Guru Wanita Trauma M Sia Di Bawah Ph Masih Dijajah Along




Guru wanita trauma diganggu, diugut along


KUANTAN: Seorang guru wanita di sebuah sekolah di sini kini hidup dalam ketakutan selepas diganggu samseng upahan ceti haram atau along walaupun selepas mangsa selesai melunaskan pinjamannya.Malah, gambar mangsa berusia 39 tahun itu turut diletakkan tanda ringgit dan perkataan ‘hutang duit tak bayar!!! orang penipu’ pada tiang stesen bas dan pondok telefon di luar kawasan sekolah tempatnya mengajar dipercayai bertujuan mahu memalukannya.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, mangsa membuat pinjaman wang berjumlah RM10,000 pada Disember 2017 dengan sebuah syarikat pinjaman wang tidak berlesen di bandar ini.“Mangsa kemudian menandatangani dokumen perjanjian kosong dan menerima wang pinjaman berkenaan berjumlah RM8,600 sahaja selepas ditolak yuran guaman.“Mangsa perlu membuat bayaran pinjaman RM1,200 sebulan selama 38 bulan, manakala kad ATM Bank Islam miliknya untuk pembayaran gaji turut diambil suspek bagi tujuan pembayaran pinjaman,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini hari ini.Beliau berkata, bayaran yang mangsa sudah buat adalah bermula pada Januari 2018 sehingga Mac lalu, dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM18,000.“Namun bermula pada April lalu, mangsa tidak lagi membuat bayaran bulanan berkenaan dan menyekat kad bank ATM dipegang suspek serta sudah membuat kad bank yang baru.“Sejak itu, suspek mula mengganggu mangsa di tempat kerja dan juga melalui panggilan telefon. Namun semalam, mangsa mendapati gambarnya ditampal di luar kawasan sekolahnya,” katanya.Beliau berkata, mangsa yang bimbang akan keselamatannya kerana tindakan along itu kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini semalam.“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang (APPW) 1951 kerana menjalankan aktiviti perniagaan pemberi pinjaman wang tanpa lesen.“Sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta atau dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. (BH)Komen Weblog Ibnu Hasyim: Adakah Malaysia di bawah PH (Pakatan Harapan) masih belum bebas dari sistem penjajahan along? Kembalilah kepada sistem keadilan Islam, yang antaranya mengharamkan riba dan kegiatannya.Lihat lagi..Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)Hanya 30 Hari, Dapat Kerja Dan Boleh Jadi Usahawan...(2)Pembelanjaran Gunting Rambut Secara Ringkas..(3)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/07/guru-wanita-trauma-msia-di-bawah-ph.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penduduk Kampung Masih Trauma Dengan Kemunculan Harimau

Penduduk Kampung Masih Trauma Dengan Kemunculan Harimau

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 393 hits
Dungun Kehadiran dua ekor harimau yang berkeliaran di sekitar kawasan Kampung Besul Lama Bukit Besi di sini pagi semalam menimbulkan kegelisahan dalam kalangan penduduk terutama tentang keselamatan diri dan keluarga terutama anak anak kecil...
7 Tips Kenali Teman Wanita Anda Sudah Matang Atau Masih Budak Budak

7 Tips Kenali Teman Wanita Anda Sudah Matang Atau Masih Budak Budak

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 662 hits
Memiliki teman wanita yang bertubuh seperti wanita dewasa bukanlah penentu kematangan si dia Pasti ada perangai perangai pelik yang anda akan hadapi apabila sudah mula mengenali si dia lebih jauh Jadi di usia berapakah seorang wanita itu bo...
Bawah Setahun Bayi Meleleh Air Liur Normal Lepas Setahun Masih Sama Kena Check

Bawah Setahun Bayi Meleleh Air Liur Normal Lepas Setahun Masih Sama Kena Check

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 447 hits
Asyik meleleh je air liur ni Mesti masa ibunya mengandung dulu tak sempat nak makan apa yang dia nak Pernah dengar kan dialog macam ni Sebenarnya tak ada kena mengena pun dengan ibu mengidam masa hamil dengan air liur bayi meleleh Ada beber...
Nicki Minaj Batal Konsert Sebab Wanita Dan Lgbt Kalau M Sia

Nicki Minaj Batal Konsert Sebab Wanita Dan Lgbt Kalau M Sia

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 499 hits
Penyanyi rap Nicki Minaj HALAMAN HIBURANNicki Minaj batal konsert sebab wanita dan LGBTWASHINGTON Julai Penyanyi rap Nicki Minaj membatalkan persembahannya di Arab Saudi pada minggu depan sebagai sokongan kepada hak wanita dan komuniti lesb...
Berang Anak Kena Marah Guru Tendang Perut Anggota Polis Wanita Yang Baru 5 Bulan Melahirkan Anak

Berang Anak Kena Marah Guru Tendang Perut Anggota Polis Wanita Yang Baru 5 Bulan Melahirkan Anak

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 809 hits
Berang anak kena marah guru tendang perut anggota polis wanita yang baru 5 bulan melahirkan anakSeorang anggota polis wanita berpangkat koperal yang baru lima bulan melahirkan anak terpaksa dikejarkan ke Hospital Pasir Mas selepas ditendang...
Guru Rakam Adegan Panas Dengan Pelajar Bawah Umur Di Penjara

Guru Rakam Adegan Panas Dengan Pelajar Bawah Umur Di Penjara

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 353 hits
Seorang bekas guru drama di Singapura yang melakukan hubungan seks dengan pelajarnya yang berusia 14 tahun dan merakam adegan itu dijatuhkan hukuman penjara setahun Hakim menggelar perbuatannya merakam satu daripada aksi mereka sebagai amat...
Program Sumbangan Kepada Warga Sekolah Di Bawah Ppwbp

Program Sumbangan Kepada Warga Sekolah Di Bawah Ppwbp

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 377 hits
Program Sumbangan Kepada Warga Sekolah Di Bawah PPW Bangsar Pudu sepanjang Februari dan Mac 2018
Lempar Basikal Baring Bawah Lori Kononnya Kena Langgar Tuntut Pampasan

Lempar Basikal Baring Bawah Lori Kononnya Kena Langgar Tuntut Pampasan

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 513 hits
Seorang wanita di China berlakon kononnya dilanggar lori semata mata mahu menuntut pampasan dari pemandu lori berkenaan tanpa menyedari tindakannya itu dirakam kamera litar tertutup nbsp Dalam kejadian yang berlaku pada 4 Julai lalu di Wuhu...
Ini Waktu Terbaik Berjemur Di Bawah Sinar Matahri Untuk Peroleh Manfaat Maksimal

Ini Waktu Terbaik Berjemur Di Bawah Sinar Matahri Untuk Peroleh Manfaat Maksimal

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 251 hits
Yang kita perlukan itu sinar UVB dari sinar matahari bukan ultraviolet A maupun ultraviolet C Sinar UVB itu di atas pukul 9 kata dokter spesialis penuaan Siti Setiati saat ditemui di Kementerian Kesehatan
Land Swaps Land Grabs And Ugly Hands Of Politicians

Reason Will Probably Prevail Pm Anwar Says Asia Global Trade May Survive Initial Shock Of Trump 2 0

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Ktmb Introduces Special Train Service For Cny

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Yoursay Politicians Only Seem To Divide Nation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Apom Manis Bubur Campur

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Majlis Sanding Ayuni

Ebook Berpantang Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

Menu Berbuka Semalam

Exists Kau Lebih Dari Kejora Chord