Tok Mat Menang Selesa Majoriti Bertambah Di Rantau Kajian Gps


Oleh Siti Fatimah Ishak Peningkatan trend pengundi Melayu tapi undi Cina mungkin menurun

BANGI – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau mampu menewaskan calon lain, malah mungkin menang dengan majoriti antara 3,000 hingga 5,000 undian, kata Gerakan Pengundi Sedar (GPS).
GPS adalah gerakan yang ditubuhkan pada Oktober 2017 atas kesedaran bahawa rakyat memerlukan penunjuk arah untuk menghadapi Pilihan Raya Ke-14 (PRU14).
Ahli Jawatankuasa GPS, Arif Anwar berkata, gerakan itu mendapati Mohamad Hasan atau Tok Mat akan mengekalkan kemenangan, malah dijangka mendapat majoriti undi lebih tinggi.
Jangkaan ini berdasarkan kajian lapangan di kawasan DUN Rantau pada 8 sehingga 11 April lalu menerusi 408 responden, membabitkan semua kaum, jantina dan umur pengundi serta lokaliti, menggunakan teknik persampelan rawak berstrata.
Katanya, hasil dapatan mendapati pengundi Melayu memberi sokongan yang padu terhadap Tok Mat, dengan 75 peratus pemilih muda bawah 30 tahun menyokong Timbalan Presiden UMNO itu.
Arif berkata, walaupun 66 peratus responden dari pengundi Cina menyokong Dr Streram, mereka juga dilihat mengambil pendirian ‘tunggu dan lihat’ kerana masih buntu menilai prestasi pentadbiran kerajaan PH.
“Hal ini dapat disimpulkan kerana 55-64 peratus responden cina menjawab ‘tidak pasti’ untuk soalan ‘adakah anda berpuashati dengan prestasi kerajaan persekutuan’.
“Oleh itu, GPS meramalkan bahawa peratusan keluar mengundi bagi masyarakat Cina rendah. Malah, trend ini terbukti sejak PRK Semenyih lagi,” katanya.
Mengulas lanjut, Arif berkata, baki 34 peratus pengundi Cina yang menyatakan berpuas hati dengan pentadbiran Tok Mat sebelum ini masih belum boleh menjamin kemenangan bergaya BN, kerana secara keseluruhan hanya 47 peratus pengundi Cina yang menyatakan kesediaan untuk keluar mengundi.
Namun, katanya, pengundi India secara umumnya ramai yang cenderung untuk mengundi Dr Streram iaitu sebanyak 59 peratus, malah jumlah pengundi India yang masih atas pagar juga adalah signifikan.
“Apa yang dapat disimpulkan, Dr Streram dijangka sukar untuk menang PRK ini, malah majoriti Tok Mat bertambah banyak 3,000 hingga 5,000 undi kerana sokongan padu pengundi Melayu, dan pengundi Cina kurang turun mengundi. Trend pengundi Cina berterusan dari PRK Semenyih yang menyaksikan kaum mereka teragak-agak untuk menilai sesuatu isu,” katanya.
GPS yakin trend PRK Semenyih sememangnya merebak ke PRK Rantau, khususnya untuk pengundi Melayu dan Cina, cuma pada PRK kali ini ia menunjukkan peningkatan trend pengundi Melayu kerana kerusi ini ditandingi ‘giant leader’.
“Sekiranya benar Tok Mat menang, ia menjadi satu petanda bahawa pengundi Melayu luar bandar menolak PH dan tidak terkesan dengan momokan kesatuan UMNO-PAS. Ini satu perkara yang harus difikirkan secara serius oleh PH menjelang PRU15 nanti,” katanya.
Esok, menjadi penentu selepas hampir dua minggu kempen, menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Tok Mat, Dr S Streram dan dua calon bebas iaitu suri rumah, R. Malarvizhi dan bekas pensyarah, Mohd Nor Yassin.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/tok-mat-menang-selesa-majoriti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebab Tok Mat Menang Prk Rantau Dengan Majoriti Besar

Sebab Tok Mat Menang Prk Rantau Dengan Majoriti Besar

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 1069 hits
Calon Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hasan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau buat penggal keempat selepas menewaskan tiga pencabarnya pada Pilihan Raya Kecil kawasan itu hari ini Timbalan Presiden UMNO yang juga bekas ...
Tok Mat Menang Di Prk Rantau Tak Berubah Apa Apa

Tok Mat Menang Di Prk Rantau Tak Berubah Apa Apa

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 702 hits
Tok Mat Menang Di PRK Rantau Tak Berubah Apa Apa Calon BN bagi pilihan raya kecil Dun Rantau Mohamad Hasan percaya karier politiknya tidak akan berakhir meskipun jika beliau tewas pada PRK berkenaan Andai kata saya tak berjaya dalam PRK ni ...
Tok Mat Kekal Kerusi Dun Rantau Majoriti 4 510 Undi

Tok Mat Kekal Kerusi Dun Rantau Majoriti 4 510 Undi

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 415 hits
RANTAU Calon Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hasan berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau dengan majoriti 4 510 undi Mohamad Hasan menerima 10 397 undian mengalahkan calon Pakatan Harapan Dr S Streram yang sekadar menda...
Rasmi Tok Mat Menang Di Rantau

Rasmi Tok Mat Menang Di Rantau

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 469 hits
Rasmi Tok Mat menang di Rantau Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 13 Apr 2019 8 39PM
Hatrik Untuk Bn Tok Mat Kekal Menang Di Prk Dun Rantau

Hatrik Untuk Bn Tok Mat Kekal Menang Di Prk Dun Rantau

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 435 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Datuk Seri Mohamad Hasan secara rasmi mengekalkan kedudukan sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan selepas menang kerusi DUN Rantau hari ini Mohamad 62 yang mewakili Barisan
Tok Mat Sah Menang Di Rantau Viralhancing

Tok Mat Sah Menang Di Rantau Viralhancing

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 467 hits
Rembau Keputusan tidak rasmi menyaksikan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan terus mendapat mandat rakyat selepas berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau hari ini Mohamad 62 yang juga penyandang keru...
Prk Rantau Tok Mat Menang Bergaya

Prk Rantau Tok Mat Menang Bergaya

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 454 hits
SEREMBAN BN sekali lagi berjaya mempertahankan kerusi DUN Rantau dengan majoriti 4 510 undi pada PRK hari ini Calon BN Datuk Seri Mohamad Hasan memperoleh 10 397 undi menewaskan calon PH Dr S Streram yang mendapat 5 887 undi Dua calon Bebas...
Bn Boleh Menang Selesa Jangan Percaya Reverse Psychology Tok Mat

Bn Boleh Menang Selesa Jangan Percaya Reverse Psychology Tok Mat

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 394 hits
Astro Awani Mohamad berharap supaya semua pengundi di DUN Rantau akan menjalankan tanggungjawab mereka pada Sabtu ini Astro AWANI SAHLIZAH MOHAMED SEREMBAN Calon Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hasan menganggap cakap cakap orang mendakw...
Tok Mat Dijangka Menang Cabaran Ph Kurangkan Majoriti

Tok Mat Dijangka Menang Cabaran Ph Kurangkan Majoriti

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 497 hits
Tok Mat dijangka menang cabaran PH kurangkan majoritiPosted By on April 12 2019Kurang 24 jam sebelum hari pembuangan undi keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Rantau telah pun diketahui Hal ini disahkan melalui dapatan agensi tinjauan pendapat ...
Resepi Nasi Lemak Sedap Homemade Keluarga

Why Financial Literacy Is The Most Important Skill You Were Never Taught

Bermain Badminton Waktu Malam Boleh Dapat Serangan Jantung

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

Aktiviti Program Kenangan Perjuangan Kaseh Tanah Air Bonda Pertiwi Dan Ambang 2026 Ppim 14 12 2025

Nasi Goreng Tomyam Padu Wangi Resipi Pedas Yang Buat Terus Lapar

Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kenapa Pilih Syarikat Packaging Custom Ini 7 Sebab Produk Anda Perlu Kotak Berkualiti

Terlupa Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid

Kesan Kopi Jantung Berdebar Setelah Dua Tiga Teguk

Panda Gergasi Terakhir Japan Mengucapkan Selamat Tinggal Yang Emosional Di Zoo Tokyo

Asus V600 Aio Kini Boleh Didapatkan Pada Rm3599

Celcomdigi Dan Ppum Jayakan Pembedahan Ent Secara Langsung Berasaskan 5g