Hidup Hancur Kena Bom Akibat Perang Rakyat Syria Tetap Tenang Berdamping Dengan Al Quran
Seperti ramai yang sudah mengetahui, terdapat beberapa negara di timur tengah yang sedang bergolak. Disebabkan itu jugalah, krisis pelarian seakan tidak akan ada penghujungnya.
Kebanyakan pelarian yang terkesan adalah beragama Islam. Ada diantara mereka yang sudah kehilangan ibu bapa, pernah merasai kebuluran, hilang tinggal tempat tinggal, dibom dan bermacam lagi dugaan. Demi untuk meneruskan hidup dan percaya bahawa kesemua yang terjadi ini adalah dugaan dan takdir yang telah ditentukan Illahi bagi menguji tahap keimanan mereka, mereka tetap meneruskan hidup sungguhpun pahit untuk ditelan.
Seorang pengguna Facebook yang bernama Taufiq Razif ada berkongsikan tentang kisah pemuda yang kudung kakinya akibat terkena ledakan bom. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Pemuda di sebelah kanan saya ni namanya Qassim. Perasan tak apa yang tak kena dengan kaki Qassim ni?
Kaki Qassim pernah terkena ledakan bom. Bahagian peha, lutut hingga ke pertengahan betisnya terpotong dan hancur.
Untuk menyelamatkan bahagian kaki bawah, maka doktor terpaksa membuang sebahagian kakinya yang hancur di bahagian lutut dan menyambung sisa kakinya yang lain pada bahagian peha dan terpaksa disambung dalam keadaan ‘terbalik’ demi menyelamatkan sisa kakinya yang masih tertinggal!
Ya, kakinya takkan kembali normal lagi buat selama lamanya tetapi ada satu benda yang saya perasan pada diri Qassim ni, dia sangat tenang. Sangat sangat tenang.
Ada saya jumpa seorang pakcik tua di sana yang anaknya baru sahaja mati. Mengejutkan lagi, mati pula 3 orang sekaligus dan kaki isterinya hancur lebur dibom!
Lebih mengejutkan saya, pakcik tu pun nampak tenang! Tak ada langsung tanda stress di wajahnya. Saya jadi pelik la kan. Kaki hancur, anak mati, isteri kudung. Tak sedih ke depa ni?
Tiba tiba saya perasan, eh kebanyakan meja pelarian di tempat tersebut ada satu benda yang kita semua pun ada, Al Quran!
Boleh kata hampir semua meja depa ni ada Al Quran! Patutlah tenang semacam! Allah, sebak. Serius sebak. Patutlah Qassim dan pakcik ni tenang semacam rupanya bacaan harian mereka semua ni adalah Al Quran!
Sebak. Tiba tiba saya jadi teringat satu ayat daripada surah Ar Ra’d.
Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. (QS. Ar Ra’d : 28)
Aah la. Betul sungguh ni. Terbukti depan mata kebenaran ayat ni! Speechless betul saya.
p/s : Mereka dah dapat syurga di dunia dulu dah = ( ketenangan) sebelum mereka dapat syurga di akhirat.
Taufiq Razif
Sumber: Taufiq Razif
The post Hidup Hancur Kena Bom Akibat Perang, Rakyat Syria Tetap Tenang Berdamping Dengan Al-Quran appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/01/13/hidup-hancur-kena-bom-akibat-perang-rakyat-syria-tetap-tenang-berdamping-dengan-al-quran/