Dr Mahathir Menyindir Tapi Menteri Yang Tak Reti Bahasa Syok Sendiri
Kita pening tenguk perangai Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd. Redzuan Yusof aka Pak Wan Kereta Terbang...
Dah terang Dr. Mahathir memperlekehkan usaha nak wujudkan kereta terbang kat Malaysia dan mahu cerita tentang kereta terbang tu dimuziumkan jer, tapi Pak Wan Kereta Terbang masih tak reti bahasa (BACA DI SINI)...🤦♂️🤦♂️🤦♂️
Buat kata Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, "Dah Tua Pun Bodoh!!!
Tentu ramai yang masih ingat macam mana Dr. Mahathir tunjukkan reaksi muka 'tak boleh blah', bila Pak Wan tunjukkan kereta 5 kipas yang dicanangkan sebagai prototaip kereta terbang Malaysia yang pertama, masa kat Pameran LIMA di Langkawi, kesian kita tengok Atoq...😂😂😂
Tapi Pak Wan Kereta Terbang is Pak Wan Kereta Terbang and he will always be...
Masa kat LIMA Langkawi tu, depan 2 biji mata Pak Wan Kereta Terbang, Dr. Mahathir bagi signal, 'hang jangan dok merapu Pak Wan', tapi Pak Wan Kereta Terbang tetap dengan rasa gah bercerita pada wartawan tentang prototaip kereta 4 kipas tu dan dengan perasannya merasakan diri dia akan tercatat dalam sejarah sebagai pelopor teknologi kereta terbang kat Malaysia nie...😜😜😜
Malah Pak Wan Kereta Terbang dengan 'poyonya' mengumumkan dia akan menjadi orang pertama yang akan naik kereta terbang kat ruang angkasa, oppss, ruang udara Malaysia (BACA DI SINI)...
Bulan Julai lepas, Pak Wan Kereta Terbang siap umumkan yang kereta 4 kipas pertama di Malaysia akan berada di ruang udara Malaysia pada awal bulan Oktober 2019 (BACA DI SINI)...🤣🤣🤣
Sekarang dah melebihi pertengahan Oktober 2019, bila ditanya tentang prototaip yang dikatakan akan 'take off' di bumi Malaysia buat pertama kali, Pak Wan Kereta Terbang berceritalah pulak tentang projek kereta terbang kedua Malaysia yang akan gunakan teknologi Amerika, fuyoooo (BACA DI SINI)...🤣🤣🤣
Paling 'win' bila Pak Wan Kereta Terbang siap cakap, dengan kelajuan kereta terbang kedua nie, penerbangan dari KL ke Pulau Pinang akan cuma mengambil masa 1 jam jer (BACA DI SINI)...😮😮😮
Mungkin sebab tak tahan dengan angan-angan Mat Jenin Pak Wan Kereta Terbang tu, Dr. Mahathir keluarkan sindiran yang cukup tajam untuk Pak Wan Kereta Terbang...
"Nanti bila semua orang dah ada kereta terbang, akan ada pula jamned kat atas tu, terpaksalah polis trafik terbang", sindir Dr. Mahathir pada Pak Wan Kereta Terbang...🤣🤣🤣
Cuma admin nak tanya pada Pak Wan Kereta Terbang, kena bayar TOL tak nanti...
Pak Wan Kereta Terbang kena mula bagi gambaran tentang 'charge' TOL, sebab nanti, bila sampai masanya tahun depan, senang Pak Wan nak kalihkan soalan wartawan yang tanya tentang prototaip kereta terbang kedua Malaysia...
Pak Wan boleh jawab, sekarang nie, sebelum kita lancarkan kereta terbang pertama dan kedua, kita sedang bangunkan plaza kutipan TOL tergantung untuk kemudahan 'pilot-pilot' kereta terbang...
Bila ada TOL, barulah Dr. Mahathir akan bagi sokongan 100%!!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://theunspinners.blogspot.com/2019/10/dr-mahathir-menyindir-tapi-menteri-yang.html