Mencari Isteri Ke2 Untuk Suaminya Dan Tinggal Sebumbung Rahsianya



NUR FATHONAH (kiri) bersama isteri pertama, Khuzatul Atiqah (kanan) selepas diijabkabulkan dengan Samuel Dzul, baru-baru ini. FOTO Ihsan 
Khuzatul Atiqah


Ku sunting maduku...


PERKENALANNYA bermula melalui laman sosial namun dengan izin Allah SWT membuatkan hati seorang isteri terbuka untuk melamar kenalan terbabit yang juga ibu tunggal menjadi madunya.Khuzatul Atiqah Abu Seman, 31, memilih untuk melamar Nur Fathonah Abdul Rahim, 30, sebagai isteri kedua suaminya, Samuel Dzul, 29, sebelum pasangan terbabit selamat diijab kabul, baru-baru ini.Ia bukan sesuatu yang mudah namun bagi Khuzatul Atiqah yang sarat mengandung anak sulungnya kerana dia mahukan kehidupan suami tidak terabai serta mendapat layanan adil.

Lebih menggembirakan apabila mereka memilih untuk tinggal sebumbung di Shah Alam, Selangor yang bukan sahaja membolehkan mereka beribadah bersama-sama malah berkongsi kasih.“Selepas disahkan mengandung, saya tidak sihat. Suami terpaksa dukung setiap hari untuk naik ke pejabat di tingkat tiga. Apabila melihat wajah suami, hati saya terdetik untuk membantunya dan saya berusaha mencari seorang lagi isteri untuknya.“Saya terfikir jika keadaan ini berterusan siapa hendak jaga suami. Lantaran, saya mengambil keputusan untuk mencari jodoh untuknya.“Ramai wanita yang saya temui, ada antara mereka masih anak dara tetapi apabila memberitahu niat saya, mereka memberi pelbagai alasan. Hinggalah saya bertemu Nur Fathonah dan saya melamarnya untuk suami,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.Katanya, pertemuan berlaku tahun lalu dan pada ketika itu, Khuzatul Atiqah tidak berbincang mengenai niatnya sehingga pertemuan kedua beberapa bulan kemudian.“Ketika itu, saya memegang tangannya dan memberitahu niat saya. Saya tahu dia ibu tunggal dua anak dan melihat kepada keperibadiannya selain solat istikharah memohon petunjuk daripada-Nya.“Dia (Nur Fathonah) tidak terkata apa-apa dan hanya memandang mata saya. Saya jelaskan kepadanya kebaikan serta pendapat mengenai berpoligami. Alhamdulillah, dia terima lamaran hingga disatukan,” katanya.Sebelum ini, Khuzatul Atiqah memuat naik status kisah dia membantu mencarikan calon untuk suaminya.Coretan itu mendapat pujian ribuan netizen malah ada yang memuji kemuliaan hatinya demi memastikan kehidupan suaminya terjaga sepanjang masa.“Sesungguhnya... cantik aturan Tuhan. Saya pernah menolak poligami, tapi Allah takdirkan saya berkahwin dengan keluarga suami yang mengamalkan poligami. Dari pengamatan saya, sangat banyak kelebihan dan manfaat poligami yang saya nampak dengan mata kepala saya sendiri. Ayah mentua ada 3 orang isteri, di mana arwah ibu adalah isteri pertama.Dipendekkan cerita, sepanjang 10 tahun berkahwin dan 5 tahun pertama duduk bersama keluarga mentua, secara tak langsung saya menyimpan cita-cita untuk mempunyai keluarga poligami yang harmoni.”Tidak kurang juga coretan madunya, Nur Fathonah: “Ya Allah terima kasih Ya Allah. Untuk segala nikmat yang diberikan. Tak pernah saya sangka untuk hidup dalam keluarga yang berpoligami. Sesungguhnya tidak pernah terlintas pun dalam diri saya untuk berpoligami. Setelah saya berpisah dengan bekas suami, saya telah bertekad untuk tidak berkahwin lagi apatah lagi akan menerima suami orang. Sejak dari itu, kehidupan saya hanyalah untuk saya dan anak-anak saya sahaja.“Saya bertungkus lumus siang dan malam demi untuk mencukupkan keperluan kehidupan. Walaupun begitu, di mata masyarakat, saya masih isteri orang dan saya sedaya upaya cuba menutup status sebenar saya sebagai ibu tunggal. Ini kerana, bagi saya, saya tidak mahu orang mengambil kesempatan dan saya dipandang rendah dan hina.”Khuzatul Atiqah dia tidak menjangka status dimuat naik itu dikongsi warga maya hingga tular di media sosial.“Kehidupan bermadu saya banyak pelajari daripada keluarga mentua. Bapa mentua saya berkahwin tiga dan saya masih mempunyai tiga ibu mentua,” katanya.Ditanya apa reaksi suaminya apabila dia mahu mencari isteri kedua, Khuzatul Atiqah berkata, suaminya tidak banyak tanya dan sekadar melemparkan senyuman.“Semua sudah selesai, saya bukan sahaja menghadiahkan sesuatu untuk suami malah turut membantu Nur Fathonah yang sebelum ini bergelar ibu tunggal,” katanya.Ketiga-tiga pasangan terbabit menetap bersama di rumah di Shah Alam dengan membuka sebuah studio rakaman di Seksyen 15, Shah Alam.“Status yang dimuat naik itu kerana mahu menceritakan perkara sebenar. Ini kerana, ada yang salah faham dan melemparkan fitnah kepada madu saya,” katanya. (Mymetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa dianugerah Allah SWT nikmat begitu kepada mereka? Kerana mereka memandang jauh hingga ke luar dunia, iaitu akhirat. Bukan sekularisme, melihat hanya ada di dunia ini saja, langsung tiada kena mengena dengan akhirat. 

Ooo Allahu Akbar..


Lihat lagi..Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)Hanya 30 Hari, Dapat Kerja Dan Boleh Jadi Usahawan...(2)Pembelanjaran Gunting Rambut Secara Ringkas..(3)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/07/mencari-isteri-ke2-untuk-suaminya-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Ammar Alfian Mengaku Tak Tinggal Sebumbung

Isteri Ammar Alfian Mengaku Tak Tinggal Sebumbung

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 437 hits
Selepas hampir dua bulan nampaknya rumah tangga Ammar Alfian dan Nelissa Nezam masih belum menemui jalan penyelesaian Terbaru Nelissa mendedahkan beliau kini The post appeared first on
Saya Dan Abu Sufyan Dah Tak Tinggal Sebumbung Hana Azraa

Saya Dan Abu Sufyan Dah Tak Tinggal Sebumbung Hana Azraa

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 632 hits
PU Abu Sufyan kembali meraih perhatian ramai apabila isu rumah tangganya disebut semula pada hari ini Selepas dua bulan menceraikan Ain Afini Latif perkahwinan kedua Abu Sufyan bersama ibu tunggal Hana Azraa pula kini digoncang badai Perkar...
Isteri Tangkap Suaminya Lakukan Hubungan Intim Dengan Gadis 15 Tahun Di Salun Lalu Dipotong Rambut Sebagai Balasan

Isteri Tangkap Suaminya Lakukan Hubungan Intim Dengan Gadis 15 Tahun Di Salun Lalu Dipotong Rambut Sebagai Balasan

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 399 hits
The ReporterSeorang pemilik salun di Vietnam menangkap suaminya yang sedang melakukan hubungan intim dengan kekasih berusia 15 tahun di premisnya dan mengambil keputusan untuk memberi pengajaran dengan mengunting rambutnya Difahamkan remaja...
Anak Masih Terkejut Bekas Isteri Eizlan Yusof

Anak Masih Terkejut Bekas Isteri Eizlan Yusof

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 2254 hits
Mendedahkan anaknya Zareef Yusof masih dalam keadaan terkejut selepas terlibat dalam kemalangan semalam bekas isteri Datuk Eizlan Yusof Vie Shantie turut meminta kepada semua pihak yang bertanyakan tentang khabar anaknya itu agar memberi me...
Heboh Abang Nikahi Adik Kandung Sendiri Isteri Nekad Lapor Polis

Heboh Abang Nikahi Adik Kandung Sendiri Isteri Nekad Lapor Polis

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 245 hits
Seorang lelaki didakwa menikahi adik bongsunya di daerah Bulukumba Sulawesi Selatan Indonesia minggu lalu Lelaki berusia 32 tahun itu didakwa telah menjalin hubungan intim dengan adiknya itu sehingga hamil empat bulan Pasangan itu kemudiann...
Nafsu Suami Terlalu Tinggi Isteri Mohon Batal Perkahwinan

Nafsu Suami Terlalu Tinggi Isteri Mohon Batal Perkahwinan

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 418 hits
Seorang wanita di Zimbabwe nekad melarikan diri untuk menjauhi suaminya yang berperangai pelik kerana tidak boleh berenggang dari ranjang Constance Muungani merasakan melarikan diri jalan terbaik antara dia dan suaminya Fani Mumba Wanita ya...
Sepasang Suami Isteri 2 Rakan Mereka Ditahan

Sepasang Suami Isteri 2 Rakan Mereka Ditahan

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 573 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
9 Tahun Bercinta Lepas 3 Bulan Nikah Isteri Tersayang Dijemput Ilahi

9 Tahun Bercinta Lepas 3 Bulan Nikah Isteri Tersayang Dijemput Ilahi

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 926 hits
Jodoh ajal dan maut adalah rahsia Sang Pencipta Siapa yang mahu kekasih hati yang baru sahaja dinikahi pergi menghadap Ilahi Namun suratan takdir tidak dapat kita nafikan Hal tersebut samalah seperti perkongsian daripada seorang pengguna Tw...
Boleh Nak Jadi Anak Mak Tapi Suami Kena Adil Baru Isteri Boleh Cool

Boleh Nak Jadi Anak Mak Tapi Suami Kena Adil Baru Isteri Boleh Cool

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 646 hits
Suami seorang anak emak adalah pilihan yang tepat Apabila dia menjaga ibunya bermakna dia boleh menjaga isteri dengan baik Namun dalam keadaan tertentu ada jika tidak ditangani dengan baik boleh membawa masalah dalam perhubungan Lelaki anak...
Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia