Hikayat Wak Zahid Sembang Jer Lebih


Guruh sudah berdentum-dentam sejak lama di langit yang gelap. Gegarannya hampir sama saja kuatnya dengan gendang perang yang dipalu laskar penuh ilmu di dada

Panji-panji diangkat tinggi. Senjata sudah di tangan. Serangan yang dirancang bukan main-main. Kemenangan yang dijanjikan sudah berada di depan sana - di kaki langit

Bala tentera itu hanya perlu menunggu arahan untuk melangkah saja bagi menghunjam lembing, anak panah, pedang atau apa saja ke tengah medan perang

Kata-kata semangat sudah diucap berkali-kali. Ia terapung-apung di udara dan bergema di mana-mana. Mantera perang sudah dibaca

Dendam dan gelora yang bersarang di dada sudah menggelegak lama. Bara yang dipegang semakin memakan kulit dan daging. Sekali anak jantan menggenggam bara, ia mesti dipastikan sampai menjadi abu

Saat yang dinantikan nampaknya hampir tiba dan semboyan akan ditiup pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya itulah yang disaksikan oleh orang ramai yang menanti penuh debar

Tiba-tiba panglima berpaling menghadap bala tenteranya dan berkata: 
"Terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk menentukan bila kita akan berperang. Kita akan bincangkan baik-baik idea ini dan teliti bilakah detik untuk berperang itu."
Panglima itu kemudian tersenyum dan kembali ke khemahnya untuk untuk menunggu hidangan makan malam disiapkan

Angin bertiup perlahan dan cengkerik berlagu syahdu. Masalah pun selesai untuk seketika

Demikian lebih kurang apa yang berlaku pada akhir perhimpunan agung Umno yang melabuhkan tirainya petang tadi. Hampir tidak ada apa-apa yang baru berlaku. Semuanya hampir sama

Bagai tulang tersangkut di tenggorok
Rasa tidak puas hati, geram, retorik dan keinginan demi keinginan yang tidak dapat dituntaskan masih sama. Kalau ada pun yang baru, ia cuma berkenaan mandat yang diberikan oleh ahli Umno kepada presiden dan majlis tertinggi (MT) untuk menentukan tarikh keluar dari kerajaan

Ia bermula dari rasa tidak puas hati ahli akar umbi yang kemudian dijelmakan untuk menjadi usul. Lalu usul itu dibawa kepada majlis tertinggi. Usul diterima dan diserahkan kembali kepada ahli yang berhimpun. Dari situ ahli yang berhimpun menyerahkan kembali isu berkenaan kepada pertimbangan MT

Semua orang sudah tahu Umno mahu meninggalkan PN. 
Yang ingin diketahui lanjut ialah: bila? 
Untuk menjawab persoalan itu pun Umno masih bersilat untuk menetapkan tarikhnya

Ia kira-kira sama seperti tulang yang tersangkut di tenggorok. Ketika ada peluang untuk mengeluarkan seksaan itu, Umno enggan. Pedulilah apa juga alasan yang diberikan, orang ramai tetap melihat Umno sekadar acah-acah untuk menjadi si pemberani

Lebih daripada itu orang melihat Umno menjadikan keberadaan ahli-ahli parlimen mereka sebagai bahan untuk terus menekan atau mengugut Bersatu supaya mengikut kehendak mereka

Cagarannya ialah Putrajaya.
Dari sisi lain orang ramai akan melihat bahawa ahli parlimen Umno terlalu sayang untuk melepaskan jawatan yang disandang, sama ada dalam kabinet atau bilik-bilik besar dalam syarikat berkaitan kerajaan

Pada masa sama jika ada ruang untuk berunding, inilah masanya. Skrip yang sama jugalah yang diulang-ulang

Untuk memberikan justifikasi atas apa yang berlaku, tidak ada masalah. Memang kerja orang politik ialah mencari apa saja hujah untuk memenangkan diri mereka sendiri

Dari konteks itu, wajar juga Bersatu berasa cemuih melayan kerenah Umno. Dan mungkin juga Annuar Musa akan tersenyum lebar

Asap akan tetap tinggal asap. Bara mungkin masih memerah. Pun begitu, hidupnya bara kerana ada bahan bakarnya. Lama-kelamaan ia akan habis menjadi abu juga

Atau lebih malang, ada orang yang datang untuk mencurahkan air ke bara berkenaan. Apa yang tinggal ketika itu? Cuma asap dan arang

AL-ABROR MOHD YUSUF wartawan Malaysiakini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2021/03/hikayat-wak-zahid-sembang-jer-lebih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Lebih Senior Dari Zahid Usah Pertikai Soal Kesetiaan Annuar

Saya Lebih Senior Dari Zahid Usah Pertikai Soal Kesetiaan Annuar

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 326 hits
malaysiakini comDiterbitkan 28 Mar 2021 6 05 pmBekas setiausaha agung Umno Annuar Musa mengingatkan pengkritiknya agar tidak mempertikaikan kesetiaannya kepada parti itu hanya disebabkan pandangan yang berbeza dengan Presiden Umno Ahmad Zah...
Annuar Musa Ketepikan Zahid Macam Tu Jer Hahaha

Annuar Musa Ketepikan Zahid Macam Tu Jer Hahaha

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 290 hits
Zahid tu presiden umno Tapi tak ada power tak ada kuasa nak kawal semua MP Umno Suruh letak jawatan dalam kerajaan sorang pun tak letak MCA MIC minta umum calon PM Pun dia tak mampu nak bagi hujah Sekali annuar musa yang dipecat daripada se...
Tempoh Darurat Lebih Panjang Soal Guan Eng

Tempoh Darurat Lebih Panjang Soal Guan Eng

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 179 hits
April 1 2021 Lim Guan Eng turut menyoal sama ada dengan memancung kuasa kewangan Parlimen perdana menteri membayangkan darurat dan penggantungan Parlimen akan berlanjutan PETALING JAYA Pewartaan Ordinan Darurat baharu yang membenarkan keraj...
Apakah Dua Parti Lebih Baik Dari Tiga Kerana Mendapat Lebih Banyak Kerusi Untuk Bertanding Titm

Apakah Dua Parti Lebih Baik Dari Tiga Kerana Mendapat Lebih Banyak Kerusi Untuk Bertanding Titm

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 252 hits
Tuan Ibrahim berkata mereka telah sepakat membentuk kerajaan PN bersama sama dan persoalan tentang lompat parti tidak timbul saat itu kerana semuanya gembira atas kerjasama tersebut Kenapa kini kita hilang pertimbangan dengan melupai asas p...
Hiburan Mat Salleh Selalu Power Lelaki Melayu Tak Romantik Propa Lebih Lana Nodin

Hiburan Mat Salleh Selalu Power Lelaki Melayu Tak Romantik Propa Lebih Lana Nodin

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 368 hits
Bergelar isteri kepada jejaka mat salleh pelakon Lana Nordin kini bahagia bersama suami tercinta iaitu David McKienzie yang merupakan ahli sukan bagi permainan bola tampar Olimpik Pasangan ini turut dilimpahi rezeki apabila telah memperoleh...
Lebih 1 000 Dikompaun Rm10 000 Belum Tampil Kemuka Rayuan

Lebih 1 000 Dikompaun Rm10 000 Belum Tampil Kemuka Rayuan

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 222 hits
Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM ADHAM Baba bercakap dalam sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Nota Kerjasama antara Kementerian Perpaduan Negara dengan Kementerian Kesihatan di Kementerian Kesihatan Putrajaya hari ini PUTRAJAYA Lebih 1 0...
Perak Menjunam Lebih Dari 2

Perak Menjunam Lebih Dari 2

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 341 hits
Permintaan dolar AS yang meningkat dan aliran kenaikan hasil Perbendaharaan yang terus meningkat mempengaruhi nilai logam berharga terutamanya perak Menurut laporan terbaru harga sudah turun lebih dari 2 Walaupun begitu bank tidak mengabaik...
Pemilihan Parti Lebih Awal Akan Mengakibatkan Perpecahan Dalaman Kata Najib

Pemilihan Parti Lebih Awal Akan Mengakibatkan Perpecahan Dalaman Kata Najib

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 294 hits
Najib Razak berkata 40 Ahli Parlimen berpaling tadah sejak PRU14 seolah olah memberi mesej tidak salah untuk berpaling tadah asalkan matlamat kita tercapai KUALA LUMPUR Bekas perdana menteri Najib Razak berpendapat mengadakan pemilihan Umno...
Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran

12 Abang Abang Macho Berentap Dalam Who S Your Bro Maskulin

Hoo Pang Ron Cheng Su Yin Ke Final China Masters 2024

Geng Jin

Perbanyakkanlah Taubat