Himpunan Doa Pilihan Sebelum Berbuka Puasa



Assalamualaikum
Bismillah


Ramadan sering disifatkan sebagai bulan yang sangat istimewa, penuh keberkatan, rahmat serta terhidang dengan berbagai jenis tawaran-tawaran dan keistimewaan buat umat Islam.

Banyak ganjaran yang boleh dikecapi di bulan mulia ini, antaranya berdoa sebelum berbuka puasa. 
Namun, berapa ramai di antara kita yang terlepas akan peluang ini kerana terlalu leka menonton televisyen, membelek telefon bimbit, sedar-sedar waktu berbuka sudah pun tiba hingga tidak sempat berdoa. 
Allahu Akbar rugi rasanya.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:

ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ: الْإِمَامُ الْعَادِلُ، وَالصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ
Maksudnya: “Tiga golongan doa mereka tidak akan ditolak: Imam yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang dizalimi.” (HR Ibn Majah, hadis hasan)
Subhanallah, betapa besarnya ganjaran buat mereka yang berpuasa kemudian berdoa sebelum berbuka. Allah SWT tidak akan menolak doa tersebut.

Masih belum terlambat untuk jadikan Ramadan kali ini dengan perbanyakkan doa. 
Disini, kami kongsikan 10 DOA PILIHAN MENJELANG WAKTU BERBUKA PUASA yang boleh diamalkan bersama.

1) DOA MENYAMBUT KEDATANGAN BULAN RAMADANDaripada Makhul, ketika masuknya bulan Ramadan beliau berdoa:

اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا
Maksudnya: “Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu).” (Diriwayatkan oleh al-Tabarani di dalam Kitab al-Du’a)
2) DOA MEMOHON KEBAIKAN BAGI KEDUA IBU BAPA
Firman Allah SWT:

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.” (Surah Ibrahim 14: 41)

3) DOA MEMOHON KEAMPUNAN ATAS KEZALIMAN DIRI SENDIRI
Firman Allah SWT:

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Maksudnya: “Ya Allah, kami telah menzalimi pada diri kami sendiri, jika tidak engkau ampuni kami dan merahmati kami tentulah kami menjadi orang yang rugi.” (Surah al-A’raf 7: 23)
4) DOA MEMOHON RAHMAT DARIPADA ALLAH SWT
Firman Allah SWT:

رَبَّنَآ ءَامَنَّا فَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَا وَأَنتَ خَيْرُ ٱلرَّحِمِينَ
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling Baik.” (Surah al-Mukminun 23:109)
5) DOA AGAR DITETAPKAN HATI DALAM KETAATAN
Firman Allah SWT:

رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan berilah kepada kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.” (Surah Ali ‘Imran 3: 8)6) DOA AGAR DIKURNIAKAN KETURUNAN YANG MENYEJUKKAN MATA
Firman Allah SWT:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ اَزْوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعْيُنٍ وَّاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ اِمَامًا
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyejuk mata (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertakwa.” (Surah al-Furqan 25:74)7) DOA AGAR DIANUGERAHKAN KETURUNAN YANG MENJAGA SOLAT
Firman Allah SWT:

رَبِّ ٱجْعَلْنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ
Maksudnya: Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.” (Surah Ibrahim 14:40)
8) DOA AGAR MENJADI HAMBA-NYA YANG SENTIASA BERSYUKUR
Firman Allah SWT:

رَبِّ أَوْزِعْنِىٓ أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَىَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَٰلِحًا تَرْضَىٰهُ وَأَدْخِلْنِى بِرَحْمَتِكَ فِى عِبَادِكَ ٱلصَّلِحِينَ
Maksudnya: “Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.” (Surah al-Naml 27: 19)9) DOA DIJAUHI RASA HASAD DENGKI
Firman Allah SWT:

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ
وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ
Maksudnya: Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau tanamkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, Sungguh, Engkau Maha Penyantun, Maha Penyayang. (Surah al-Hasyr 59:10)10) DOA AGAR SENTIASA DIPERMUDAHKAN URUSAN
Firman Allah SWT:

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي، وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي،
وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي، يَفْقَهُوا قَوْلِي
Maksudnya: “Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan permudahkanlah urusanku, dan lepaskanlah ikatan lidahku, agar mereka memahami perkataanku.” (Surah Taha 20:25-28)

Mudah-mudahan, senarai doa ini dapat memberi rujukan buat semua dalam meningkatkan kuantiti berdoa di bulan Ramadan. Mari bersama, luangkan masa sebelum berbuka untuk memanjatkan doa kepada yang Esa.

Usah biarkan diri tergolong dalam kalangan mereka yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa manfaatnya.

Kredit : Facebook Ustazah Asma’ Harun




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.siinurul.com/2022/04/himpunan-doa-pilihan-sebelum-berbuka-puasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bacaan Niat Puasa Dan Doa Berbuka Puasa Serta Perkara Perkara Yang Membatalkan Puasa

Bacaan Niat Puasa Dan Doa Berbuka Puasa Serta Perkara Perkara Yang Membatalkan Puasa

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 169 hits
Tarikh puasa Ramadhan 2022 Malaysia jatuh pada hari Ahad 3 April 2022 bersamaan 1 Ramadhan 1443 berdasarkan rujukan Panel Pakar Falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia tahun 2022 Masihi 1443 1444 Hijrah bagi Malaysia Tarikh penetapan rasmi pe...
Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa

Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 159 hits
Bulan Ramadan akan kembali tidak lama lagi Bagi sesiapa yang masih belum mengganti puasa fardhu yang ditinggalkan atau yang terbatal pada Ramadan lepas cepat cepatlah berbuat demikian Untuk jadual berbuka dan imsak Malaysia dan Singapura si...
Menu Pilihan Berbuka Puasa No 1

Menu Pilihan Berbuka Puasa No 1

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 196 hits
Menu pilihan berbuka puasa no 1 Assalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulilah hari ini merupakan hari ke enam kita berada di dalam bulan Ramadan Ini bermakna dah 6 hari juga kita berpuasa Harap semua masih ok la ye Haha Sebenarnya bila c...
Kelebihan Doa Sebelum Buka Puasa

Kelebihan Doa Sebelum Buka Puasa

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 157 hits
Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT iaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur Tetapi sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya atau tahu tapi me...
Berbuka Puasa Di Kampung

Berbuka Puasa Di Kampung

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 213 hits
Bismillahhirahmannirrahim As Salam and greetings to dear readers Berbuka Puasa Di Kampung Alhamdulillah tercapai hasrat Mrs A sekeluarga pada 1 Ramadhan tahun ni nak berbuka bersama sama emak di kampung Memang dah planning dari balik bulan ...
Resepi Menu Berbuka Puasa Ketiga Sotong Pucuk Paku Dan Ayam Goreng

Resepi Menu Berbuka Puasa Ketiga Sotong Pucuk Paku Dan Ayam Goreng

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 240 hits
hai assalammualaikumResepi Menu Berbuka Puasa Ketiga Sotong Pucuk Paku dan Ayam Goreng Harini pergi pasar topup barang basah yang dah habis Belila ayam sotong udang ketam ikan semua jenis lauk ada Puasa puasa ni menu mestila nak lain lain k...
Berbuka Puasa With Nutella Limited Edition Ramadan Jars

Berbuka Puasa With Nutella Limited Edition Ramadan Jars

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 156 hits
Berbuka Puasa with Nutella Limited Edition Ramadan Jars Sempena bulan Ramadan yang mulia dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang Nutella Malaysia telah melancarkan The post appeared first on
Berbuka Puasa Buffet Ramadan Di Gbw Hotel

Berbuka Puasa Buffet Ramadan Di Gbw Hotel

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 280 hits
Berbuka Puasa Buffet Ramadan di GBW Hotel Buka puasa 2 Ramadan 1443H Buka puasa dengan boyfriend nombor 3 Alhamdulillah Abang Syamil berjaya berlatih The post appeared first on
Berbuka Puasa Di Ombak Kitchen Ioi City Mall Putrajaya 2022

Berbuka Puasa Di Ombak Kitchen Ioi City Mall Putrajaya 2022

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 373 hits
Hi Korang Untuk hari ni aku nak bawa korang berbuka puasa di Ombak Kitchen yer kali ni kita makan seafood pulak ye kita tukar mood untuk berbuka pula ye asyik buffet je Kali ni kita nak try sesuatu yang berbeza So jom tengok apa yang aku bo...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Berebut Kasih

Reaching Out

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Makanan Perlis Paling Popular

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Tafsir Mimpi Gajah



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Legoland Malaysia Resort Empowers Teachers And Students To Conquer The Legoland School Challenge 2024

Prk Kkb Pertandingan Parti Atau Pertandingan Kaum

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia