Camping Di Air Terjun Kg Maktab Sandakan




Camping di Air Terjun Kg Maktab Sandakan | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hi, korang! Murni nak sambung lagi kemaskini blog berkaitan dengan aktiviti berkhemah di kawasan air terjun Kg Maktab Sandakan. Actually, kejadiannya berlaku bulan Januari & hari ni barulah Murni berkesempatan untuk berkongsi dengan korang.
Camping di Air Terjun Kg Maktab SandakanDisebabkan dah lama tak camping di dalam hutan, kami pun ambil keputusan untuk memilih tempat camping yang sebelum ni kami tak pernah pergi iaitu di kawasan air terjun Kg Maktab Batu 1 1/2 Sandakan atau lebih dikenali sebagai Kg. Botol oleh penduduk sekitarnya. Sebab utama kami decide untuk camping di kawasan ni sudah semestinya air terjunnya, kiranya senanglah untuk kami semua untuk dapatkan air.
15 Januari 2022
Jam 7:15pm, kami berkumpul di kawasan rumah kawan yang mana berhampiran dengan tempat yang kami akan tuju. Disebabkan ada kawan yang lain nak join last minute kami camping, dengan rasa sabar kami menunggu dalam sejam lebih haha (sokay yang penting nikmati masa bersama-sama temen itu lebis manis kan). Sementara menunggu kami agih-agihkan barang yang perlu dibawa masuk ke dalam hutan. Kami bergerak dalam jam 8:30pm & sampi di kawasan tapak perkhemahan dalam jam 9:00pm. 
Setibanya di kawasan tapak perkhemahan, kami pun setup apa yang patut; dirikan khemah, pasang hammock, buat unggun api, pasang canvas untuk makan nanti. Masa malam ni juga ada kejadian yang Murni tak boleh nak lupa sampai sekarang, 1st timelah pasang hammock cuba sendiri & tetiba jatuh macam nangka busuk weyh sikit jatuh bergulik ke kawasan air terjun hahaha. Murni tak tidur dalam tent sebab tu pasang hammock.
Usai setup semuanya, tibalah masanya untuk makan malam. Jam 11 lebih juga barulah dapat makan. Nasib baik ada chef berpengalaman yang dijemput khas dari China, kalau tiada dia kebulur kami haha. Terima kasih chef Paijul & Kak Sumie. Alahai rindu dengan masakan kamu huhu.
Habis makan, rasa mengantuk yakmat tidurlah kami. Yang lelaki bergilir-gilir tidur untuk keselamatan. Subuh-subuh Murni dah terjaga disebabkan asap dari unggun api sesak nafas dibuatnya haha sampai beralih tempat tidur dari hammock ke tepi tent. 
16 Januari 2022
Nikmatnya lahai dapat bangun pagi hirup udara segar ditemani pula bunyi air terjun yang mengalir diiringi dengan bunyi kicauan burung-burung. Memandangkan dalam hutan ni ada pokok cempedak & kebetulan sangat masa ni musimnya berbuah kawan pun pergilah kutip untuk kami buat cempedak goreng. Tepung memang dah siap-siap bawa dari rumah. Sedap di makan dengan Old Town White Coffee instant hihi.
Selesai sarapan, kami pun berkemas-kemas & barang semua kami letak di kawasan air terjun. Sebelum bergerak pulang, kami mandi-manda dulu, alang-alang dah sampi ke sini tak sah kalau tak basahkan badan. Nasib baik kawasan air terjun ni tak dalam, kaki masih sampai lagi ke dasar. Almaklumlah Murni ni sejenis yang tak pandai berenang tapi teringin juga nak mandi di sini.

Kami bergerak ke lokasi tempat bermandi-manda yang seterusnya dalam jam 10:15 pagi. Kena berhati-hati bila melalui trail yang berbatu dan agak licin, bantuan dari kawan-kawan masa ni sangat penting. Nasib baik kawasan ni disediakan kemudahan seperti tali untuk berpaut. Kalau tersilap langkah boleh terjatuh & menyebabkan kecederaan. 
Sampai di lokasi terakhir tempat kami bermandi-manda. Kedalaman air di kawasan ni bagi Murni dalam yakmat haha degil sangat nak juga masuk tapi bolehlah berpaut pada pokok kayu yang ditengah-tengah tu & berpaut dengan kawan-kawan. 


Usai berendam dalam air, kami bertolak dari lokasi ni dalam jam 11:00 pagi. Masa dalam perjalanan keluar, Murni dapat berita gembira. Alhamdulillah penantian selama ni, Allah makbulkan juga. Terduduk juga masa ni, perasaan gembira sedih semua ada. In Sha Allah ada masa nanti Murni abadikan dalam blog ni.


Akhirnya tiba di kawasan rumah kawan, sebelum pulang gambar famili wajib dirakam. Nah Murni belanja video pendek sepanjang kami camping;

Sampai sini saja perkongsian aktiviti camping di kawasan Air Terjun Kg Maktab Sandakan. Terima kasih korang sudi baca entri ni 😘



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.murnimohdyusof.com/2022/05/camping-di-air-terjun-kg-maktab-sandakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiking Di Bukit Nenas Bukit Lmd Air Terjun Makiau Air Terjun Bukit Nenas Sandakan

Hiking Di Bukit Nenas Bukit Lmd Air Terjun Makiau Air Terjun Bukit Nenas Sandakan

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 216 hits
Hiking di Bukit Nenas Bukit LMD Air Terjun Makiau Air Terjun Bukit Nenas Sandakan Assalamualikum salam sejahtera Hi korang Seperti yang dijanjikan sebelum ini Murni akan kongsikan aktiviti hiking di Bukit Nenas menuju ke Bukit LMD kemudian ...
Camping Di Sepilok B B Sandakan

Camping Di Sepilok B B Sandakan

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 191 hits
Camping di Sepilok B B Sandakan Assalamualaikum Salam sejahtera Hi korang Memandangkan esok dah mula bercuti hari ini Murni luangkan masa untuk kemaskini entri blog yang tertangguh Murni bersama sama dengan geng hikers sambut malam tahun ba...
Kanak Kanak Hilang Disambar Buaya Ke Dasar Sungai Di Telaga Air

Kanak Kanak Hilang Disambar Buaya Ke Dasar Sungai Di Telaga Air

papar berkaitan - pada 22/5/2022 - jumlah : 135 hits
Kanak kanak Hilang Disambar Buaya Ke Dasar Sungai Di Telaga Air KUCHING Seorang kanak kanak lelaki Mohamad Adammi Mokhtar 7 hilang diserang buaya dalam kejadian terkini di Kampung Nyabut Telaga Air dekat sini Menurut Timbalan Pengarah Bomba...
Mi Rebus Resipi Mama Yang Sangatlah Sedap Ramuan Penyedapnya Air Rebusan Kulit Udang

Mi Rebus Resipi Mama Yang Sangatlah Sedap Ramuan Penyedapnya Air Rebusan Kulit Udang

papar berkaitan - pada 22/5/2022 - jumlah : 221 hits
Mi Rebus yang sedap mestilah kuahnya pun mesti padu Kalau kuah Mi Rebus cair dan tidak pekat memang boleh potong selera Kuah Mi Rebus yang pekat menjadikan hidangan Mi Rebus terlajak laris bila dihidang pada tetamu Jom kita cuba masak Mi Re...
Husam Nusa Kuala Gris Mandi Air Karat

Husam Nusa Kuala Gris Mandi Air Karat

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 285 hits
Kuala Gris Mandi Air Karat Sekarang kita berpindah ke Kuala Gris Apa khabar orang Kuala Gris Nak tengok kebajikan di kawasan ulu sikit Foto di bawah dikatakan Mini Loji atau lebih tepat rumah pam diurus Aksb di Kuala Gris Pohon kepastian Ak...
Korea Utara Sarankan Warganya Berkumur Air Garam Untuk Obati Covid 19

Korea Utara Sarankan Warganya Berkumur Air Garam Untuk Obati Covid 19

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 245 hits
Negara ini sedang menghadapi lonjakan wabah Covid 19 di mana sekitar 1 7 juta orang dilaporkan tertular penyakit tersebut
Air Pear Viral

Air Pear Viral

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 268 hits
Assalamulaikum wbtBARU tahu selain mee bandung dan sate Air Pear juga merupakan satu lagi tarikan jika kita ke Muar Belilah juga buat syarat Sedap tapi tak sedap Macam ada something wrong somewhere la hurmmm
Cara Buat Air Milo Sedap Macam Milo Lori

Cara Buat Air Milo Sedap Macam Milo Lori

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 291 hits
Masa budak budak dulu mesti pernah rasa milo percuma dari lori milo tu kan rasanya memang lagi sedap berbanding milo yang kita buat sendiri dirumah Selalunya lori milo itu akan datang ke sekolah rendah untuk bagi rasa semua pelajar sekolah ...
Anak Asyik Sakit Demam Batuk Air Kelapa Jadi Superfood Terbaik Pulihkan Anak

Anak Asyik Sakit Demam Batuk Air Kelapa Jadi Superfood Terbaik Pulihkan Anak

papar berkaitan - pada 26/5/2022 - jumlah : 179 hits
Jangan dinafikan khasiat air kelapa kerana ia cukup baik untuk anak kecil kita Lebih lebih lagi anak yang kerap sakit demam batuk dan selesema Menurut air kelapa amat baik kerana mempunyai asid laurik Komponen yang bersifat antifungal antib...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt