Semakin Hampir Penyatuan Ummah Direalisasi Semakin Dap Dan Konco Konconya Susah Hati



Dah lebih setahun Pakatan Harapan membentuk kerajaan...

Dah lebih setahun, penimpin Pakatan Harapan menikmati kehidupan mewah sebagai Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri...

Dah lebih setahun rakyat memberikan mandat pada pemimpin Pakatan Harapan untuk menunaikan janji-janji bulan bintang yang mereka sendiri taburkan...

Dah lebih setahun, rakyat kecewa dan ternanti-nanti supaya Pakatan Harapan dapat tunaikan janji-janji bulan bintang mereka, kalau tak semua, sebahagian pun tak apa...

Tapi penantian rakyat ibarat menunggu kucing bertanduk...

Dah lebih setahun, rakyat ditipu hidup-hidup dan dikencing sebasah-basahnya oleh Pakatan Harapan...

Tapi masih ada lagi rakyat yang buta mata hatinya, menutup mata dan telinganya dari melihat dan mendengar kebenaran sekeliling mereka...

Untuk mereka yang istimewa ini, admin tuliskan perkembangan dan keadaan terkini setiap parti dalam Pakatan Harapan dan perbandingannya dengan keadaan UMNO dan PAS...

Baca, renung dan lihatlah devgan matahati kerana disitu akan dilihat kebenarannya...

PKR


Dah terang lagi bersuluh, PKR bukan lagi ibarat retak nenunggu belah tapi ibarat retak yabg dah mula terbelah...

PKR ada 2 puak, kem kartel yang pro Azmi dan kem otai reformasi yang pro Anwar...

Masing-masing sedang mencari jalan dan kesempatam untuk makan antara satu sama lain...

Kem kartel yang pro Azmin cuba sedaya upaya untuk kekalkan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri...

Sebab apa?

Untuk bagi ruang dan masa yang secukupnya untuk Azmin 'clear the wind' atas kes Semburit...

Musuh utama kem kartel, selain dari Anwar dah tentu ler Dato' Lokman Adam...

Sebab tu serangan kem kartel pada Lokman Adam makin meningkat sejak kebelakangan nie...

Mana tak marah beb, kem kartel dok sibuk nak 'divert' cerita Semburit, Lokman Adam pulak dok perangatkan cerita Semburit...😂😂😂

Tapi apa yang Lokman Adam buat, patut dipuji sebab berani hadapi risiko yang bukan kecik anak semata-mata nak bongkar kebenaran...

Kenapa risikonya besar...

'Bear in our mind', yang 'back up' kem kartel ialah 'Malaysia Poltical Gods', Dr. Mahathir...


Tapi satu perkara yang kem kartel terlepas pandang, dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 43 (7), rakyat Malaysia yang TIDAK dilahirkan di Malaysia TIDAK LAYAK menjadi Perdana Menteri...

Dan Anwar Ibrahim sudah PASTI MAKLUM mengenai perkara tu...

Persoalannya sekarang, adakah Azmin gunakan Dr. Mahathir untuk berlindung dan menurunkan suhu cerita Semburit supaya laluan ke Pejabat Perdana Menteri menjadi mudah atau Dr. Mahathir yang gunakan Azmin untuk terus berkuasa dan menyerap tekanan dari kem Anwar?

Kem otai reformasi pulak sedang berikan tekanan yang hebat pada Dr. Mahathir untuk percepatkan proses peralihan kuasa pada Anwar (BACA DI SINI) dan (DI SINI)...

Relaklah der, dengar cerita, ikut perjanjian mulut, 2 tahun...

Nie baru setahun Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri...

Lagipun Dr. Mahathir dah banyak signal dan terakhirnya bila Dr. Mahathir kata, kitab manifesto Pakatan Harapan dah boleh dibuang!!!

Maksudnya apa yer...🤔🤔🤔

Kalau Dr. Mahathir terpaksa akur dengan tekanan untuk serahkan jawatan Perdana Menteri pada Anwar Ibrahim, maka itu berarti 'game over' pada Azmin dan kem kartel...

