Hoya Akhiri Kempen A Million Visions Dengan Kanta D I M S Untuk Kawalan Miopia Kanak Kanak
HOYA Akhiri Kempen ‘A Million Visions’ Dengan Kanta D.I.M.S Untuk Kawalan Miopia Kanak-Kanak
HOYA Malaysia telah berjaya menamatkan kempen ‘A Million Visions’ di seluruh negara, sekali lagi menegaskan komitmen jangka panjangnya dalam melindungi penglihatan generasi masa depan Malaysia.
Bersempena dengan Hari Penglihatan Sedunia 2025, inisiatif selama seminggu ini menawarkan pemeriksaan mata percuma untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun di lebih 800 Kedai Optik Penjagaan Mata Profesional di seluruh negara.
Didorong oleh visi bahawa setiap kanak-kanak berhak mendapat penglihatan yang jelas dan sihat, kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang peningkatan isu miopia dalam kalangan kanak-kanak serta kepentingan membuat pengesanan awal.
Melalui inisiatif ini, HOYA Malaysia memperkasakan ibu bapa untuk mengambil langkah pertama dalam melindungi penglihatan anak-anak mereka dengan menjadikan pemeriksaan kesihatan mata profesional lebih mudah diakses, mampu milik, dan tersedia secara meluas.

“Selama lebih 30 tahun, HOYA komited untuk membantu rakyat Malaysia melihat dengan jelas. Penglihatan bukan sekadar mata sahaja; ia berkait juga dengan peluang, pendidikan, dan kualiti hidup. Setiap kanak-kanak berhak mendapat peluang untuk melihat dunia dengan jelas,” kata Lew Chee Quin, Pengarah Urusan HOYA Malaysia.
“Melalui kempen ‘A Million Visions’, kami berhasrat untuk menegaskan kepentingan pemeriksaan mata awal dan meningkatkan kesedaran ini di seluruh negara. Apabila kita mewujudkan kesedaran dan mengambil langkah awal bersama-sama, kita sebenarnya melindungi bukan sahaja penglihatan mereka, malah masa depan mereka juga”.
Sebagai penutup kempen, HOYA Malaysia dengan bangganya mengetengahkan penerbitan kajian klinikal bertajuk “Effectiveness of DIMS Lens in Slowing Myopia Progression among Malay Schoolchildren”, yang dijalankan oleh penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian ini merupakan yang pertama di Malaysia untuk menguji keberkesanan teknologi Defocus Incorporated Multiple Segments (D.I.M.S.) dalam kalangan murid sekolah berbangsa Melayu.

Ia dijalankan sebagai percubaan terkawal prospektif rawak di Kuala Lumpur dengan penglibatan seramai 42 murid sekolah rendah berumur 7 hingga 12 tahun selama tempoh 12 bulan. Peserta dibahagikan secara rawak untuk memakai sama ada kanta MiYOSMART dengan teknologi D.I.M.S. atau kanta penglihatan tunggal konvensional untuk kegunaan sepenuh masa.
Kajian menunjukkan bahawa kanta MiYOSMART sangat berkesan untuk kanak-kanak Malaysia. Selepas tempoh setahun, kanak-kanak yang memakai kanta D.I.M.S. mengalami perubahan miopia sebanyak –0.16 D dan peningkatan panjang paksi mata sebanyak +0.07 mm, menunjukkan perkembangan yang jauh lebih perlahan berbanding kanak-kanak yang memakai kanta penglihatan tunggal.
Secara keseluruhan, keputusan menunjukkan purata pengurangan 65% dalam perkembangan miopia. Kanta ini juga memberikan penglihatan yang jelas dan stabil, dan kanak-kanak menyesuaikan diri dengan selesa untuk pemakaian harian sepenuh masa sekitar 16 jam sehari.

Dibangunkan dengan kerjasama The Hong Kong Polytechnic University, kanta MiYOSMART dengan teknologi D.I.M.S. disokong oleh penyelidikan antarabangsa yang meluas. Kajian Malaysia ini memberikan pengesahan tempatan yang penting, mengukuhkan keberkesanan pendekatan ini untuk kanak-kanak Malaysia.
“HOYA Malaysia, dengan kerjasama rakan optik kami, kekal komited untuk memastikan kanak-kanak menerima pemeriksaan penglihatan awal dan menyeluruh.
Melalui kempen ‘A Million Visions’, kami memperkukuh usaha untuk berhubung dengan sekolah dan komuniti di seluruh negara, menawarkan kepakaran kami bagi menyokong pengesanan awal serta pencegahan miopia secara proaktif,” tambah Lew.
Dengan menggabungkan inovasi berasaskan penyelidikan dan jangkauan awam di seluruh negara, HOYA Malaysia terus memajukan misinya memperkasakan keluarga melalui penjagaan penglihatan dan pendidikan, memastikan setiap kanak-kanak berpeluang melihat masa depan yang lebih jelas dan cerah.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://miyosmart.hoya.com.my/
The post HOYA Akhiri Kempen ‘A Million Visions’ Dengan Kanta D.I.M.S Untuk Kawalan Miopia Kanak-Kanak appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/05/hoya-akhiri-kempen-a-million-visions-dengan-kanta-d-i-m-s-untuk-kawalan-miopia-kanak-kanak/