Suhakam Gesa Tubuh Rci Selepas Malaysia Jatuh Ke Tahap 3 Laporan Perdagang Manusia


FMT ReportersSUHAKAM berkata, agensi kerajaan perlu meningkatkan usaha untuk menangani isu buruh paksa, khasnya dalam sektor perladangan dan perkilangan produk getah.PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat Laporan Pemerdagangan Manusia (TIP) 2021 Amerika Syarikat yang menyaksikan Malaysia diturunkan ke Tahap Tiga.
Penurunan ke tahap terendah dalam laporan itu disebabkan kerajaan Malaysia didakwa gagal memenuhi sepenuhnya standard minimum membanteras pemerdagangan manusia dan tidak melakukan usaha signifikan.
Walaupun mengakui kerajaan sudah mengambil beberapa inisiatif menangani masalah itu, SUHAKAM berkata, Putrajaya perlu menubuhkan RCI itu dan mempercepatkan pelaksanaan cadangannya.
Katanya, kerajaan juga perlu meningkatkan dan menerajui usaha memerangi pemerdagangan manusia serta penyeludupan pendatang asing.
Ia turut menggesa kerajaan mengumumkan laporan dan cadangan Jawatankuasa Bebas Khas Pengurusan Pekerja Asing.
Untuk langkah jangka panjang ia berkata, kerajaan perlu mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan, termasuk NGO bagi menjayakan usaha itu.
SUHAKAM turut menggesa kerajaan meningkatkan kapasiti penguatkuasaan undang-undang untuk menyiasat dan mendakwa kes pemerdagangan manusia, termasuk meningkatkan koordinasi antara agensi bagi memastikan usaha pendakwaan berjaya.
“Agensi kerajaan berkaitan perlu meningkatkan tahap keseriusan mereka menangani isu pekerjaan, terutamanya mereka yang didakwa terlibat dalam sektor perladangan dan perkilangan produk getah.
“Pegawai yang terlibat dalam rasuah ekonomi sebegini perlu dipertanggungjawabkan kerana mereka adalah saluran yang membenarkan amalan rasuah dalam sistem ini semakin meningkat,” katanya dalam kenyataan.
Pada 1 Julai lalu, Jabatan Negara AS menurunkan kedudukan Malaysia ke Tahap Tiga, paling rendah dalam TIP 2021.
Tahap Satu merujuk pematuhan sepenuhnya, Tahap Dua pula bagi usaha signifikan dilakukan untuk mematuhi standard minimum Akta Perlindungan Mangsa Pemerdagangan Manusia 2000 (TVPA), manakala Tahap Tiga adalah negara yang tiada usaha untuk mematuhi standard minimum TVPA.
Malaysia yang kembali ke Tahap Tiga buat pertama kali sejak 2014 bersama negara lain dalam senarai itu boleh dikenakan sekatan oleh AS bagi pembiayaan bantuan asing, tertakluk kepada keputusan presiden.
SUHAKAM berkata, ia menyokong cadangan kerajaan untuk meminda Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dengan mengenakan hukuman berat bagi membendung aktiviti dan sindiket pemerdagangan manusia di negara ini, selain memasukkan definisi buruh paksa dalam pindaan akta itu.
Katanya, kerajaan juga perlu meminda undang-undang buruh bagi memastikan hak pekerja dilindungi secukupnya.
Ia turut meminta kerajaan mengeluarkan laporan siasatan RCI mengenai kem petempatan pemerdagangan manusia dan kubur di Wang Kelian.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/suhakam-gesa-tubuh-rci-selepas-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Jatuh Tangga Ke 51 Dalam Tahap Ketahanan Covid 19 Bloomberg

Malaysia Jatuh Tangga Ke 51 Dalam Tahap Ketahanan Covid 19 Bloomberg

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 249 hits
Pada 30 Jun 2021oleh PENTADBIROleh Ghafar NSSemalam Bloomberg melaporkan kepada dunia bahawa Malaysia telah jatuh ke tangga ke 51 daripada 53 negara dengan nilai ekonomi berjumlah lebih AS 200 bilion dalam Tahap Ketahanan Covid 19 Bloomberg...
Selepas Bulan Jatuh Ke Riba Umno

Selepas Bulan Jatuh Ke Riba Umno

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 261 hits
Al Abror Mohd YusufHanya beberapa jam saja lagi untuk tempoh 14 hari yang diberikan Umno kepada kerajaan Perikatan Nasional memenuhi tuntutan mereka berakhir Berdasarkan tarikh surat yang dikeluarkan parti dan ditandatangani Ahmad Zahid Ham...
Selepas Lebih Dua Minggu Laporan Polis Dibuat Siapa Dera Bella

Selepas Lebih Dua Minggu Laporan Polis Dibuat Siapa Dera Bella

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 365 hits
FAZLI RADZITanda pagar JusticeForBella kini sohor di Twitter dengan lebih 31 000 ciapan Orang ramai dilihat bersimpati dengan nasib menimpa seorang anak penghidap sindrom down yang disyaki didera Remaja perempuan berusia 13 tahun itu dijadi...
Sajak Kembara Puisi Reformasi Malunya Kita Jatuh Ke Tahap Ini

Sajak Kembara Puisi Reformasi Malunya Kita Jatuh Ke Tahap Ini

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 234 hits
Siri Kembara Puisi Reformasi Dinsman MALUNYA KITA JATUH KE TAHAP INI Hari ini siapa yang tidak tahu betapa teruknya bobroknya negara bernama Malaysia Siapa yang tidak tahu komrad komradku Kassim Yassin Hasni Tan Sri Nordin Lena Shariffah Ch...
Suhakam Wants Rci On Human Trafficking After Drop To Tier 3

Suhakam Wants Rci On Human Trafficking After Drop To Tier 3

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 267 hits
Suhakam says government agencies must step up efforts to manage forced labour issues particularly in the plantation and rubber sectors where there have been many allegations PETALING JAYA The government has to intensity efforts and take the...
Tidak Malukah Ongkili Kota Marudu Daerah Termiskin Di Malaysia Kata Pemimpin Pkr

Tidak Malukah Ongkili Kota Marudu Daerah Termiskin Di Malaysia Kata Pemimpin Pkr

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 252 hits
Ketua Bahagian PKR Kota Marudu Sazalye Donol mendakwa Presiden PBS Maximus Ongkili gagal dalam menjalankan tugasnya KOTA KINABALU Ketua Bahagian PKR Kota Marudu Sazalye Donol berkata Presiden PBS Maximus Ongkili telah gagal dalam menjalanka...
Report Pro Palestinian Hackers From Malaysia Claim Data Theft Of Over 300 000 Israeli Students

Report Pro Palestinian Hackers From Malaysia Claim Data Theft Of Over 300 000 Israeli Students

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 259 hits
A Malaysian pro Palestinian hacker group has claimed to have stolen the personal information of hundreds of thousands of Israeli students and leaked them online reported the Times of Israel The information includes names phone numbers e mai...
Azmin Malaysia Galak Pelaburan Secara Selektif Ke Dalam Negara

Azmin Malaysia Galak Pelaburan Secara Selektif Ke Dalam Negara

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 240 hits
Malaysia kini lebih menggalakkan kemasukan pelaburan secara selektif ke dalam negara bagi mencapai status berpendapatan tinggi sejajar dengan dasar pelaburan baru untuk menarik lebih ramai pelabur berkualiti tinggi semasa dan selepas tempoh...
Moratorium Kini Bola Di Tangan Bank Negara Malaysia Penganalisis Ekonomi

Moratorium Kini Bola Di Tangan Bank Negara Malaysia Penganalisis Ekonomi

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 273 hits
Najib AroffJun 27 2021 Mohd Yusof berkata kesudian bank memberikan moratorium ini juga akan memberikan imej yang baik dan mewujudkan keyakinan rakyat kepada bank Foto failKUALA LUMPUR Bank Negara Malaysia mempunyai kuasa mengarahkan bank ko...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cotton Canvas A Comprehensive Guide For Crafters Diyers And Textile Enthusiasts

Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil

Pengalaman Buat Scaling Gigi Di Klinik Pergigian Kerajaan Seksyen 7 Shah Alam

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan