Hiburan Tak Cukup Sekali Keluarga Baha Don Terus Hiburkan Penonton Dengan Musim Keduanya
Puas menghiburkan penonton ketika tayangan musim pertamanya, ramai yang dah tak sabar menanti sambungan cerita keluarga mafia terjaguh di Malaysia iaitu ‘Keluarga Baha Don’.
Sudah pun memulakan tayangan pada 3 Disember lalu, banyak lagi rahsia yang bakal disingkap dalam musim kedua ‘Keluarga Baha Don’. Untuk refresh kembali ingatan korang, drama ini membawa kisah satu keluarga di Malaysia tidak teratur dan unik yang menggabungkan kehebatan dunia kulinari dan dunia jenayah terancang.
Musim kedua akan menyaksikan sambungan plot tergantung di mana Jo (Remy Ishak) mendapat tahu bahawa ayahnya, Baha Don (Othman Hafsham) berkemungkinan besar masih lagi hidup.
Dihiasi dengan ramai pelakon hebat seperti Remy Ishak, Jihan Muse, Khir Rahman, Susan Lankester, Sharifah Aleysha, Melissa Campbell, Mark Adam dan ramai lagi, sudah pasti rakyat Malaysia akan terhibur menonton setiap telatah watak yang dibawakan mereka.
Bagi nak ‘hype’ lagi musim kedua ini, kami telah sertai temubual istimewa bersama para teraju utama keluarga paling kecoh di Malaysia ini.
Sudah pun mula menayangkan musim kedua, pastinya ramai yang tertanya-tanya apakah kelainan yang boleh dijangkakan oleh peminat ‘Keluarga Baha Don’.
Pun begitu, kesemua teraju utama termasuk Ketua Produksi Asal Viu iaitu Sahana Kamath lebih senang berkongsi hanya sedikit rahsia supaya tidak membocorkan sebarang spoiler mengenai musim kedua ini.
Apa yang pasti, anda akan dapat lihat pelbagai lagi wajah baru dalam siri ini.
“Saya boleh dedahkan beberapa nama anggota baru, antaranya ialah Tony Eusoff, Azman Hassan, Amy Mastura yang turut muncul dalam musim pertama, namun dia akan mempunyai perkembangan watak lagi untuk musim ini. Serta ramai lagi pelakon lain.”
Tak cukup dengan itu, Sahana turut berkongsi apa yang bakal dilalui oleh keluarga Baha Don dalam musim kedua ini.
“Akan terdapat ancaman yang terpaksa dihadapi oleh organisasi mereka, namun kami tidak akan bercerita banyak mengenai pelakon yang memainkan watak tersebut.”
Lebih mengujakan kerana ‘Keluarga Baha Don’ musim kedua dikatakan mungkin lebih ‘gelap’ daripada apa yang ditonjolkan dalam musim pertamanya. Tapi jangan risau kerana tahap komedinya akan terus membuatkan penonton kekal menonton sehingga ke penghujung episod.
Penonton bukan sahaja menanti apa yang terjadi kepada konflik organisasi mafia ‘Keluarga Baha Don’ namun turut berdebar melihat wanita mana yang menjadi pilihan Jo.
“Cinta tiga segi di antara Suzi Faye (Melissa Campbell) dan Kesuma (Jihan Muse), siapakah yang akan menjadi pilihan Jo? Ataupun adakah antara mereka yang akan mula mengejar orang lain?”
Apabila ditanya mengenai apakah yang membuatkan ‘Keluarga Baha Don’ mendapat ikutan yang ramai, para pelakon berpendapat bahawa keluarga mereka yang unik dan hidup dalam dunia tersendiri mungkin merupakan sebab utama ia diminati ramai. Setuju sangat!
Banyak juga spoiler dan klu yang diberikan untuk musim kedua ‘Keluarga Baha Don’ ini, makin rasa tak sabar pula nak saksikan apa yang terjadi pada setiap ahli keluarga itu.
Jadi jangan lupa untuk tonton musim kedua ‘Keluarga Baha Don’ di laman penstriman Viu sekarang juga. Go go!
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2020/12/hiburan-tak-cukup-sekali-keluarga-baha.html