Tak Puas Hati Agihan Kerusi Ketua Penerangan Pkr Sabah Letak Jawatan

Simsudin Sidek meletakkan jawatan sebagai ketua penerangan PKR Sabah  setelah parti itu diperuntukkan hanya separuh daripada 14 kerusi yang  dimintanya.Simsudin Rabu lalu mengumumkan bahawa PKR akan bertanding 14 kerusi, sehari sebelum Warisan Plus mengumumkan calon mereka.
PKR diumum hanya akan bertanding tujuh kerusi Dun pada majlis tersebut.
Walaupun timbul rasa tidak puas hati, kepimpinan PKR akhirnya bersetuju dengan  jumlah kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu bagi mengelakkan  pertembungan dengan sekutunya pada hari penamaan calon.
Simsudin berkata, dia menghormati keputusan pucuk pimpinan tetapi meletak jawatan sebagai ketua penerangan PKR Sabah. 
Peletakan jawatan itu berkuatkuasa pada 11 September.
"Saya  berpendapat pertambahan ketara bilangan ahli PKR Sabah dan pertambahan  kerusi Dun pada PRN Sabah yang akan datang menjadi asas justifikasi  untuk selayaknya PKR Sabah mendapat pengagihan kerusi yang lebih adil,"  katanya dalam satu kenyataan.
Berikutan persempadanan semula, jumlah kerusi Dun di Sabah bertambah daripada 60 kerusi kepada 73 kerusi.
Walaupun  tidak bersetuju dengan pengagihan kerusi dan meletakkan jawatan dalam  PKR, Simsudin berkata dia tetap setia kepada parti itu.
"Saya  ingin menegaskan bahawa saya akan terus taat setia bersama PKR yang  telah saya sertai selama lebih 20 tahun dan akan kekal memegang jawatan  ketua cabang PKR Labuan yang dipilih oleh anggota parti dan akan terus  melaksanakan tanggungjawab itu dengan sebaik mungkin.
"Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada seluruh ahli dan MPN Sabah yang telah memberi sepenuh kerjasama kepada saya sepanjang saya melaksanakan amanah sebagai ketua penerangan," katanya yang akan menumpukan lebih banyak masa untuk aktiviti parti di peringkat cabang.
MR :  Tak sempat nak perang PRN, perang sama sendiri   
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/09/tak-puas-hati-agihan-kerusi-ketua.html