Honey Hub Life Elixir Sesuai Untuk Mereka Yang Mengalami Masalah Sakit Sendi
Honey Hub Life Elixir Sesuai Untuk Mereka Yang Mengalami Masalah Sakit Sendi | Madu, semua orang tahu akan khasiat madu. Tapi awas ye, tak semua madu yang ada di pasaran tu tulen tau. So, sebelum nak beli madu tu pastikan madu tu original dulu baru beli. Baru-baru ni, kinah ada terbaca di facebook mengenai Honey Hub. Kinah tertarik dengan salah satu produk mereka iaitu Honey Hub Life Elixir yang dikatakan dapat membantu mereka yang mengalami masalah sakit sendi dan pinggul. Tak salah kan nak mencuba hihi.
Honey Hub Life Elixir Sesuai Untuk Mereka Yang Mengalami Masalah Sakit SendiHoney Hub Life Elixir Sesuai Untuk Mereka Yang Mengalami Masalah Sakit SendiKinah pun tak tunggu dah sebab ibu jari ni sakit saja. Dah pergi urut pun, masih sakit lagi. Kinah sendiri tak tahu entah mana silapnya. Sebab tu kinah nak sangat cuba produk Honey Hub Life Elixir ni. Mana la tahu boleh kurangkan sakit ibu jari ni. Dah berumur katakan, mula lah sakit sana sini
Kandungan Honey Hub Life ElixirKalau korang nak tahu kandungan Honey Hub Life Elixir ni merupakan campuran madu tualang serta herba semula jadi yang begitu banyak khasiatnya seperti American Ginseng, Astragalus, Black Curmin dan pelbagai lagi herba lain antaranya kunyit. Nampak warnanya kuning kan. Memang pekat rasa herbanya, tapi korang jangan risau. Rasanya masih lagi ok untuk dimakan hehe.
Sebelum kita pergi lebih jauh, kinah nak cerita sedikit mengenai madu ni. Untuk pengetahuan korang, madu yang ada dipasaran sebenarnya ada gred tau. Harganya pun berbeza mengikut jenis gred. Jadi, lepas ni kalau ada orang offer dengan korang madu dengan harga yang murah, confirm gred madu tu pun orang sekarang kata beshe beshe aje. So, jangan mudah terpedaya ye.
Mengapa setiap madu ada gred?
Kalau korang nak tahu, madu ni sebenarnya ada banyak jenis, ada madu tualang, madu kelulut, madu gunung dan pelbagai lagi jenis madu yang ada di pasaran. Kesemua madu ni ada yang diternak di ladang, diusahakan secara komersil, dan ada juga madu yang telah diproses semula. Sedangkan madu liar juga mempunyai gred tertentu seperti
Gred D - kadar kelembapan 25% ke atasGred C - kadar kelembapan 22% Gred B - kadar kelembapan 20.5% ke atasGred A - kadar kelembapan 20% ke bawah Madu Premium - kadar kelembapan di bawah 18%
Honey Hub Life Elixir Sesuai Untuk Mereka Yang Mengalami Masalah Sakit SendiSemestinya Honey Hub menggunakan 100% Madu Premium Asli ye dan ujian Makmal juga telah dijalankan oleh UNIPEQ UKM
Honey Hub Life Elixir Sesuai Untuk Mereka Yang Mengalami Masalah Sendi dan Sakit LututTeksturnya pulak, korang boleh nampak ianya agak berserat dan tak cair. Jadi, sebelum korang nak makan tu, kacau dulu ye. JANGAN guna sudu besi ye, guna saja sudu plastik. Bimbang bila guna sudu besi, khasiat madu tu akan hilang
Honey Hub Life Elixir Sesuai Untuk Mereka Yang Mengalami Masalah Sakit SendiHoney Hub Life Elixir ni didatangkan di dalam bentuk bekas kaca. Nampak eksklusif packaging dia. Cuma satu kinah nak pesan kalau nak bukak penutup bekas kaca ni kali pertama, jangan goncang ke apa tau dulu, nanti dia punya isi dalam tu terkeluar. Nanti habis berkencah dapur korang. Make sure tekan dahulu penutup botol dibahagian tengah tu. Tak tekan jadi macam kinah la hehe
Sebut pasal harga, harga sebotol Honey Hub Life Elixir ni adalah RM209.00 bagi 700ml. Agak mahal harganya tapi khasiatnya sangat bagus
Cara Pengambilan Honey Hub Life ElixirPengambilan Honey Hub Life Elixir ni pun ada caranya. Kalau ambil tak ikut cara, korang tak akan dapat khasiatnya. Jadi, ikuti cara pengambilan Honey Hub Life Elixir dengan betul
1. Honey Hub Life Elixir perlu diambil 2 kali sehari iaitu, 1 sudu sebelum sarapan dan juga 1 sudu sebelum tidur
2. JANGAN sesekali menggunakan sudu logam, dikhuatiri khasiatnya akan hilang
3. Tak perlu dicampur dengan air ataupun dibancuh. Ambil terus menggunakan sudu plastik dari dalam botol
4. Elakkan makan atau minuman sejuk selepas pengambilan Honey Hub Life Elixir
Pengalaman Kinah Selepas Amalkan Honey Hub Life EllixirHoney Hub Life Elixir Sesuai Untuk Mereka Yang Mengalami Masalah Sakit SendiAlhamdulillah, tujuan kinah nak cuba Honey Hub Life Elixir ni sebenarnya nak cuba kurangkan masalah ibu jari kinah ni. Puas dah berurut, tapi masih sakit juga. Nak bengkokkan sikit ibu jari tu pun, boleh terasa ngilunya. Lepas beberapa kali makan Life Elixir ni, ada perubahan. Ibu jari pun dah boleh bengkok dengan sempurna dan dah tak sakit lagi. Puas hati jugakla dengan Honey Hub Life Elixir ni. Korang yang ada rasa sengal sendi dan ada masalah sakit lutut boleh cuba atau boleh juga hadiahkan pada mak dan ayah di kampung. Mesti mereka akan suka
UNTUK MAKLUMAT LANJUT
https://www.facebook.com/honeyexpert
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.apekinah.com/2019/09/honey-hub-life-elixir-sesuai-untuk-masalah-sendi.html