Serangan ke atas Azmin itu sendiri sebenarnya adalah lafaz taqlik Anwar Ibrahim terhadap Azmin Ali dan kem kartel...

Talak akan dijatuhkan bila peralihan kuasa 'benar-benar berlaku'...

PPBM


Admin tak faham dengan halatuju Bersatu dan admin percaya, ramai ahli Bersatu diperingkat akar umbi pun sekarang tak tahu apa halatuju parti...

Apa misi dan visi sebenar parti Bersatu?

Siapa pemimpin pelapis seandainya Dr. Mahathir pergi buat selama-lamanya atau undi tak percaya betul-betul dilakukan ke atas Dr. Mahathir?

Din Pagoh, Maszlee Malik atau budak lidah pendek tu?

Sengaja admin tak letak nama Boboi sebab karier politik Boboi kemungkinan besar akan berkubur selepas Dr. Mahathir tiada di sisi Boboi atau pun Dr. Mahathir ditumbangkan...

Dengan parti masih berstatus penaja, Mesyuarat Bahagian tak dapat dibuat sebab tak cukup korum atau lebih banyak kerusi yang hadir dari ahli PPBM...

Akar umbi berbondong-bondong tinggalkan Bersatu, masa depan Bersatu cukup kelam...

Yang pucuk pimpinan dok fokus nak 'bunuh' UMNO supaya ahli UMNO masuk Bersatu tapi makin cuba dibunuh, UMNO nampaknya makin gagah...


Nak pujuk PAS masuk Bersatu, 'tak dok selera' kata Tuan Guru Hj. Hadi Awang...😂😂😂

DAP

Hala tuju DAP jelas...

Memastikan polisi yang mereka mahu diterapkan dalam kerajaan dan tidak akan berganjak walau apa sekalipun...

Malah mereka tidak bersetuju pun dengan hala tuju Dr. Mahathir...

Mereka sudah memberi komitmen akan duduk dalam Pakatan dan mengubahnya dengan mandat Pakatan (BACA DI SINI) dan (DI SINI)...

Yang jadi masaalah terbesar DAP ialah masih gagal menarik undi Melayu dan DAP sedar, kalau nak terus duduk di Putrajaya, undi Melayu adalah sangat penting...

Strategi 'Melayu Skrew Melayu' DAP, berjaya pecahbelahkan undi Melayu tapi bagaikan kena renjatan letrik bila usaha Penyatuan Ummah Insya Allah akan menjadi kenyataan...

Sebab tu DAP cuba berbagai-bagai cara untuk menakutkan MCA dan MIC supaya tentang Penyatuan Ummah...

Kalau usaha tu berjaya, UMNO dan PAS akan dilihat sebagai parti yang rasis dan golongan Cina, India dan Melayu Liberal serta Melayu Morderate akan menolak UMNO dan PAS...

Tapi alhamdulillah, strategi licik DAP nampaknya gagal mempengaruhi MCA dan MIC...

Tapi DAP masih terus berusaha memainkan sentimen perkauman dan keagamaan dengan isu Tulisan Jawi dan Dr. Zakir Naik!!!

PAN


Ramai tertanya kenapa senyap sangat PAN dalam keadaan politik yang tengah panas buat masa kini...

Mat Sabu pun terlambat bagi respon disaat kementerian dia terlibat...

Bila netizen kecoh dalam media sosial baru Mat Sabu yang jadi ekor DAP berani menjengah kepala bsgi komen...

Malah Liew Chin Tong sendiri yang respon kepada isu kenyataan 'tentera tidur'...

Untuk pengetahuan semua, pemimpin-pemimpin PAN sekarang dalam keadaan cacing kepanasan disebabkan AGM yang mendatang ini...

Ramai pemimpin-pemimpin yang akan dipenggal karier politik mereka dengan permainan chai yang sedang berlaku...

Pertukaran pemimpin pada parti level akan mengubah barisan menteri di kabinet...

Maka ini bahaya untuk orang politik...

UMNO Dan PAS


Alhamdulillah, walau pun kekalahan dalam PRU 14 yang lalu berikan luka yang amat parah pada UMNO tapi hakikatnya mengandungi hikmah yang cukup besar khususnya kepada UMNO dan PAS dan secara amnya kepada masyarakat Melayu Islam dan Bumiputera di Malaysia...

Tanpa kekalahan di PRU 14, memang sukar untuk UMNO dan PAS berkerjasama...

Doktrin anti PAS yang ditanamkan oleh Dr. Mahathir sewaktu menjadi Presiden UMNO selama 22 tahun begitu berkembang subur di hati orang-orang UMNO...

Luka yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir kepada PAS selama puluhan tahun seakan-akan tiada penawarnya pada orang-orang PAS...

Pemimpin PAS mana yang tidak dihina dan dikeji oleh Dr. Mahathir...

Ianya pasti menambahkan kesakitan ke atas luka yang sedia ada kepada orang-orang PAS yang terkenal dengan semangat dan sikap walak pada pemimpin...

Namun kekalahan Barisan Nasional pada PRU 14 telah membuka hijab kebencian selama ini...

Orang-orang UMNO tersedar bahawa selama ini mereka terpengaruh dengan doktrin kebencian pada PAS yang ditanamkan oleh Dr. Mahathir selama ini...

Pemimpin-pemimpin dan orang-orang PAS bukanlah seperti apa yang dikatakan oleh Dr. Mahathir malah ianya hanyalah manifestasi dendam kesumat peribadi Dr. Mahathir kepada PAS kerana pernah tewas di tangan Allahyarham Tuan Guru Hj. Yusof Rawa dalam PRU 1969 dan keputusan orang Melayu memberikan undi kepada PAS kerana marah dengan strategi Dr. Mahathir kerana memanjakan bangsa Cina pada kempen PRU 13 yang lalu...

Bagi orang PAS, selepas keluarnya Dr. Mahathir dan talibarut Dr. Mahathir dari UMNO, seakan baru mereka tersedar bahawa UMNO dan Dr. Mahathir adalah 2 entiti yang berbeza...

Benar UMNO pernah melukakan PAS tapi ianya dilakukan ketika Dr. Mahathir berada di puncak kuasa sewaktu menerajui UMNO dan Barisan Nasional dahulu...

Inilah hikmah dan kasih sayang dari Allah SWT kepada masyarakat Melayu Islam di Malaysia...

Kekalahan UMNO dalam PRU 14 membuka ruang yang cukup luas untuk penyatuan ummah di Malaysia yang selama ini berpecah belah...

Pada Melayu PKR, Melayu PAN, Melayu Bersatu, penyatuan ummah menjemput dengan hati dan tangan terbuka kepada semua untuk sama-sama dalam jemaah ummah di Malaysia...

Kepada yang bukan Islam, Cina, India dan Bumiputera bukan Islam, janganlah terpengaruh dengan dakyah dan fitnah jahat DAP...

Penyatuan ummah tidak akan mengenepikan sesiapa...

Lihatlah sewaktu pemerintahan Barisan Nasional selama 61 tahun dan lihatlah pemerintahan PAS di Kelantan, tiada Cina atau India atau Bumiputera bukan Islam yang ditindas atau dizalimi...

Mungkin Inilah Sebabnya Kenapa
Dr. Zakir Naik DiSerang
Penyatuan ummah adalah untuk menyatukan kuasa politik Melayu Islam supaya kestabilan politik, ekonomi dan sosio budaya di Malaysia dapat dipulihkan seperti yang pernah sama-sama kita nikmati sebelum ini...

Keadaan kacau bilau dan ketegangan kaum yang sedang berlaku sekarang adalah hasil dari pemerintahan yang berusia setahun jagung dari Pakatan Harapan yang ditunjangi DAP...

DAP lah yang paling kuat menentang penyatuan ummah dan parti DAP lah yang menyebabkan semua ketidakstabilan dalam negara kita...

Apakak kita masih lagi mahu terpengaruh dan terus hidup dalam keadaan yang penuh kekacauan seperti hati ini?

Renungkanlah dengan matahati kita dan tepuk dada, tanyalah selera...







Kredit :

Fb Asraf Ismail

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2019/08/semakin-hampir-penyatuan-ummah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenduri Penyatuan Ummah Pas Umno Titiwangsa

Kenduri Penyatuan Ummah Pas Umno Titiwangsa

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 365 hits
NUSAIBAH IBRAHIM13 AUGUST 2019TITIWANGSA PAS dan Umno Parlimen Titiwangsa telah mengadakan majlis korban dan kenduri penyatuan ummah yang dijayakan di Dataran Integriti Blok A PPR Hiliran Ampang di sini semalam Program korban yang julung ka...
Maklumat Himpunan Penyatuan Ummah Hpu914 Islambangkit

Maklumat Himpunan Penyatuan Ummah Hpu914 Islambangkit

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 619 hits
HIMPUNAN PENYATUAN UMMAH HPU914 Tarikh 13 14 September 2019 Tempat Dewan Merdeka PWTC Tema Pakaian Serba Putih Ia bakal berlangsung selama 2 hari yaitu bermula seawal Jumaat 13 sept hingga 14 sept di PWTC Antara pengisian acara termasukklan...
Umno Pas Sasar 10 000 Hadir Himpunan Penyatuan Ummah

Umno Pas Sasar 10 000 Hadir Himpunan Penyatuan Ummah

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 407 hits
Umno dan PAS mensasarkan 10 000 ahli serta penyokong akan hadir pada majis menandatangani piagam muafakat nasional sempena Himpunan Penyatuan Ummah membabitkan dua parti teras orang Melayu itu pada 14 Sept depan Setiausaha Agung Umno Annuar...
Bukan Susah Suami Romantik Ingat Tarikh Penting Pasangan Berbungalah Hati Isteri

Bukan Susah Suami Romantik Ingat Tarikh Penting Pasangan Berbungalah Hati Isteri

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 668 hits
Mesti ramai isteri yang berfikir dulu masa bercinta banyak dapat bungalah hadiahlah dah kahwin jangan kata bunga coklat pun kena beli sendiri Tahukah suami sekalian kaum hawa ni sangat suka di hargai Sejambak bunga boleh mengukir senyuman p...
Rahman Dahlan Din Botox Cuba Hijacked Penyatuan Ummah Demi Tun M

Rahman Dahlan Din Botox Cuba Hijacked Penyatuan Ummah Demi Tun M

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 272 hits
Dalam posting sebelum ini laman blog nie ada siarkan keadaan terkini dan halatuju parti parti politik di Malaysia baik di pihak kerajaan mahu pun di pihak pembangkang Di penghujung tulisan admin ada bayangkan cabaran cabaranb dan dugaan yan...
Hari Ini Cakap Penyatuan Ummah Esok Lompat Sindir Najib

Hari Ini Cakap Penyatuan Ummah Esok Lompat Sindir Najib

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 226 hits
Bekas perdana menteri Najib Abdul Razak berkata Umno PAS perlu kekal konsisten dan tidak boleh berubah mengikut keadaan politik semasa Katanya kedua dua parti itu tidak perlu melayan sekiranya Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad cuba mengam...
Bangkit Dalam Himpunan Melayu Bangkit Dan Penyatuan Ummah 2 0

Bangkit Dalam Himpunan Melayu Bangkit Dan Penyatuan Ummah 2 0

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 287 hits
KUALA LUMPUR 20 Ogos Terkesan dengan kedudukan Islam dan orang Melayu yang semakin tergugat di negara ini UMNO bakal menganjurkan Himpunan Melayu Bangkit dan Penyatuan Ummah 2 0 Pengerusi Jawatankuasa Himpunan UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul...
Kedai Cermin Mata Viral Eye Pro Vision Pilihan Hati Pengguna Cermin Mata

Kedai Cermin Mata Viral Eye Pro Vision Pilihan Hati Pengguna Cermin Mata

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 1011 hits
Assalamualaikum Baru baru ni YF ada membeli sebuah cermin mata untuk kegunaan harian YF YF bukanlah seorang yang ada rabun teruk Rabun tu ada Cuma tak tinggi sangat macam orang lain Masalah YF sekarang lebih kepada silau Terutamanya kalau n...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game