Lelong Besar Besaran Di Jakel Sempena Hari Raya Aidilfitri 2019
Korang dah siap shopping baju raya? Kalau belum jomlah ke Jakel cuci mata sambil cuci poket
. Kenapa korang perlu ke Jakel? Sebab ada lelong besar-besaran di Jakel sempena Hari Raya Aidilfitri 2019.
Kira kalau korang shopping kat Jakel ni, semua baju pun ada. Baju si ibu, si ayah, si anak dan langsir rumah. Memang one stop centre. Sekali datang dah siap shopping semua benda. Settle!!!
Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz
Tahun ni Duta Raya Jakel sama-sama turun padang mempromosikan koleksi raya Jakel 2019. Dapatlah kita bertentang mata dengan Aaron Ajiz wak
. Saya tengok koleksi Baju Melayu Aaron Aziz kali ni banyak sangat pilihan warna dengan beberapa jenis fabrik. Memang kemas dan nampak terletak je di badan.
Koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad
Koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad pun tak kurang cantiknya. Yang bestnya ada zip wuduk di pergelangan lengan dan zip badan bajunya (bahagian pesak). Nampak moden sebab ianya berpotongan slim fit. Kalau rasa perut dah buncit masa beraya, bolehla buka zip tu, haha gurau je.
Koleksi Baju Melayu Awal Ashaari
Kalau tengok Baju Melayu Awal Ashaari pulak, ia lebih fokus kepada potongan, warna dan kualiti fabrik. Dan yang bestnya semua koleksi Jakel ni dicipta oleh pereka in house diorang sendiri. So memang tak jumpa kat tempat lainlah ceritanya.
Koleksi Baju Melayu Hairul Azreen
Baju Melayu Hairul Azreen pun ada tau. Yang pastinya jahitannya diperkemaskan dengan jahitan di tangan dan di kolar baju. Baju melayu ni pun ada pilihan potongan teluk belanga atau pun leher bulat.
Baju Melayu dijual serendah RM99, dan paling best PERCUMA samping dan butang baju melayu. Mana nak dapat Pah??? Kau cari butang baju melayu suamimu, kat Jakel ada pakej bak hang
.
Koleksi Baju Melayu Abam Bocey
Dan yang pasti, siapa yang nak cari baju melayu plus size? Kat Jakel ada!! Dutanya si Abam Bocey lah. Kemahin hensem, smart bergaya dengan baju melayu si Abam ni.
Kalau rasa nak buat kelainan, bolehla dapatkan kurta. Korang boleh pilih sama ada kurta koleksi Awal Ashaari, Hairul Azreen, Aaron Aziz ataupun Nabil Ahmad. Selain boleh pakai raya, bolehlah dipakai untuk ke surau atau masjid.
Koleksi Baju Kurung Ayda Jebat, Scha Alyahya dan Hanis Zalikha
Baju kurung kali ni serius cantik-cantik. Koleksi Scha Alyahya, Ayda Jebat dan Hanis Zalikha. Memang rambang mata menengoknya.
Sesuai sangat untuk korang gayakan di pagi Hari Raya, bawa ke pejabat, kenduri kendara. Kekdah di , baju ni sesuai untuk apa jua occasion. Curlastt Jah!!! Cakap je nak baju macamana, bercorak, plain, warna pastel, bersulam.
Koleksi Baju Kurung Lara Alana dan Baju Melayu Yusof Iskandar
Selain baju dewasa, koleksi kanak-kanak dari koleksi Lara Alana dan Yusof Iskandar pun menjadi kesukaan ramai. Dah ada baju untuk ibu, ayah, anak hmm sedondonlah beraya. Tak payah nak pergi lain-lain tempat, semuanya bawah satu bumbung. Sebab itulah dapat pengiktirafan “The Largest Textile Mall in The World”.
Ingat Kain, Ingat Jakel. Datanglah ke Jakel sekarang, memang tak rugi. Jakel ni dah berpengalaman 32 tahun dalam bidang tekstil. Memang dah tahu permintaan pasaran dan kehendak korang.
Ada berita gembira!! Untuk korang yang kaki shopping online, termasuk saya ni
. Boleh juga layari www.jakelstore.my. Yang paling ditunggu-tunggu adalah lelongan besar-besaran sehingga malam raya. Happy hour tu usah kata, memang sangat dinanti-nanti. Memang harga jimat dan murah.
So dah tau nak pilih baju yang mana? Pilihan saiz usah risau, dari saiz XXS sehingga 7XL. Tunggu apa lagi?? Jomlah ke Jakel.
Website Jakel
Facebook Jakel
Instagram Jakel
(51)
The post Lelong besar-besaran di Jakel sempena Hari Raya Aidilfitri 2019 appeared first on Ajumohit.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ajumohit.com/2019/05/lelong-besar-besaran-di-jakel-sempena-hari-raya-aidilfitri-2019.html