Veteran Sarawak 80 Tahun Keluarga Terus Bergelut Tanpa Kewarganegaraan


Robin AugustinBekas anggota Sarawak Border Scout, Basar Arun (kanan) dan isterinya, Serlen Rining (tengah), bersama aktivis Agnes Padan. (Gambar Agnes Padan)PETALING JAYA: Hati Agnes Padan, seorang aktivis, pilu apabila melangkah masuk ke rumah usang milik Basar Arun, 80, di Batu Mulong di Lawas, Sarawak.
Beliau mendengar berita bahawa bekas anggota Sarawak Border Scout itu – satu-satunya sumber pencarian bagi isteri dan tiga daripada lapan anak mereka, termasuk seorang kurang upaya – kini bergelut untuk hidup semasa penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP).
Beliau terkejut melihat keadaan rumah itu, terutama katil kayu anak kurang upaya Basar yang hanya mampu terbaring.
“Semasa PKP, Basar tidak dapat kerja sambilan, jadi keluarga itu berada dalam situasi yang sangat susah,” kata Agnes.
Basar Arun menunjukkan kad pengenalan merahnya.“Dia sepatutnya mendapat bantuan kebajikan tetapi, malang, dia tidak ada kewarganegaraan walaupun dilahirkan di negara ini dan berkhidmat dengan Border Scouts dari 1963 hingga 1967.”
Katanya, Basar, dari komuniti Lun Bawang, adalah salah seorang bekas anggota Border Scouts yang tidak memiliki kewarganegaraan.
Seperti banyak penduduk pribumi di luar bandar pada zaman itu, Basar dilahirkan di rumah dan tidak pernah mempunyai surat beranak.
Beliau hanya mempunyai kad pengenalan hijau dan kemudian diberikan MyKad merah, yang turut diberikan kepada pemastautin tetap.
Pingat Perkhidmatan Awam dengan Borneo Clasp yang dianugerahkan kepada Basar Arun oleh Ratu Elizabeth II.Agnes berkata, Basar hanya mempunyai dokumen perkhidmatan dengan Border Scouts dan juga pingat Perkhidmatan Awam serta Borneo Clasp yang diberikan oleh Ratu Elizabeth II.
Ia sangat berharga buat dirinya.
“Kami berharap kerajaan akan mempercepat permohonan kewarganegaraan mereka. Kami terbaca bahawa kes mereka ini sudah dibawa kepada perhatian Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin.
“Mereka berkhidmat kepada negara semasa Konfrontasi. Mereka berhak mendapat faedah dan bantuan yang sama seperti anggota tentera lain,” katanya.
Rumah keluarga Basar Arun di Batu Mulong di Lawas, Sarawak, sedang diperbaiki.Agnes menghasilkan satu klip video pendek temu bualnya bersama Basar, yang merupakan antara 150 penduduk pribumi yang direkrut untuk menjaga sempadan Sarawak di kawasan Limbang.
Dalam video itu, Basar berkata, beliau pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk menukar MyKad merahnya, tetapi ditolak walaupun beliau sudah mengemukakan bukti dokumen perkhidmatan sebagai anggota Border Scout.
“Mereka tidak peduli,” katanya.
Agnes dan beberapa dermawan berusaha untuk menolong keluarga itu dan berjaya mengumpukan lebih RM10,000 wang mereka sendiri untuk memperbaiki rumah dan juga memesan katil hospital untuk anak lelaki Basar, yang cacat susulan kemalangan.
“Tetapi kami harap sebaik sahaja dia dapat MyKad, keluarga itu akan mendapat akses kepada bantuan kebajikan,” katanya.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Jika anda mahu membantu Basar dan keluarganya, hubungi kami di Whatsapp FMT Helpline @ 0193899839.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/veteran-sarawak-80-tahun-keluarga-terus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hebat Budak Nie Masa Umur 3 Tahun Dan Buta Kedua Mata Dah Hafaz Surah Yassin Ini Yang Keluarga Dia Buat

Hebat Budak Nie Masa Umur 3 Tahun Dan Buta Kedua Mata Dah Hafaz Surah Yassin Ini Yang Keluarga Dia Buat

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 429 hits
loading Tidak dapat melihat sejak dilahirkan namun telatah dan senyuman anak kecil ini mampu memberi kebahagiaan kepada ibu bapa serta seluruh keluarganya
Hiburan Tak Cukup Sekali Keluarga Baha Don Terus Hiburkan Penonton Dengan Musim Keduanya

Hiburan Tak Cukup Sekali Keluarga Baha Don Terus Hiburkan Penonton Dengan Musim Keduanya

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 578 hits
Puas menghiburkan penonton ketika tayangan musim pertamanya ramai yang dah tak sabar menanti sambungan cerita keluarga mafia terjaguh di Malaysia iaitu Keluarga Baha Don Sudah pun memulakan tayangan pada 3 Disember lalu banyak lagi rahsia y...
Facebook Dijangka Memperkenalkan Mata Wang Digital Libra Pada Awal Tahun 2021

Facebook Dijangka Memperkenalkan Mata Wang Digital Libra Pada Awal Tahun 2021

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 367 hits
Facebook sebelum ini telah pun sedia mengumumkan pengenalan mata wang digital dinamakan Libra selain dompet digital tersendiri dinamakan Novi Mata wang digital Libra ini telah diperkenalkan Facebook pada 2019 yang lepas dengan sasaran awal ...
Derita Hampir 40 Tahun Rumah Digenangi Air

Derita Hampir 40 Tahun Rumah Digenangi Air

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 294 hits
Sembilan penduduk terdiri daripada dua keluarga di Kampung Tebing Tinggi Sabak di sini sudah tidak tahan menderita kerana kawasan rumah mereka sentiasa digenangi air meskipun bukan musim tengkujuh sejak 30 tahun lalu Lebih menyukarkan dan m...
Apa Rahsia Panjang Umur Sampai 100 Tahun Atok Ini Jawab Dia Merokok Setiap Hari

Apa Rahsia Panjang Umur Sampai 100 Tahun Atok Ini Jawab Dia Merokok Setiap Hari

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 675 hits
Atok atok hati kau keras tok Apa Rahsia Panjang Umur Sampai 100 Tahun Atok Ini Jawab Dia Merokok Setiap Hari Semua manusia mahu hidup lama Malah dalam sejarah manusia itu sendiri telah ramai yang mencari penawar ataupun ubat untuk hidup sel...
Tok Mat Cabar Zahid Hamidi Pemilihan Umno Tahun Depan

Tok Mat Cabar Zahid Hamidi Pemilihan Umno Tahun Depan

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 353 hits
Entah kenapa Presiden UMNO Zahid Hamidi tiba tiba saja mengungkit peristiwa lama ketika beliau mengambil cuti daripada tugas mengetuai parti pada 2019 dahulu Ketika beliau bercuti itu Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan memangku tugas seba...
Kanak Kanak 7 Tahun Putus Kepala Gara Gara Pemandu Mabuk

Kanak Kanak 7 Tahun Putus Kepala Gara Gara Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 534 hits
KANAK KANAK 7 TAHUN PUTUS KEPALA GARA GARA PEMANDU MABUK Lisa dan David serta 200 rakan dan ahli keluarga mereka telah berkumpul di pantai Long Island pada 2005 untuk meraikan perkahwinan mereka yang telah lama dinantikan Masih terbayang di...
Peluang Bisnis Dengan Modal Kecil Yang Menjanjikan Tahun 2020

Peluang Bisnis Dengan Modal Kecil Yang Menjanjikan Tahun 2020

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 435 hits
Menjalankan usaha modal kecil merupakan perencanaan dan impian yang tepat untuk semua orang Sebelum memulai anda harus mempersiapkan dengan matang Seperti menentukan usaha apa yang akan dibangun dan mempelajari peluang usaha Anda juga harus...
Malaysia Dapat 12 8 Juta Dos Vaksin Covid 19 Tahun Depan

Malaysia Dapat 12 8 Juta Dos Vaksin Covid 19 Tahun Depan

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 355 hits
loading Putrajaya Malaysia akan mendapatkan bekalan 12 8 juta dos vaksin Covid 19 daripada syarikat farmaseutikal Pfizer bagi menampung keperluan imunisasi 20 peratus atau 6 4 juta rakyat negara ini demikian menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi