Hubungan Umno Dengan Muhyiddin Makin Jelas Ada Tanda Tanda Tidak Baik




Dalam tempoh terdekat ini, sekurang-kurangnya sudah dua kali Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan membuatkan Perdana Menteri, Muhyiddin berada dalam keadaan tidak sedap hati.Minggu lepas, beliau secara berterus-terang mengatakan UMNO sama sekali tidak berada dalam dilema tentang hubungannya dengan Perikatan Nasional (PN) dan Bersatu.PN, tambahnya, bukanlah sebuah entiti politik yang berdaftar dan kerana itu hubungan UMNO dalam gabungan kerajaan itu dan Bersatu hanyalah sehingga PRU15 saja.Untuk PRU15 akan datang, tegas Tok Mat lagi, UMNO serta BN hanya ada perjanjian dengan Pas dalam Muafakat Nasional (MN) dan tidak dengan PN atau Bersatu.Dengan kata mudah, penegasan beliau itu menunjukkan UMNO dan BN akan meninggalkan Bersatu dan Muhyiddin sebaik saja Parlimen dibubarkan.Maknanya, apa nasib Bersatu dan bagaimana ia mahu membawa diri dalam PRU15 akan datang, pandai-pandai nak hidup dan membawa diri.Siapa pun dalam kedudukan Muhyiddin, pasti akan berasa tidak sedap hati, kalau pun tidak tersinggung dengan kenyataan Tok Mat itu.Semalam pula, Tok Mat mengesahkan beliau telah ditawarkan untuk sebuah GLC, tetapi membuat keputusan menolak tawaran tersebut.Beliau dikatakan menolak perlantikan itu kerana mahu menumpukan usaha memperkukuhkan parti menghadapi pilihanraya umum datang.Sebelum ini viral tentang beberapa tawaran Muhyiddin untuk menerajui GLC kepada pemimpin UMNO dan Tok Mat disebut ditawarkan untuk menerajui TNB.Bersama kenyataannya minggu lalu dan keputusan terbaru menolak tawaran menerajui GLC, rasa tidak sedap hati Muhyiddin terhadap UMNO dan Tok Mat mungkin sudah di paras yang lebih tinggi sekarang ini.Tok Mat dengan jelas benar-benar mahu membawa UMNO, BN dan MN kepada persada kuasa selepas PRU akan datang dan tidak terliur dengan jawatan dalam kerajaan tidak berdaftar PN yang dibuat oleh Muhyiddin kepadanya.Dalam waktu yang sama, Tok Mat seolah-olah mengajak seluruh ahli UMNO menilai kembali bahawa walaupun bersama dalam kerajaan, kedudukan parti itu adalah dalam hireaki ketiga dari segi keutaman oleh Muhyiddin.Melalui perlantikan kabinet dan kementerian yang diamanahkan, tanpa keraguan menunjukkan Muhyiddin lebih mengutamakan kelompok Bersatu, termasuk Ahli Parlimen yang melompat daripada UMNO dan kem Azmin Ali, meskipun mereka mempunyai jumlah Ahli Parlimen yang sedikit berbanding UMNO.Sementara itu, seorang Ahli MT UMNO, Tajuddin Abdul Rahman pula membidas pemimpin-pemimpin UMNO yang berada dalam kerajaan dengan menganggap mereka sudah terpesong hala tuju.Para pemimpin UMNO, kata beliau sepatutnya terus memperkukuh kerjasama dengan Pas dalam MN, manakala keberadaan mereka dalam PN hanya membabitkan kedudukan sebagai Ahli Parlimen semata-mata.“Sepatutnya kita teruskan usaha memperkukuhkan MN untuk siap siaga hadapi PRU-15.“Tapi malangnya ada orang sudah terpesong hala tuju yang sepatutnya ditumpukan untuk hadapi PRU-15 tetapi digunakan untuk ambil bahagian dalam kerajaan.“MN macam sudah tidak penting, yang penting dapat masuk kerajaan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak di Perak.Dengan kenyataan ini, tidak dipastikan sama ada ia membayangkan Tajuddin yang turut ditawarkan menerajui GLC, Prasarana Bhd, akan mengikuti jejak Tok Mat menolak sama tawaran Muhyiddin terhadapnya.Jika beliau menolak tawaran itu, sama seperti Tok Mat, maka ia benar-benar merupakan tamparan kepada Muhyiddin yang masih terumbang-ambing dari segi kedudukan sokongan majoriti di dalam Parlimen.Apa pun, mahu tidak mahu, Muhyiddin tentu saja mulai berasa hati UMNO sekarang ini, terutamanya dengan kenyataan dan pendirian Tok Mat itu.Kalau Tajuddin juga mengambil pendirian yang sama, sesuai dengan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen yang ada undi di Dewan Rakyat, tahap stress dan tekanan darah tinggi Muhyiddin barangkali akan meningkat dengan sendirinya.Yang pasti, perkembangan ini memperlihatkan hubungan UMNO dengan Muhyiddin dan kedudukan parti itu dalam PN juga semakin berada dalam keadaan yang tidak baik, walaupun hanya kira-kira dua bulan bersama-sama membentuk kerajaan baru melalui tebuk atap.Dengan perkembangan ini, berapa lama lagi Muhyiddin mampu bertahan menghadapi tekanan dan karenah UMNO?
(ShahbudinHusin 03/05/2020)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/hubungan-umno-dengan-muhyiddin-makin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Umno Ajak Muhyiddin Sertai Umno

Pemimpin Umno Ajak Muhyiddin Sertai Umno

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 381 hits
Pemimpin Umno Ajak Muhyiddin Sertai Umno Di sebalik pelbagai kenyataan yang menggambarkan kerjasama Bersatu dalam Perikatan Nasional dalam keadaan tidak kukuh salah seorang anggota Majlis Tertinggi Umno berpendapat Muhyiddin Yassin masih bo...
Tajuddin Rahman Pelawa Muhyiddin Masuk Umno Semula

Tajuddin Rahman Pelawa Muhyiddin Masuk Umno Semula

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 293 hits
Tajuddin Rahman pelawa Muhyiddin masuk Umno semula Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 3 May 2020 2 02PM
Kedudukan Muhyiddin Makin Tidak Menentu Bila Bila Masa Boleh Dijatuhkan

Kedudukan Muhyiddin Makin Tidak Menentu Bila Bila Masa Boleh Dijatuhkan

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 223 hits
Kedudukan PN sebagai kerajaan yang meletakkan Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri dari sehari ke sehari jelas menunjukkan ia semakin kucar kacir dan tidak menentu Berbeza dengan mana mana kerajaan sebelum ini yang biasanya diasak oleh p...
Muhyiddin Kalah Dengan Panglima Perang Umno Kadir Jasin

Muhyiddin Kalah Dengan Panglima Perang Umno Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 312 hits
Bekas penasihat media perdana menteri A Kadir Jasin membangkitkan persoalan jika peminggiran pemimpin Bersatu di Johor mencerminkan rancangan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk pulang ke pangkuan Umno Melihat ini semua khususnya pemingg...
Open Fights Break Out In Umno Over Muhyiddin Seorang Lagi Pemimpin Umno Ingkar Pkp

Open Fights Break Out In Umno Over Muhyiddin Seorang Lagi Pemimpin Umno Ingkar Pkp

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 239 hits
Melalui laman sosialnya Naib Presiden UMNO Khaled Nordin hari ini mengumumkan tentang kunjungan hormatnya terhadap Menteri Pengajian Tinggi Dr Noraini Ahmad di Putrajaya Katanya selain bertukar tukar pandangan khususnya impak pandemik Covid...
Kalau Muhyiddin Masuk Umno Adakan Beliau Akan Diberi Laluan Mudah Untuk Jadi Presiden

Kalau Muhyiddin Masuk Umno Adakan Beliau Akan Diberi Laluan Mudah Untuk Jadi Presiden

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 400 hits
Cerita tentang Muhyiddin Yassin diura urakan kembali menyertai UMNO bukanlah perkara baru sebenarnya dan ia telah pun mula kedengaran sejak beliau memegang jawatan Perdana Menteri kira kira dua bulan dulu lagi Oleh itu apa yang dinyatakan o...
Ajak Muhyiddin Masuk Umno Jadi Pm Umno

Ajak Muhyiddin Masuk Umno Jadi Pm Umno

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 370 hits
Di sebalik pelbagai kenyataan yang menggambarkan kerjasama Bersatu dalam Perikatan Nasional dalam keadaan tidak kukuh salah seorang anggota Majlis Tertinggi Umno berpendapat Muhyiddin Yassin masih boleh kekal sebagai perdana menteri Menurut...
Wan Saiful To Tajuddin Where To Put Zahid If Muhyiddin Returns To Umno

Wan Saiful To Tajuddin Where To Put Zahid If Muhyiddin Returns To Umno

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 356 hits
A Bersatu leader does not think it would be feasible for prime minister and Bersatu president Muhyiddin Yassin toUmno There is no need to invite Bersatu to join Umno said Bersatu supreme council member Wan Saiful Wan Jan When this is being ...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah

Cara Cuci Kerang