Hiking Bukit Kepayang Kepayang Hill Seremban 2


Sejak semangat kesukanan ni membara-bara, mulalah dalam fikiran ni nak cuba-cuba kembali dalam arena hiking. Nak mula hiking, of courselah kena mulakan dari hiking bukit dulu. Tapi nak memanjat gunung rasa macam tidaklah. Rasa tak mampu dah.

Rancang dengan encik suami nak hiking bukit dekat-dekat je lah. Supaya tak membuang masa dalam perjalanan. Ikutkan nak hiking bukit yang ada awan karpet macam Bukit Batu Sawa ke, Bukit Taisho ke, Bukit Senaling ke tapi macam ambil masa pula.

Kita ni nak cuba-cuba je dulu. Nak uji ketahanan kaki dan lutut ni haa selepas aktiviti brisk walk sepanjang 2 minggu. Jadinya kita pergi hiking Bukit sekitar Seremban je, Bukit Kepayang di Seremban 2. Selain Bukit Kepayang ni ada bukit lain juga yang menarik iaitu Bukit Bal. Tapi Bukit Bal macam jarang orang hiking je.
Lokasi hiking menarik di negeri sembilan
hiking Gunung Datuk, Rembauhiking Gunung Angsi, Kuala Pilahhiking Bukit Batu Putih, Port Dickson
Nak hiking ni kena pergi pagi-pagi lepas Subuh baru best. Masih sejuk dan ada kabus pagi. Konon nak gerak pukul 6:30 pagi lepas solat Subuh tapi lewat sikit bersiap. Hampir pukul 7 jugalah baru gerak. Mujurlah tak jauh sangat lebih kurang 15 minit macam tu sampai sana.

Pagi masa kami hiking tu tak secerah waktu pagi. Cuaca mendung dan kelam. Waktu yang sedang elok untuk hiking sebab tak panas sangat. Tapi lighting tak on point lah cerita dia.

MashaAllah nikmat betul dapat nikmati cahaya waktu pagi macam ni.



Kami parkir di tepi kawasan taman perumahan dekat kaki Bukit Kepayang. Parkir free je. Bukit Kepayang ni ada banyak trail. Ada 31 trail kesemuanya. Boleh ikut mana-mana trail. Ada trail mudah dan ada trail yang susah sampai kena panjat batu.


Kami ikut laluan yang mudah dan sesuai untuk beginner. Saya tak pasti nama trail yang kami ikut ni. Almaklumlah pertama kali sampai sini
 
depan tu je jalan tar
Lepas melalui lorong kecil diatas akan tembus ke jalan ber tar ni. Sebenarnya jalan masuk tar ni dah ditutup. Itu yang kena ikut jalan shortcut tu. Mungkin sebelum ni jalan ni dibuka banyak kenderaan boleh naik sampai ke atas kot.

Sebelah kiri jalan tar ni ada laluan 1 : lotus pond. Boleh juga terus masuk ke situ. Tapi kami teruskan ikut jalan tar



Sampailah kami jumpa signboard dan laluan yang satu ni. Tadi masa di bawah macam kami je yang hiking, rupanya ramai dah sampai atas.



Trail macam landai pada mulanya. Jalan santai-santai je sambil tu berhenti ambil nafas sambil tu ambil gambar



Trail Bukit Kepayang ni ada banyak signboard. Jadi ikut je penunjuk arah. Kami jalan terus follow the flow je lah. Ikut orang depan



Dah sampai trail pancak-pancak manja. Buat-buat ambil gambar padahal tengah pewai. Eh eh lama tak dengar pewai sejak bersara jadi hiker. Hihi...Hello, I'm back! Rindunya bau hutan serta bunyinya.



Sampailah kita ke trail pacak sikit. Berhenti sekejap ambil nafas lagi. Tapi berhenti tak lama lah, setakat seminit macam tu



Okay ambil gambar lagi sebab nampak trail ni macam cantik je. 


Jalan depan sikit akan melalui trail kini kanan dipenuhi dengan pokok paku pakis yang cantik. Kalau dah sampai sini maknanya dah nak sampai ke puncak. 


Eh tahu-tahu dah sampai dah. Tak lama pun ambil masa untuk sampai ke puncak. Kalau dah biasa hiking tu mungkin 20 minit macam tu. Bagi kami yang dah lama tak hiking dan di tahap beginner ambil masa 30 minit macam tu tolak masa berhenti

rumah kecil tu toilet ye
Permandangan di atas puncak dari trail yang kami lalui.  Sebelah kanan ada toilet. Ada bahagian bersimen. Ada tempat kaum Cina sembahyang. Dikatakan ada kuil atas Bukit Kepayang ni tapi tak pasti bahagian mana



Kami berhenti disini untuk streching sebentar sambil menghirup udara atas puncak bukit. Kemudian kami jalan depan sikit nampak wishing tree ni



Sebelum meneruskan perjalanan, kami turun kekiri sebentar bergambar di batang pokok yang bercat warna emas ni. Entah apa yang ditulisnya saya pun tak tahu. Apa ek? Sila translate kalau tahu.



Jalan depan sikit yang ada orang tu, ada papan plate Kepayang Hill tergantung di pokok. Boleh ambil buat prop untuk bergambar. 


Jangan lupa untuk bergambar di spot wajib bergambar ni dengan pegang papan plate berlatar belakangkan taman perumahan. Tandanya dah berjaya sampai ke puncak



Dah puas bergambar, kami terus gerak ke puncak seterusnya.  Jalan terus sebelah kiri wishing tree



Di belakang bawah wishing tree tu ada patung dewa Cina. 



Sedang kami jalan, saya perasa ada side trail wall ni. Sesuailah untuk mereka yang biasa rock climbing. Mencabar juga nak turun ke bawah guna tali. Gayat pun ada!



Dalam perjalanan ada signboard Kepayang Hill. Berhenti kejap untuk bergambar



Jumpa lagi signboard. Tapi tak tahu apa yang ditulisnya. Kita ambil gambar je lah



Jalan dan terus berjalan sehinggalah jumpa signboard Trunk Coffee. Ohh inilah Trunk Coffee yang selalu naik FYP di TikTok. Ramai hiker pekena kopi di sini. Rare bukan? 


Meriah di puncak sini. Trunk Coffee pun dikerumi hiker yang membeli kopi. Kami tak rasa nak minum kopi pun. Jadi berenti sebentar untuk ambil gambar. Sementara menunggu giliran bergambar kita duduk dulu.



Ini lagi satu port wajib bargambar di Signboard kayu ni. Menarik bukan signboard kayu ni.



Cantik betul permandangan dari atas puncak Bukit Kepayang ni. Walaupun bau hutan tu tak kuat sangat sebab sekitarnya bandar tapi tetap puas hati dapat menikmati suasananya



Masa turun saya perasan kasut saya macam nak tercabut tapaknya. Padahal baru lepas gam. Dan sebelum tu dah siap berjahit bagai. Nampak gaya dah sampai masa tukar kasut baru kot. Kasut ni dah lama pun sejak tahun 2015

Disebabkan kesihatan kasut tak mengizinkan, saya pun tak dapat nak brisk walk semalam di KOMBES. Alhamdulillah kasut baru pun dah sampai harini. Yeay! Bolehlah kita teruskan aktiviti sukan kita

Ikut pace saya, turun naik Bukit Kepayang ni ambil masa dalam masa 1 jam ikut trail yang kami lalui. Mungkin kalau hiking lagi lepas ni lagi cepat sampainya. Setelah turun naik Bukit Kepayang ni, maka kira lulus lah untuk ke hiking ke bukit yang lain. Yang mudah-mudah je lah. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2024/01/hiking-bukit-kepayang-kepayang-hill.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiking Bukit Batu Sawa Memburu Awan Karpet Di Hutan Merah

Hiking Bukit Batu Sawa Memburu Awan Karpet Di Hutan Merah

papar berkaitan - pada 29/1/2024 - jumlah : 208 hits
Seminggu cuti brisk walk dan jogging di KOMBES terus kita qada dengan hiking Rancang last minit juga nak Hiking Bukit Batu Sawa Jelebu Negeri Sembilan Hiking Bukit Batu Sawa kononnya nak memburu awan karpet di hutan merah Nak melihat sendir...
Stop Approving Hill Clearing In Cameron Highlands Group Urges Govt

Stop Approving Hill Clearing In Cameron Highlands Group Urges Govt

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 162 hits
Environmental group Sahabat Alam Malaysia has urged the government to stop any further approvals of clearings for all kinds of projects in Cameron Highlands In a statement today group president Meenakshi Raman asserted the pertinence for a ...
Bukit Panchang Tawau Sabah

Bukit Panchang Tawau Sabah

papar berkaitan - pada 14/1/2024 - jumlah : 318 hits
Bukit Panchang Tawau Sabah Assalamualaikum Salam Sejahtera Hi korang Murni dah janji dalam entri sebelum ni untuk berkongsi pengalaman hiking di Taman Alam Tinagat Bukit Panchang Tawau Sabah Murni berpeluang sekali lagi untuk join trip hiki...
Malaysian Drug Kingpin Worth Rm190mil Says Bukit Aman

Malaysian Drug Kingpin Worth Rm190mil Says Bukit Aman

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 257 hits
Bukit Aman narcotics CID director Kamarudin Din says the Malaysian drug kingpin held in Thailand had been arrested previously in Malaysia PETALING JAYA The assets of the Malaysian drug kingpin arrested in Laos recently is estimated at RM190...
Bangunan Runtuh Di Seremban Lima Cedera Bangunan Runtuh

Bangunan Runtuh Di Seremban Lima Cedera Bangunan Runtuh

papar berkaitan - pada 20/1/2024 - jumlah : 213 hits
NOR AINNA HAMZAHSEREMBAN Lima individu warga tempatan yang merupakan pekerja pemasangan solar panel cedera dalam kejadian runtuhan bumbung bangunan di Pusat Komersial Oakland di sini tengah hari tadi Dalam kejadian kira kira pukul 1 05 teng...
Makan Makan Di Restoran Pak Mat Western Jalan Bukit Tengah Pulau Pinang

Makan Makan Di Restoran Pak Mat Western Jalan Bukit Tengah Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 14/1/2024 - jumlah : 246 hits
Restoran Pak Mat WesternSapa yang tak kenal Pak Mat Western ni rasanya satu Malaysia dah kenal Pak Mat Western ni sering di review oleh artis artis popular tambahan lagi blog blog serta vlog dan youtube channel juga sering datang untuk revi...
Never Heard Of Seremban Move N Sembilan Mb

Never Heard Of Seremban Move N Sembilan Mb

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 119 hits
Negeri Sembilan Menteri Besar Aminuddin Harun has denied any knowledge about a Seremban Move an alleged plot to overthrow the state government I have not heard of a Seremban Move I don t know of this issue and I have no interest in entertai...
Sunset Ride Going Back Home Highway Seremban Port Dickson

Sunset Ride Going Back Home Highway Seremban Port Dickson

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 140 hits
Layan sunset sewaktu balik kerja dari Kuala Lumpur ke Lukut Port Dickson melalui lebuhraya Seremban PD Antara moment menarik yang boleh menghilangkan rasa sesak di dalam kepala selepas menempuh jalan sesak di Kuala Lumpur fullWidth
Studio Ghibli S Spirited Away Tour Sembayu Villa Seremban

Studio Ghibli S Spirited Away Tour Sembayu Villa Seremban

papar berkaitan - pada 14/1/2024 - jumlah : 264 hits
Spirited Away is one of s most famous and beloved movies both in Japan and abroad The story and characters have captivated the hearts of so many people over the years and its popularity has not died down no matter how many Studio Ghibli has...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord