Hiking Di Bukit Nenas Bukit Lmd Air Terjun Makiau Air Terjun Bukit Nenas Sandakan




Hiking di Bukit Nenas - Bukit LMD - Air Terjun Makiau - Air Terjun Bukit Nenas Sandakan | Assalamualikum & salam sejahtera. Hi, korang! Seperti yang dijanjikan sebelum ini, Murni akan kongsikan aktiviti hiking di Bukit Nenas menuju ke Bukit LMD (Lupak Meluas Darat), kemudian menuju ke kawasa air terjun Makiau & akhir sekali ke kawasan air terjun Bukit Nenas. Aktiviti hiking ni dijalankan pada 14/03/2021. Jarak pendakian dalam 13km dengan mengambil masa hampir 6 jam termasuklah waktu kami beristirahat

Hiking di Bukit Nenas - Bukit LMD - Air Terjun Makiau - Air Terjun Bukit Nenas
Actually ni merupakan pengalaman pertama kali Murni hiking di Bukit Nenas. Bukit ni dah termasuk dalam senarai bukit yang wajib di tawan di Sandakan haha. Trail menuju ke puncak Bukit Nenas sangat santai. Tapi bila tak cukup stamina, kapus-kapus juga dibuatnya haha. Kami mulakan pendakian dalam jam 08:15 pagi

Puncak Bukit Nenas
Kalau ikut phase Murni, ambil masa dalam setengah jam jugalah untuk sampai ke puncak Bukit Nenas. Sampai di puncak kami berehat seketika, sambil bergambar untuk dijadikan sebagai memori daun pisang hihi. Comel sangat dekorasi & papan tanda di Bukit Nenas siap dihiasi dengan sepasang kasut adidas kampung bertali warna pink. 
Trail menuju ke Bukit LMD
Usai berehat seketika di Bukit Nenas, kami teruskan pendakian ke Bukit LMD pula. Rasa macam tak terdaya langsung nak teruskan pendakian ke Bukit LMD haha mana taknya cuaca panas terik atas kepala. Bila sampai puncak Bukit LMD, laju ja kaki menapak mencari pokok untuk berteduh. Hilang terus mood untuk ambil view sekitar Bukit LMD. Murni ni lemah sangat kalau hiking dalam cuaca yang panas terik haha. Kami tak ambil masa yang lama beristirahat di Bukit LMD disebabkan faktor cuaca yang panas & kawasannya pun agak terbuka kurang kawasan untuk berteduh

Kawasan Air Terjun Makiau
Kami teruskan perjalanan menuju ke kawasan Air Terjun Makiau. Murni terpaksa tinggalkan beg di atas bagi memudahkan masa nak naik bukit nanti haha. Kena berhati-hati bila hendak melalui kawasan berbatu di atas, agak licin kalau tersilap langkap boleh terjatuh. 
Kawasan Air Terjun Makiau
Kecewa sikitlah bila sampai ke kawasan air terjun Makiau ni sebab airnya tak berapa deras. Tak apalah yang penting dah menjejakkan kaki ke sini & luangkan masa bersahabat dengan alam tu yang buatkan diri rasa puas. Sekarang ni pun dah rindu dengan bau hutan, hanya mampu mengulang kenangan masa lalu saja 😢
Penat dia lain macam haha
Rehat sekejap sebelum memulakan pendakian ke destinasi terakhir iaitu Air Terjun Bukit Nenas. Murni boleh katakan Bukit Nenas ni kaya dengan tumbuhan pokok keladi viral. 
Pokok Keladi Air Terjun Bukit Nenas
Kami sampai di kawasan air terjun Bukit Nenas dalam jam 12 lebih, macam biasa ikut phase Murni haha. Bukan nasib kamilah pada masa ni nak jumpa air terjun yang mengalir deras. Tak mengapa sebab itu bukanlah tujuan utama Murni hiking ke sini. Hanya mahu menikmati tumbuhan yang menghijau & suara alam di dalam hutan sambil melayan penat cukuplah buat terapi jiwa

Hammocking
Nikmatnya lahai bila dapat lelapkan mata sekejap di atas hammock. Macam dah jadi kebiasaan bagi Murni kalau masuk hutan, wajib tidur sekejap. Nasiblah membawa hammock sendiri, kadang tu Murni pinjam hammock orang lain juga haha

Kami keluar dari kawasan air terjun pun agak lewat sikit. Selesai aktiviti hiking, kami putuskan untuk makan tengah hari di Bukit Konoha (bukit ni sebelah Bukit Nenas saja). Kami beli makanan di pasar malam berdepan dengan Pejabat Pos Sandakan. Sampai ke petang jugaklah kami di atas Bukit Konoha

Sampai sini saja Murni berkongsi mengenai aktiviti hiking di Bukit Nenas - Bukit LMD - Air Terjun Makiau - Air Terjun Bukit Nenas Sandakan. Aktiviti hiking seterusnya bertempat di Tawai Telupid, tunggu kemas kini blog yang terbaru. Terima kasih sudi baca entri ni 😘 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.murnimohdyusof.com/2021/07/hiking-di-bukit-nenas-bukit-lmd-air.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Camping Di Air Terjun Kg Maktab Sandakan

Camping Di Air Terjun Kg Maktab Sandakan

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 298 hits
Camping di Air Terjun Kg Maktab Sandakan Assalamualaikum Salam Sejahtera Hi korang Murni nak sambung lagi kemaskini blog berkaitan dengan aktiviti berkhemah di kawasan air terjun Kg Maktab Sandakan Actually kejadiannya berlaku bulan Januari...
Hiking Malam Di Bukit Mawar Sandakan

Hiking Malam Di Bukit Mawar Sandakan

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 142 hits
Hiking Malam di Bukit Mawar Sandakan Assalamualaikum salam sejahtera Memandangkan laptop Murni rosak sehingga ke hari ni so banyak entri yang tertangguh Buat masa sekarang Murni kemaskini blog hanya menggunakan handphone saja Walaupun kejad...
Radu 2 Bukit Dalam Masa Sehari Bukit Sundang Bukit Lmd Sandakan

Radu 2 Bukit Dalam Masa Sehari Bukit Sundang Bukit Lmd Sandakan

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 198 hits
Radu 2 Bukit dalam Masa Sehari Bukit Sundang Bukit Lupak Meluas Darat Sandakan Assalamualaikum salam sejahtera Hi korang Murni nak sambung kemas kini blog berkaitan dengan aktiviti hiking penghujung tahun lepas Disebabkan kekangan masa kura...
Hiking Mont Walker Sandakan

Hiking Mont Walker Sandakan

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 284 hits
Hiking Mont Walker Sandakan Assalamualaikum salam sejahtera Hi korang Murni nak sambung lagi entri yang tertangguh sebelum ni sebab laptop rosak Buat masa ni Murni kemaskini blog menggunakan hanphone saja Gigihlah menaipnya Hiking Mont Walk...
Hiking Di Pulau Berhala Sandakan 3 0

Hiking Di Pulau Berhala Sandakan 3 0

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 337 hits
Hiking di Pulau Berhala Sandakan 3 0 Assalamualaikum salam sejahtera Hi korang Murni harap korang baik baik saja semoga Allah lindungi kita semua dari Covid 19 Hari ni Murni nak berkongsi lagi aktiviti hiking di Pulau Berhala Sandakan pada ...
Pemerintah Ingatkan Pemda Jamin Ketersediaan Air Minum Dan Sanitasi

Pemerintah Ingatkan Pemda Jamin Ketersediaan Air Minum Dan Sanitasi

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 123 hits
Menteri Perencanaan Pembangunan Nasional Suharso Monoarfa mengingatkan peran penting kepala daerah dalam menjamin ketersediaan air minum dan sanitasi di masyarakat dengan memastikan infrastruktur terus dibangun
Anak Asyik Sakit Demam Batuk Air Kelapa Jadi Superfood Terbaik Pulihkan Anak

Anak Asyik Sakit Demam Batuk Air Kelapa Jadi Superfood Terbaik Pulihkan Anak

papar berkaitan - pada 26/5/2022 - jumlah : 173 hits
Jangan dinafikan khasiat air kelapa kerana ia cukup baik untuk anak kecil kita Lebih lebih lagi anak yang kerap sakit demam batuk dan selesema Menurut air kelapa amat baik kerana mempunyai asid laurik Komponen yang bersifat antifungal antib...
Terung Bakar Air Asam Santan Resipi Mudah Comfirm Sedap

Terung Bakar Air Asam Santan Resipi Mudah Comfirm Sedap

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 152 hits
Resipi Terung Bakar Air Asam Santan perkongsian Kak Ani Senam Seni ini memang cukup mudah disediakan Ringkas sahaja bahan bahannya tetapi bila dicuba pasti buatkan anda rasa tak keruan Mana tidaknya boleh membuka selera Sedap Boleh cuba bua...
Mi Rebus Resipi Mama Yang Sangatlah Sedap Ramuan Penyedapnya Air Rebusan Kulit Udang

Mi Rebus Resipi Mama Yang Sangatlah Sedap Ramuan Penyedapnya Air Rebusan Kulit Udang

papar berkaitan - pada 22/5/2022 - jumlah : 213 hits
Mi Rebus yang sedap mestilah kuahnya pun mesti padu Kalau kuah Mi Rebus cair dan tidak pekat memang boleh potong selera Kuah Mi Rebus yang pekat menjadikan hidangan Mi Rebus terlajak laris bila dihidang pada tetamu Jom kita cuba masak Mi Re...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Cek Pertama Dari Google Adsense

Training Refresher Sistem 24 10 2024 29 10 2024

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Kru Voodoo Chord

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles