Makan Madu Campuran Kunyit Honey Hub Life Elixir Apa Kebaikannya
Honey Hub Life Elixir
Rata-rata ramai yang tahu bahawa madu membawa pelbagai kebaikan terhadap kesihatan tubuh badan. Malah boleh dijadikan pengganti gula dalam diet harian. Kali ini Mai mencuba makan madu Honey Hub Life Elixir dengan campuran serbuk kunyit. Untuk apa tujuannya tu ya?
Honey Hub Life Elixir
Baru-baru ini lutut Mai sebelah kiri mengalami lenguh dan berasa tidak selesa untuk berjalan jauh. Sebabnya lutut Mai pernah terhempas semasa aktiviti koku di universiti dulu, kesannya mungkin dah datang sekarang ini. Kadang-kadang tangan juga mengalami lenguh kerana kerja yang banyak menggunakan komputer, posisi tangan ketika menggunakan komputer juga kadang kala salah. Itu yang menyebabkan sakit.
Senaman ringan Mai tak lupa buat. Makan minum juga dijaga. Bila nampak pula Honey Hub Life Elixir di Facebook katanya boleh bantu mengurangkan lenguh-lenguh dan sakit sendi. Jadi, Mai pun cuba.
Mai memang baru mencuba Honey Hub Life Elixir ini. Jadi belum nampak kesannya tu. Mai memilih madu ini kerana dapat membantu mengubati radang sendi, arthritis, stiff join, body inflammation, finger trigger dan untuk kesihatan hati. Lagi pula, madu tualang.. madu premium digunakan untuk produk ini.
Kandungan Honey Hub Life Elixir ini terdiri daripada madu tualang, American ginseng, Astragalus, Black curmin o dan lain-lain lagi. Harganya pula RM209 untuk 700 gram sebotol. Bagaimana pula dengan rasa madu yang dicampur dengan pelbagai ramuan ini?
Ini rupa isinya
Masa mula-mula nak makan, risau juga jika rasanya pelik. Suapan pertama, rasanya sedap juga. Ada rasa manis, masam sikit, rasa kunyit dan pahit sikit. Tapi bagi Mai ok je, boleh telan.
Cara pengambilannya:
1 sudu makan pada waktu pagi sebelum sarapan dan 1 sudu makan pada waktu malam sebelum tidur.Guna sudu selain daripada besi.Jangan campurkannya dengan air, makan begitu saja.
Harapnya Mai dapat amalkan berterusan sebab nak dapatkan hasil yang positif. Mana tahu, dengan makanan yang bagus ini betul-betul boleh membantu kita mengatasi masalah yang sedang dialami kan?
Kalau anda nak tahu, selain Life Elixir, Honey Hub juga ada mengeluarkan produk madu yang lain seperti Dark Elixir dan Golden Elixir (100% madu asli), Royal Elixir (100% royal jelly), Red Elixir, produk penjagaan kulit Natural Honey Cleanser dan pelembap wajah. Kesemua produk ini dibuat dengan menggunakan bahan premium, 100% wild and raw honey tau.
Produk madu Honey Hub juga telah dibuat ujian makmal oleh UNIPEQ UKM, yang membuktikan bahawa produk-produk tersebut adalah asli. Jadi, tak perlu ragu-ragu lagi untuk membeli dengan Honey Hub.
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lebih lanjut tentang pelbagai produk keluaran Honey Hub, lawati Facebook Honey Hub.
Jom jaga kesihatan sebaiknya. Usaha dan jangan sesekali putus asa.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.maisarahsidi.com/2019/08/makan-madu-campuran-kunyit-honey-hub-life-elixir.html