Bukit Panchang Tawau Sabah
Bukit Panchang Tawau Sabah | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hi, korang! Murni dah janji dalam entri sebelum ni untuk berkongsi pengalaman hiking di Taman Alam Tinagat Bukit Panchang Tawau, Sabah. Murni berpeluang sekali lagi untuk join trip hiking anjuran Tungku Hikers Club, sebelum ini Murni hiking di Sin Onn Tiku Waterfall.
Bukit Panchang Tawau SabahAktiviti hiking ni berlangsung pada 10/12/2023. Hari ini barulah Murni ada masa untuk sambung penulisan di blog. Seperti sebelum ini juga, Murni ke Tawau bersama-sama dengan Kak Yati. Kami bertolak dari Lahad Datu dalam jam 5:30 pagi dan sampai di Tawau dalam jam 8:00 pagi. Kami memulakan pendakian dalam jam 9:00 pagi. Matahari dah panas terik masa ini, tetap semangat untuk sampai ke puncak.
Kredit gambar THC
Sebelum pendakian bermula, sesi taklimat ringkas mengenai keselamatan semasa pendakian telah disampaikan oleh ketua guide disusuli dengan bacaan doa sebelum masuk hutan. Jumlah peserta Murni tak ingat berapa orang, dalam gambar di atas termasuklah peserta, organizer, & guide. Bukit Pancahang mempunyai ketinggian 398 (mdpl)/1.8KM.
Trail berbatu Semasa pendakian bermula, trail adalah berbatu & agak pacak juga. Tali juga ada disediakan untuk berpaut & perlu berhati-hati ketika memijak batu. Pemilihan kasut yang sesuai sangat penting bagi membolehkan kasut mencengkam di kawasan berbatu licin. Kawasan berbatu ni kalau tiba musim hujan menjadi laluan air & boleh jadi agak deras bila hujan lebat. Syukur alhamdulillah cuaca pada hari tersebut cantik panas terik lagi. Di kawasan ni jugalah masa Murni turun hampir pitam haha.
Kredit gambar THC
Tempat duduk ada disediakan di beberapa tempat sepanjang trail menuju puncak Bukit Panchang. Kalau rasa penat, bolehlah rehat 5 minit sebelum meneruskan pendakian
100m ke puncakSetiap 100m pihak forest sediakan papan tanda jarak bagi membolehkan pendaki mengetahui jarak perjalanan & merancang masa pendakian. Macam biasalah Murni kalau tiada gambar pewai di trail, macam tak sah pendakiannya hahaha. 100m lagi menuju puncak tapi bahang panas matahari tu macam atas kepala dah. Syukurlah masa pendakian Murni tiada rasa macam nak muntah, masa turun yang bermasalah sikit dengan kaki sebelah kiri hampir cramp lain lagi rasa pitam bila tengok kawasan berbatu yang curam. Nasiblah semangatnya masih kuat untuk tamatkan pendakian.
Pelantar Bukit Panchang Murni sampai di puncak Bukit Panchang dalam jam 10:50 pagi, hikers yang lain ada yang sampai awal. Sampai puncak cuaca panas terik, Murni berteduh di bawah pelantar, rehat & makan dulu sebelum ambil gambar.
Pelantar Bukit Panchang
Usai bergambar di pelantar, kami pun turun ke bawah dalam jam 11:50 pagi & sampai di pintu gerbang dalam jam 12:50 tengah hari. Tamat pendakian, kami singgah di gerai tepi pantai untuk makan tengah hari. Sebelum balik ke Lahad Datu kami sempat singgah ke Taman Rekreasi Hutan Simpan Membalua untuk cuba aktiviti flying fox
@murnimohdyusof 10/12/2023 𝘚𝘦𝘭𝘦𝘴𝘢𝘪 𝘩𝘪𝘬𝘪𝘯𝘨 𝘥𝘪 𝘉𝘶𝘬𝘪𝘵 𝘗𝘢𝘯𝘤𝘩𝘢𝘯𝘨, 𝘴𝘦𝘮𝘱𝘢𝘵 𝘴𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢𝘩 𝙏𝙖𝙢𝙖𝙣 𝙍𝙚𝙠𝙧𝙚𝙖𝙨𝙞 𝙃𝙪𝙩𝙖𝙣 𝙎𝙞𝙢𝙥𝙖𝙣 𝙈𝙚𝙢𝙗𝙖𝙡𝙪𝙖 𝘴𝘦𝘣𝘦𝘭𝘶𝘮 𝘣𝘢𝘭𝘪𝘬 𝘓𝘋 . . . . . . 𝘓𝘢𝘮𝘢 𝘣𝘦𝘵𝘶𝘭 𝘴𝘥𝘩 𝘯𝘥𝘢 𝘮𝘢𝘪𝘯 𝘵𝘶 𝘍𝘭𝘺𝘪𝘯𝘨 𝘍𝘰𝘹, 𝘶𝘣𝘢𝘵 𝘬𝘢𝘴𝘪 𝘩𝘪𝘭𝘢𝘯𝘨 𝘳𝘢𝘴𝘢 𝘵𝘢𝘬𝘶𝘵 𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘨𝘢𝘺𝘢𝘵 𝘬𝘶𝘯𝘶𝘬 🤣🤣🤣 #flyingfox #fyp ♬ original sound - 𝙈 𝙐 𝙉 𝙉 𝙄 🥀
Sampai sini saja perkongsian Murni mengenai pengalaman hiking di Bukit Panchang Tawau Sabah. Entri seterusnya nanti Murni kongsikan aktiviti healing di Sandakan pula. Terima kasih kirang yang sudi baca entri Bukit Panchang ni 😘
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://murnimohdyusof.blogspot.com/2024/01/bukit-panchang-tawau-sabah.html