Hukum Duduk Sebelah Bukan Mahram Dalam Kelas Pengajian



SOALAN:
Apakah hukum jika saya duduk di sebelah bukan mahram ketika belajar di dalam kelas. Ini adalah disebabkan kelewatan datang ke kelas.

JAWAPAN:
Pertama sekali, kita lihat terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan mahram. Dari sudut bahasa, terdapat beberapa pengertian bagi perkataan mahram. Antaranya kami ringkaskan dalam beberapa noktah berikut:

Individu yang diharamkan untuk seseorang berkahwin dengannya sama ada disebabkan hubungan rahim atau kerabat.Sesuatu yang diharamkan oleh Allah SWT.
Manakala dari sudut istilah para fuqaha’ mahram bermaksud: “Seseorang yang diharamkan untuk kita berkahwin dengannya dan pengharamannya tersebut adalah dalam bentuk al-ta’bid (selama-lamanya) dengan sebab yang mubah bukan kerana kemuliaannya dan bukan juga kerana terdapat penghalang yang boleh hilang.” [Rujuk: Kaasyifah al-Saja, Nawawi bin ‘Umar (Hlm. 114)]

Dalam menghuraikan makna-makna ayat dalam pendefinisian di atas, kami perincikan ia seperti berikut:

Pada perkataan ‘dalam bentuk al-ta’bid’ membawa maksud: Ia tidak termasuk adik beradik perempuan kepada isteri. Begitu juga ibu saudara isteri dari sebelah ayah dan juga ibu saudara isteri dari sebelah ibu. Ini kerana pengharaman mereka itu dari sudut apabila dihimpunkan bersama sahaja (iaitu berkahwin dalam masa yang sama antara isteri dan ibu-ibu saudara mereka atau adik beradik perempuan mereka).

Manakala perkataan ‘bukan kerana kemuliaannya’ merujuk kepada isteri-isteri Nabi SAW. Ini kerana pengharaman mereka adalah disebabkan kemuliaan mereka. Mereka diharamkan kepada keseluruhan umat dan juga ke atas para Nabi juga.

Dan perkataan ‘bukan juga kerana terdapat penghalang yang boleh hilang’ adalah seperti wanita majusi, ataupun wanita yang murtad. Ini kerana pengharaman mereka adalah disebabkan penghalang yang boleh hilang. Maka boleh menjadi halal pada waktu yang lain (seperti apabila mereka memeluk Islam).

Penjelasan berkenaan dengan golongan yang dianggap sebagai mahram ini ada dinyatakan dalam firman Allah SWT:

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ وَعَمَّاتُكُمْ وَخَالَاتُكُمْ وَبَنَاتُ الْأَخِ وَبَنَاتُ الْأُخْتِ وَأُمَّهَاتُكُمُ اللَّاتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُم مِّنَ الرَّضَاعَةِ وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ وَرَبَائِبُكُمُ اللَّاتِي فِي حُجُورِكُم مِّن نِّسَائِكُمُ اللَّاتِي دَخَلْتُم بِهِنَّ فَإِن لَّمْ تَكُونُوا دَخَلْتُم بِهِنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ وَحَلَائِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِينَ مِنْ أَصْلَابِكُمْ وَأَن تَجْمَعُوا بَيْنَ الْأُخْتَيْنِ إِلَّا مَا قَدْ سَلَفَ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَّحِيمًا
“Diharamkan ke atas kamu ibu-ibu kamu, anak-anak perempuan kamu, adik beradik perempuan kamu, ibu-ibu saudara kamu (dari sebelah bapa), ibu-ibu saudara kamu (dari sebelah ibu), anak-anak saudara perempuan kamu (dari sebelah adik beradik lelaki kamu), anak-anak saudara perempuan (dari sebelah adik beradik perempuan kamu), ibu-ibu susuan kamu, adik-beradik perempuan susuan kamu, ibu-ibu kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kepada isteri kamu yang telah kamu setubuhi. Sekiranya kamu belum bersetubuh dengan mereka maka tidak ada dosa ke atas diri kamu. Dan isteri-isteri kepada anak-anak lelaki kandung kamu (menantu perempuan), dan (perbuatan) menghimpunkan antara dua adik beradik perempuan melainkan apa yang telah berlaku pada masa dahulu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [Surah Al-Nisa’ (23)]

Imam Al-Mawardi Rahimahullah menukilkan kata-kata Imam Al-Syafi’e yang menyebut:

أَصْلُ مَا يَحْرُمُ بِهِ النِّسَاءُ ضَرْبَانِ أَحَدُهُمَا بأنسابٍ، وَالْآخَرُ بأسبابٍ مِنْ حَادِثِ نكاحٍ أَوْ رضاعٍ
“Asal perkara yang menjadikan seorang wanita itu mahram adalah dua bahagian. Pertamanya adalah ansab (nasab keturunan) dan berikutnya adalah asbab (sebab-sebab), iaitu daripada pernikahan atau susuan.” [Rujuk: Al-Hawi Al-Kabir, Al-Mawardi (9/196)]

Kemudian Imam Al-Mawardi menghuraikannya dengan lebih lanjut melalui katanya: “Wanita yang mahram itu ada dua kategori. Pertamanya bahagian yang mana individu ini haram secara selamanya. Manakala bahagian yang lain adalah haram untuk dihimpunkan (dalam satu masa yang sama sahaja). Dan bahagian yang individunya menjadi mahram selamanya ada dua bahagian iaitu melalui nasab serta asbab (perkahwinan dan susuan).” [Rujuk: Al-Hawi Al-Kabir, Al-Mawardi (9/196)]

Implikasi mahram dalam kategori nasab dan juga asbab (perkahwinan dan susuan) ini adalah seperti berikut:

Haram berkahwin dengannya.Boleh bersalaman dengannya.Boleh bersendirian (berkhalwat) bersamanya.
Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan di atas, secara umumnya golongan wanita yang tidak termasuk dalam ayat yang ke-23 dari surah Al-Nisa’ di atas adalah merupakan bukan mahram kepada golongan lelaki, dalam erti kata mereka adalah wanita ajnabiyyah. Oleh itu, kesan daripadanya dari sudut perhubungan adalah seperti berikut:

1. Halal berkahwin dengan wanita ajnabiyyah.

2. Tidak boleh bersalaman atau bersentuhan kulit dengannya.

Ini berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ma’qil bin Yasar R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لَأَنْ يُطْعَنَ فِي رَأْسِ أَحَدِكُمْ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لَا تَحِلُّ لَهُ
“Sekiranya dicucuk kepala salah seorang kamu dengan jarum daripada besi itu adalah lebih baik buat dirinya berbanding dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.” [Riwayat Al-Thabrani (486)]

Begitu juga firman Allah SWT yang menyebut:

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada golongan yang beriman hendaklah mereka itu menundukkan pandangan mereka.” [Surah Al-Nur (30)]

Imam Al-Nawawi Rahimahullah menyatakan:

وَقَدْ قَالَ أَصْحَابُنَا كُلُّ مِنْ حُرِّمَ النَّظَرُ إلَيْهِ حُرِّمَ مَسُّهُ وَقَدْ يَحِلُّ النَّظَرُ مَعَ تَحْرِيمِ الْمَسِّ فَإِنَّهُ يَحِلُّ النَّظَرُ إلَى الْأَجْنَبِيَّةِ فِي الْبَيْعِ وَالشِّرَاءِ وَالْأَخْذِ والعطاء ونحوها ولا يجوز مسها في شئ من ذلك
“Para ashab kami telah berkata bahawa kesemua individu yang diharamkan untuk kita melihat kepadanya maka haram juga untuk kita menyentuhnya. Dan boleh jadi halal untuk melihat (kepada seseorang) namun dalam masa yang sama haram menyentuhnya. Sesungguhnya halal untuk melihat wanita ajnabiyyah dalam isu jual beli, mengambil dan memberi sesuatu barangan dan seumpamanya, namun tidak dibolehkan untuk menyentuhnya dalam perkara-perkara tersebut.” [Rujuk: Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, Al-Nawawi (4/635)]

3. Tidak boleh berkhalwat dengannya.

Berdua-duaan dengan pasangan yang bukan mahram adalah suatu perbuatan yang ditegah dalam agama. Ini berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ وَمَعَهَا ذُو مَحْرَمٍ
“Tidak boleh untuk seorang lelaki itu berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan bersama-sama dengan perempuan itu mahramnya.” [Riwayat Muslim (1341)]

Imam Al-Nawawi Rahimahullah apabila mensyarahkan hadith ini berkata: “Maksud hadis ini adalah janganlah seorang lelaki itu duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan bersama-sama dengannya mahramnya. Dan sekiranya seorang lelaki ajnabi itu berkhalwat bersama-sama dengan wanita ajnabiyyah tanpa ada yang ketiga maka perbuatan itu adalah haram secara sepakat para ulama'. Demikianlah juga (hukumnya) jika bersama-sama perempuan tersebut seseorang yang mereka tidak berasa malu dengannya disebabkan kecilnya dia seperti seorang kanak-kanak lelaki berusia dua atau tiga tahun dan seumpamanya maka kewujudan anak tersebut sama seperti tidak ada orang.” [Rujuk: Syarah Sahih Muslim, Al-Nawawi (9/109)]

Penutup

Sebagai kesimpulan, kami menyatakan bahawa tidak ada masalah untuk seorang lelaki itu untuk duduk bersebelahan dengan perempuan bukan mahram di dalam kelas pengajian sekiranya sudah tidak ada pilihan tempat duduk yang lain. Ini memandangkan tidak berlaku khalwat dalam keadaan tersebut kerana kelas turut dipenuhi oleh ramai orang yang lain. Meskipun begitu, perlulah dijaga batasan perhubungan agar tidak bersentuhan kulit di antara keduanya.

Akhir kalam, semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/01/hukum-duduk-sebelah-bukan-mahram-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mulai Jun 2020 Tiada Lagi Pegawai Jpj Duduk Di Sebelah Calon Ujian Memandu

Mulai Jun 2020 Tiada Lagi Pegawai Jpj Duduk Di Sebelah Calon Ujian Memandu

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 247 hits
Bermula Jun 2020 tiada lagi pegawai JPJ yang akan berada di dalam kenderaan bersama calon ketika menjalani ujian memandu Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata pihaknya akan melaksanakan sistem latih...
Design Poster Banner Kelas Pengajian Kitab Segamat

Design Poster Banner Kelas Pengajian Kitab Segamat

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 559 hits
Nama Program KELAS PENGAJIAN KITAB SEGAMATTarikh mula 15 Januari 2020 Minggu 1 2 3Masa 9 00pm 10 30pmTenaga Pengajar Al Fadhil Ustaz Mohd Faizal Abdul RahmanKitab Penawar Bagi Hati Tarikh mula 22 Januari 2020 Minggu 4 5Masa 9 00pm 10 30pmTe...
Duduk Di Kursi Roda Sambil Terbatuk Batuk Kivlan Zen Jadi Saksi Untuk Habil Marati

Duduk Di Kursi Roda Sambil Terbatuk Batuk Kivlan Zen Jadi Saksi Untuk Habil Marati

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 142 hits
Mayor Jenderal Kivlan Zen membacakan kesaksiannya untuk Habil Marati terdakwa perkara pembiayaan pembelian senjata api di Pengadilan Negeri Jakarta Pusat
Che Ta Tak Senang Duduk Suami Dikejar Ah Long

Che Ta Tak Senang Duduk Suami Dikejar Ah Long

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 858 hits
Bukan saja menanggung hutang beratus ratus ribu malah turut menjadi buruan 35 Ah Long Bekas peserta Pencetus Ummah musim kedua Warren Fernandez menerusi Facebook mendedahkan detik kelamnya pada tahun 2019 Lebih mengejutkan dia membuat penga...
Emosi Isteri Yang Berjauhan Dengan Suami Tak Sama Dengan Emosi Isteri Duduk Sebumbung Dengan Suami

Emosi Isteri Yang Berjauhan Dengan Suami Tak Sama Dengan Emosi Isteri Duduk Sebumbung Dengan Suami

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 353 hits
Emosi seorang isteri yang berjauhan dari seorang suami tidak sama dengan emosi seorang isteri yang tinggal sebumbung dengan suaminya Emosi Isteri Yang Berjauhan Dengan Suami Tak Sama Dengan Emosi Isteri Duduk Sebumbung Dengan Suami
Pemungut Sampah Jumpai Mayat Bayi Duduk Dalam Tong Sampah

Pemungut Sampah Jumpai Mayat Bayi Duduk Dalam Tong Sampah

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 214 hits
Setiap kali kes buang bayi ini terjadi pastinya akan menimbukan kemarahan orang ramai Ibu bapa yang tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja membuang anak mereka sendiri malah turut membiarkan insan kecil itu mati sendirian Walaupun ada yang...
Akibatnya Bila Islam Duduk Kat Pejabat Saja 9534

Akibatnya Bila Islam Duduk Kat Pejabat Saja 9534

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 153 hits
Satu masa dulu In Syaa Allah agaknya sekarang dah tambah baiklah Antara punca ISLAM melemah Sebab ketua agama negeri masing2 berbeza2 ada kaki kaut balak ada kaki hardrock botol besar ada samseng kaki pukul ada kaki betina ada kaki las vega...
Kasus Istri Bercinta Dengan Ipar Di Sebelah Suami Berujung Damai

Kasus Istri Bercinta Dengan Ipar Di Sebelah Suami Berujung Damai

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 310 hits
Tunggul juga menjelaskan NPM memang sempat melaporkan kasus perzinahan istrinya Namun belakangan diminta untuk dicabut setelah berkonsultasi dengan pihak keluarga
10 Potret Kece Dan Nyamannya Bean Bag Yang Diterapkan Di Rumah Berasa Lagi Di Kafe Sebelah

10 Potret Kece Dan Nyamannya Bean Bag Yang Diterapkan Di Rumah Berasa Lagi Di Kafe Sebelah

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 232 hits
Nggak sabar pengen bisa rebahan di bean bag sambil baca buku dan ngopi di rumah sendiri
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities