Hiking Di Pulau Berhala Sandakan 3 0




Hiking di Pulau Berhala Sandakan 3.0 | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hi, korang! Murni harap korang baik-baik saja & semoga Allah lindungi kita semua dari Covid-19. Hari ni Murni nak berkongsi lagi aktiviti hiking di Pulau Berhala Sandakan pada 07/03/2021. 
Rasa bersyukur sangat dalam keadaan pandemik ni, kami masih diberi peluang & kelonggaran untuk melakukan aktiviti outdoor mengikut SOP negeri Sabah yang telah ditetapkan. Kami bergerak dalam kumpulan seramai 10 orang sahaja

Hiking di Pulau Berhala Sandakan 3.0Kenapa hiking di Pulau Berhala Sandakan 3.0? Actually, kali ini dah masuk kali ke tiga Murni sertai aktiviti hiking di Pulau Berhala. Trailnya masa ni bikin patah juga, pewai sis dibuatnya haha

Menaiki Bot Menuju Ke Pulau Berhala
Kami berkumpul di jeti berhampiran dengan Pejabat Pos Sandakan jam 7 lebih untuk menaiki bot ke Pulau berhala. Kalau korang nak ke Pulau Berhala ada pilihan sama ada nak naik bot atau kapal dari Jeti Pasar Sandakan. Jarak perjalanan ambil masa dalam 15 hingga ke 20 minit

Jeti Perkampungan Pulau Berhala
Setibanya di Jeti perkamungan Pulau Berhala, Murni muntah 😭. Inilah masalah kalau mabuk laut haha. Sebelum bergerak mengagihkan sumbangan kepada penduduk kampung, Murni siap-siap telan panadol takut nanti pengsan kunun haha. Usai mengagihkan sumbangan, sebelum memulakan aktiviti hiking sempat lagi team kami singgah menghadiri majlis kahwin di kampung tersebut

Puncak Rumah Api Pulau Berhala Sandakan
Kami memulakan pendakian pun agak lewat sedikit, matahari pun dah mulai naik terpacak atas kepala haha. Menuju ke puncak rumah api Pulau Berhala sekali lagi Murni muntah, ampun sangat masa ni pewai habis pergerakan Murni pun jadi lambat. Nasib baik ada rakan hikers yang sanggup menunggu, terima kasih semuanya

Menara Peninjau Puncak Rumah Api Pulau Berhala Sandakan
Yessss finally ada gambar sendiri panjat menara peninjau ni, hiking sebelum ni  tidak terfikir pun nak ambil gambar untuk kenangan-kenangan hihi. Sampai ke atas menara tipulah kalau lutut tak menggeletar haha tapi beranikan diri juga sebab nak tengok view yang indah yakmat lukisan alam ciptaan Tuhan; laut terbentang luas, langit yang membiru, & kehijauan alam. Nanti korang boleh tengok pemandangan dari atas menara peninjau dalam video di akhir entri ni


Usai ambil video & gambar di Puncak Rumah Api Pulau Berhala, kami menuju ke kawasan pantai pula. Trail menuju ke pantai ni agak mencabar sedikit. Ni adalah kali petama Murni melalui trail dari Puncak Rumah Api menuruni bukit yang agak curam sedikit menuju ke pantai (nama pantai Murni lupa haha), silap langkah memang boleh jatuh guling-guling haha. Hampir tersesat juga sebenarnya masa ni, tapi kami ambil langkah untuk berhenti di pertengahan laluan & menunggu beberapa hikers yang sudah jauh ke hadapan untuk patah balik. Belajar sesuatu dari kejadian ni

Setengah jam lebih kami beristirahat di tepi pantai. Untunglah bagi mereka yang pandai berenang, Murni hanya mampu melihat gelagat mereka dari kejauhan saja haha.  Agak sedih jugaklah bila melihat keindahan pantai ni tercemar dengan sampah-sampah yang hanyut dibawa arus sehingga ke pesisir pantai Pulau Berhala. Cintai alam sekitar, mohon jangan membuang sampah terus ke laut terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan berhampiran. 
Pesisir Pantai Bohey Luyang
Sambung lagi pendakian untuk menuju ke pantai seterusnya yang mana dahulunya terdapat jeti di kawasan tersebut, kini jeti tersebut sudah tiada. Setibanya kami memang agak terkejut juga, mana taknya last hiking pun jeti di kawasan pantai tu masih ada. Setahun tak masuk Pulau Berhala, macam-macam yang boleh berlaku. Trail menuju ke pantai ni pun kali pertama juga Murni redah, sangat memenatkan jugalah naik turun bukit kut haha

Rehat sekejap di bawah pokok, kami pun sambung pendakian menuju ke kantin. Sampai ke kawasan kantin ni korang boleh rehat, makan-makan & solat sekejap sebelum memulakan pendakian ke Puncak Bohey Luyang pula. Gais rasa rugi yakmat kalau tak teruskan pendakian sehingga bukit kedua, Puncak Bohey Luyang. Kiranya wajib korang naik tau kalau tidak confirmed akan terbawa-bawa sampai mimpi haha. Pemandangan dari atas puncak Bohey Luyang sumpah indah banget

Tebing Batu Menuju Puncak Bohey Luyang
Kami memulakan pendakian menuju ke Puncak Bohey Luyang dalam jam 2 petang. Murni dah rasa penat sangat masa ni, tapi gagahkan diri sajalah. Kalau tak nanti jadi orang yang rugi kalau tak sampai ke bukit ke dua haha. Pergerakan memang slow yakmat berat kaki mau melangkah, nasib ada sweeper masa naik kena tunggu juga haha. Bila turun bukit memang laju sweeper pun kena tinggal, syukurlah masa balik ingat jalan keluar. Jarak bagi keseluruhan pendakian lebih kurang 11KM++ ikut phase Murni haha

Puncak Bohey Luyang
Dari atas puncak Bohey Luyang kalau diikutkan boleh nampak jeti di bawah, sekarang jeti tersebut dah hilang dari pandangan mata huhu. Korang boleh buat perbandingan view yang dulu & sekarang di entri sebelum ni [+] Hiking di Pulau Berhala 2.0 Harap-harap jeti di pesisir pantai Bohey Luyang ni dibina semula, kawasan ni berpotensi sangat untuk dijadikan sebagai salah satu tempat tumpuan pelancong pada masa akan datang

Nah video pendek sepanjang hiking di Pulau Berhala Sandakan

Sampai sini saja perkongsian mengenai aktiviti hiking di Pulau Berhala 3.0. Aktiviti hiking seterusnya di Bukit Nenas-Bukit LMD-Air Terjun Makiu-Air Terjun Bukit Nenas Sandakan. Tunggu tau kemas kini entri terbaru. Terima kasi sudi baca entri ni 😘



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.murnimohdyusof.com/2021/07/hiking-di-pulau-berhala-sandakan-30.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiking Malam Di Bukit Mawar Sandakan

Hiking Malam Di Bukit Mawar Sandakan

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 143 hits
Hiking Malam di Bukit Mawar Sandakan Assalamualaikum salam sejahtera Memandangkan laptop Murni rosak sehingga ke hari ni so banyak entri yang tertangguh Buat masa sekarang Murni kemaskini blog hanya menggunakan handphone saja Walaupun kejad...
Hiking Mont Walker Sandakan

Hiking Mont Walker Sandakan

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 287 hits
Hiking Mont Walker Sandakan Assalamualaikum salam sejahtera Hi korang Murni nak sambung lagi entri yang tertangguh sebelum ni sebab laptop rosak Buat masa ni Murni kemaskini blog menggunakan hanphone saja Gigihlah menaipnya Hiking Mont Walk...
Hiking Di Bukit Nenas Bukit Lmd Air Terjun Makiau Air Terjun Bukit Nenas Sandakan

Hiking Di Bukit Nenas Bukit Lmd Air Terjun Makiau Air Terjun Bukit Nenas Sandakan

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 208 hits
Hiking di Bukit Nenas Bukit LMD Air Terjun Makiau Air Terjun Bukit Nenas Sandakan Assalamualikum salam sejahtera Hi korang Seperti yang dijanjikan sebelum ini Murni akan kongsikan aktiviti hiking di Bukit Nenas menuju ke Bukit LMD kemudian ...
Pulau Sapi Taman Laut Tunku Abdul Rahman Sabah

Pulau Sapi Taman Laut Tunku Abdul Rahman Sabah

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 356 hits
Pulau Sapi merupakan salah sebuah pulau yang terletak di dalam Taman Laut Tunku Abdul Rahman Kota Kinabalu Sabah Pulau lain termasuk dalam Taman Laut Tunku Abdul Rahmah ialah Pulau Manukan Pulau Mamutik Pulau Gaya dan Pulau Sulug masing mas...
Johor Sultan Receives Interim Report On Pulau Batu Puteh Case

Johor Sultan Receives Interim Report On Pulau Batu Puteh Case

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 169 hits
Johor s Sultan Ibrahim Sultan Iskandar has received the interim report by the special task force set up by the federal government to review actions and legal issues regarding the Pulau Batu Puteh Middle Rocks and South Ledge case According ...
Minum Petang Di Gelora Coffee Tea Kubang Semang Pulau Pinang

Minum Petang Di Gelora Coffee Tea Kubang Semang Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 350 hits
Kafe Gelora Coffee Tea Kubang SemangKafe ni viral kat media sosial Mungkin deko dalaman yang rare lain dari yang lain menjadi tarikan utama untuk orang datang dan menjadi viral Deko dalaman seolah olah kafe ni satu lukisan hitam putih Rasa ...
Enjin Kereta Masih Hidup Pemuda Terjun Jambatan Pulau Pinang

Enjin Kereta Masih Hidup Pemuda Terjun Jambatan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 179 hits
Seorang lelaki meninggalkan kereta dan barangan peribadi miliknya sebelum dipercayai terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 4 0 arah Perai ke Georgetown hari ini Menurut laporan Astro Awani kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pul...
Camping Di Air Terjun Kg Maktab Sandakan

Camping Di Air Terjun Kg Maktab Sandakan

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 299 hits
Camping di Air Terjun Kg Maktab Sandakan Assalamualaikum Salam Sejahtera Hi korang Murni nak sambung lagi kemaskini blog berkaitan dengan aktiviti berkhemah di kawasan air terjun Kg Maktab Sandakan Actually kejadiannya berlaku bulan Januari...
Gaduh Beramai Ramai Di Sandakan 21 Pelajar Ditahan

Gaduh Beramai Ramai Di Sandakan 21 Pelajar Ditahan

papar berkaitan - pada 26/5/2022 - jumlah : 106 hits
Polis berkata semua yang ditahan berusia lingkungan 14 hingga 18 tahun membabitkan pelajar daripada tiga sekolah menengah berasingan di Sandakan SANDAKAN Polis menahan 21 pelajar dan seorang bekas pelajar selepas didapati terlibat dalam ins...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage