Hooray Harga Barang Makanan Naik Sampai 250 Peluang Baik Parti Politik Cari Publisiti Murah


 




PJ : Mydin hypermart says food prices up 30% - 250%will return to normal within three weeksAmeer Ali Mydin, MD of Mydin said spike caused by flooding, MCOlast 2 weeks, poultry prices up by 10%-15%ikan Mabung RM12 went to RM18/kg, Kembong RM7 went to RM9/kg Vegetables more than doubledlady’s fingers RM6 went to RM12/kgTomato RM3.50 went to RM9/kgflooding damaged farms, roads MCO caused wholesale markets to closeshortage of supply and spike in pricesWe expect prices normal in 2-3 weekssituation has happened for decades solution lies in increasing supply of food itemsUmno deputy president Mohamad Hasan urged govt to solve rising prices 
saying public burdened by increased prices of raw food

FOMCA CEO Paul SelvaRaj said many complaints on food prices This is a weakness in supply chain but it’s not a new issuewe know floods happen every year but what have we done to prepare for the situation? What is our long-term strategy to ensure food always accessible, affordable? We are paying the price for neglecting our agricultural sector for years,” he said.long-term strategy to safeguard food securityMy comments :
Sekarang kita berada dalam zaman susah payah. Ekonomi kritikal. Sahabat saya seorang kontraktor renovation rumah tak dapat kontrak renovation pun. 'No jobs lah' dia kata. 
Ramai orang susah, tak ada peluang pekerjaan. Dalam keadaan ini negara dilanda hujan lebat dan musim banjir. Hampir seluruh negeri Pahang tenggelam. Ini bukan bala bagi menghukum salah laku orang yang berkuasa.  Ini musim banjir.
Memang pun - dalam negara kita setiap tahun antara November sampai Februari atau Mac berlaku musim banjir. Juga dikenali sebagai musim monsoon, musim tengkujuh atau just musim hujan lah. Kadang banjir sikit, kadang banjir besar. Setiap tahun pada musim hujan ini, mesti berlaku tanah runtuh di kawasan bukit - Cameron Highlands, Jalan Tapah, kawasan bukit di Sabah dan Sarawak.
Jadi jalan akan putus, kawasan ladang tenggelam, tanaman sayur binasa, nelayan tak boleh turun ke laut. Benda ini sangat predictable. Bencana banjir ini berlaku setiap tahun dan akan tetap berlaku pada setiap tahun.
Jadi apakah solution yang ahli politik boleh tunjuk kepada kita? 
Contohnya:
Mohamad Hasan urged govt to solve rising prices.
Fuiyyo. Inilah apa yang boleh disebut "strategi David Copperfield". Panggil David Copperfield, bagi tahu dia jangan lupa bawa tongkat ajaib (magic wand). Suruh David Copperfield panjat bukit Cameron Highlands dan buat upacara ajaib "berkat bukit". Hujan akan terus berhenti, tanah runtuh akan naik balik atas bukit, sayur yang rosak akan hidup balik, jalan yang putus akan pateri balik dengan sendiri, kebun sayur yang tak ada TOL akan dapat lesen TOL ajaib (dengan syarikat orang kaya jadi shareholder) dan begitu.
And they all lived happily ever after.

Brader Mohamed Hassan, engkau kena lebih specific lah bro. We need details and specific solutions.
Pak Lebai pula  semua diam saja. Tutup bontot dan mulut sekali. Musim banjir ini air sungai, air kolam, air kandang haiwan semua bercampur. Tak ada ke sesiapa geng lebai declare sayur tak halal ke?  Harga sayur boleh turun kut. Kos sara hidup akan lebih murah kut?
Tak ada ke Ahli Parlimen cadang 'Kita cukai sajalah kebun sayur dan ladang ternak. Cukai dia sampai mampus.'  Harga sayur akan jatuh merudum kut?
Tak ada ke Menteri kata 'Dont worry. Be happy. Kita cetak saja duit kertas. Lepas itu duit kertas itu kita bagi free kepada orang."  Supply sayur dan ikan sudah kurang. Memang dari dulu pun supply tak cukup. Semua orang yang dapat duit free itu bolehlah berebut beli sayur dan ikan.  Agaknya harga sayur akan turun ke?
Tak ada ke YB ADUN kata 'Kita akan naikkan lagi cukai tanah kebun sampai RM4,500 se ekar'.  Harga sayur akan turun tangga Batu Caves kut? Tak ada ke Menteri Besar kata 'Dusun buah dan kebun sayur haram tanpa TOL akan dirampas dan akan diambil alih oleh syarikat orang kaya. Dusun haram boleh jadi halal balik kalau mereka bayar tol kepada syarikat orang kaya'. Semoga harga sayur dan harga buah akan jatuh merudum juga. Salamullah. Salamullah.
Tak ada ke orang kaya kroni kata, 'Lesen bot nelayan deep sea fishing kita sekat dulu. Kita control dulu. Siapa nak lesen dia boleh Ali Baba sama kita.' Apakah harga ikan akan jadi murah, kos sara hidup rakyat marhaen akan jadi murah, kita semua boleh hidup 'happily ever after'? Begitu ke?
We need real solutions.
Saya ada beberapa cadangan atau suggestions. 
Always when we are facing problems, wajib bagi kita JANGAN buat beberapa perkara berikut:
1. Kalau benda itu bukan rosak, jangan cuba nak baiki benda itu pula. Jangan gatal pungkok. If it is NOT broken and it is functioning perfectly, dont try to fix it. Jangan jadi bodoh.
Kalau sistem pendidikan kita perfect (sebelum tahun 1980an), sama taraf dan sama kualiti dengan sistem pendidikan Singapura dan United Kingdom, jangan pula kita cuba baiki sistem pendidikan untuk beri kontrak cetak buku bahasa Melayu  dan kontrak cetak kamus SETIAP TAHUN kepada kroni kita. Hancur lah sistem pendidikan negara.  
Hari ini Tun Arshad Ayub kata 2,500 profesor kita sudah tidak ada kualiti. Kalaulah professor di universiti sudah tak ada kualiti bayangkan cikgu sekolah, guru besar, guru tadika dan semua sekali. Lagi kokak kualiti mereka. Apa nak hairan para graduan universiti sekarang menjadi 'unemployable' - ia itu mereka tiada 'keupayaan' membuat apa jenis kerja pun.
Jadi kita terpaksa impot tenaga kerja dan consultant dari luar negara untuk bekerja. Ringgit kita lagi jatuh, kos sara hidup lagi tinggi. Jumlah budak penganggur pula hampir TIGA JUTA.
Kalau peti surat lama (post box) atau vintage cast iron lamp post daripada zaman orang putih masih solid dan boleh dipakai, dan sekarang menjadi tourist attraction (tempat tourist boleh ber-selfie) jangan pula kita jadi bodoh bagi kontrak kepada kroni saja nak "tukar yang lama dengan yang baru".  Tetapi yang baru itu tiang lampu zinc yang boleh berkarat pula. Peti surat 'baru' konon pun boleh berkarat juga. Kena ganti lagi. Kroni dapat kontrak lagi.




So Rule No 1 - If it is NOT broken dont try to fix it.
2. Jangan sekat orang lain yang sudah ready, rela dan laju untuk buat kerja dan untuk menjadi manusia yang berguna. Di sini terutama sekali saya rujuk bangsa lain seperti Cina, India dan lain-lain.
Kalau dia sudah buat kolam ikan yang elok, tiap minggu ada hasil ikan yang dia jual di pasar tempatan - maka jangan pi kacau dia. Leave them alone. Dialah juga supplier dalam food supply chain negara kita. Kalau kita pi kacau dia dengan syarat begini dan begitu, lesen ini dan lesen itu, kuota ini dan kuota itu maka akan menyusahkan dia sahaja. Kos dia akan naik. Harga jualan ikan dia akan naik, lama-lama dia akan tutup perniagaan. Ikan akan berkurangan. Sebab itu negara kita masih impot ikan.
Tuan-tuan nak dengar cerita yang lagi bodoh tak. Kita ada juga impot ikan dari negara jiran. Tetapi ikan yang ditangkap kononnya di negara jiran itu sebenarnya "berasal" daripada air laut kita juga.  Ikan itu status bumiputera juga. Atau samudera-putera. Sebab ikan tak ada paspot. Ikan boleh "berenang" ke sana dan ke sini ikut suka hati dia. Tetapi sebab kita kontrol dan menyusahkan lesen bot nelayan  maka tak cukup bot nelayan untuk menangkap ikan.     Maka ikan kita berenang happy, happy sampai masuk jala bot nelayan asing. 
Jadi kita terpaksa impot ikan. Bawal hitam dan ketam dari Indonesia. Ringgit kita jatuh lagi, harga ikan pula mahal. 
Rule No 2 - Jangan sekat orang lain yang mampu dan sanggup menjana hasil ekonomi daripada menjana hasil ekonomi. Kalau kita sekat orang lain maka supply barang-barang keperluan akan berkurangan. Harga barang akan naik.  
Dan siapa akan miskin dulu? Orang Melayu akan miskin dulu. Why? Sebab orang Melayu yang majoriti penduduk negara.
Kedua cadangan ini, ia itu :
1. If it is NOT broken and it is functioning perfectly, dont try to fix it
2. Jangan sekat orang lain yang mampu dan sanggup menjana hasil ekonomi daripada menjana hasil ekonomi 
boleh dikategorikan sebagai "Low Hanging Fruits".
Low Hanging Fruit maksudnya buah yang sudah lebat dan berat sehingga dahan pokok buah pun berjuntai (bergantung terayun-ayun) dan ianya sangat mudah bagi sesiapa pun memetik buah tanpa perlu berdiri atas bangku atau panjat tangga atau gunakan galah untuk menjolok buah.

 Contoh low hanging fruits


Jadi tidak perlu lah kita membuat peruntukan Bajet berpuluh bilion Ringgit, buat dasar inilah, dasar itulah, buat dasar ekonomi barulah, buat dasar pendidikan entah apalah  apabila sistem yang sedia ada itu memang it is working perfectly, it is producing economic output (menjana hasil ekonomi yang baik) tanpa kita perlu belanja tambahan dengan 'burn' duit rakyat satu sen pun.  
Tetapi bila ahli politik yang tak faham apa pun mula buka mulut mereka dan bercakap benda yang pelik-pelik (yang selalu menguntungkan mereka dulu, memperkayakan kroni mereka dulu, yang memperkayakan orang kaya dulu) maka ibu dan ayah kita pula jadi susah. Duit pasar makin sempit. Anak sekolah makin dunggu. Bebudak universiti pun jadi penganggur. 
Akhir kalam, bagi Cameron Highlands pula saya ingin ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang yang sedang membina Cameron Highlands Bypass Road. Semoga Bypass Road ini akan siap dalam masa terdekat dan dibuka bagi laluan trafik.
Saya ingin cadangkan satu lagi road connection dari Cameron Highlands menurun ke arah Gopeng / Cenderiang dan bersambung ke PLUS Hiway. Tetapi oleh kerana route ini merentas sempadan negeri Pahang/Perak maka Kerajaan Pusat perlu terlibat juga. 




 
Pendek kita kita perlu ada all weather road connection sepanjang tahun ke Cameron Highlands yang tidak mudah diganggu musim hujan dan musim banjir. (Seperti highway Simpang Pulai ke Cameron Highlands). 
Saya harap Kerajaan negeri Pahang dan juga negeri Perak akan membuka lagi banyak kawasan tanaman sayur di kawasan bukit dengan cara teratur dan terancang (contoured plots), siap dengan jalan tar, bekalan api, air dan telefon / internet yang boleh disewa secara leasehold 30 tahun atau 60 tahun kepada pekebun sayur, dusun buah-buahan dan kebun bunga. Bukan saja industri ini akan menjana peluang pekerjaan dan majukan ekonomi negara tetapi yang lebih penting ia boleh jamin keperluan bekalan makanan negara.
Jangan pula Kerajaan negeri Pahang meletak sewa tanah TOL RM4,500 setahun.  Sewa tanah di semua negeri jauh lebih murah daripada RM200 se-ekar setahun.
Di sini saya ingin kongsi sedikit maklumat. Seorang sahabat saya (bekas Menteri Kabinet) ceritakan mengenai sebuah syarikat asing yang ingin melabur beratus juta Ringgit dalam sektor pertanian (termasuk kilang memproses hasil tani). Mereka perlu sewa hampir 1,000 ekar tanah. 
Tanah itu memang ada. Kesemua negeri dalam negara kita mempunyai tanah kosong, tanah semak, tanah belukar yang terbiar. Berpuluh ribu ekar atau beratus ribu ekar jumlahnya. 
Tetapi negeri yang berkenaan minta sewa tanah RM300 se ekar. Syarikat asing itu tidak setuju sebab sewa RM300 se ekar itu terlalu mahal bagi kiraan break-even analysis mereka. Jadi mereka berangkat pergi ke negara jiran kita yang juga mempunyai banyak tanah kosong.  
Jadi kita hilang peluang menarik pelaburan asing yang bukan saja boleh majukan pertanian negara tetapi boleh sediakan peluang pekerjaan bagi TIGA JUTA bebudak penganggur kita.
Cuba fikirlah Kerajaan negeri Pahang hendak letakkan sewa RM4,500 setahun bagi se ekar tanah TOL di kawasan Cameron Highlands!! Nauzubillah. 
Macam tak pernah sekolah, tak faham kira-kira.    
Pendek kata tuan-tuan, ahli politik kita dan pemimpin politik kita tidak faham tiga konsep penting :
1. If it is NOT broken and it is functioning perfectly, dont try to fix it. Jangan cuba perbaiki sesuatu yang sedang berfungsi dengan baik.
2. Jangan sekat orang lain yang mampu dan sanggup menjana hasil ekonomi daripada menjana hasil ekonomi. Nanti ibu-ibu kita tak cukup duit pasar. 
3.   Jangan pi usik pokok buah dengan "Low Hanging Fruits" nya. Biar dia berbuah. Kita petiklah buahnya.
The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.
By Syed Akbar Ali 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/01/hooray-harga-barang-makanan-sayur-ikan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+M

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Parti Politik Tapi Bab Nak Cari Untung Dia Sahaja Yang Betul

Pas Parti Politik Tapi Bab Nak Cari Untung Dia Sahaja Yang Betul

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 241 hits
Hamdan TahaPandangan saya sebagai rakyat kerdil Saya baca kenyataan presiden pas Dato Seri Hadi Awang tentang darurat yang di laksanakan oleh kerajaan PN yang Pas bersama dalam kerajaan ini Di pendekan hujah presiden ialah wajib hukumnya be...
Sayur Naik Harga Kerana Banjir

Sayur Naik Harga Kerana Banjir

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 227 hits
GUA MUSANG Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengakui berlaku kenaikan harga sayur sayuran di sekitar bandar ini Ia berikutan bekalan sayur berkurangan akibat musim banjir belum pulih sepenuhnya khususnya dari Came...
Kenaikan Harga Barang Tambah Beban Rakyat Tok Mat

Kenaikan Harga Barang Tambah Beban Rakyat Tok Mat

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 284 hits
Orang awam membeli barang keperluan harian di salah sebuah pasaraya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Setiawangsa Kuala Lumpur foto AFIQ HAMBALI KUALA LUMPUR Kerajaan disaran segera melaksanakan langkah langkah untuk mengata...
Nazri Bbangkit Pertahan Mat Maslan Keputusan Dibuat Oleh Biro Politik Parti Jadi Tak Usah Pertikailah

Nazri Bbangkit Pertahan Mat Maslan Keputusan Dibuat Oleh Biro Politik Parti Jadi Tak Usah Pertikailah

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 234 hits
Bekas menteri undang undang Nazri Abdul Aziz mempertahankan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan yang mengutus surat menggesa ahli parlimen parti itu mendesak agar sidang khas parlimen diadakan Kata Nazri ketika ini negara ditadbir oleh keraj...
Mat Hasan Minta Kerajaan Atasi Kenaikan Harga Makanan

Mat Hasan Minta Kerajaan Atasi Kenaikan Harga Makanan

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 250 hits
Bimbang dengan situasi ekonomi rakyat yang semakin meruncing Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan meminta kerajaan mengatasi masalah harga makanan yang mula membebankan orang ramai Mohamad berkata meskipun bekalan keperluan cukup untuk mena...
Pengguna Tak Puas Hati Kpdnhep Cuba Nafi Harga Minyak Masak Naik

Pengguna Tak Puas Hati Kpdnhep Cuba Nafi Harga Minyak Masak Naik

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 350 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONEkoran kenaikan harga beberapa barangan asas seperti minyak masak dan bawang orang ramai mula membuat aduan dan meluahkan rasa tidak puas hati di laman Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggu...
Harga Pos Laju Naik Lagi

Harga Pos Laju Naik Lagi

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 357 hits
Assalamualaikum Alamak sedih pulak bila kakak bertukar dari perkhidmatan pos laju ke Gdex Express uuuwahhwah nangisss sedih lah dari tahun 2014 menggunakan perkhidmatan pos laju dan finally kitaorang decided tukar ke gdex Express abang posm...
Harga Minyak Petrol Naik Lagi Ron95 Ron97 Papar Kenaikan 1 Sen

Harga Minyak Petrol Naik Lagi Ron95 Ron97 Papar Kenaikan 1 Sen

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 397 hits
Berdasarkan penetapan harga runcit minyak petrol negara minggu hadapan ia memaparkan peningkatan Melalui penggunaan formula Automatic Pricing Mechanism ini adalah rangkuman harga runcit petroleum bagi tempoh 23 Januari 2021 hingga 29 Januar...
Tengkujuh Punca Harga Sayur Ikan Naik Mendadak

Tengkujuh Punca Harga Sayur Ikan Naik Mendadak

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 249 hits
BERNAMA Putrajaya Kenaikan harga barangan keperluan di Johor Perak Kelantan dan Pahang didakwa berpunca musim tengkujuh yang melanda negeri negeri di Pantai Timur menyebabkan nelayan tidak dapat turun ke laut Menteri Perdagangan Dalam Neger...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ramai Keliru Bagaimana Pemandu Boleh Rempuh Buaya Di Lebuh Raya

Jom Buat Kek Birthday Sendiri

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Bagaimana Mendapatkan Kebebasan Kewangan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Persahabatan