5 Perkhidmatan Penghantaran Makanan Terbaik Di Malaysia
5 Perkhidmatan Penghantaran Makanan Terbaik di Malaysia. PKP nak tak nak kita kena ikut! Wajib ikut! Walaupun kelihatan agak membosankan tetapi ianya jauh lebih baik daripada terpaksa berdepan dengan risiko bahaya. Syukur bila ada pihak yang menawarkan servis pesanan dalam talian beserta dengan servis penghantarannya sekali.
Servis penghantaran makanan dengan cara contactless delivery turut diperkenalkan dan ianya sangat bagus bagi memudahkan para pelanggan mendapatkan makanan sambil menjaga jarak untuk keselamatan diri masing-masing.
Antara perkhidmatan makanan yang popular di dalam Malaysia ini adalah seperti 1. GrabFood
Image credit : https://www.kakigrab.com/
Terdapat ramai orang yang tidak sempat untuk makan tengah hari kerana terlalu sibuk dengan kerja hingga tak sempat untuk masak. GrabFood merupakan salah satu jalan penyelesaian yang boleh digunakan. Kini anda dapat menerima dan menikmati makanan kegemaran anda dalam keadaan yang masih panas dan segar.
Caranya sangat mudah, anda hanya perlu melancarkan aplikasi “Grab” di dalam telefon pintar anda, pilih ciri “makanan” di dalam aplikasi itu dan kemudian pesanlah makanan yang anda inginkan. GrabFood kini turut beroperasi di Lembah Klang dan juga ke kawasan lain yang terpilih di Pulau Pinang, Kota kinabalu, Kuching, Pulau Pinang dan juga Melaka.
2. FoodPanda
Image credit : https://www.myrujukan.com/
FoodPanda merupakan perkhidmatan penghantaran food delivery yang sangat popular di Malaysia. Foodpanda sudah lama beroperasi dan sudah berjaya mempermudahkan pelanggan dengan memastikan makanan tetap dalam keadaan yang terbaik.
Terpulang kepada anda sama ada anda ingin memesan makanan untuk sarapan, makan tengah hari, makan malam mahupun snek. Foodpanda ada segalanya.
Di antara anda mungkin ada yang tidak pasti sama ada ingin memasak atau ingin membuat pesanan, maka Foodpanda adalah jalan penyelesaian yang tepat. Di FoodPanda anda boleh memesan makanan daripada lebih 700 restoran yang terdapat di Malaysia melalui aplikasi atau laman web mereka yang mudah untuk digunakan.
Cara pembayaran juga mudah di mana anda boleh membayar secara dalam talian, menggunakan iPay88 dan juga secara tunai semasa penghantaran kepada penghantar mereka.
3. Honestbee
Image credit : https://www.appscyclone.com/
Honestbee adalah perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian yang terkemuka yang beroperasi dengan misi yang sederhana, iaitu memberi pelanggan pengalaman makanan hebat yang mudah didapatkan. Anda juga boleh memesan bahan masakan anda dari kedai-kedai runcit pilihan anda.
Anda akan menerima pekerja khusus mereka untuk memilih produk yang terbaik dan “lebah penghantar” mereka akan memastikan penghantaran barangan anda berjalan dengan lancar, cekap dan cepat sampai ke depan pintu rumah anda.
Kini, perkhidmatan ini bekerjasama dengan lebih dari 10,900 buah kedai sehingga akan membuatkan anda yakin bahawa mereka akan memberikan barangan yang terpilih kepada anda dengan harga terbaik yang ditawarkan.4. DeliverEats
Image credit : https://www.vulcanpost.com/
DeliverEats merupakan sebuah syarikat penghantaran makanan dalam talian yang mengkhususkan diri mereka dalam memberikan kemudahan kepada para pelanggan dengan memberikan tawaran yang tiada bandingannya dan juga khidmat penghantaran yang cekap.
Dari masakan China hinggalah Mediterranean, pastri, pencuci mulut dan semua kesukaan rakyat tempatan, anda namakan sahaja makanan yang anda inginkan dan mereka akan menghantarnya ke depan pintu rumah anda.
5. Dahmakan
Image credit : https://www.happygokl.com/
Memang ada dikalangan pengguna yang tidak gemar membuat pesanan makanan dari perkhidmatan penghantaran atau dari restoran dengan alasan selalunya makanan yang dipesan itu terlalu berminyak, terlalu pedas dan secara umumnya tidak begitu sihat.
Melalui Dahmakan, anda boleh memesan apa sahaja yang anda suka dari menu yang telah disediakan. Bahan masakan yang mereka gunakan diperoleh daripada petani tempatan dan dimasak oleh tukang masak mereka yang ramah dan dihantar secara percuma ke depan pintu rumah anda.
Dahmakan ketika ini mengantar makanan ke kebanyakan kawasan di Lembah Klang. Sekiranya anda mencuba makanan daripada Dahmakan dan menyukainya, anda juga boleh Dahmakan Prime yang merupakan rancangan makanan prabayar dengan potongan harga sebagai ganti untuk membayar awal makanan anda dan faedah tambahan penghantaran dalam masa 30 minit dan banyak lain-lain.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.zazaiman.com/2021/07/5-perkhidmatan-penghantaran-makanan.html