Gadis Terpaksa Jadi Putera Raja Saksikan The King S Affection Di Netflix Bermula Hari Ini


Ramai khabarnya tak sabar mahu menonton drama “The King’s Affection” yang bakal memulakan tayangan di Netflix bermula hari ini (11 Oktober 2021) pada jam 10 malam.
Ia menceritakan kisah sepasang kembar yang lahir di istana. Walaupun salah seorang daripadanya dibuang kerana merupakan seorang perempuan, dia kemudiannya berlakon menjadi lelaki dan diangkat menjadi putera raja selepas kembar lelakinya meninggal dunia.
Menerusi sidang media “The King’s Affection”, pelbagai kisah dan cerita disebalik tabir yang dirungkai oleh barisan pelakon dan pengarah sekaligus membuktikan bahawa drama ini patut ditonton semua!
Ihsan Netflix ‘Yeonmo’, perasaan sayang dan merindui Bagi judul Korea, drama ini dipanggil sebagai ‘Yeonmo’. Nampak biasa jikalau dalam bahasa Inggeris, “The King’s Affection” namun ianya mempunyai maksud yang lebih mendalam.
Kata pengarah Song Hyun-wook,
Kalau anda cari perkataan ‘yeonmo’ di dalam kamus, ia bermaksud perasaan cinta dan sayang buat seseorang, dan dalam masa yang sama anda merindui orang itu.
Raja yang dilupakan Terpaksa menyorokkan identitinya, Putera Raja Yi Hwi digambarkan sebagai pemerintah yang dihapuskan rekodnya daripada sejarah kerana hal tersebut.
Jelas pengarah itu,
Ianya kisah mengenai raja perempuan yang terpaksa melindungi dirinya yang sebenar. Berlatarbelakangkan kekusutan dalam istana dengan konflik politik, drama ini memaparkan kisah romantik dan juga aksi serta jenaka.
Ihsan Netflix Cabaran baru buat Park Eun-bin Hanya lelaki yang tersenarai dalam sejarah sebagai raja, maknanya raja perempuan perlu dibayangkan menggunakan imaginasi sendiri sahaja. Itulah antara sebab yang membuatkan Park Eun-bin menyahut cabaran untuk menjayakan watak Yi Hwi.
Saya mahu sahut cabaran di mana membuatkan penonton percaya bahawa watak saya ialah seorang raja. Semasa mempersiapkan diri untuk watak ini, saya berasa agak terasing kerana perlu menonjolkan watak Hwi sebagai lelaki dan Hwi sebagai perempuan. Pada masa yang sama, watak saya tidak boleh menyembunyikan identitinya sebagai wanita lantas dia mengalami pelbagai kesukaran dan cabaran.
Tambah Park Eun-bin, dia tidak mahu penonton menggambarkan Hwi sebagai dua orang yang berbeza. Dia hanya menampilkan watak itu sebagai Hwi tanpa perbezaan dengan perwatakan yang natural sahaja.
Hubungan cinta terhalang Drama ini dikhabarkan bakal menampilkan hubungan multi-dimensi antara setiap watak yang menarik perhatian. Jelas Park Eun-bin mengenai wataknya dengan Rowoon,
Bagi saya dan Ji-un, kami tak sepatutnya mempunyai perasaan antara satu sama lain kerana risiko dan ancaman dek rahsianya. Namun, mereka tanpa sengaja jatuh cinta. Sangat menarik melihat perasaan mereka yang kian berkembang. Terdapat momen yang tidak asing tapi ada babak yang akan berasa baru dan berbeza.
Rowoon juga meluahkan rasa seronok kerana bergandingan dengan Park Eun-bin selain mengakui bahawa dia merupakan pasangan pelakon yang baik. Disebabkan oleh itu, ramai yang tidak sabar melihat keserasian mereka di dalam “The King’s Affection” apabila ia ditayangkan nanti.
Ihsan Netflix Elemen penting ‘The King’s Affection’ Membawa watak Yi Hyun, Nam Yoon-su menjelaskan bahawa penonton perlu memerhatikan kehebatan setiap pelakon menjiwai watak mereka.
Dialog mereka menggambarkan mesej utama siri ini. Anda perlu memerhatikannya.
Ini bermakna setiap daripada watak mempunyai cerita tersendiri, jadinya penonton akan disajikan dengan pelbagai kisah yang mungkin menyentuh perasaan.
Pelakon muda berbakat Bestnya “The King’s Affection” kerana ia dibarisi oleh ramai pelakon muda sama ada yang berpengalaman mahupun yang baru mencipta nama dalam dunia K-Drama. Selain daripada Park Eun-bin, Rowoon dan Nam Yoon-su, nama lain yang bakal menghiasi drama ini ialah Choi Byung-chan, Bae Yoon-kyung dan Jung Chae-yeon.
Puji pengarahnya,
Mereka merupakan pelakon yang luar biasa.
Ihsan Netflix Setiap daripada mereka mempunyai kelebihan tersendiri di mana Rowoon yang kelakar, tinggi dan yakin manakala Nam Yoon-su yang mampu menyinari set penggambaran kerana senyuman yang menawan. Setiap daripada mereka tiada kurangnya!
Mesti anda dah teruja nak menonton kan? Jangan lupa serbu Netflix malam ini tahu!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kimchidaily.my/gadis-terpaksa-jadi-putera-raja-saksikan-the-kings-affection-di-netflix-bermula-hari-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Teaser The King S Affection Goda Kisah Romantik Yang Manis Twist

Teaser The King S Affection Goda Kisah Romantik Yang Manis Twist

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 220 hits
Siri yang akan datang The King s Affection menceritakan kisah pencintaan terlarang antara Yi Hwi yang menyamar sebagai saudara kembar putera mahkota yang sudah meninggal dunia dan tutor putera mahkota Jung Ji un Yi The post appeared first o...
Genap 7 Hari Nurul Syuhada Kongsi Wajah Baby Girl Sedap Nama Raja Aasiya Amaal

Genap 7 Hari Nurul Syuhada Kongsi Wajah Baby Girl Sedap Nama Raja Aasiya Amaal

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 210 hits
Setelah seminggu kelahiran anak keempat personaliti televisyen Nurul Syuhada Nurul Ain berkongsi wajah anak perempuannya yang telah selamat dilahirkan secara normal walaupun mencecah usia kehamilan 41 minggu View this post on Instagram Mene...
Bajet Rm103 Juta Kim Namgil Dilamar Terajui Siri Netflix Thief Sound Of The Sword

Bajet Rm103 Juta Kim Namgil Dilamar Terajui Siri Netflix Thief Sound Of The Sword

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 180 hits
Banyak betul tawaran buat Kim Nam gil sejak kebelakangan ini dan khabarnya dia akan membintangi sebuah drama baru Netflix tak lama nanti Thief Sound Of The Sword ialah sebuah drama aksi romantik berlatarbelakangkan tahun 1920 di mana pendud...
Netflix Umum Musim Ketiga The Witcher

Netflix Umum Musim Ketiga The Witcher

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 275 hits
Walaupun belum menayangkan musim kedua Netflix telah mengumumkan musim ketiga The Witcher Pengumuman itu dibuat dibuat semaca acara maya Tudum pada Ahad yang lalu Semasa pembentangan francais The Witcher di Netflix showrunner musim pertama ...
We Re Not Going To See The King Says Melaka Ph Leader

We Re Not Going To See The King Says Melaka Ph Leader

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 212 hits
Adly Zahari says Melaka Pakatan Harapan prefers to take the issue of the state assembly s dissolution to court PETALING JAYA Melaka Pakatan Harapan chief Adly Zahari says the coalition does not have any plans to meet with the Yang di Pertua...
Hijrah S Bermula Dari Hati Campaign Encourages Malaysians To Support The Underprivileged Communities In Times Of Need

Hijrah S Bermula Dari Hati Campaign Encourages Malaysians To Support The Underprivileged Communities In Times Of Need

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 266 hits
Hijrah extends help to the community by donating hospital beds and providing essential items to those in need Cultivating the importance of adding value to the community even during dire circumstances Hijrah Malaysia s go to sweetened cream...
Young K Day6 Sertai Servis Tentera Hari Ini Selesai Sebagai Dj Di Day6 Kiss The Radio

Young K Day6 Sertai Servis Tentera Hari Ini Selesai Sebagai Dj Di Day6 Kiss The Radio

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 350 hits
Pada 10 Oktober yang lalu Young K dari kumpulan DAY6 telah menamatkan hari terakhirnya sebagai seorang DJ radio di KBS Cool FM untuk program DAY6 Kiss The Radio setelah 322 hari Young K dipertanggungjawabkan untuk membaca segala cerita atau...
Tarikh Pelancaran The Book Of Boba Fett Diumumkan Saksikan Poster Terbaru Disini

Tarikh Pelancaran The Book Of Boba Fett Diumumkan Saksikan Poster Terbaru Disini

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 250 hits
Disney telah mengumumkan tarikh pelepasan siri live action terbaru Star Wars dari studio penerbitan Lucasfilm The Book of Boba Fett Dibintangi Temuera Morrison dan Ming Na Wen siri ini jadualkan tayangan pada Rabu 29 Disember ini setahun se...
Mkn Umumkan Pkpd Di Dua Lokaliti Di Negeri Pahang Akan Di Tamatkan Bermula Hari Ini

Mkn Umumkan Pkpd Di Dua Lokaliti Di Negeri Pahang Akan Di Tamatkan Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 175 hits
KUALA LUMPUR Majlis Keselamatan Negara mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan dua lokaliti di Pahang akan ditamatkan hari ini Ketua Pengarah Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad berkata penamatan PKPD meliputi Kampung Temen...
Moira Dela Torre Artis Filipina Pilih Kuala Lumpur Sebagai Hentian Pertama Moira World Tour 2024

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Afidivit Sokong Tahanan Rumah Najib Razak Ada Kesilapan

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Perjanjian Allah Swt Dengan Kaum Bani Israil

Filem Reversi

Cadangan Tambah Baik Gaji Penjawat Awam Diumum 1 Mei Pm

Decision On Sabah Pkr Chief To Be Made Soon Says Anwar



Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik

Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix


Klia Shooting Malaysia Airports Honours Security Personnel

Rm80mil Allocated For National Heart Centre In Sabah

Changing From Sweet To Less Sweet To Finally Unsweetened

Kad Hari Raya Koleksi Idea Dan Rekabentuk Menarik

Masum 2024 Senarai Sukan Dan Tarikh Pertandingan

Tanda Tanda Kolesterol Tinggi Dan Cara Cara Mengurangkan Kolesterol Ke Paras Normal