Hubungan Manusia Dan Bahasa



Bahasa amat penting lebih-lebih lagi bila dikaitkan dengan orang Melayu. Saya rasa ramai di sini yang pernah menonton bahkan membesar dengan filem P.Ramlee. Ingatkah tuan-tuan  satu adegan dalam filem Seniman Bujang Lapok (arahan P.Ramlee, 1961) ketika Ramlee, Sudin dan Aziz pergi ke studio Jalan Ampas untuk meminta kerja sebagai pelakon filem. Sudin mendekati  Pengawal Keselamatan (Jaga)  yang bertugas,  memanggilnya ”hoi, hoi” untuk bertanya sesuatu. Jaga (seorang Singh)   tidak menjawab tetapi kemudian merungut ”Nama saja Melayu, sedikit bahasa pun tak ada. Orang adakah panggil hoi hoi”.  Sudin merasa malu dan berkata ”Alamak ...Singh tu bahasakan kita lah” Ramlee berkata ”Betul kata Singh itu, bahasa menunjukkan bangsa tau”.
            Walaupun dialog ini dituturkan di dalam filem komedi, ia sebenarnya mempunyai makna dan implikasi yang penting. Dialog ’nama saja Melayu, sedikit bahasa pun tidak ada” menunjukkan bahawa si Jaga (walaupun bukan Melayu) sangat terkejut dengan perangai Sudin yang tidak menunjukkan ciri-ciri keMelayuan kerana pada anggapannya (dan anggapan umum) orang Melayu biasanya bertutur dengan bahasa yang baik dan sopan dan sangat mengambil berat dengan hal-hal bahasa..
            Mengambil berat tentang bahasa tidak bermakna menjadi pakar bahasa atau sasterawan. Yang perlu ialah ada kesedaran, kebanggaan, menghormati dan menjaga bahasa sebagai hak pusaka bangsa. Tidak sekali-kali bererti kita tidak perlu mempelajari bahasa lain. Saya juga menulis di dalam bahasa Inggeris.  Jangan risau jika ada perkataan yang kita kurang faham. Misalnya perkataan bitara dan kebitaraan,
Kita tidak perlu bimbang jika kurang memahami sesuatu perkataan asalkan ada usaha kemudiannya untuk mengambil tahu. yang tidak tahu sebenarnya apa makna bitara. Pemahaman dan kemahiran akan bergantung kepada persekitaran di mana kita dibesarkan. Seingat saya pada masa kecil dahulu tidak pernah dengar perkataan bitara ini. Barangkali ada di tempat lain tapi tidak di tempat saya dilahirkan iaitu di Kedah. Ada tidak pun ialah perkataan “Tara”  yang bermaksud tahap.
Menurut Kamus Dewan (2005:195) bitara bermaksud tiada taranya atau satu-satunya. Perkataan ini terbentuk daripada cantuman awalan bi campur tara. Awalan bi bermaksud tiada. Perkataan lain yang terbentuk ini ialah perkataan biadab, iaitu cantuman awalan bi campur adab yang bermaksud tiada adab, biadat. Dari perkataan bitara, terbentuk pula perkataan kebitaraan yang bermaksud ciri atau sifat bitara.
Hubungan Bahasa/Sastera dan Insan.
Syarahan ini meliputi isu-isu bahasa , sastera dan hubungannya dengan insan dan keinsanan atau manusia dan kemanusiaan.   Apa hubungan bahasa dan nilai insan? Apakah sifat2 seorang insan yang bukan hanya seorang manusia?
Insan itu berfikir dan merasa. Atau memiliki dua komponen penting, fikiran dan perasaan.
Bahkan dalam bahasa Melayu fikir dan rasa itu sangat hampir. Apabila berkata rasa ia sudah merangkumi kata fikir. Dalam bahasa Melayu kita sering berkata ‘saya rasa’ bukan “saya fikir”. Sebenarnya rasa itu sudah bermakna fikir atau membawa pengertian fikir. Seseorang  tidak merasa tanpa berfikir. Contohnya “saya merasa bimbang terhadap masa depan bangsa kita”. Ayat ini sudah bermaksud yang dia telah berfikir tentang masa depan bangsa, berfikir tentang situasi yang mencabar bangsanya. Dalam BI I think and I feel itu mungkin benda yang berasingan.

Apakah hubungan bahasa dan manusia? Kita mudah faham bahawa manusia memerlukan bahasa untuk berkomunikasi antara satu sama lain kerana setiap insan memerlukan insan lain untuk membina kehidupan..,
Hubungan bahasa dan manusia adalah berkait rapat.   Di dalam kitab suci Al Quran kejadian manusia diceritakan bersama yakni seiring dengan kejadian bahasa.  Di sini kita ambil Surah Ar Rahman.
Dalam bahagian pertama surah ini  Allah memperkenalkan sifatnya sebagai Ar Rahman (memberi rahmat, kasih sayang)
Arrahman,
عَلَّمَ الْقُرْءآنَ
Dialah yang mengajarkan Al-Qur’an.

Ini diikuti dengan
Ayat 3
خَلَقَ الْإِنسٰنَ
Dialah yang telah menciptakan manusia; –

عَلَّمَهُ الْبَيَانَ
(Dialah yang)Mengajar berkata2.  Berkata-kata adalah dilakukan dengan perantaraan bahasa.

Di sini dilihat bahawa pengajaran Al Quran itu didahulukan daripada kejadian manusia. Ini menunjukkan sebelum menjadikan manusia Allah telah menjadikan Al Quran terlebih dahulu,

BAHASA wujud sebelum manusia. Walaupun al-Quran diturunkan   kepada Nabi Muhammad pada akhir zaman tetapi peristiwa itu disebut Nuzul Quran. Al Quran diNUZULkan atau diturunkan. Bermakna Allah menurunkan sesuatu yang sudah ada tercipta..
Ayat kedua: kholakholinsan iaitu menjadikan insan dari tidak ada kepada ada.
Kata  INSAN  juga membawa maksud ‘kasih sayang’. Manusia mempunyai sifat kasih sayang dan memerlukan kasih sayang. Oleh kerana itu al-Qur’an juga mengajar manusia sifat kasih sayang. Al-Qur’an itu bukan sahaja kitab tentang hukum halal dan haram tapi juga mengandungi ajaran bagaimana berurusan dengan manusia (human relations) yang lain dengan sifat keinsanan (berkasih sayang). Atau yang kita sebut sebagai berperikemanusiaan,
Ayat seterusnya
“Dia lah yang telah mengajar manusia berkata-kata.”
Untuk melakukan sifat insan iaitu berhubungan dan kasih sayang, manusia diajar bayan. ‘Allamahul bayan. Mengajar ilmu bayan atau menggunakan bahasa. Dengan bahasa manusia menyampaikan apa yang ada di dalam pemikirannya dan perasaannya.   Allah telah memberikan manusia kebolehan berkata-kata dan memahami konsep yang kompleks. Kemahiran berbahasa tidak diberikan kepada makhluk lain.
ADAM DIAJAR NAMA-NAMA BENDA.

Allah menjadikan manusia pertama yang diberi nama Adam. Ternyata sebelum terciptanya Adam telah ada makhlok-makhlok lain seperti malaikat dan iblis. Allah SWT mengajar kepada Adam nama-nama benda yang berada di alam semesta.
Dalam Surah al-Baqarah 2:31, Allah berfirman “Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar”.”
Ayat ini menunjukkan bahawa ketinggian sifat Adam (atau sifat manusia) ialah kerana mereka berkebolehan dalam menyebut nama-nama benda yang juga selaras dengan  kemampuan berbahasa
Terdapat ayat lain, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikan itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.  (AR RUM:22).
Manusia dalam bidang apapun termasuk kejuruteraan telah membina tamadun dengan bahasa.  Makhluk lain tidak mempunyai bahasa, buku dan perpustakaan. Hanya manusia boleh mendokumentasi dan menyebar ilmu pengetahuan. Oleh itu hargailah kurniaan Tuhan ini.
Kepandaian manusia dalam bidang binaan telah memungkinkan terdirinya monumen monumen termasyhur seperti Borobudur di Jogjakarta. Monumen ini terus menjadi sumber pendapatan pelancongan negara. Bolehkah monumen segagah dan seindah itu disempurnakan tanpa bahasa untuk memberi arahan yang berkesan?
 
