Tengkujuh Punca Harga Sayur Ikan Naik Mendadak


BERNAMA 
Putrajaya: Kenaikan harga barangan keperluan di Johor, Perak, Kelantan dan Pahang didakwa berpunca musim tengkujuh yang melanda negeri-negeri di Pantai Timur menyebabkan nelayan tidak dapat turun ke laut.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, faktor perubahan cuaca yang terlampau sejuk di kawasan pengeluar bekalan utama sayur-sayuran seperti Cameron Highlands pula menyebabkan kualiti dan kuantiti hasil berkurangan.
"Antara barangan yang menunjukkan peningkatan (harga) adalah sayur-sayuran seperti tomato dan sawi. Harga bawang yang diimport dari pelbagai negara pengeluar pula menunjukkan berlakunya penurunan harga," katanya tadi.
Nanta berkata, kementerian sudah memeriksa 258 premis peruncit dan pembekal melalui Op Pasar 2021 (sayur-sayuran) pada 12 hingga 18 Januari lalu membabitkan lima jenis sayur iaitu tomato, cili merah minyak serta cili merah kulai, lobak dan kubis bulat.
"Sebanyak 246 notis bertulis dikeluarkan kepada peniaga untuk memantau aktiviti kenaikan harga yang berlaku dan mengesan sekiranya wujud sebarang elemen pencatutan," katanya.
Nanta berkata, kementerian turut melaksanakan pemantauan harga jualan minyak masak melalui pemeriksaan terhadap 266 premis melibatkan 2,289 minyak masak pelbagai jenama bagi botol 2 kilogram (kg) , 3 kg dan 5 kg.
Menurutnya, sebanyak enam notis mengikut Seksyen 21, Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dikemukakan kepada peruncit untuk mengesan sama ada wujudnya sebarang elemen mencatut dalam transaksi jualan yang dilakukan bagi barangan yang diperiksa.
Nanta berkata, pemantauan juga mendapati 11 barangan keperluan asas iaitu gula, minyak masak, tepung gandum, beras, roti putih, susu tepung, sayur-sayuran, ayam, telur, bawang dan pelitup muka mencukupi di pasaran.
Kementerian akan terus memantau bekalan dan harga barangan di pasaran di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 dan AKHAP 2011 khususnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bagi memastikan tiada berlakunya masalah kekurangan bekalan barangan keperluan dan kenaikan harga mendadak.
"Mana-mana peniaga yang mengambil kesempatan melakukan aktiviti mencatut di bawah AKHAP 2011 atau mana-mana kesalahan di bawah AKB 1961 akan diambil tindakan yang tegas mengikut perundangan yang dikuatkuasakan," katanya. - Bernama.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/tengkujuh-punca-harga-sayur-ikan-naik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Ikan Sayur Dijangka Akan Jatuh Dalam 2 3 Minggu

Harga Ikan Sayur Dijangka Akan Jatuh Dalam 2 3 Minggu

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 327 hits
Robin AugustinPETALING JAYA Bos rangkaian pasar raya besar Mydin berkata kenaikan harga makanan antara 30 hingga 250 baru baru ini dijangka kembali normal dalam tiga minggu Pengarah Urusan Mydin Ameer Ali Mydin berkata kenaikan harga baru b...
Peniaga Pembeli Mengeluh Ikan Sayur Harga Kayangan Sepanjang Pkp

Peniaga Pembeli Mengeluh Ikan Sayur Harga Kayangan Sepanjang Pkp

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 360 hits
Kebanyakan peniaga dan pengguna merungut berikutan peningkatan harga barangan keperluan yang begitu ketara selepas dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan 2 0 dilaksanakan Beberapa peniaga dan pelanggan yang ditemui MalaysiaGazette melahirka...
Sayur Naik Harga Kerana Banjir

Sayur Naik Harga Kerana Banjir

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 264 hits
GUA MUSANG Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengakui berlaku kenaikan harga sayur sayuran di sekitar bandar ini Ia berikutan bekalan sayur berkurangan akibat musim banjir belum pulih sepenuhnya khususnya dari Came...
Kes Covid 19 Naik Mendadak Penjara Bentong Diletak Bawah Pkpd

Kes Covid 19 Naik Mendadak Penjara Bentong Diletak Bawah Pkpd

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 216 hits
January 24 2021 Perintah kawalan pergerakan diperketatkan di Penjara Bentong Pahang dikuatkuasakan bermula 25 Jan hingga 8 Feb PETALING JAYA Kerajaan akan mengenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan di Penjara Bentong Pahang dan ku...
Harga Minyak Petrol Naik Lagi Ron95 Ron97 Papar Kenaikan 1 Sen

Harga Minyak Petrol Naik Lagi Ron95 Ron97 Papar Kenaikan 1 Sen

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 432 hits
Berdasarkan penetapan harga runcit minyak petrol negara minggu hadapan ia memaparkan peningkatan Melalui penggunaan formula Automatic Pricing Mechanism ini adalah rangkuman harga runcit petroleum bagi tempoh 23 Januari 2021 hingga 29 Januar...
Hooray Harga Barang Makanan Naik Sampai 250 Peluang Baik Parti Politik Cari Publisiti Murah

Hooray Harga Barang Makanan Naik Sampai 250 Peluang Baik Parti Politik Cari Publisiti Murah

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 336 hits
PJ Mydin hypermart says food prices up 30 250 will return to normal within three weeksAmeer Ali Mydin MD of Mydin said spike caused by flooding MCOlast 2 weeks poultry prices up by 10 15 ikan Mabung RM12 went to RM18 kg Kembong RM7 went to ...
Menteri Kpdnhep Kata Minyak Masak Mahal Sebab Harga Minyak Sawit Naik

Menteri Kpdnhep Kata Minyak Masak Mahal Sebab Harga Minyak Sawit Naik

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 429 hits
Kenaikan harga minyak masak tidak bersubsidi dipengaruhi oleh harga minyak sawit mentah yang meningkat sejak Ogos tahun lepas kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi Beliau berkata harga CPO dilap...
Harga Ron95 Ron97 Dan Diesel Naik Bagi Tempoh 16 25 Januari 2021

Harga Ron95 Ron97 Dan Diesel Naik Bagi Tempoh 16 25 Januari 2021

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 339 hits
Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing masing naik lima sen seliter manakala harga diesel naik tiga sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini sehingga 22 Januari Menurut kenyataan Kementerian Kewangan harga runcit baharu...
Pengguna Tak Puas Hati Kpdnhep Cuba Nafi Harga Minyak Masak Naik

Pengguna Tak Puas Hati Kpdnhep Cuba Nafi Harga Minyak Masak Naik

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 378 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONEkoran kenaikan harga beberapa barangan asas seperti minyak masak dan bawang orang ramai mula membuat aduan dan meluahkan rasa tidak puas hati di laman Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggu...
Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Bomb Battle S New Outlet At The Curve Set To Redefine Immersive Experiences

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Speed Read The New Speed Triple 1200 Rx And More

Peran Protein Dan Kalsium Dalam Susu Untuk Tumbuh Kembang Anak

The Cave Of Crystals Mexico S Hidden Underground Giant

Rafizi Merajuk Dan Tidak Mahu Rasmi Kongres Wanita Dan Amk Pkr


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Quartet Songzhuang Z Museum By Team Bldg Weaving Culture Into Architecture

Six Highways 25 Main Roads In Klang Valley To Be Closed For Asean Summit

The Trucks Haven T Changed What I Learned From Growing Up In Army Quarters

Investors Affected By Unauthorised Trades Won T Incur Losses Says Bursa

Revisited Kimchi Jjigae And Mayak Egg Recipe

What Did Trump Really Do About India During His Term Let S Break It Down