Hospital Sungai Buloh Menerima Tajaan Makanan Daripada Mcdonald S Malaysia


Hospital Sungai Buloh Menerima Tajaan Makanan Daripada McDonald's Malaysia |  Salam semua, Sejak McDonald's Malaysia mulakan kempen tajaan makanan tahun lepas, yang telah dicetuskan semasa Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) pertama di negara kita, sudah lebih 70 buah hospital menerima tajaan makanan dari McDonald's di seluruh negara. Tajaan makanan dari McDonald's ini telah diaktifkan semula sejak 24 Mei yang lalu untuk disumbangkan ke hospital - hospital yang terpilih. Ini termasuk Hospital Sungai Buloh.



Buat masa sekarang, negara kita masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP 3.0 ) disebabkan pertambahan kes harian pun sampai dah cecah 6 ribu kes. Kapasiti penggunaan katil hospital pun dah hampir penuh. Makin bertambah beban kerja buat petugas - petugas kesihatan untuk merawat pesakit Covid - 19. Tapi mereka tetap kekal tenang dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab untuk membendung wabak ini. 
Penghargaan Dari McDonald's Malaysia Untuk Petugas - Petugas Hospital Sungai BulohHospital Sungai Buloh merupakan hospital utama dalam merawat pesakit Covid - 19. Melalui kempen #KitaBoleh, McDonald's hargai frontliners Hospital Sungai Buloh yang telah bertungkus lumus untuk merawat pesakit Covid - 19. Keberanian dan kecekalan mereka dalam menjalankan tugas patut dijadikan semangat untuk kita rakyat Malaysia sama- sama berjuang bagi memutuskan rantaian Covid - 19. 

Walaupun rakyat Malaysia masih dalam tempoh untuk berkurung dalam rumah, para petugas barisan hadapan pula tidak pernah kenal erti penat untuk bekerja dan berusaha bagi menjaga kesejahteraan kita semua dalam melawan pandemik ini. 
Dalam usaha menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan, petugas - petugas Hospital Sungai Buloh mendapat tajaan makanan dari McDonald's. 

Lebih 10,000 Hidangan McDonald's Telah Dihantar Ke Hospital Sungai BulohSebagai penghargaan, keprihatinan dan sokongan buat para petugas hospital di sini yang sedang merawat pesakit Covid - 19, McDonald's taja makanan Hospital Sungai Buloh. Untuk pengetahuan semua, Hospital Sungai Buloh adalah hospital yang terawal menerima tajaan makanan dari McDonald's Malaysia

Hospital Sungai Buloh telah menerima lebih 10,000 hidangan makanan dari McDonald's sejak penghantaran makanan dibuat ketika waktu pandemik ini. McDonald's menaja 300 hidangan makanan yang dihantar 3 kali seminggu. 


McDonald's Malaysia hantar makanan ke Hospital Sungai Buloh untuk petugas - petugas hospital yang kadang - kadang tak sempat nak membeli makanan di luar disebabkan kekangan masa dan sibuk untuk merawat pesakit Covid - 19. Sekurang - kurangnya, petugas - petugas hospital menarik nafas lega bila nampak kru restoran di hospital tanda makanan dah sampai. 

Penghantaran makanan oleh kru restoran ke hospital juga mestilah mematuhi langkah keselamatan yang ketat

Ucapan Terima Kasih Dari Pengarah Hospital Sungai Buloh Dr Kuldip Kaur selaku Pengarah Hospital Sungai Buloh amat berterimakasih di atas insiatif McDonald's Malaysia atas tajaan makanan di hospital ini. "Sebagai pusat penjagaan kesihatan utama untuk rawatan pesakit Covid-19 di negara ini, kakitangan perubatan kami di Hospital Sungai Buloh bekerja tanpa mengira waktu untuk mengurus dan memenuhi keperluan pesakit kami," kata Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr Kuldip Kaur. 
Bagi mewakili pihak hospital, Dr Kuldip Kaur juga telah hadir untuk menerima sumbangan makanan dari McDonald's


"Kami berterima kasih atas keprihatinan yang ditunjukkan McDonald's Malaysia, yang bermula semasa MCO pertama pada bulan Mac 2020. Ini membantu ringankan beban kakitangan perlu kami dan membantu bangkitkan semangat mereka serta menceriakan hari - hari mereka," tambah Dr Kuldip Kaur. 

Sokongan Yang Berterusan Dari McDonald's Malaysia Untuk Petugas KesihatanAzmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia memberi sokongan yang berterusan buat petugas - petugas Hospital Sungai Buloh
"Hospital Sungai Buloh adalah salah satu hospital pertama yang mula disokong oleh McDonald's semasa bermulanya penularan Covid-19 di Malaysia. Selagi negara melalui waktu yang sukar ini, kita terus berterima kasih kepada barisan hadapan atas keberanian mereka dalam menjaga keselamatan kita. "Kami akan meneruskan sokongan kami melalui inisiatif ini dalam jangka masa yang panjang, sehingga kami dapat menyantuni lebih ramai petugas barisan hadapan, ”kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia.
Terima kasih McDonald's Malaysia kerana sentiasa memberikan sokongan buat petugas - petugas kesihatan Hospital Sungai Buloh. Terima kasih juga buat kru restoran yang tidak jemu bagi memastikan penghantaran makanan berjalan dengan lancar. Semoga dengan tajaan makanan ini dapat menggembirakan hati petugas - petugas kesihatan yang seharian tugasnya merawat dan mengurus pesakit Covid - 19. Anda semua adalah hero kami rakyat Malaysia. 
Mengenai Kempen #KitaBolehInisiatif terbaru McDonald's Malaysia ini adalah kesinambungan dari rali organisasi #KitaBoleh yang telah dimulakan oleh syarikat itu semasa Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) yang pertama sejak tahun lalu.

Konsep #KitaBoleh yang dimulakan oleh McDonald's Malaysia di platform media sosial mereka bertujuan untuk membangkitkan semangat semua rakyat Malaysia untuk terus bersatu dan bersemangat juang walaupun pada waktu sukar.

Panggilan #KitaBoleh juga merupakan panggilan nasional untuk memberitahu keberanian dalam diam yang ada pada para barisan hadapan yang bekerja tanpa mengenal erti penat lelah dalam memerangi pandemik tersebut

Untuk maklumat terkini mengenai McDonald's Malaysia, sila layari https://www.facebook.com/My.McDonalds/
 
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2021/07/hospital-sungai-buloh-menerima-tajaan-makanan-daripada-mcdonalds-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mcdonald S Malaysia Taja Makanan Frontliners Hospital Sungai Buloh

Mcdonald S Malaysia Taja Makanan Frontliners Hospital Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 403 hits
McDonald s Malaysia Taja Makanan Frontliners Hospital Sungai Buloh Berat mata memandang berat lagi bahu memikul Itulah ungkapan yang boleh diumpamakan dengan keadaan semasa kita sekarang Setiap hari aku melihat di media sosial kisah petugas...
Mcdonald S Taja Makanan Hospital Sungai Buloh Sebagai Tanda Penghargaan Buat Frontliners Perubatan Di Sini

Mcdonald S Taja Makanan Hospital Sungai Buloh Sebagai Tanda Penghargaan Buat Frontliners Perubatan Di Sini

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 282 hits
StartFragment McDonald s Taja Makanan Hospital Sungai Buloh Sebagai Tanda Penghargaan Buat Frontliners Perubatan Di Sini l Assalamualaikum Seperti yang kita tahu Hospital Sungai Buloh merupakan hospital pertama di Malaysia yang menerima dan...
30 Kakitangan Hospital Sungai Petani Positif Covid 19

30 Kakitangan Hospital Sungai Petani Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 285 hits
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri Dr Mohd Hayati Othman berkata hanya wad tertentu ditutup untuk proses sanitasi dengan bahagian perkhidmatan kecemasan terus beroperasi seperti biasa PETALING JAYA Seramai 30 kaki...
Bukan Di India Ini Malaysia Doktor Kongsi Video Luluh Hati Tengok Situasi Terkini Hospital Di Lembah Klang

Bukan Di India Ini Malaysia Doktor Kongsi Video Luluh Hati Tengok Situasi Terkini Hospital Di Lembah Klang

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 377 hits
Bimbang dengan nasib petugas barisan hadapan selain fasiliti perkhidmatan yang dilihat semakin meruncing seorang doktor berkongsi satu video di laman Facebook memaparkan situasi terkini di sebuah hospital di Lembah Klang Menerusi posting di...
Program Bantuan Bank Makanan Di Sungai Siput Langgar Sop Kata Polis

Program Bantuan Bank Makanan Di Sungai Siput Langgar Sop Kata Polis

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 289 hits
Polis berkata pemilik perniagaan terbabit boleh membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah sekiranya percaya mereka tidak melakukan sebarang kesalahan IPOH Polis mengesahkan terdapat pelanggaran prosedur operasi standard ketika pengagihan b...
Mati Dalam Tahanan Keluarga Mahu Saman Penjara Sungai Buloh

Mati Dalam Tahanan Keluarga Mahu Saman Penjara Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 366 hits
Isteri Mohd Iqbal Abdullah dan ibu mentuanya bersama Peguam M Manoharan berhasrat mengambil tindakan mahkamah PETALING JAYA Keluarga kepada seorang tahanan reman Mohd Iqbal Abdullah 29 yang meninggal dunia di Hospital Tanjung Karang berhasr...
5 Perkhidmatan Penghantaran Makanan Terbaik Di Malaysia

5 Perkhidmatan Penghantaran Makanan Terbaik Di Malaysia

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 505 hits
5 Perkhidmatan Penghantaran Makanan Terbaik di Malaysia PKP nak tak nak kita kena ikut Wajib ikut Walaupun kelihatan agak membosankan tetapi ianya jauh lebih baik daripada terpaksa berdepan dengan risiko bahaya Syukur bila ada pihak yang me...
Hanya Di Malaysia Belajar Tepi Jalan Tepi Sungai Atas Bukit

Hanya Di Malaysia Belajar Tepi Jalan Tepi Sungai Atas Bukit

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 204 hits
Capaian internet teruk belajar online tepi jalanNazira Hasanah NasaruddinKegigihan seorang pelajar membawa kerusi dan meja ke tepi jalan untuk mendapatkan capaian internet yang lebih baik mengundang rasa terharu dalam kalangan netizen baru ...
Suhakam Gesa Tubuh Rci Selepas Malaysia Jatuh Ke Tahap 3 Laporan Perdagang Manusia

Suhakam Gesa Tubuh Rci Selepas Malaysia Jatuh Ke Tahap 3 Laporan Perdagang Manusia

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 232 hits
SUHAKAM berkata agensi kerajaan perlu meningkatkan usaha untuk menangani isu buruh paksa khasnya dalam sektor perladangan dan perkilangan produk getah PETALING JAYA Suruhanjaya Hak Asasi Manusia menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Sias...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Palladium Vs Aset Komoditi Usd Isnin 23 Disember 2024