 
BOROBUDUR Lihatlah pada Borobudur ini
Keagungan karya seni
Kukuh  batu batuan
Rapinya  susunan

Bermula dari pemikir
dikumpulkan para pengukir
Pengangkut batu batan
Rapi susunan mengikut tepat arahan
Dan arahan harus turun
Dengan bahasa tersusun

Lihatlah pada Borobudur ini
Apakah lagi yang akan kau nafi
Tentang kemampuan bahasa kami
(dari kumpulan puisi yang sedang dalam proses penerbitan).

Makhluk lain tidak mempunyai bahasa tetapi tidak bererti mereka tidak  berkomunikasi. Haiwan juga menghantar berita sesama sendiri tetapi bezanya haiwan hanya boleh menyampaikan kenyataan-kenyataan yang benar sahaja. Bermakna haiwan tidak pandai bercakap bohong seperti manusia. Misalnya bila terjumpa manisan semut akan memanggil kawan-kawan tetapi manusia bila terjumpa keuntungan belum tentu berkongsi dengan sesiapa.
Semut
Sedikit manisan tertumpah di lantai
Seekor semut pun sampai
Beberapa detik lagi
Bertambah ramai menghampiri
Lama-kelamaan
Beratus-ratus berderetan
Berduyun berbarisan

Aku melihat dan merasa hairan
Tanpa suara dan tanpa kata
semut memanggil kawan-kawan
Bila tercium makanan
Memang telah kupelajari
Haiwan juga berkomunikasi

Sedang aku leka
Terdengar semut berkata
“janganlah lupa semut cuma haiwan
Sekadar tahu menyampai berita
Yang benar sahaja
Tidak secanggih manusia
Kerana manusia adalah makhluk Tuhan
Yang memiliki kepandaian
Untuk mereka-reka cerita
Dan menyebar dusta”
(Cerita Dalam Cerita, ITBM 2014)

Sesungguhnya Bahasa mempunyai peranan yang penting dalam kemajuan kemanusian dan keinsanan. Di antara yang membicarakan hal ini ialah Syed Muhammad Naguib Al-Attas dalam bukunya “Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu” Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1972
Setelah memperkatakan hubungan manusia dan bahasa,  bagaimana pula hubungan manusia dengan sastera?. Apakah peranan sastera di dalam hidup kita?.  Adakah sastera diperlukan.
Perkataan sastera dan kesusasteraan merujuk kepada segala pengucapan yang indah-indah untuk  menyampaikan buah fikiran dan meluahkan perasaan dengan menggunakan  bahasa.  
Secara ringkasnya, hasil Sastera terdiri daripada prosa dan puisi. Penggunaan prosa terdapat di dalam novel, cerpen, hikayat dan sebagainya. Puisi terdiri daripada frasa-frasa yang disusun dalam bentuk rangkap. Contoh puisi termasuklah Syair, Pantun, Gurindam, Seloka, Nazam, Mentera, Teromba,  dan puisi moden yang lebih dikenali sebagai Sajak. Setiap jenis mempunyai struktur dan fungsi masing-masing dan memerlukan wacana pula untuk menghuraikannya.
Pada lazimnya, puisi merupakan bahasa yang bersulam kiasan dan perlambangan. Ia disusun mengikut skima rima, mempunyai unsur bunyi dan bila dibaca terasa ada rentak dan irama.
Baru-baru ini dalam forum di Universiti seseorang berkata bahawa perkembangan sastera telah terjejas kerana proses Islamisasi. Untuk mereka yang menganggap bahawa Islam dan sastera itu dua perkara yang bertentangan silalah baca suatu surah yang pendek dan mudah iaitu surah Al-Ikhlas.. (Khulhuwallahuahad/ Allahussomad/ Lamyalidwalamyulad/ Walamyakullahkufuwanahad.). Kalau Islam menentang sastera mengapakah unsur bunyi atau rima diberi keutamaan? Ini adalah satu contoh unsur puisi di dalam al-Quran.. Di dalam al-Quran akan ditemui penggunaan  metafora dan perlambangan atau apa yang disebut sebagai amthal dan misal perbandingan. Mithalnya Al-Quran meletakkan nilai yang tinggi kepada ayat baik:.
 Kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit. Pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Rabbnya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi, tidak dapat tetap (tegak) sedikit pun.  Petikan ini adalah dari Surah Ibrahim ayat  24-26)


