Keluarga Melayu Bergosip Bahasa Tamil Berkongsi Rahsia Guna Bahasa Mandarin


Robin AugustinZehairi Mohd Ripin (berdiri, dua dari kiri) bersama isterinya, Prasetia Ispati dan anak mereka – Syah Putra (berdiri, kiri), Syafiqa (berdiri, kanan), Dian (duduk dari kiri), Sherina serta Alfin. PORT DICKSON: Zehairi Mohd Ripin dan isterinya, Prasetia Ispati tinggal di sini selama 19 tahun bersama lima anak mereka yang pandai berbahasa Melayu, Tamil dan Mandarin.

Tetapi, bagaimana Syafiqa, Syah Putra, Dian, Alfin dan Sherina pandai bertutur tiga bahasa ibunda di negara ini?

“Saya pernah kerja di sebuah kilang dan jiran saya yang berbahasa Tamil menjaga anak-anak saya ketika saya bekerja,” kata Prasetia yang berasal dari Surabaya, Indonesia dan lebih mesra dengan panggilan Tia kepada FMT.

Jirannya ialah Marimuthu Subramaniam yang lebih dikenali keluarga Tia sebagai Amma, bahasa Tamil bagi panggilan ibu.

Lima beradik itu belajar bahasa Tamil dan banyak aspek budaya orang India sepanjang dijaga Amma.

“Saya sangat teruja anak-anak saya belajar budaya kaum lain. Saya turut belajar bercakap bahasa Tamil bersama mereka,” kata Tia.

Pasangan itu menghantar anak mereka ke sekolah Cina untuk belajar bahasa Mandarin dan budaya kaum Cina.

Di rumah pula, lima beradik itu akan berbahasa Melayu dengan Zehairi.

Itulah sebabnya lima beradik itu tidak perlu berbisik rahsia di depan orang lain kerana mereka boleh menguasai bahasa ibunda tiga kaum utama negara ini.
Amma (sari merah jambu) bersama keluarganya dan Zehairi.Anak sulung, Syafiqa, 18, berkata kebanyakan masa dia dan adiknya berbahasa Tamil, tetapi Mandarin digunakan ketika berkongsi rahsia bagi mengelak diketahui ibu bapa mereka.

Apabila Tia keluar dengan anaknya, mereka bertutur bahasa Tamil dan ini menyebabkan ramai yang tertanya-tanya latar belakang keluarga itu yang pandai berbahasa “asing”.

Syafiqa berkata, menguasai bahasa berlainan memberi lebih banyak peluang kepadanya.

“Ini tidak menjadikan saya kurang Melayu, tetapi lebih seperti rakyat Malaysia.”

Anak bongsu berusia 11 tahun, Fara berkata: “Saya gembira dapat bercakap bahasa yang berbeza kerana boleh berkawan dengan kanak-kanak berbilang kaum.”

Anak kedua, Syah Putra, 17, berkata pandai berbahasa Tamil menyebabkan dia lebih menghayati muzik Tamil.

Ayahnya bersetuju: “Anda akan selalu dengar lagu Tamil dinyanyikan di sini pada sebelah malam.”
Puteri Noor Syafiqa berkata, belajar bahasa lain tidak menjadikannya kurang Melayu.Keluarga itu yang suka filem Tamil akan ke panggung wayang sekurang-kurangnya sekali sebulan.

Tamil bukan satu-satunya perkara yang mereka pelajari dari Amma. Tia kini tahu memasak kari, dhal dan hidangan India yang lain.

“Ketika saya mula-mula datang dari Indonesia, saya tidak pernah memakannya, sekarang puri ialah kegemaran saya.”

Anak perempuan berusia 15 tahun, Dian berkata, keluarganya meraikan Deepavali bersama Amma.

“Kami pergi ke rumahnya dan membersihkannya, serta membantunya membuat biskut tradisional, maka kami akan meraikan bersama.”

Tia gembira keluarganya bukan saja rapat dengan Amma, tetapi jiran mereka yang berbilang kaum.
Mohd Syah Putra suka menyanyikan lagu Tamil.“Di sini, semua orang mengenali satu sama lain,” kata Tia yang berharap lebih ramai rakyat akan mempelajari bahasa “rakyat Malaysia”.

“Itu sangat baik untuk perpaduan negara.”

Tetapi, Tia sedih dengan keadaan sekarang.

“Hari ini kita nampak orang Melayu hanya bergaul dengan orang Melayu, orang Cina dengan Cina dan orang India bersama orang India.”

Bagi Tia, rakyat Malaysia tidak nampak manfaat daripada perkara yang menjadikan negara ini unik dan sepatutnya menjadi kekuatan terbesarnya.

“Apa yang menjadikan negara kita cantik ialah kita ini orang berbilang kaum.”



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/10/keluarga-melayu-bergosip-bahasa-tamil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menangis Geng Anti Bahasa Melayu Bila Baca Tweet Mat Saleh Ni

Menangis Geng Anti Bahasa Melayu Bila Baca Tweet Mat Saleh Ni

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 703 hits
Aku setuju dengan Ryhs yer semuanya bergantung kepada niat Bagaimana mat saleh yang tidak lahir dan membesar di Malaysia sangat menghargai bahasa Melayu Tetapi rakyat Malaysia yang lahir dan membesar di Malaysia begitu prejudis terhadap bah...
Dap Junjung Kedudukan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan

Dap Junjung Kedudukan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 443 hits
Pada 25 Okt 2019nTentu ada yang tertanya tanya mengapa DAP yang sering dimomokkan dengan pelbagai tohmahan oleh pihak lawan masih mahu mendekati orang Melayu serta budayanya malah menganjurkan majlis bagi menghargai sumbangan mereka Bagi pe...
Kasihnya Seorang Ayah Walau Pekak Dan Bisu Tetap Luah Rasa Sayang Pada Bayinya Guna Bahasa Isyarat

Kasihnya Seorang Ayah Walau Pekak Dan Bisu Tetap Luah Rasa Sayang Pada Bayinya Guna Bahasa Isyarat

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 410 hits
Setiap pasangan yang berkahwin pasti teruja setiap kali dikurniakan anak Lebih lebih lagi jika anak pertama Anak adalah pelengkap kehidupan untuk alam rumah tangga yang dibina atas dasar cinta Bersama pasangan tersayang Kegembiraan dan kese...
In This Malay Home Gossips In Tamil Secrets In Mandarin

In This Malay Home Gossips In Tamil Secrets In Mandarin

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 283 hits
Meet the polyglot family Syah Putra Zehairi and wife Tia Syafiqa and Dian Sherina and Alfin PORT DICKSON Palm sugar kuih kaswi cakes on the table and Quranic verses on the wall indicate that living in this house in Lukut Negeri Sembilan is ...
Kerajaan Martabat Bahasa Melayu Di Majlis Rasmi Anwar

Kerajaan Martabat Bahasa Melayu Di Majlis Rasmi Anwar

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 264 hits
Majlis rasmi kerajaan wajib menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam usaha memartabatkan bahasa itu sebagai bahasa ilmu tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim Memetik laporan Bernama Presiden KEADILAN itu berkata pemimpin dan keraja...
Rahsia Kekal Awet Muda Bertenaga Dan Cantik

Rahsia Kekal Awet Muda Bertenaga Dan Cantik

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 517 hits
Saya nak kongsi dengan anda rahsia kekal awet muda bertenaga dan cantik Bila share di Facebook ramai yang cuba teka Ada yang teka vivix Performance drink ada yang teka vivix dragon fruit Semua boleh Tapi tak berapa tepat The post appeared f...
Rahsia Kulit Lebih Sihat Dengan Bioxcellent Colla White Diamond

Rahsia Kulit Lebih Sihat Dengan Bioxcellent Colla White Diamond

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 380 hits
Rahsia Kulit Lebih Sihat Dengan BioXcellent Colla White Diamond Assalamualaikum dan salam sejahtera Apabila usia makin meningkat pasti nutrisi dalam tubuh badan kita semakin berkurangan dan kita memerlukan pemakanan tambahan untuk menampung...
Rahsia Mak 58tahun Kekal Cantik Jelita

Rahsia Mak 58tahun Kekal Cantik Jelita

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 635 hits
mak Ainul pun makan Shaklee tau Mak makan dah lama lebih kurang 7 tahun sama dengan Ainul lebih kurang Febret mak vitamin C GLA Ostematrix dan vivix mak Ainul di usia 58tahun cantikkan dia Mak Ainul memang jaga kesihatan suka makan suppleme...
Rahsia Didik Anak Cara Ustazah Siti Nor Bahyah Ada Peluang Peluk Baru Tak Cepat Mengamuk

Rahsia Didik Anak Cara Ustazah Siti Nor Bahyah Ada Peluang Peluk Baru Tak Cepat Mengamuk

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 477 hits
Rahsia didik anak supaya dengar cakap dan tidak memberontak perlu diketahui oleh setiap ibu bapa Peranan sebagai ibu bapa dalam mendidik anak bukan urusan yang mudah lantaran perlau membentuk nilai nilai positif dlam diri anak Jika silap tu...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner