Hilang Majoriti Pkr Desak Muhyiddin Letak Jawatan



Perdana Menteri (PM) kerajaan ‘tebuk atap’ Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dianggap telah hilang keabsahan sebagai PM sebaik sahaja pengumuman Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 September lalu bahawa majoriti Ahli-ahli Parlimen kini bersama beliau.
Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, situasi itu mendesak Muhyiddin untuk segera melepaskan jawatan bagi memudahkan proses penubuhan sebuah kerajaan baharu mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan.
“KEADILAN menegaskan secara faktanya Tan Sri Muhyiddin telah kehilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen. Ini diakui oleh mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad melalui kenyataan media beliau semalam.
“Tan Sri Muhyiddin kini secara perundangannya telah hilang keabsahan sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia. Oleh yang demikian, Muhyiddin sewajarnya berundur serta meletakkan jawatan sebagai PM dengan cara terhormat memandangkan sokongan majoriti Ahli Parlimen beralih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu, kehilangan sokongan ke atas PM jelas berlaku apabila Presiden Umno/BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada tengah hari 23 September lalu menyatakan beliau tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen dari parti itu yang mahu menyokong Anwar.
Apatah lagi, pada Selasa, 22 September, Yang di-Pertuan Agong telah menerima Anwar untuk menghadap. Malangnya baginda gering dan terpaksa dimasukkan ke Institut Jantung Negara.
“Pengumuman Datuk Seri Anwar bahawa Muhyiddin kehilangan sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen ini disahkan oleh Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi melalui kenyataan beliau yang menyatakan bahawa Umno dan BN tidak dapat menghalang Ahli-ahli Parlimen mereka mengambil keputusan menyokong Datuk Seri Anwar. Datuk Seri Zahid dalam kenyataan itu juga maklum Ahli-ahli Parlimen Umno yang menyatakan sokongan adalah dalam jumlah yang ramai.
“Urutan dari kenyataan secara terbuka tersebut, KEADILAN sangat yakin Muhyiddin dengan sendirinya sedar bahawa beliau telah kehilangan sokongan majoriti. Ini memandangkan dengan sokongan penuh ahli-ahli Parlimen Umno kepada beliau sebelum ini pun, Muhyiddin hanya mempunyai selisih majoriti dua orang Ahli Parlimen sahaja.
“Kesedaran kehilangan sokongan majoriti ini turut diperkuatkan lagi dengan pengakuan Muhyiddin sendiri yang memohon Datuk Seri Anwar membuktikan sokongan majoriti beliau menurut proses dan kaedah yang ditentukan oleh Perlembagaan sebagai satu proses formaliti,” katanya.
Sehubungan itu, Shamsul menyeru agar peralihan kuasa dilakukan secara matang dan berhemah ketika negara masih belum pulih dari pandemik Covid 19.
Beliau juga menolak sebarang usaha untuk melengah-lengahkan peralihan kuasa atau cubaan untuk menghalang Anwar menghadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dengan alasan hanya PM yang berhak melakukannya.
“KEADILAN ingin menegaskan bahawa sebarang cubaan pihak-pihak tertentu untuk menghalang pertemuan Datuk Seri Anwar dengan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagaimana yang telah di perkenankan oleh Baginda adalah satu tindakan melampaui batas dan tidak menjunjung amalan demokrasi.
“Ini sangat bertentangan dengan hasrat Seri Paduka Baginda yang jelas membuka pintu kepada rakyat di samping meneliti dengan terperinci segala isu-isu berkaitan Perlembagaan sebagaimana ketika proses lantikan Muhyiddin sebagai PM ke 8 dahulu.
“KEADILAN sesungguhnya menghormati pandangan tokoh-tokoh Perlembagaan serta ahli-ahli akademik tempatan namun KEADILAN juga menegaskan hasrat Datuk Seri Anwar sebagai Ahli Parlimen dan juga Ketua Pembangkang untuk mempersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, bukti senarai nama Ahli-ahli Parlimen yang telah menyatakan sokongan majoriti juga adalah satu hak yang wajar dihormati oleh semua pihak,” ujar beliau lagi.
Selain itu, Shamsul turut menegaskan, kerajaan baharu yang bakal dibentuk oleh Anwar kelak akan mewakili semua rakyat, dengan majoriti Melayu-Bumiputra dan perwakilan saksama bagi semua kaum di negara ini.
KEADILAN, kata beliau, menyokong sepenuhnya kenyataan Anwar bahawa pentadbiran baharu akan tetap menjunjung prinsip-prinsip Perlembagaan yang mengiktiraf kedudukan Islam, kedaulatan Raja-raja Melayu, memartabatkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi serta kedudukan istimewa Melayu-Bumiputera di samping jaminan tegas mempertahankan hak warga pelbagai kaum yang lain.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/29855

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Telah Hilang Sokongan Mesti Letak Jawatan Segera

Muhyiddin Telah Hilang Sokongan Mesti Letak Jawatan Segera

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 379 hits
Pada 23 September 2020 jam 12 10 tengahari bertempat di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar bin Ibrahim telah mengumumkan bahawa beliau telah mendapat sokongan yang kukuh dan menyakinkan daripada A...
Tak Puas Hati Agihan Kerusi Ketua Penerangan Pkr Sabah Letak Jawatan

Tak Puas Hati Agihan Kerusi Ketua Penerangan Pkr Sabah Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 341 hits
Simsudin Sidek meletakkan jawatan sebagai ketua penerangan PKR Sabah setelah parti itu diperuntukkan hanya separuh daripada 14 kerusi yang dimintanya Simsudin Rabu lalu mengumumkan bahawa PKR akan bertanding 14 kerusi sehari sebelum Warisan...
Muhyiddin Hilang Majoriti Kembalikan Kerajaan Mandat Rakyat

Muhyiddin Hilang Majoriti Kembalikan Kerajaan Mandat Rakyat

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 280 hits
Ahli ahli Parlimen KEADILAN menyokong agar segera dikembalikan kerajaan yang diberi mandat memerintah oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 14 lalu Menurut Ketua Whip Parlimen KEADILAN Datuk Johari Abdul Ahli ahli Parlimen yang bermesyuara...
Rentasan Mingguan 083 Pm 8 Hilang Majoriti Kerajaan Muhyiddin Bakal T

Rentasan Mingguan 083 Pm 8 Hilang Majoriti Kerajaan Muhyiddin Bakal T

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 327 hits
MENARIK DALAM RENTASAN MINGGUAN 0831 TANGGUNGJAWAB KITA SELAMATKAN NEGARA 2 PILIHAN RAYA NEGERI SABAH TIBA MASANYA KITA INSAF 3 PAS SEMAKIN TIDAK SIGNIFIKAN 4 PRINSIP ROH DAN NYAWA PAKATAN HARAPAN
Tunjuk Perasaan Di Thailand Desak Pm Letak Jawatan

Tunjuk Perasaan Di Thailand Desak Pm Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 421 hits
Bangkok Ribuan penyokong prodemokrasi membanjiri laluan di Bangkok bagi mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Prayut Chan O Cha selain menuntut pembaharuan terhadap monarki Negara berkenaan menyaksikan perhimpunan hampir setiap hari de...
Kerajaan Pn Sukar Lulus Undang Undang Muhyiddin Patut Letak Jawatan

Kerajaan Pn Sukar Lulus Undang Undang Muhyiddin Patut Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 283 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang masih mahu mengekalkan kedudukan diberi peringatan agar berfikir secara matang kerana kedudukan kerajaan Perikatan Nasional telah pun berubah menjadi minioriti Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi...
Muhyiddin Akui Beliau Hanya Ada Dua Pilihan Letak Jawatan Atau Bubar

Muhyiddin Akui Beliau Hanya Ada Dua Pilihan Letak Jawatan Atau Bubar

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 492 hits
mhdaily netPerdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak kemaruk kuasa dan bertindak dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan Rabu lalu Presiden PKR Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan Muhyiddin sudah tumbang selepas ketua pembangkang it...
Muhyiddin Bayang Akan Letak Jawatan

Muhyiddin Bayang Akan Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 363 hits
MSO Kata Muhyiddin beliau tidak kemaruk kuasa Katanya kalau dakwaan Anwar yang beliau sudah hilang majoriti dan jika dipanggil Agong beliau akan letak jawatan Tidanakan itu dibuat kerana beliau tidak kemaruk kuasa Kalaulah disebabkan saya s...
Kitingan Letak Jawatan Timbalan Menteri

Kitingan Letak Jawatan Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 431 hits
Timbalan ketua menteri Sabah yang baru dilantik Jeffrey Gapari Kitingan telah meletakkan jawatannya sebagai timbalan menteri pelancongan seni dan budaya di dalam kerajaan persekutuan Menurut akhbar Sin Chew Daily Kitingan telah memaklumkan ...
Dugaan Pagi Khamis

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings

Akademik Etiqa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lepasan Spm Saya Syorkan Jadi Akauntan Bertauliah Macam Saya

Petua Hilangkan Lenguh Sakit Badan Dan Rasa Kebas Kebas

Kedah Akan Terus Tuntut Pulau Pinang Mengikut Perlembagaan Dan Lunas Undang Undang

A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Don T Be Too Quick On The Draw