Saya sering bertemu dengan individu-individu yang menyatakan tidak menyukai puisi kerana katanya puisi  mengandungi metafora yang menyebabkan ianya sukar difahami.  Suatu ketika seorang anak muda berkata, “I do not like poets, instead of using the highway they choose the long road”.
Saya faham tapi buat-buat tak faham. “Mana ada, saya lebih suka guna highway dan tak suka guna jalan kampung. Mana awak tahu penyair tak menggunakan highway?. Semua orang nak cepat sekarang”. Barangkali dia bengang dengan saya “Bukan begitu,  maksud saya,  penyair suka guna metaforalah apa-apalah. Kan susah nak faham?” “Oh begitu, kenapa tak cakap terus terang, kenapa nak sebut penyair guna highway? Bukankah awak juga menggunakan metafora untuk lebih mudah menyampaikan apa yang dimaksudkan?”.
Kisah ini adalah contoh bagaimana orang yang berkata tidak suka metafora memerlukan metafora untuk menyampaikan maksudnya.  Sesuatu ayat atau frasa di klasifikasikan sebagai  metafora apabila terdapat perkataan yang membawa makna lain daripada makna biasa yang telah diterima oleh massa atau makna yang berbeza daripada yang diberikan oleh Kamus. Ini dikenali juga sebagai Bahasa figuratif  atau  bahasa kiasan.(Harun Mat Piah,1981:224).  
Ya memang benar, puisi sering menggunakan metafora dan perlambangan. Ia adalah untuk menggambarkan sesuatu yang biasanya abstrak dan sukar ditentukan dalam ukuran matematik. Misalnya bagaimana mengukur berapa tingginya harapan? Lalu disebut ”gunung harapan”. Untuk menggambarkan keresahan dicipta metafora ombak resah dan lain-lain.
Walaupun dikaitkan dengan puisi, kita menggunakan bahasa figuratif di dalam percakapan seharian dan di dalam tulisan tulisan yang bukan puisi, misalnya berita dan rencana di dalam akhbar. Adalah perkara biasa apabila  seseorang  berjumpa dengan kawan  yang jarang-jarang ditemui untuk  berkata  “Kau ni ke mana tenggelam timbul, tenggelam timbul”. Ini adalah bahasa figuratif kerana tidak mungkin orang yang kita maksudkan atau kawan itu hidup di dalam air. “Belanja aku makan, tak bolehlah aku tengah kering ni”.
Media masa terutama akhbar sentiasa memerlukan metafora untuk menyampaikan maksud dengan lebih berkesan. Bahkan akhbar dan media masa memainkan peranan di dalam mencipta dan memperluaskan penggunaan bahasa figuratif tetapi khalayak menyalahkan penyair.  Metafora baru muncul antaranya pengundi hantu, banjir kilat, syarikat gergasi, perhimpunan raksasa, lompat parti dan sebagainya.  
             “Pengundi hantu” adalah metafora kerana  hantu tidak bermaksud hantu sebenar. Syarikat gergasi itu tidak dikendalikan oleh gergasi. Dan dalam lompat parti tiada yang membuat aksi lompatan secara fizikal. Tajuk berita “Aceh bermandi darah”  digunakan untuk memperlihatkan betapa parahnya kejadian di Aceh, dalam istilah sastera disebut hiperbola kerana tidak mungkin seluruh Aceh dilumuri atau dimandikan dengan darah. Bila dikatakan “Negara Islam bercakaran sesama sendiri” yang merupakan penggunaan personifikasi. Objek yang tidak bernyawa iaitu negara digambarkan melakukan perbuatan sebagai objek bernyawa iaitu bercakaran. Frasa lain ialah seperti ‘pertemuan empat mata’ untuk menyatakan perbincangan biasanya di antara Ketua Negara yang diadakan secara tertutup.


RUMUSAN: :  
Bahasa tetap penting walaupun untuk insan yang mengendali kejuruteraan, misalnya IT. Hal inilah yang saya sampaikan dalam sajak bertajuk RUMAH MERDEKA ciptaan tahun 1997 yang pertama kali dibaca di perhimpunan sambutan Hari Kemerdekaan.
Petikan:
Anak-anak tercinta
Jangan kau sangka di era modenisasi
Kota siber dan canggih IT
Kita tidak perlu berbudaya dan berbudi
Akhlak mulia adalah warna peribadi
Tanpa peribadi kau hanyut tak berpaut
Tenggelam di lautan tidak bertepi
Karam di daratan tanpa sempadan
Sesat dan terjerat di timbunan maklumat
Buta meraba di simpang siur lebuh raya kota siber
Anak2 tercinta
rimbun tamadun ditunjangi akhlak mulia
Komunikasi berkesan oleh tutur yang sopan
terpaut rasa oleh santun bahasa
Pedoman bangsa adalah rukun Susila.

SHAH ALAM (tentang pembinaan bandar)


Apakah yang kita cari! di tasik tenang ini
sedikit waktu untuk mengajar anak-anak
mengenal lembut air
hijau rumput dan teduh daun
ramah angin dan sejuk embun
mengajar anak-anak
mengenang tanah kerana budinya
bukan atas nilai dagangannya.

Apakah yang kita cari di padang permai ini
sedikit waktu untuk mengasuh anak-anak
agar mereka tidak membesar
sebagai pembina yang meluaskan kota
tapi menyempitkan ruang kehidupan.

Apakah yang kita harapkan
dayi nama ini, Shah Alam
satu persetujuan untuk kembali kepada alam
kerana alam tidak dapat dikalahkan oleh pembinaan.



Kepentingan berbahasa dengan baik telah dijelaskan oleh Rahmn Shaari, seorang Penyair anak jati Perlis.
Bahasa adalah pengatur
Pucuk fikiran yang bertabur
Bahasa adalah pelentur
Ranting perasaan yang bersiur

Mari kita berbahasa sebaiknya
Dengan bahasa
Terlihat fakta padu
Terlihat sinar ilmu
Terlihat cinta biru

Dengan bahasa
Pemimpin memaparkan arah
Di pentas siasah
Dengan bahasa orang beriman
Menikmati ibadah
Khusyuk dan pasrah
Mari kita berbahasa sebaiknya.

dengan bahasa
Budi dipertingkat
Mesra diperlebar
Dengan bahasa kita
menjadi kita bersama

Rahman Shaari.

Seorang pembina kota mesti mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi. Bolehkah seorang yang tidak tahu menikmati keindahan bunga-bungaan diminta membuat sebuah taman bunga/. Apakah gunanya membina sebuah taman perumahan dan sebuah kota yang bangunannya mencakar langit tetapi didiami oleh pencuri dan perosak harta awam?. Melalui bahasa yang sopan kita akan mendidik anak-anak mengenal nilai kemanusiaan.

             
           


 .



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://zurinahhassan.blogspot.com/2019/10/hubungan-manusia-dan-bahasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tawaran One Off Percuma Kenal Pasti Tahap Kesediaan Ppp Opsyen Bahasa Inggeris

Tawaran One Off Percuma Kenal Pasti Tahap Kesediaan Ppp Opsyen Bahasa Inggeris

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 422 hits
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menawarkan secara PERCUMA dan ONE OFF ujian profisiensi untuk mengenal pasti CEFR Readiness SEMUA Pegawai Perkhidmatan Pendidikan opsyen Bahasa Inggeris SIAPA YANG PERLU AMBIL 1 SEMUA pegawai opsyen BI ...
Cover Version Syed Sumpah Versi Bahasa Arab

Cover Version Syed Sumpah Versi Bahasa Arab

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 832 hits
Assalamualaikum dan selamat malam kepada anda semua Sudah makan Alhamduillah dan bagaimana cuaca di tempat anda Sini baru benti hujan Dalam keadaan cuaca macam ini anda semua kena menjaga kesihatan ya Dalam entri kali ini Naim nak share lag...
Keluarga Melayu Bergosip Bahasa Tamil Berkongsi Rahsia Guna Bahasa Mandarin

Keluarga Melayu Bergosip Bahasa Tamil Berkongsi Rahsia Guna Bahasa Mandarin

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 686 hits
Zehairi Mohd Ripin bersama isterinya Prasetia Ispati dan anak mereka Syah Putra Syafiqa Dian Sherina serta Alfin PORT DICKSON Zehairi Mohd Ripin dan isterinya Prasetia Ispati tinggal di sini selama 19 tahun bersama lima anak mereka yang pan...
Dap Junjung Kedudukan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan

Dap Junjung Kedudukan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 436 hits
Pada 25 Okt 2019nTentu ada yang tertanya tanya mengapa DAP yang sering dimomokkan dengan pelbagai tohmahan oleh pihak lawan masih mahu mendekati orang Melayu serta budayanya malah menganjurkan majlis bagi menghargai sumbangan mereka Bagi pe...
Kak Maya Karin Saya Boleh Cakap Bahasa Inggerislah

Kak Maya Karin Saya Boleh Cakap Bahasa Inggerislah

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 292 hits
SAYA nak kabo kenyataan Maya Karin dalam statusnya di Twitter sebelum ini silap walaupun dia doh tampil menjelaskan perkara sebenar kata murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Paka Dungun Wan Muhammad Yusuf Wan Roslan Wan Muhammad Yusuf yang m...
Gubernur Jabar Imbau Para Santri Untuk Belajar Bahasa Inggris Dan Entrepreneurship

Gubernur Jabar Imbau Para Santri Untuk Belajar Bahasa Inggris Dan Entrepreneurship

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 166 hits
Gubernur Jawa Barat Ridwan Kamil menyampaikan tiga syarat Indonesia menjadi negara adidaya di hadapan ratusan santri Pondok Pesantren Al Basyariyah 2 dalam agenda Subuh Berjemaah Keliling Minggu
Dr Mahathir Menyindir Tapi Menteri Yang Tak Reti Bahasa Syok Sendiri

Dr Mahathir Menyindir Tapi Menteri Yang Tak Reti Bahasa Syok Sendiri

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 442 hits
Kita pening tenguk perangai Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Yusof aka Pak Wan Kereta Terbang Dah terang Dr Mahathir memperlekehkan usaha nak wujudkan kereta terbang kat Malaysia dan mahu cerita tentang kereta terbang tu dimuziumka...
Dah Puas Beritahu Tapi Masih Tak Faham Bahasa

Dah Puas Beritahu Tapi Masih Tak Faham Bahasa

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 434 hits
Baru baru ini tular sebuah kain rentang poster dengan Jata Negara tidak menggunakan bahasa Kebangsaan Adakah ini percubaan untuk provokasi Apakah maknanya menggunakan simbol Jata Negara dan berlatar belakangkan bendera Malaysia namun tiada ...
7 Cara Efektif Belajar Bahasa Inggris Di Rumah Tips Belajar Bahasa Inggris

7 Cara Efektif Belajar Bahasa Inggris Di Rumah Tips Belajar Bahasa Inggris

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 322 hits
Hallo bertemu kembali sesi kali ini akan membawakan mengenai tips belajar bahasa inggris 7 Cara Efektif Belajar Bahasa Inggris di Rumah simak selengkapnya begitulah pembahasan perihal 7 Cara Efektif Belajar Bahasa Inggris di Rumah semoga ar...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tu Kata Pembangkang Mereka Tidak Tahu Mereka Tidak Cerdik

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Palsu

Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah