Hirup Udara Pagi Ini Dengan Syukur


MasyaAllah, pagi ini kita masih diberi peluang untuk menghirup udara segar yang Allah SWT kurniakan. Setiap hembusan nafas adalah tanda kasih sayangNya kepada kita. Mungkin kita bangun dengan hati yang berat. Ada masalah yang belum selesai, hutang yang menekan atau cabaran hidup yang terasa tak berkesudahan. 
Namun, pagi ini juga adalah peluang baru, ruang untuk kita bermula lagi dengan harapan yang segar

Hidup ini memang ujian. Setiap kita ada cabarannya. Ada yang diuji dengan kesempitan rezeki, ada yang diuji dengan kehilangan dan ada juga yang merasa lelah dalam perjuangan hidup. 
Tapi, percayalah, Allah tak akan membebankan hambaNya melebihi kemampuan mereka. Allah SWT berfirman; "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." (Surah Al-Baqarah: 286)

Bagi yang bergelut dengan hutang, ingatlah bahawa setiap sen yang kita usahakan untuk melunaskannya adalah amal soleh yang diberkati Allah. Doa orang yang berusaha melepaskan dirinya daripada beban hutang adalah doa yang sangat didengar olehNya. 

Rasulullah SAW mengajarkan kita satu doa yang indah untuk diamalkan; "Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezekiMu yang halal sehingga aku tidak memerlukan yang haram, dan cukupkanlah aku dengan kurniaanMu sehingga aku tidak meminta kepada selainMu." (HR Tirmidzi).
Jika hari ini terasa berat, angkatlah tanganmu, berdoa dengan sepenuh hati. Allah itu dekat, lebih dekat dari urat leher kita. Jangan malu untuk menangis dalam sujudmu kerana air mata seorang hamba yang tulus memohon adalah salah satu bukti keikhlasan dan kebergantungan kepada Allah

Jangan lupa, setiap perjuangan yang kita lalui ada nilainya di sisi Allah. Setiap langkah, walau sekecil mana, setiap doa, walau hanya terbisik di hati, semuanya dihitung sebagai usaha mendekatkan diri kepadaNya. Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang paling dikasihi oleh Allah adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain." (HR Thabrani).
Mulakan hari ini dengan doa. Semoga Allah kurniakan kelapangan rezeki kepada mereka yang sempit, kekuatan kepada mereka yang lemah dan cahaya petunjuk kepada hati yang gelisah. 
Ingatlah, kehidupan ini adalah perjalanan dan apa yang kita lalui hari ini adalah sebahagian daripada rancangan besar Allah yang penuh hikmah

Bangkitlah pagi ini dengan senyuman dan keyakinan. Walau berat langkah, ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama. Bersyukurlah atas nikmat nafas kerana itu bermakna kita masih ada peluang untuk berusaha, memperbaiki diri dan meraih redhaNya

Moga hari ini menjadi lebih baik daripada semalam. Moga kita diberi kekuatan untuk menghadapi setiap cabaran dengan sabar dan semoga Allah memberikan kita akhir yang baik, di dunia dan di akhirat. Aamiin

Kredit : Telegram Ceramah Ustaz dan Ustazah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2025/08/hirup-udara-pagi-ini-dengan-syukur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Gulai Ayam Kelantan Rasa Macam Beli Nasi Berlauk Bungkus Pagi Pagi

Resipi Gulai Ayam Kelantan Rasa Macam Beli Nasi Berlauk Bungkus Pagi Pagi

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 756 hits
Buat penggemar Nasi Berlauk pasti pernah cuba Gulai Ayam Kelantan yang banyak dijual di gerai restoran dan kedai makan di seluruh negeri Cik Siti Wan Kembang Kuahnya yang pekat dan berperisa ditambah dengan gabungan bahan bahan lain menjadi...
Mimpikita Cipta Revolusi Melalui Timelapse Rai Perubahan Gaya Pagi Ke Malam Maya

Mimpikita Cipta Revolusi Melalui Timelapse Rai Perubahan Gaya Pagi Ke Malam Maya

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 371 hits
JENAMA fesyen tempatan Mimpikita bersama Kita Co kembali menghiasi pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2025 dengan pelancaran koleksi musim bunga panas 2026 bertemakan Timelapse yang mengangkat keindahan perubahan dari Waktu pagi hingga malas...
Amaran Ribut Petir Di Lapan Negeri Hingga 1 Pagi Ini Metmalaysia

Amaran Ribut Petir Di Lapan Negeri Hingga 1 Pagi Ini Metmalaysia

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 187 hits
Amaran Ribut Petir Di Lapan Negeri Hingga 1 Pagi Ini MetMalaysia KUALA LUMPUR 12 Ogos Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan kawasan di lapan negeri sehingga 1 pagi Rabu MetM...
Jenazah Zara Qairina Tiba Di Hqe Bedah Siasat Pagi Ini

Jenazah Zara Qairina Tiba Di Hqe Bedah Siasat Pagi Ini

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 369 hits
KOTA KINABALU Jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir tiba di Hospital Queen Elizabeth pada jam 10 30 malam tadi selepas proses penggalian semula kuburnya di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi Mesapol Sipitang petang semalam Jenazah remaj...
Khutbah Jumat Syukur Atas Kemerdekaan Dengan Ibadah Taat Dan Persatuan

Khutbah Jumat Syukur Atas Kemerdekaan Dengan Ibadah Taat Dan Persatuan

papar berkaitan - pada 24/8/2025 - jumlah : 973 hits
Bagaimana kita mensyukuri nikmat kemerdekaan Yang utama adalah bersyukur taubat taat kepada pemimpin mendoakan saudara kita di Palestina
Syukur Task Force Jsj Bukit Aman Satu Daripada 4 Tuntutan Keluarga Zara Qairina Kepada Peguam Negara

Syukur Task Force Jsj Bukit Aman Satu Daripada 4 Tuntutan Keluarga Zara Qairina Kepada Peguam Negara

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 268 hits
Demi keadilan untuk arwah Zara Qairina pasukan peguam mewakili Noraidah Lamat 45 telah mengemukakan empat tuntutan rasmi kepada Jabatan Peguam Negara Dalam kenyataan media peguam keluarga Allahyarham Shahlan Jufri Rizwandean M Borhan dan Mo...
Selepas Detik Duka Noh Isteri Syukur Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan

Selepas Detik Duka Noh Isteri Syukur Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 553 hits
Selepas detik duka kehilangan anak sulung tahun lalu vokalis kumpulan Hujan Noh Salleh dan isterinya Fatin Athira Mustapa akhirnya berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi Khabar manis ini pastinya membe...
I M Proud Of You Anak Erra Fazira Kongsi Rasa Syukur Aleesya Cemerlang Igcse

I M Proud Of You Anak Erra Fazira Kongsi Rasa Syukur Aleesya Cemerlang Igcse

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 929 hits
I m proud of you anak itulah luahan penuh kasih daripada selebriti dan pelakon terkenal Erra Fazira apabila anak gadis kesayangannya Engku Aleesya cemerlang dalam peperiksaan IGCSE baru baru ini Setiap ibu bapa pasti mahu melihat anak merek...
Menu Sihat Sesuai Untuk Sarapan Pagi

Menu Sihat Sesuai Untuk Sarapan Pagi

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 565 hits
Menu Sihat Sesuai Untuk Sarapan Pagi Korang jangan marah tau akak asyik post pasal makan saja Simpan sini sebagai rujukan akan datang Akak kalau hilang idea memasak memang selalu akan tengok balik entry entry yang lepas tengok gambarpun kad...
Selepas Dihina Anak Fila Amir Tak Dibenarkan Dibawa Pulang Kampung Suami Di Afrika Takut Keluarga Tu Tak Baik

Cuti Sekolah Dah Bermula

Easy Beef Thick Rib Joint Recipe

Rare Tribute From Perlis Mufti We Criticise Chinese Schools But What S The Quality Of Tahfiz School Kids

Hari Lahir Sarah Dan Ucid 11 Tahun

Setiap Detik Adalah Puisi Cinta Yang Tidak Terucap Nukilan Fattah Amin Kepada Amira Othman Bikin Merinding

Ustaz Azhar Idrus Ulas Kenyataan Buka Hijab Lebih Dekat Dengan Allah Itu Jahil

Ucapan Hari Lahir Ayah Mertua Yang Ke 66


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Maklumat Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Mendaftar Untuk Menderma Darah

Ride Warm Heated Motorcycle Gear For Cold Weather Riding

Harimau Malaya Kini Ke 123 Dunia

Taugeh Tumis Campur Tempe Dan Kucai

Gbp Usd Analisis Dan Ramalan

Makan Sizzling Yee Mee Di Restoran The Ha Alifff