakan bahan kimia yang bertujuan untuk menghilangkan fungsi testis pada jantan atau fungsi ovarium pada betina. Pengembirian dapat dilakukan baik pada haiwan ataupun manusia. (Lihat Wikipedia Ensiklopedia Bebas)

Kembiri atau kasi kambing adalah satu proses dimana testis kambing jantan dibuang untuk menjadikan kambing tersebut sesuai menjadi kambing pedaging. Apabila testis pada zakar kambing jantan ini dibuang maka kambing tersebut tidak dapat mengawan di mana ianya akan menjadi lebih gemuk akibat kurang aktif untuk mengawan. [Lihat: Kembiri Kambing (Kasi) oleh Mohd Anim Hosnan]

Pada asasnya, para ulama’ mazhab Syafi’e membolehkan mengasi haiwan yang halal dimakan ketika haiwan tersebut masih kecil, dan mengharamkannya ketika haiwan tersebut sudah besar. Imam Nawawi menukilkan pendapat Imam Baghawi yang menyebut: “Haram mengasi semua haiwan yang tidak boleh dimakan. Adapun haiwan yang boleh dimakan maka boleh mengasinya ketika masih kecil, dan haram ketika sudah besar.” (Lihat al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim, 9/117)

Ulama’ Hanabilah membolehkan pengembirian binatang ternakan kerana ia akan mengelokkan (menggemukkan) dagingnya, dan memakruhkan mengasi binatang yang tidak halal kerana tidak ada manfaatnya dan menyakiti mereka. Begitu juga para ulama’ Hanafiyyah dan Malikiyyah juga membolehkan pengembirian pada haiwan ternakan yang halal dimakan. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 19/122)

Bolehkah Haiwan Kasi Dijadikan Haiwan Korban?

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, beliau berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَرَادَ أَنْ يُضَحِّيَ ، اشْتَرَى كَبْشَيْنِ عَظِيمَيْنِ ، سَمِينَيْنِ ، أَقْرَنَيْنِ ، أَمْلَحَيْنِ مَوْجُوءَيْنِ
“Bahawa apabila Rasulullah SAW hendak melaksanakan korban, maka Baginda membeli dua ekor kibasy yang besar, gemuk, bertanduk dan berwarna belang (hitam dan putih), yang dikasi.” [Riwayat Ibn Majah (3122), Ahmad (25046) dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (18827) dan Syu’ab al-Iman (1486)]

Manakala dalam lafaz yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdillah R.A, beliau berkata:

ذَبَحَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَوْمَ الذَّبْحِ كَبْشَيْنِ أَقْرَنَيْنِ أَمْلَحَيْنِ مُوجَأَيْنِ
“Nabi SAW pada hari Korban menyembelih dua ekor kambing yang bertanduk, hitam putih bulunya, dan dikasi.” [Riwayat Abu Daud (2795)]

Imam al-Khattabi Rahimahullah berkata: “Sebahagian ulama’ memakruhkan haiwan yang dikasi kerana kekurangan anggotanya. Yang sahih, ia tidaklah makruh. Ini kerana pengasian (castration) akan memberikan manfaat pada dagingnya (menjadi enak/gemuk), dapat menghilangkan lemak serta bau busuk haiwan. Anggota tersebut juga bukan anggota yang dimakan.” (Lihat Syarh al-Sunnah, 4/335. Pendapat ini juga dinukilkan oleh Al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari, 10/10)

Imam Nawawi berkata: “Diharuskan (binatang korban) sama ada jantan, betina atau yang dikasi.” (Lihat Minhaj al-Talibin, 320)

Al-Bujairimi juga menyebut bahawa dibolehkan haiwan korban daripada binatang ternakan seperti unta, lembu, kambing sama ada betina atau jantan walaupun yang dikasi. (Lihat Hasyiyah al-Bujairimi ‘ala Syarh al-Manhaj, 4/397)

Dr Wahbah al-Zuhaili dalam kitabnya menyebut: “Para ulama bersepakat bahawa korban tidak dibolehkan kecuali dengan binatang ternakan iaitu: Unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri (termasuk kambing) dengan segala jenisnya mencakupi yang jantan atau betina, sama ada yang dikasi atau yang tidak dikasi (pejantan).” (Lihat al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 4/259)

Kesimpulan

Berdasarkan kepada apa yang dinyatakan di atas, haiwan atau ternakan yang telah dikasi adalah boleh dan sah untuk dibuat korban atau aqiqah. Ia tidaklah termasuk dalam kecacatan yang menghalang sahnya sesuatu haiwan untuk dijadikan korban.

Semoga Allah SWT menerima ibadah korban yang kita lakukan dan mengurniakan kita ilmu dan kefahaman dalam melaksanakan setiap titah perintah-Nya. Amin.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/08/hukum-haiwan-kasi-dijadikan-korban.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Salam Aidil Adha Hukum Korban Laptop Tak Sah

Salam Aidil Adha Hukum Korban Laptop Tak Sah

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 393 hits
Salam Aidil Adha buat semua Buat yang mahu membuat ibadah korban binatang yang mahu dikorban mesti binatang ternakan 4 kaki tidak cacat dan usia yang bersesuaian Tujuan ibadah korban untuk membersihkan jiwa dan mendekatkan diri dengan Allah...
Setiap Helai Bulu Haiwan Diberi Allah 1 Kebaikan Lakukanlah Ibadah Korban

Setiap Helai Bulu Haiwan Diberi Allah 1 Kebaikan Lakukanlah Ibadah Korban

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 291 hits
BADAH korban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam Tujuannya adalah sebagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT Ia telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah Dalil pensyariatannya sabit dengan al Quran dalam surah al ...
Ketahuilah 17 Hukum Tentang Ibadat Korban

Ketahuilah 17 Hukum Tentang Ibadat Korban

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 214 hits
Menyembelih haiwan korban merupakan bentuk ibadah kepada Allah SWT Tentunya dalam ibadah tidak boleh sembarangan menentukan sendiri tata caranya Semua amal ibadah khususnya Korban harus sesuai panduan yang telah dibuat Syariat Oleh kerana i...
Julung Kali Orang Asli P Indah Rasai Erti Korban Tahniah Ust Azwan

Julung Kali Orang Asli P Indah Rasai Erti Korban Tahniah Ust Azwan

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 204 hits
Pengalaman mualaf Orang Asli merasai erti korbanKUALA LUMPUR 15 Ogos Buat julung kalinya Perkampungan Orang Asli Pulau Indah Pelabuhan Klang dekat sini merasai pengalaman korban sempena Hari Raya Aidiladha baru baru ini Penganjuran majlis i...
Pegawai Honorer Samsat Gelapkan Uang Rp 2 1 M Demi Gaya Hidup Suami Jadi Korban

Pegawai Honorer Samsat Gelapkan Uang Rp 2 1 M Demi Gaya Hidup Suami Jadi Korban

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 166 hits
Seoraang pegawai honorer Samsat menggelapkan uang Rp 2 1 miliar bahkan suami ikut menjadi korban Sekilas tak ada yang menyangka jika wanita yang sehari hari berprofesi sebagai pegawai honorer Samsat ini bisa menggelapkan uang Rp 2 1 miliar ...
Kesaksian Orang Tua Gadis Dalam Karung Didatangi Kuntilanak 5 Pelaku Dihantui Sosok Berwujud Korban

Kesaksian Orang Tua Gadis Dalam Karung Didatangi Kuntilanak 5 Pelaku Dihantui Sosok Berwujud Korban

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 520 hits
Kematian NH gadis berusia 16 tahun yang ditemukan dalam karung rupanya menyisakan cerita mistis Bahkan kelima pelaku yang saat ini sudah berstatus tersangka mengaku sering didatangi sosok berwujud kuntilakan Kelima tersangka adalah Abdul Ma...
Masuk Ke Rumah Korban Perampok Di Bekasi Minta Uang Untuk Mabuk

Masuk Ke Rumah Korban Perampok Di Bekasi Minta Uang Untuk Mabuk

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 162 hits
Tersangka dengan nada membentak meminta uang korban untuk membeli minuman keras tapi ditolak Kesal permintaan tak dipenuhi pelaku mengeluarkan sebilah celurit dari balik pinggangnya dan mengancam korban
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah