Resepi roasted chicken, Bau semerbak ayam panggang yang meresap ke dalam daging memang menggiurkan selera. Dalam artikel ini, anda akan didedahkan dengan pelbagai gaya resepi ayam panggang dari seluruh dunia. Sama ada ayam panggang tradisional, ayam panggang berempah, ayam panggang berkari, atau ayam panggang berasaskan resipi keluarga, semuanya dijamin memberikan kelazatan yang luar biasa. Lengkapkan lagi hidangan anda dengan pelbagai jenis sos, sambal, dan pencuci mulut yang disarankan.
Kredit Resepi ; faraherdalarazan
Bahan A (Ayam Panggang):
4 ketul paha ayam
1 paket sup bunjut (sup tulang)
2 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
Sebesar ibu jari halia
Air secukupnya
1 sudu makan minyak bijan
Minyak untuk menumis
Garam dan ajinomoto secukupnya
2 kiub ayam
Cara Sediaan:
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris sehingga naik bau.
Masukkan air, minyak bijan, kiub ayam dan sup bunjut ke dalam periuk. Gaul rata.
Akhir sekali, masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Angkat ayam dan sisihkan.
Jangan buang air sup yang tinggal.
Bahan B (Perapan Ayam):
Kicap manis secukupnya
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan minyak bijan
Cara:
Campurkan semua bahan B dan rendam/perap ayam selama 1 jam.
Selepas 1 jam, goreng ayam dengan api sederhana sehingga masak, tidak hangus.
Bahan Hiasan (Pilihan):
Daun salad
Daun sup
Bawang goreng
Lada hitam
Pencicah:
Sebesar ibu jari halia
5 ulas bawang putih
2 biji cili besar
1 biji cili kecil
Air limau dan kulit limau
Gula secukupnya
Garam dan ajinomoto secukupnya
Air secukupnya
1 sudu makan tepung jagung
Cara:
Kisar/tumbuk semua bahan pencicah.
Tumis bahan pencicah yang dikisar tadi.
Perasakan dengan garam, gula, air limau mengikut citarasa yang dikehendaki.
Masukkan tepung jagung untuk menggentrikan kuah pencicah jika perlu.
Nasi:
Beras
Air rebusan/sup sebelum ini
Sehelai daun pandan
1 sudu makan butter
Ikut sukatan untuk nasi seperti biasa
Cara:
Masak nasi seperti biasa menggunakan air rebusan/sup sebelumnya dan tambah daun pandan dan butter.
Soalan FAQs Berkenaan Resepi Roasted Chicken
Apakah jenis ayam yang paling sesuai untuk roasted chicken?
Ayam kampung atau ayam organik yang berkulit nipis dan daging yang kurang berlemak adalah pilihan yang baik untuk roasted chicken.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |