Honey Hub Life Elixir Rasai Sendiri Kebaikan Madu Dengan Campuran Kunyit
Honey Hub Life Elixir | Rasai Sendiri Kebaikan Madu Dengan Campuran Kunyit. Assalamualaikum. Semua orang tahu kebaikan madu. Memang bagus untuk kesihatan. Cik Rose sendiri memang tercari-cari madu sebagai makanan tambahan.
Tapi, satu masalah Cik Rose ni. DISPLIN. Memang tak displin nak amalkan apa-apa. Ada je terhenti di pertengahan jalan. hihi. Entahlah nak buat macam mana yer.
Baru-baru ni Cik Rose ada tanya rakan-rakan di facebook. Ada tak yang amalkan madu sebagai makanan tambahan. Macam-macam komen yang Cik Rose terima. Ada yang memang amalkan madu. Tak kurang jugak yang bergurau dengan perkataan "madu". hihi. Sensitif madu, madu ni. Kena terangkan betul. hihi.
Cik Rose diberikan peluang untuk mencuba satu produk berasaskan madu. Iaitu madu dari Honey Hub. Yeayyy Alhamdulillah, Memang happy sangat. Sebab memang tengah mencari. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal la jadinya kan.
Honey Hub Life Elixir
Kandungan Honey Hub Life Elixir adalah campuran dari madu Tualang,madu tualang, American ginseng, Astragalus, Black curmin o dan lain-lain herba dengan 100% madu gelap keemasan serta 100% Royal Jelly.
Rasa Honey Hub Life Elixer. Mesti korang tertanya-tanya kan apa rasanya. Sebab ada campuran kunyit dan herba tu. Eh jangan risau. Memang akan rasa madu dan kunyit tu. Rasa dia seimbang. Ada manis madu. Ada rasa kunyit dan herba-herba. Bagi Cik Rose, boleh je telan, masih dalam kategori sedap. hihi.
Cara pengambilannya:
1 sudu makan pada waktu pagi sebelum sarapan dan 1 sudu makan pada waktu malam sebelum tidur.
Jangan guna sudu logam / besi
Jangan campurkannya dengan air, makan begitu saja.
Selepas pengambilan, elakkan makanan dan minuman sejuk.
Teksturnya macam berserat. Tapi, tak likat. Bukan jenis cecair tu. Iyalah, sebab ada campuran kunyit tu kan. Cik Rose kacau dulu sebelum ambil dengan sudu.
Didatangkan di dalam botol kaca. Nampak eksklusif madu ni. Cantik je packagingnya. Korang kena hati-hatinya. Jangan sampai terlepas dari genggaman. Kalau jatuh, menagislah. Hihi.
Harganya pula RM209 untuk 700 gram sebotol. Oleh kerana harganya yang sedemikian, maka Cik Rose akan displin makan. hihi. Tak naklah hangat-hangat tahi ayam. Sayang ooo..
Menurut Honey Hub, Life Elixer ni amat disyorkan untuk mereka yang mempunyai masalah arthritis seperti keradangan pada sendi di bahagian tangan, tulang belakang, pinggang, lutut dan pinggul. So, tak salahkan kita cuba.
Kalau korang nak tahu, selain Life Elixir, Honey Hub juga ada mengeluarkan produk madu yang lain seperti Dark Elixir dan Golden Elixir (100% madu asli), Royal Elixir (100% royal jelly), Red Elixir, produk penjagaan kulit Natural Honey Cleanser dan pelembap wajah. Kesemua produk ini dibuat dengan menggunakan bahan premium, 100% wild and raw honey.
Produk madu Honey Hub juga telah dibuat ujian makmal oleh UNIPEQ UKM.
Untuk keterangan lanjut, boleh layari terus ke
FACEBOOK HONEYHUB
Tak salah kita usaha kan. Laburkan sedikit wang untuk kesihatan sendiri.
Jom tonton video yang sempat Cik Rose buat tentang Life Elixer dari Honey Hub ni :
Terima kasih !
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2019/08/honey-hub-life-elixir-rasai-sendiri.html