Hiburan Pembunuhan Atau Sebaliknya Dokumentari The Burari Deaths Cetus Fenomena Di Netflix
Bunuh diri atau dibunuh? Kalau dibunuh, kenapa tiada kesan pecah masuk atau sebarang harta yang diambil? Jikalau bunuh diri, kenapa tangan diikat dengan wayar dan mulut disumbat kain basah?
ARTIKEL BERKAITAN Takut! Ini 8 Filem Seram Terbaik Malaysia Wajib DitontonAdvertisementKejadian ni berlaku pada tahun 2018 dan ia mengejutkan seluruh rakyat negara India apabila seawal jam 7.30 pagi jiran berhadapan dengan rumah kedai tersebut berasa pelik bila keluarga ini diam tanpa sebarang bunyi.
Selepas lama menunggu, dia mengambil keputusan untuk masuk ke dalam rumah bila pintu tak dikunci. Alangkah terkejutnya apabila beliau nampak 9 mayat tergantung pada iron grill di ruang tengah, seorang lagi di dalam bilik tidur dan yang paling tua tertiarap di lantai dengan kesan jerut yang dalam.
Dokumentari House of Secrets : The Burari Deaths terbitan Netflix menarik dengan suara latar yang menggunakan tona suara yang dalam, sekaligus menimbulkan rasa seram dan juga misteri sepanjang 3 episod. Aliran dokumentari ini tersusun elok dari episod 1 menceritakan bagaimana jiran terjumpa mayat kesemua ahli keluarga kemudian pihak polis Delhi menceritakan pengalaman mereka dari pagi sehingga tengahari.
Advertisement
Dari situ terlihat huru-haranya suasana di kawasan terbabit, ditambah pula dengan kuasa media sosial yag pantas dalam menyebarkan berita. Bukan sahaja pihak polis kena kuatkan diri untuk kendalikan kes keluarga Bhatia ni malah terpaksa mengawal keadaan di luar supaya tiada kekecohan yang berlaku.
Terjumpa 11 mayat sekaligus di dalam bandar seperti Delhi merupakan satu hal yang besar. Kenapa perkara ini terjadi? Bagaimana? Siapa yang lakukan?
Persoalan demi persoalan muncul terutamanya bila kes ini diserahkan kepada pihak Crime Branch Investigation (CBI) yang mahir dan cekap dengan kes-kes jenayah. Dari terkejut secara fizikal dan emosi berubah kepada spekulasi-spekulasi liar dari jiran atau pihak media yang pulun untuk naikkan nama saluran masing-masing.
Pada episod terakhir apabila ahli keluarga dan doktor pakar psikiatri cuba untuk menjelaskan dari perspektif psikologi, terlihat dengan jelas kenapa dan bagaimana 11 orang itu meninggal pada masa yang sama. Penjelasan dari pakar sangat jujur dan menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami penonton. Dapat lihat dari dokumentari ini, pengarah Leena Yadav membuat kajian dengan teliti dan penyelidikan yang mendalam.
AdvertisementKlip-klip video yang digunakan di dalam dokumentari merupakan klip sebenar yang diambil oleh pihak produksi dari pihak-pihak yang terlibat seperti media dan polis. Tapi untuk menerangkan keadaan mayat pada hari kejadian, pengarah cuma tunjuk bahagian bawah badan dan juga kain yang menggantung mereka. Apa yang tak bestnya, kebanyakkan footage di episod 2 dan 3 merupakan klip yang berulang.
Impak dokumentari ini bukan setakat pada emosi tapi pada spritual juga. Ada juga timbul beberapa soalan yang tak boleh nak dijawab seperti yang dibeitahu oleh pihak polis, segala persoalan dan kebenaran dah terkubur selamanya bersama 11 orang yang meninggal itu. Pesanan buat yang ingin menonton, jangan tengok docu-series ni sorang-sorang waktu malam kalau lemah semangat!
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Pembunuhan Atau Sebaliknya? Dokumentari ‘The Burari Deaths’ Cetus Fenomena Di Netflix first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2021/10/hiburan-pembunuhan-atau-sebaliknya.html