Bacaan Niat Puasa Dan Doa Berbuka Puasa Serta Perkara Perkara Yang Membatalkan Puasa
Tarikh puasa Ramadhan 2022 Malaysia jatuh pada hari Ahad, 3 April 2022 (Masihi) bersamaan 1 Ramadhan 1443 (Hijrah) berdasarkan rujukan Panel Pakar Falak (PPF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tahun 2022 Masihi / 1443-1444 Hijrah bagi Malaysia.
Tarikh penetapan rasmi permulaan puasa bulan Ramadhan 2022 bagi negeri-negeri seluruh Malaysia akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad secara langsung melalui radio dan televisyen sekitar jam 8:00 malam pada 29 Syaaban 1443H.
Maksud PuasaPuasa secara bahasa bermaksud “menahan diri“.
Dari segi istilah syarak, puasa bermaksud “menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar shadiq sehingga terbenam matahari berserta niat“.
sumber : Mufti Wilayah Persekutuan
Niat puasa Ramadhan Niat puasa Ramadhan merupakan salah satu rukun dalam ibadat berpuasa di bulan Ramadhan. Hukumnya adalah WAJIB. Tanpa niat, seseorang itu dianggap tidak berpuasa.
Waktu niat puasa RamadhanWaktu niat berpuasa bermulanya terbenam matahari (waktu maghrib) sehingga terbit fajar sidiq (waktu subuh). Niat puasa boleh dilakukan pada bila-bila masa pada tempoh tersebut.
Niat puasa Ramadhan harian beserta bacaan rumiنَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala
Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Niat puasa Ramadhan sebulan beserta bacaan rumiنَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كُلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Bacaan doa berbuka puasaاللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين
Rumi: Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa‘alaa rizqika afthartu birahmatika yaa arhamarroohimiin
Maksudnya : Ya Allah, bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman, dengan rezeki Engkau aku berbuka, dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang
baca juga :
panduan solat sunat tarawih bersendirian di rumahdownload jadual berbuka puasa 2022 pdf
Perkara yang membatalkan puasa ada tujuh perkaraMakan dan minum. Batal sama ada sedikit atau banyak.Sampainya ain kepada rongga tengah badan melalui laluan yang terbuka. Ain bererti fizikal sesuatu yang terlihat pada mata. Ruang tengah termasuklah bahagian otak, dan bahagian bawah halkum, perut dan terus ke kemaluan depan dan belakang. laluan terbuka bererti lubang mulut, hidung, qubul dan dubur.Sengaja muntah.Persetubuhan. Sekalipun tidak mengeluarkan air mani.Merancap. Yakni mengeluarkan air mani.Datang darah haid atau nifas.Gila dan murtad.Semuanya membatalkan puasa apabila dilakukan secara sengaja (kecuali gila), jika tidak sengaja, terlupa dan dipaksa, maka tidak batal. Rujuk Fiqh al-Manhaji (1/241-245).
sumber : muftiwp | JAKIM
Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Semoga segala amal ibadah kita diterima Allah SWT. Aamiin..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2022/04/bacaan-niat-puasa-dan-doa-berbuka-puasa.html