

Jawatankuasa promosi nampaknya berjaya menjalankan tugas yang diamanahkan. Begitu juga Perhubungan PAS Kelantan dan UPKN yang turun ke pelusuk negeri dalam program roadshow. Syabas.Yang jelas rakyat Kelantan dan umat Islam bukan sahaja ingin mendengar ceramah tetapi lebih besar dari itu berdiri bersama dan bersimpati dengan Dr Zakir Naik. Itulah tujuan utamanya juga Kerajaan Negeri Kelantan menganjurkan jelajah ini. Bersolidariti bersama Dr Zakir Naik. Ia sangat kena pada masanya. Kenyataan beberapa pihak yang membenci beliau terutamanya pemimpin DAP Lim Kit Siang baru-baru ini sangat menimbulkan kemarahan dan lebih membakar semangat bukan sahaja orang Kelantan malah umat Islam dari seluruh Malaysia. Sebab itu ramai juga dari luar Kelantan yang hadir. Nampaknya kenyataan Lim Kit Siang sangat-sangat membantu kami. Terima kasih.Saya mewakili seluruh AJK dan semua pihak terlibat mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh rakyat negeri Kelantan serta semua yang hadhir tanpa mengira bangsa dan agama.Sepanjang jelajah tersebut beberapa siri program telah diadakan antaranya adalah Intellectual Discourse, Ladies Talk, Muslimah Students Talk, Executive Talk, Kuliah Subuh dan lain-lain. Kesemua program tersebut mendapat sambutan melebihi jangkaan.Terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada seluruh AJK Induk dan AJK Pelaksana, kesemua individu yang terlibat, pihak-pihak yang telah menyumbang, YDH Ketua Polis Kelantan dan seluruh anggotanya, Jabatan Amal dan anggotanya, Keselamatan PAS Kelantan, Ulama, Muslimat, Pemuda, Kerabat dan DHPP. Juga kakitangan Badan Perhubungan PAS Kelantan. Penghargaan khusus kepada YAB Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, YB Timbalan Menteri Besar, seluruh EXCO kerajaan negeri serta ahli-ahli dewan undangan negeri dan parlimen, Dato' Kaya Setia SUK dan seluruh kakitangan kerajaan negeri. Kelantan mencipta sejarah lagi.YB DATO' DR MOHAMED FADZLI HASSAN, Pengerusi Jawatan Kuasa Induk, Jelajah Dr Zakir Naik Ke Kelantan 2019 - HARAKAHDAILY 10/8/2019Lihat lagi..Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)Hanya 30 Hari, Dapat Kerja Dan Boleh Jadi Usahawan...(2)Pembelanjaran Gunting Rambut Secara Ringkas..(3)Dari Ambil Alih Kedai Gunting Bapa, Kini Jadi Juta...(4)
| 
		Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini  |