Hiburan Riang Ria Raya Di Jasons Food Hall Dengan Pelbagai Barangan Ekslusif Sempena Hari Raya Aidilfitri
Tak lama lagi kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri, sekarang ini mungkin ramai yang sudah melakukan pelbagai persiapan untuk memeriahkan lagi sambutan Syawal. Mestilah kena lebih gempak dan best tahun ini.
Membeli-belah sebelum Hari Raya sudah menjadi satu budaya dikalangan orang Malaysia. Seronok bila dapat beli macam-macam asalkan tidak membazir.
Kami ingin kongsikan satu tempat yang anda boleh dapatkan semua keperluan sekaligus. Tidak perlu pening kepala lagi.
Bersempena dengan Ramadhan dan Syawal ini, Jasons Food Hall di BSC (Bangsar Shopping Center) menawarkan pelbagai promosi menarik dengan tawaran harga istimewa daripada bahan mentah , kurma-kurma premium, manisan yang cukup unik sehinggalah hamper perayaan. Macam-macam ada.
Alatan Dapur Penting Untuk Memasak Juadah Hari RayaSudah menjadi tradisi untuk meraikan hari raya dengan berkumpul ramai-ramai dan makan. Kalau tak ada alatan memasak, macam mana hendak hasilkan pelbagai juadah?
Dalam melakukan persiapan lain, jangan lupa beli alatan memasak. Tak kira la perlatan ataupun bahan-bahan mentah bersempena dengan persiapan aidilfitri anda, semuanya ada di sini!
Bahan Segar Dan Berkualiti
Perkara paling penting bila ingin memasak adalah mencari bahan mentah.
Dekat Jasons Food Hall nie, kualiti bahan mentah mereka memang terjamin. Tak kisah la dari ayam, sotong, udang, ikan, daging, semua pun ada.
Yang paling penting,kesemua ayam, daging lembu, lamb dijamin Halal! Kalau nak beli daging-daging yang dah siap diperap pun ada, balik rumah masak, siap terus nak berbuka nanti!
Makanan Lazat Siap DimasakBiasalah, bila bulan puasa, ada kalanya kita tidak sempat untuk masak. Jangan risau, di Jasons Food Halls mereka menyediakan pelbagai hidangan lazat siap dimasak.
Tambahan pula, makanan mereka dimasak setiap hari, jadi masalah makanan basi ataupun rosak.
Antara menu popular ialah, ayam percik, rendang daging dan kari kepala ikan. Memang terliur dibuatnya, wajib cuba!
Pelbagai Pilihan Kurma Premium
Kurma adalah buah wajib yang ada di bulan Ramadhan. Banyak nutrisi yang terkandung dalam buah ini seperti zat besi, kalsium, magnesium, selenium, serat dan banyak lagi.
Pelbagai pilihan kurma premium yang ditawarkan, rasanya sangat sedap memang sedap. Apa salahnya kalau cuba, setahun sekali je kan? Berbaloi beb.
Pemanis Mulut Memikat SeleraInginkan pemanis mulut yang best, anda wajib singgah ke Huckleberry. Antara menu manisan yang paling popular adalah Burnt Cheescake.
Mereka turut menyediakan pelbagai jenis roti,danish, kek, pastri dan pasta menggunakan bahan-bahan berkualiti premium.
Malah, kesemuanya dibuat sendiri oleh ‘master baker’ yang berasal dari kota Perancis.
Terkejut juga kami apabila melihat dengan mata sendiri kepelbagaian yang ditawarkan bermula dari roti hinggalah ke pastri beraneka.
Bukan itu sahaja, koleksi pemanis mulut Lavand yang cukup ekslusif juga ditawarkan di Jasons Food Hall nie.
Bukan selalu dapat merasa atau mendapat peluang mencuba manisan yang diimport khas dari luar negara.
Memang banyak sangat jenis pemanis mulut ataupun manisan yang dijual sampai kami sendiri pun “lose track”.
Mujurlah ada staf-staf di sana yang cukup baik hati dan tidak lokek memberi penjelasan terperinci mengenai setiap jenis pemanis mulut “premium” yang ditawarkan di Jasons Food Hall sempena Aidilfitri ini.
Kuih Raya
Kunjungan keluarga, sanak-saudara, sahabat handai pasti yang dinantikan semasa hari perayaan. Jadi kuih raya wajib ada di pagi hari raya untuk mengisi perut tetamu yang berkunjung ke rumah anda.
Kata orang tua-tua, kalau nak jamu orang biarlah yang sedap-sedap. Bolehlah dapatkan pelbagai jenis kuih raya di Jasons Food Hall. Nampak menarik kan?
Hamper Raya dan Hadiah – Hadiah Untuk Yang TeristimewaSelalunya bila balik kampung kita kena bawa sedikit buah tangan untuk sanak-saudara. Tidak sedap rasanya kalau balik kampung dengan tangan kosong.
Antara buah tangan yang sesuai tentulah makanan, boleh kongsi ramai-ramai sambil berborak dan mengeratkan lagi silatulrahim.
Beri sahaja hamper raya, semuanya sudah ada di dalam. Boleh juga diberikan kepada rakan-rakan dan insan teristimewa lain. Sekali-sekala kita hargai mereka.
Kalau anda nak “stand-out” dari yang lain anda juga boleh membeli pelbagai jenis hiasan seperti yang tertera di dalam gambar nie.
Dari koleksi cawan dan teko teh yang unik hinggalah ke hiasan dalaman rumah, semuanya ada di Jasons Food Hall!
Sungguh menarik tawaran promosi di Jasons Food Hall pada tahun ini, harganya juga berpatutan dengan kualiti bahan yang premium. Berbaloi!
Untuk maklumat lanjut tentang promos di Jasons Food Halls boleh ke laman Facebook dan mengikuti Instagram rasmi mereka.
Selamat menyambut bulan Ramadhan, dan selamat Hari Raya Aidilfitri kami ucapkan!
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.superpantas.com/2019/05/hiburan-riang-ria-raya-di-jasons-food.html