House Of Secrets The Burari Deaths
House of Secrets The Burari Deaths, Netflix series yang sedang trending hangat diperkatakan di laman sosial twitter. Ada yang dah tengok? Kisah ini dari kisah benar yang berlaku di Burari, Delhi
House of secrets the burari deaths release date and time : October 8, 2021
Siri House of Secrets The Burari Deaths mengisahkan tentang kematian 11 sekeluarga yang ditemui mati dalam sebuah rumah pada tahun 2018 di Burari, Delhi. Kisah benar yang menyayat hati dan merupakan antara kes bunuh paling misteri yang pernah terjadi.
Dimana 10 orang daripadanya mati tergantung dengan tangan diikat kebelakang, manakala hanya seorang nenek ditemui mati terbaring di tepi katil. Hanya ada anjing milik keluarga ini yang satu-satunya saksi kejadian. Semasa kejadian anjing tersebut yang telah diikat
Kisah House of Secrets The Burari Deaths telah mendapat liputan dari seluruh negara dari media sehingga media sosial sehingga berlanjutan berbulan-bulan lamanya. Orang ramai mula datang memenuhi tempat kejadian
Banyak alasan muncul di sebalik kejadian ini tetapi tidak ada yang dapat dijelaskan 100%. Netflix telah membuat dokumentari mengenai kejadian ini yang bertajuk 'House of Secrets: The Burari Deaths'.
Dalam siri ini, usaha dilakukan untuk menunjukkan kebenaran kejadian ini. Menerokai pelbagai aspek penyelidikan untuk mengungkap apa yang sebenarnya berlaku dalam keluarga tiga generasi ini
Ada teori mengatakan 11 batang paip yang dipasang di tempat kejadian yang jadi petanda kes terjadi. 7 batang paip dipasang bengkok kebawah adalah sama dengan 7 perempuan yang mati. 4 lagi batang paip yang dipasang lurus adalah sama dengan jumlah 4 orang lelaki yang mati.
Kontraktor menafikan teori ini.
House of Secrets The Burari Deaths adalah dokumentari tahun 2021 disiarkan di Netflix. Idea asal oleh Leena Yadav dan Anubhav Chopra, diarahkan oleh Leena Yadav dan Anubhav Chopra. A. R. Rahman
Siri tiga bahagian meneroka teori-teori mengenai kematian 11 sekeluarga pada 30 Jun 2018. Burari case solved. Watch house of secrets the burari deaths di Netlix
House of Secrets : The Burari Deaths
Mula tayangan : 8 Oktober 2021
Jumlah episod : 3 part series
Genre : Dokumentari kisah jenayah sebenar (based on 2018 Burari mass murder-suicide)
Idea asal : Leena Yadav
Pengarah : Leena Yadav, Anubhav Chopra
Negara asal : India
Bahasa : English, Indian
Siaran : Netlix
House of Secrets The Burari Deaths cast11 Dead Family Member
Real Name / Age -Relation
Narayani Devi Bhatia / 80 - Grand Mother
Pratibha Bhatia / 59 - Grand Mother's Daughter
Bhuvnesh Bhatia / 53 - Grand Mother's Son 1
Savita Bhatia / 50 - Bhuvnesh's Wife
Lalit Bhatia / 47 - Grand Mother's Son 2
Tina Bhatia / 43 - Lalit's Wife
Priyanka Bhatia / 33 - Pratibha's Daughter
Neetu Bhatia / 25 - Savita's Daughter 1
Menaka Bhatia / 22 - Savita's Daughter 2
Dhruv Bhatia / 15 - Savita's Son
Shivam Bhatia / 15 - Tina's Son
KRONOLOGI HOUSE OF SECRETS THE BURARI DEATHSPagi 1 Julai 2018, 10 orang sekeluarga (tiga generasi) termasuk seorang kanak-kanak lelaki ditemui mati tergantung di jeriji besi ini. Yang terselamat cuma anjing milik keluarga ini yang diikat pada bahagian luar rumah. Kejadian disedari kerana suasana amat sunyi dalam rumah.
Kesemua mangsa yang tergantung berada dalam kedudukan yang agak aneh. Bagaikan dalam satu barisan. Dekat kesemuanya. Yang menjadi misteri adalah, kesemua tangan mangsa diikat, mata ditutup dan mulut disumbat kain. Polis terus dihubungi.
Polis melihat mangsa diikat ketat kebelakang pada bahagian tangan. Ini menyebabkan kes ini dianggap kes bunuh. Mana mungkin mangsa boleh ikat sendiri tangan sebelum digantung. Mesti ada pembunuh. Yang jadi persoalan, siapa pembunuh? Tiada saksi yang melihat apa yang berlaku.
Rakaman CCTV di luar rumah menjadi petunjuk dalam siasatan polis. Yang anehnya, tiada kelibat orang luar selain daripada ahli keluarga yang keluar masuk ke dalam rumah. Jadi, siapakah dalang semua ini? Polis terus syak mesti ada orang dalam, ahli keluarga itu sendiri. Fuhhh
Disebabkan keadaan di tempat kejadian agak menyeramkan dengan melihat kedudukan mangsa mati tergantung, pasukan pakar forensik diarahkan masuk ke tempat kejadian. *gambar sebenar tempat kejadian ditunjukkan dalam dokumentari di Netflix.
Segalanya terlerai setelah polis menjumpai diari. Segala yang ditulis dalam diari menceritakan bagaimana mereka semua boleh mati dalam keadaan tergantung. Polis percaya diari itu ditulis oleh ahli keluarga yang merupakan mangsa dalam kes ini.
Pelbagai persoalan misteri dalam kes ini masih belum terjawab: - Kenapa pintu rumah dibiarkan terbuka ketika kejadian? - Kenapa kesemua mangsa tidak langsung cuba selamatkan diri? - Kenapa kesemua mangsa terlalu mudah diperdaya suspek sedangkan mereka dikatakan ‘beragama’?
Fakta mengenai kes ini yang berlaku pada Julai 2018. Pelbagai persoalan misteri menjadi teka-teki. Anjing milik keluarga ini juga dikatakan tidak menyalak ketika kejadian. Ahli keluarga terdekat yang lain berkeras mengatakan ini adalah kes pembunuhan.
Kronologi kes. Segalanya terbongkar setelah polis menemui diari yang dipercayai ditulis ahli keluarga. Diari tersebut dikaitkan dengan satu ritual keagamaan yang agak aneh. Kesemua mangsa seolah-olah perlu digantung.
Pakar Patologi forensik sahkan kesemua mangsa mati kerana digantung (asphyxia). Cara bagaimana dan kenapa mereka semua digantung menjadi amat aneh. Khidmat psychologist digunakan bagi meneliti kes ini. Rupa-rupanya ahli keluarga sendiri jadi mastermind. Dia yang terakhir mati
CBI (Central Bureau of Investigation) sahkan melalui ‘psychological autopsy’, ini bukanlah kes membunuh diri tetapi kematian ketika jalankan ritual. Tiada seorang mangsa yang sangka mereka akan mati pada hari kejadian. Melihat keadaan di dapur rumah, sarapan pagi akan tersedia.
Kedudukan mangsa yang tergantung ketika ritual, dikaitkan dengan pokok ini. Diikat dan berjuntai ke bawah. Arahan ritual yang ditulis dalam diari ‘keep water in a cup. When it will change colour, you will be saved’. Malangnya, semuanya tidak menjadi. Tiada yang terselamat
Credit sumber dari post sir kamarul. Boleh baca bebenang di bawah
Antara kes bunuh paling misteri pernah berlaku.
11 sekeluarga ditemui mati dalam sebuah rumah. 10 orang daripadanya mati tergantung.
Kisahnya diceritakan di Netflix dalam ‘House of Secrets: The Burari Deaths’.
Pada yang lemah semangat, dinasihatkan supaya jangan tengok. pic.twitter.com/I7W7MqcJ6H
— Sir kamarul (@kamarul14) October 9, 2021 Untuk yang malas nak tengok boleh lah baca sikit sikit ringkasan tentang cerita House of Secrets The Burari Deaths bebenang dari alya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2021/10/house-of-secrets-burari-deaths.html