Hiking Bukit Batu Sawa Memburu Awan Karpet Di Hutan Merah


Seminggu cuti brisk walk dan jogging di KOMBES, terus kita qada' dengan hiking. Rancang last minit juga nak Hiking Bukit Batu Sawa, Jelebu Negeri Sembilan

Hiking Bukit Batu Sawa kononnya nak memburu awan karpet di hutan merah. Nak melihat sendiri depan mata keindahan awan karpet yang selalu hiker dok sebut-sebutkan tu. Di Negeri Sembilan ni ada beberapa bukit yang ada permandangan awan karpet di puncaknya.

Salah satunya di Bukit Batu Sawa. Selain tu yang saya tahu, Bukit Taisho, Bukit Senaling dan Bukit Penarikan. Ada lagi ke awan karpet di bukit lain di Negeri Sembilan ni? Cubo koba an.

Selain keindahan awan karpet, di Bukit Batu Sawa ni terkenal dengan keunikan hutan merahnya atau dipanggil red forest. Disebabkan dua benda tu lah, saya nak hiking Bukit Batu Sawa ni. Lagi satu sebab katanya trail mudah dan tak makan masa lama sangat. So kita ONz je lah

Bukit Batu SawaBukit Sawa terletak di kawasan Peradong, Jelebu, Negeri Sembilan dengan ketinggian 333.33 m, 3.6 km.

Untuk ke Bukit Batu Sawa mudah je, gunakan google maps atau waze "Bukit Batu Sawa Parking/Trailhead". Dari jalan besar akan nampak signboard Bukit Batu Sawa, jalan terus akan melalui jalan kampung dan jambatan ni



Jalan terus lagi ada nampak signboard jalan Bukit Batu Sawa. Jalan terus je naik bukit. Bawa perlahan sebab jalan kecil. Takut berselisih dengan kereta dari arah depan



ParkirBaca dari pengalaman hiker lain, mereka parkir di kawasan rumah kampung dengan bayaran parkir RM3. Tapi kami jalan terus melalui kawasan parkir yang disebutkan tu. Kami cuba nasib untuk tengok dulu kawasan parkir yang lebih dekat. Ada lagi satu kawasan parkir berhampiran kaunter permit katanya.

Kami jalan terus sampai melalui kaunter permit dan jumpa kawasan parkir yang lebih dekat berdekatan dengan homestay Bukit Batu Sawa



Lega ada banyak parkir kosong lagi disini. Jadinya kalau korang nak datang, better jalan terus tengok parkir di sini. Kalau ada kosong bolehlah parkir sini sebab lebih dekat



Bayaran parkir pula seikhlas hati seperti yang ditulis di kotak bayaran tu. 


Kawasan parkir ni berdekatan dengan kaunter permit. Jangan lupa daftar masuk dan baca apa yang perlu di situ. Nak mudah, ambil gambar je.



Kadar bayaran permit masuk hutan simpanRM5/ seorang
Sila ambil juga nombor telefon yang dipaparkan supaya senang untuk dihubungi jika berlaku kecemasan. 


Sempat juga tanya abang yang jaga kaunter tu, berapa lama naik Bukit Batu Sawa ni? Katanya kalau jalan santai-santai dalam 40 minit macam tu.

Apa? 40 minit? (cakap dalam hati). Baca dalam blog yang pernah hiking katanya lebih kurang 20 minit je. Ahh kena tipu lah ni! Ala biasanya kalau hiking ni memang selalu kena tipu. Sikit lagi sikit lagi nak sampai puncak. Padahal jauhhhh lagi! Soba yolah

Okaylah kita jalan santai-santai je. Kami diberikan tag bayaran permit memasuki hutan simpanan kekal Jabatan Perhutanan Negeri, Negeri Sembilan. Boleh pakai di pergelangan tangan kalau nak. Tapi kami simpan je lah.



Trail landaiDah selesai pendaftaran dan bayaran. Jomlah kita memulakan pendakian Bukit Batu Sawa. Awalnya akan melalui kebun getah. Kami mula mendaki dari sini jam 7:59 pagi



Lepas kebun getah akan melalui kebun yang dipenuhi semak dan pokok pisang. Sampai sini jam 8:02 pagi



Jalan depan sikit akan mula masuk kawasan hutan yang pertama. Kami masuk jam 8:02 pagi. Ikut je arah seperti yang ditandakan tu



Trail landai je. Boleh jalan santai-santai. Disebabkan kami dah lewat mendaki, kenalah jalan laju sikit sebab nak memburu awan karpetnya



Laju pun tak laju sangat. Ambil gambar tu perlu. Kemain laju orang depan tu jalan ye. Tak tunggu kita



Melalui trail landai lebih kurang dalam 5 minit je kalau tak berhenti ambil gambar. Keluar dari trail hutan pertama jam 8:08 pagi



Kemudian akan melalui kawan semak lalang tinggi ni menuju ke pencawang



Berhenti sebentar di pencawang lebih kurang 3 minit untuk ambil gambar. 


Dari pencawang tu jalan terus lagi dan akan memasuki kawasan hutan kedua. Mula masuk jam 8:12 pagi.



Trail pacakMula masuk trail landai juga. Okaylah rasa lega sikit, ingatkan terus naik trail pacak. Kita dah bersedia mental fizikal awal-awal ni. hehe..



Jalan depan sikit dah mula jumpa trail pacak sikit



Jomlah kita hadap trail mendaki je sampai ke puncak



Agak-agak penat, berehat. Nampak akar kayu macam buaian ni kita ambil gambar kejap. Buat-buat nak ambil gambar supaya tak macam penat sangat. Kah!



Dalam perjalanan mendaki, ada sampah jajan. Siapalah pelakunya yang tak ada kesedaran sivik buang sampah merata-rata



Jalan lagi akan jumpa pokok batang besar. Sampai sini jam 8:24 pagi. Maknanya dah 12 minit mendaki trail pacak. Masih lagi bertahan



Lepas tu kita mengah sebab trail mendaki tak reti nak landai. Beberapa kali berhenti ambil nafas dan sambil tu kita ambil gambar untuk buat modal dalam blog



Bila dah sampai trail mendaki dengan tali ni bermakna kita hampir sampai. Azab juga trail pacak macam ni. Pacak 75 degree gitu.



Kagum dengan pendaki yang dah berumur depan kami ni. Suami isteri mendaki. Hebat masih bertenaga mendaki. Kalau mereka boleh, takkan kita nak mengalah pula kan



Layan trail mendaki bertali lebih kurang 15-20 minit menurut pace saya. Kalau laju 10 minit je kena hadap.



Bila dah sampai trail bertali terang sikit ni bermakna nak sampai dah. Dah mula nampak Hutan Merah (Red Forest). Batang pokok berwarna kemerah-merahan, nampak terang dan sangat menarik. Macam hutan di luar negara.



Di saat puan isteri memotretkan gambar, ada encik suami yang menunggu di depan. Sabar ye wahai encik suami



Kami rehat sebentar ambil gambar dulu sebelum jalan terus ke puncak. 
seluar dah lama dibeli, boleh claim seluar hiking sejak 2017. Jangan kata kita tak boikot!
Teruja tengok texture kulit batang pokok hutan merah ni. Warna merah bata ni lah yang membuatkan kawasan di puncaknya sangat menarik dan kelihatan terang. Lighting pula tu on point. Rugilah kalau kita tak potretkan saat ni



Tumbuhan pakis pun banyak terdapat di sekitar hutan merah Bukit Batu Sawa ni



Selain tu, kelihatan lumut hijau di sana sini yang hidup harmoni bersama.



Dah puas bergambar di kawasan situ, kita sampai di puncak jam 8:50 pagi. Kalau tak berhenti lama dan ambil gambar. Lebih kurang 30 minit macam tu lah masa yang diambil untuk sampai ke puncak bukit



Ambil gambar dulu di papan tanda Bukit Batu Sawa 333.3M. Selagi ada papan tanda, selagi tu kita akan bergambar

Di sebelah kiri ni ada spot bergambar yang menarik. Ada batu besar. Tapi kami teruskan perjalanan depan sikit puncak lagi satu sebab di batu tu ramai tengah menunggu giliran bergambar.



Di puncak sini ada papan tanda Bukit Batu Sawa juga. Tak dapat lah nak bergambar seorang sebab mereka macam nak duduk lama di situ. Kita ambil je lah dengan papan tanda ni tanda hadir. 


Di bawah ni ada juga spot menarik tapi kami tak turun lah sebab ramai pula. Nak menunggu macam malas je



Beredar terus dari situ dan tunggu giliran untuk ambil gambar di batu besar ni. Orang lain semua bergambar berdiri. Kita ni goyang dik, goyang...Goyang kaki nak berdiri sebab gayat. 
Dulu tak gayat, sejak hiking Gunung Datuk dulu terus jadi macam seorang pengayat. Kita bergambar duduk pun bolehlah, demi keselamatan sejagat

Malangnya, pemburuan awan karpet boleh dikatakan gagal. Awan karpet pun dah hampir lesap. Sampai lambat memang tak dapatlah nak melihat keindahan awan karpet. Mungkin rezeki di bukit lain kot



Selesai bergambar di puncak, jomlah kita berehat. Makan energy bar dan minum air sambil menikmati bunyian alam flora dan fauna, menghirup bau hutan yang best. Rindunya bau hutan! Bau segar. Haritu hiking Bukit Kepayang tak berapa nak bau hutan sebab dekat dengan bandar

Syoknya duduk lepak atas puncak bukit ni. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Peluh pun sempat kering



Papan tanda 'Sila Jaga Kebersihan' ni jangan buat-buat tak nampak pula ye. 


Dah lama berehat dan bergambar di puncak. Kami mula turun jam 9:18 pagi. Sampai di kawasan kebun ni jam 9:46 pagi. Eh laju! Kalau turun memanglah laju. Orang lain turun 20 minit je kot. 



Ini pula hasil kutipan sampah yang kami kutip sepanjang perjalanan turun. Banyak juga hasilnya. Korang ni kan, tak tahu ke nak jaga kebersihan??? Sampai jangan buang merata-rata. Haishhh..marah ni.



Alhamdulillah..misi berjaya hiking Bukit Batu Sawa dengan jayanya walaupun gagal melihat awan karpet. Dapat juga menikmati keindahan hutan merah

Cuaca pun sedang elok masa pendakian kami. Tak panas sangat dan tak mendung. Tapi lecak tu jangan cakaplah. Macam baru lepas hujan lebat. Kawasan tanah lembap berair disebabkan embun. Tetap berhati-hati mendaki

Mujur kita pakai kasut baru Adidas Terrex kasut hiking yang grip dia bagus. Tak ada lah tergelincir tapi tetaplah terpalit kotoran lecak tu. 


Terima kasih oyen berkhidmat dengan baik. Kaki pun tak sakit. Cuma sehari selepas tu baru terasa otot peha koyak mungkin sebab trail pacak tu. Haritu hiking Bukit Kepayang tak rasa sakit langsung. Dah lama tak naik trail pacak, begitulah. Hadap sajalah. Enjoy the pain

Okay next? Bukit Taisho atau Bukit Batu Putih sekali lagi? Bukit Batu Putih dah buat deck cermin baru. Itu yang macam teruja nak pergi. Bukit Taisho pula ada awan karpet. Yang penting dua-dua bukit yang mudah untuk hiking



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2024/01/hiking-bukit-batu-sawa-memburu-awan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiking Bukit Kepayang Kepayang Hill Seremban 2

Hiking Bukit Kepayang Kepayang Hill Seremban 2

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 275 hits
Sejak semangat kesukanan ni membara bara mulalah dalam fikiran ni nak cuba cuba kembali dalam arena hiking Nak mula hiking of courselah kena mulakan dari hiking bukit dulu Tapi nak memanjat gunung rasa macam tidaklah Rasa tak mampu dah Ranc...
Mengintip Kampung Sakura Versi Kota Batu Tarik Serasa Di Jepang Beneran

Mengintip Kampung Sakura Versi Kota Batu Tarik Serasa Di Jepang Beneran

papar berkaitan - pada 18/1/2024 - jumlah : 195 hits
Keunggulan tiap tiap wilayah dalam upaya meningkatkan minat kunjungan wisatawan secara berkelanjutan
Missing Bella Case Skeleton Found In Batu Pahat Abandoned House

Missing Bella Case Skeleton Found In Batu Pahat Abandoned House

papar berkaitan - pada 20/1/2024 - jumlah : 147 hits
Kamarul said the skeleton was found at about 2pm after one of the arrested suspects led police to the scene 8211 Bernama photo BATU PAHAT A partial human skeleton found in an abandoned house in Batu 7 Tongkang Pechah here today is believed
Bodoh Bukan Jenayah Kakitangan Awan Yang Baharu Mulai 2024 2025

Bodoh Bukan Jenayah Kakitangan Awan Yang Baharu Mulai 2024 2025

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 165 hits
CHE IBRAHIM Isu sekarang ialah kerajaan sedang menggubal satu Sistem Saraan Baru yang tidak berpencen Jika skim ini diluluskan penjawat awam yang dilantik atau ditawarkan kerja di bawah skim ini tidak akan lagi dibayar pencen selepas tamat ...
Heret Peneroka Haram Hutan Simpan Di Pahang Ke Mahkamah Tiada Lagi Kompaun Seperti Sebelum Ini

Heret Peneroka Haram Hutan Simpan Di Pahang Ke Mahkamah Tiada Lagi Kompaun Seperti Sebelum Ini

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 140 hits
RAUB Pihak terbabit penerokaan hutan simpan secara haram di Pahang tidak akan dikenakan tindakan kompaun seperti sebelum ini sebaliknya akan segera diheret ke mahkamah Menteri Besar Pahang Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata ia sebahagia...
5 Punca Dan Gejala Jerawat Batu Beserta Cara Menghilangkan Jerawat Batu

5 Punca Dan Gejala Jerawat Batu Beserta Cara Menghilangkan Jerawat Batu

papar berkaitan - pada 20/1/2024 - jumlah : 256 hits
5 Punca dan Gejala Jerawat Batu Beserta Cara Menghilangkan Jerawat Batu 8 Jerawat batu adalah sejenis jerawat yang paling menyakitkan daripada jenis jerawat lain Ianya juga boleh berikan kesan yang amat mendalam pada kulit kita Kadang boleh...
Kabinet Setuju Tubuh Rci Kes Kedaulatan Batu Puteh

Kabinet Setuju Tubuh Rci Kes Kedaulatan Batu Puteh

papar berkaitan - pada 24/1/2024 - jumlah : 262 hits
Kabinet hari ini bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi mengkaji pengendalian perkara berkaitan kes kedaulatan Pulau Batu Puteh Batuan Tengah dan Tubir Selatan kata Setiausaha Jemaah Menteri Tan Sri Mohd Zuki Ali Beliau yang ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan