Hubungan Kaum Makin Renggang Selepas Ph Menang Kata Tok Mat



(FMT) – Hubungan antara kaum semakin renggang selepas pilihan raya umum ke-14 yang menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya, kata Mohamad Hasan.
Calon Barisan Nasional DUN Rantau itu tidak menolak ia berpunca daripada kegagalan pemimpin PH mempamerkan corak kepimpinan yang mantap biarpun sudah mencecah 11 bulan memerintah, termasuk tidak mempunyai hala tuju yang jelas.
Katanya, semua kaum merasa gelisah dan kecewa dengan pentadbiran PH kerana mereka mengharapkan kehidupan lebih baik selepas bertukar kerajaan.
“Keterbukaan kerajaan dalam memberi kebebasan juga menyebabkan segelintir rakyat tidak lagi menghormati antara satu sama lain.
“Rakyat pada PRU14 telah beri kepercayaan kepada PH dengan harapan negara ini akan menjadi sebuah negara lebih cemerlang daripada apa yang pernah dilakukan (BN), tetapi janji-janji yang ditabur hanya janji manis sahaja,” katanya ketika ceramah di Kampung Ulu Lalang, Rantau malam tadi.
Beliau berkata rakyat tidak tenteram dengan hubungan antara kaum yang semakin tegang kerana ia tidak baik bagi negara seperti Malaysia yang mempunyai penduduk berbilang kaum.
“Kita reka visi iaitu rukun negara selepas terjadinya insiden 13 Mei, kita buat rukun negara tetapi hari ini nampaknya rukun negara entah kemana, undang-undang entah kemana kerana orang sudah tidak hormat undang-undang dan masing-masing bebas melakukan apa sahaja,” katanya.
Bimbang rusuhan kaum
Mohamad juga berkata, keretakan hubungan antara kaum meletakkan Malaysia dalam bahaya dari segi struktur fabrik sosial.
“Kalau ini tidak ditangani dengan baik kita akan terjemumus dalam satu episod yang mana Malaysia akan menyesal, samua kita akan menyesal.
“Sentimen syak mengesyaki, cemburu antara satu sama lain, menghina antara satu sama lain, ini kita perlu hentikan.
“Negara yang satu kaum, satu bangsa, satu bahasa, satu agamapun boleh terjerumus dengan masalah seperti di Iraq, Mesir, Syria, Tunisia, Libya dan Oman, inikan pula negara kita yang ada pelbagai kaum, berbilang bangsa dan agama,” katanya.
Tambah beliau, jika berlaku perpecahan, negara sukar untuk kembali bangkit.
“Selama 60 tahun lebih kita bina bersama, orang Melayu, Cina dan India dan kaum Sabah dan Sarawak hidup makmur dan saling menghormati, tapi hari ini sebaliknya.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/04/07/hubungan-kaum-makin-renggang-selepas-ph-menang-kata-tok-mat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Jumpa Hadi Selepas Menang Jawatan Timbalan Presiden Umno Kata Tok Mat

Saya Jumpa Hadi Selepas Menang Jawatan Timbalan Presiden Umno Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 351 hits
Mohamad Hasan berkata wawasannya ialah untuk memperkasakan semula Umno dan menyusun strategi bagi menghadapi PRU ke 15 SEREMBAN Mohamad Hasan berkata beliau menghubungi Presiden PAS Abdul Hadi Awang sebaik sahaja memenangi jawatan timbalan ...
Selepas Menang Tok Mat Bakal Ditahan Sprm

Selepas Menang Tok Mat Bakal Ditahan Sprm

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 498 hits
Tok Mat bakal ditahan SPRM 13 April 2019 KUALA LUMPUR Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan bakal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam masa terdekat ini Beliau disyaki menyalahgunaan kuasa dengan melul...
Hadi Masih Terbelenggu Dengan Politik Kaum Atau Beliau Tak Mahu Tok Mat Menang

Hadi Masih Terbelenggu Dengan Politik Kaum Atau Beliau Tak Mahu Tok Mat Menang

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 407 hits
Presiden Pas Hadi Awang baru baru ini dirawat beberapa hari di IJN kerana tidak sihat Beliau baru saja keluar IJN dan mungkin dalam keadaan belum cukup rehat tetapi semangatnya untuk membantu Mohamad Hasan calon BN dalam PRK Rantau tetap ti...
Tok Mat Menang Selesa Majoriti Bertambah Di Rantau Kajian Gps

Tok Mat Menang Selesa Majoriti Bertambah Di Rantau Kajian Gps

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 337 hits
Oleh Siti Fatimah Ishak Peningkatan trend pengundi Melayu tapi undi Cina mungkin menurun BANGI Calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau mampu menewaskan calon lain malah mungkin menang dengan majoriti anta...
Bn Boleh Menang Selesa Jangan Percaya Reverse Psychology Tok Mat

Bn Boleh Menang Selesa Jangan Percaya Reverse Psychology Tok Mat

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 299 hits
Astro Awani Mohamad berharap supaya semua pengundi di DUN Rantau akan menjalankan tanggungjawab mereka pada Sabtu ini Astro AWANI SAHLIZAH MOHAMED SEREMBAN Calon Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hasan menganggap cakap cakap orang mendakw...
Tok Mat Dijangka Menang Cabaran Ph Kurangkan Majoriti

Tok Mat Dijangka Menang Cabaran Ph Kurangkan Majoriti

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 394 hits
Tok Mat dijangka menang cabaran PH kurangkan majoritiPosted By on April 12 2019Kurang 24 jam sebelum hari pembuangan undi keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Rantau telah pun diketahui Hal ini disahkan melalui dapatan agensi tinjauan pendapat ...
Tinjauan Bn Dijangka Menang Tok Mat Lebih Wibawa

Tinjauan Bn Dijangka Menang Tok Mat Lebih Wibawa

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 253 hits
MALAYSIAKINI PRK RANTAU Badan pemikir Ilham Centre menjangkakan BN akan menang pada pengundian yang bakal berlangsung Sabtu ini berdasarkan tinjauan melibatkan 396 pengundi tempatan Dalam suatu kenyataan hari ini Pengarah Eksekutif Ilham Ce...
Prk Rantau Tok Mat Menang Bergaya

Prk Rantau Tok Mat Menang Bergaya

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 312 hits
SEREMBAN BN sekali lagi berjaya mempertahankan kerusi DUN Rantau dengan majoriti 4 510 undi pada PRK hari ini Calon BN Datuk Seri Mohamad Hasan memperoleh 10 397 undi menewaskan calon PH Dr S Streram yang mendapat 5 887 undi Dua calon Bebas...
Prk Rantau Tok Mat Makin Gelabah Dan Mula Main Kotor

Prk Rantau Tok Mat Makin Gelabah Dan Mula Main Kotor

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 393 hits
Gelabah Semakin panik Masyarakat Rantau telah mula kenal siapa Tok Mat calon Bn sebenarnya Indah khabar dari rupa Akhirnya sampai ke tahap ini kempen mereka
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu