Himpunan Penyatuan Ummah Di Pasir Salak Untuk Semua Jangan Ada Mana Mana Pihak Rasa Terancam Terpinggir




Tiada mana-mana pihak yang sepatutnya berasa terancam atau terpinggir dengan Himpunan Penyatuan Ummah termasuklah yang akan diadakan di Pasir Salak pada esok, 30 Ogos, Jumaat ini.
Ketua Penerangan UMNO Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, himpunan seumpama ini adalah untuk kepentingan dan semestinya bakal memberi manfaat yang menyeluruh bukan sahaja kepada bangsa Melayu tetapi juga kepada seluruh rakyat.
Menurut beliau tanggapan dan dakwaan sinis jika ada ditimbulkan hanyalah sekadar untuk mengganggu-gugat kelancaran penyatuan ummah yang hari ini cukup segar dan bersemarak di seluruh negara.
“Penyatuan ummah ini tidak akan meminggirkan mana-mana pihak sekali pun kerana nawaitu kita adalah untuk kesejahteraan dan kebaikan bersama seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
“Apabila perpaduan itu berlaku semestinyalah negeri dan juga negara yang rakyatnya berbilang bangsa dan agama akan mendapat manfaat kerana keharmonian dan kesejahteraan jelas akan terpancul,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.
Lantaran kejayaan program Melayu Bangkit dan penyatuan ummah yang diadakan tahun lalu maka UMNO Pasir Salak sekali lagi bakal menganjurkan himpunan Melayu Bangkit Penyatuan Ummah 2.0.
Himpunan yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini dijangkakan bakal mengumpulkan 50 ribu orang.
Ketua UMNO bahagian Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilaporkan berkata, himpunan ini merupakan sambutan bagi kejayaan program yang sama tahun lalu.
“Kita telah berjaya dengan dua program ini dalam menyuntik semangat untuk bersatu di kalangan orang Islam dengan satu nada mempertahankan bangsa dan agama kita.”
Pada 13 dan 14 September ini, Himpunan Penyatuan Ummah dan majlis tandatangan piagam kerjasama UMNO dan PAS akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena majlis tandatangan piagam kerjasama kedua-dua parti berkenaan.
Zolkafly yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput seterusnya menambah orang ramai dialu-alukan untuk sama-sama menyertai himpunan berkenaan bagi menyemarakkan lagi himpunan tersebut.
“Percayalah… dan yakinlah… himpunan mahupun penyatuan ummah yang digerakkan ini tidak seharusnya mana-mana pihak berasa terancam… sekali lagi kita tegaskan tidak seharusnya merasa terpinggir.
“Marilah kita jayakan bersama untuk melihat manfaat yang menyeluruh kelak,” tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang itu lagi. – UMNO Online



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/08/29/himpunan-penyatuan-ummah-di-pasir-salak-untuk-semua-jangan-ada-mana-mana-pihak-rasa-terancam-terpinggir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Pas Sasar 10 000 Hadir Himpunan Penyatuan Ummah

Umno Pas Sasar 10 000 Hadir Himpunan Penyatuan Ummah

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 461 hits
Umno dan PAS mensasarkan 10 000 ahli serta penyokong akan hadir pada majis menandatangani piagam muafakat nasional sempena Himpunan Penyatuan Ummah membabitkan dua parti teras orang Melayu itu pada 14 Sept depan Setiausaha Agung Umno Annuar...
Bangkit Dalam Himpunan Melayu Bangkit Dan Penyatuan Ummah 2 0

Bangkit Dalam Himpunan Melayu Bangkit Dan Penyatuan Ummah 2 0

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 337 hits
KUALA LUMPUR 20 Ogos Terkesan dengan kedudukan Islam dan orang Melayu yang semakin tergugat di negara ini UMNO bakal menganjurkan Himpunan Melayu Bangkit dan Penyatuan Ummah 2 0 Pengerusi Jawatankuasa Himpunan UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul...
Hpu914 Semua Pihak Harus Menyokong Kerjasama Ini Adnan

Hpu914 Semua Pihak Harus Menyokong Kerjasama Ini Adnan

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 270 hits
Berita Dan Laporan Hal Ehwal Politik Semasa Dalam Malaysia Layari www umno online my Ikuti Facebook Twitter Instagram Telegram UMNO Online
Mana Mana Pihak Hina Tentera Adalah Musuh Negara Mat Sabu

Mana Mana Pihak Hina Tentera Adalah Musuh Negara Mat Sabu

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 378 hits
Diterbitkan Hari ini 9 34 pagiMana mana pihak tanpa mengira kaum yang menghina peranan Angkatan Tentera Malaysia merupakan musuh kepada negara kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu Mohamad turut menganggap perbuatan itu sebagai jijik dan tid...
Rahman Dahlan Din Botox Cuba Hijacked Penyatuan Ummah Demi Tun M

Rahman Dahlan Din Botox Cuba Hijacked Penyatuan Ummah Demi Tun M

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 307 hits
Dalam posting sebelum ini laman blog nie ada siarkan keadaan terkini dan halatuju parti parti politik di Malaysia baik di pihak kerajaan mahu pun di pihak pembangkang Di penghujung tulisan admin ada bayangkan cabaran cabaranb dan dugaan yan...
Semakin Hampir Penyatuan Ummah Direalisasi Semakin Dap Dan Konco Konconya Susah Hati

Semakin Hampir Penyatuan Ummah Direalisasi Semakin Dap Dan Konco Konconya Susah Hati

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 434 hits
Dah lebih setahun Pakatan Harapan membentuk kerajaan Dah lebih setahun penimpin Pakatan Harapan menikmati kehidupan mewah sebagai Perdana Menteri Timbalan Perdana Menteri Menteri dan Timbalan Menteri Dah lebih setahun rakyat memberikan mand...
Kalau Rasa Tak Selamat Jangan Naik Kata Mahathir

Kalau Rasa Tak Selamat Jangan Naik Kata Mahathir

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 294 hits
Mahathir mengulas pengkritik yang menimbulkan kebimbangan keselamatan terhadap cadangan perkhidmatan teksi motosikal di negara ini
Tak Minta Lebih Pun Hanya Nak Suami Dengar Dia Berkongsi Rasa Jangan Lokek Bagi Masa Untuk Isteri

Tak Minta Lebih Pun Hanya Nak Suami Dengar Dia Berkongsi Rasa Jangan Lokek Bagi Masa Untuk Isteri

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 634 hits
Isteri kita sememangnya perlukan perhatian Sungguh pun dia ada kawan kawan di pejabat yang mampu mendengar kisahnya dia tetap mahu suami mengadu semuanya pada suami meluahkan rasa malah berkongsi segala cerita yang dilalui dengan orang pali...
Monolog Jiwa Hikmah Di Balik Kekurangan

Percutian 3h2m Ke Pulau Redang Terengganu Part 1

Doa Dipermudahkan Urusan

Buasir Otak Tv Tak Buat Latihan Cikgu Bagi Be Like

Roadster Rescue A Handsome Kawasaki Z1000 By Hb Custom

Dari Drama Ke Realiti Bang Minah On Joowan Umum Akan Berkahwin Pada November Nanti

Hampir Dua Tahun Kahwin Shila Amzah Dedah Sikap Sebenar Ubai Memang Lain Macam

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buat Paper Bag Sendiri Untuk Produk Event Anda Bersama Mosumart Design

Satelit Berteknologi Ai Yang Beresolusi Tinggi Kesan Pencerobohan Tanah Hutan Di Pahang Menjelang 2027

Pemuda Umno Pahang Gesa Rakyat Negeri Ini Tak Terpedaya Dengan Mainan Persepsi Wakil Rakyat Pas

Pengurusan Masjid Halang Pengebumian Suami Isteri Alasan Penduduk Luar

Rafizi Beri Bayangan Tak Tanding Pru16 Tinggalkan Pkr

No Formal Protests Over Malaysia S Naturalised Players Says Afc