The Riyadh Season 2021 Pesta Hiburan Besar Besaran Di Arab Saudi Tanda Bencana Umat Akhir Zaman


THE RIYADH SEASON 2021 | Sangat terkejut apabila tertengok video perasmian Riyadh Season 2021. Sungguh mengecewakan dan menyedihkan. Saat kita masih berada dalam bulan kelahiran Rasulullah SAW yang mulia dan baru sahaja mendapat berita bahawa ibadah umrah telah dibuka semula, di sana ada pula pihak yang sengaja mencemarkannya dengan PESTA HIBURAN YANG MEMALUKAN seluruh dunia Islam. Apatah lagi ia dilakukan di negara yang menjadi pusat umat Islam menunaikan ibadah Haji dan Umrah iaitu Arab Saudi. Allahuakbar.





The Riyadh Season 2021

Disini CN kongsikan ulasan dari Ustazah Asma' Harun tentang pesta yang memalukan ini. Tak pelik lah kenapa negara Palestin lagi menyanjung Malaysia dari Arab Saudi. 



Tuan Puan,Tular gambar dan video tentang sebuah festival hiburan besar-besaran yang dikenali sebagai “Riyadh Season” dalam kebanyakan media sosial. Festival yang dikelola oleh kerajaan Arab Saudi ini seolah-olah sebuah tanda bencana akhir zaman. Ingatlah sebuah hadis Nabi Muhammad SAW:عَنْ اَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ يَقُوْلُ: سَمَعِْتُ رَسُوْلَ اللّٰهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ: سَيُصِيْبُ أُمَّتِي دَاءُ اْلأُمَمِ فَقَالُوْا : يَا رَسُوْلَ اللّٰهِ وَمَا دَاءُ اْلأُمَمِ قَالَ : اَلْأَشَرُ وَاْلبَطَرُ وَالتَّكَاثُرُ وَالتَّنَاجُشُ فِي الدُّنْيَا وَالتَّبَاغُضُ وَالتَّحَاسُدُ حَتَّى يَكُوْنَ اْلبَغْىُ
Ertinya: Daripada Abu Hurairah RA, katanya: Aku mendengar RasuIullah SAW bersabda, “Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu.” Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi SAW menjawab, “Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpunkan harta sebanyak mungkin, (4) tipu-menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut-menghasut sehingga jadi zalim-menzalim.”(HR al-Hakim)
Kerajaan Arab Saudi mengatakan festival ini sebagai salah satu usaha yang dilakukan untuk merancakkan kembali ekonomi dan industri pelancongan. Namun, sebagai sebuah negara Islam yang terdapat kalimah “لا إله إلا الله محمد رسول الله” pada bendera negara, ia suatu yang AMAT MENDUKACITAKAN.
Bukan sekadar itu, Riyadh Season kali ini merupakan kali yang kedua selepas kali pertama ia pernah diadakan pada tahun 2019, dengan jemputannya termasuklah artis antarabangsa iaitu kumpulan BTS dari Korea.
Festival yang dijadualkan bermula sejak bulan Oktober 2021 sehingga bulan Mac 2022 ini menampilkan 7 konsert artis Arab, 6 konsert artis antarabangsa, 350 persembahan teater, perlawanan gusti WWE dan banyak lagi acara hiburan yang lain. Dalam acara pembukaannya beberapa hari lalu, seramai lebih 250,000 orang telah hadir untuk menyaksikannya. Jumlah ini belum termasuk dengan jutaan lagi penonton secara langsung menerusi saluran televisyen dan media sosial.
Sungguh, ini sebuah ujian yang berat bagi seluruh umat Islam. Tatkala ramai yang sedang berfikir untuk melaksanakan ibadah umrah di tanah suci selepas SOP mula dilonggarkan dan tidak perlu lagi solat berjemaah dengan penjarakan saf, namun sebahagian mereka di sana memilih untuk berhibur dan berseronok dalam kemaksiatan yang jelas. Allahuakbar.
Sedar atau tidak, perlahan-perlahan, budaya liberal yang selama ini menjadi amalan masyarakat barat seolah sudah meresap masuk ke dalam jiwa orang-orang Islam.
Renungilah sepotong hadis Nabi Muhammad SAW yang menggambarkan keadaan yang bakal berlaku pada akhir zaman.
Sabda baginda SAW:لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ، شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ، حتَّى لَوْ دَخَلُوا فِي جُحْرِ ضَبٍّ لَاتَّبَعْتُمُوهُمْ قُلْنَا: يا رَسُولَ اللّٰهِ، آلْيَهُودَ وَالنَّصَارَى؟ قالَ: فَمَنْ.Maksudnya: “Sungguh kalian akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sampai jika orang-orang yang kalian ikuti itu masuk ke lubang dhob (yang sempit sekalipun), pasti kalian pun akan mengikutinya.” Kami (para sahabat) berkata, “Wahai Rasulullah, apakah yang diikuti itu ialah Yahudi dan Nasrani?” Beliau menjawab, “Lantas siapa lagi?”
(HR Muslim)*Dhob – biawak padang pasir

UMAT ISLAM AKHIR ZAMAN IBARAT BUIH DI LAUTAN
Saya pasti seluruh umat Islam yang masih ada iman dalam hati turut berasa amat kecewa dengan keadaan ini. Dalam situasi pandemik yang baru saja ingin pulih, festival yang dilakukan ini benar-benar telah menambah musibah kepada ummah.
Apa yang lebih menyedihkan lagi ialah apabila festival hiburan sebesar ini dianjurkan di sebuah negara yang menjadi tanah bermulanya penyebaran agama Islam. Di manakah panduan al-Quran dan as-Sunnah yang seharusnya dijunjung? Adakah semuanya hanya tinggal ucapan dan kata-kata kosong?
Tuan Puan,Nabi Muhammad SAW pernah menceritakan keadaan umat Islam pada akhir zaman, yang ketika itu jumlah kita adalah ramai, namun kita umpama hanya buih di lautan. عَنْ ثَوْباَنَ قَالَ : قََالَ رَسُوْلُ اللّٰهِ : (( يُوْشِكُ الأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الْأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا))Maksudnya: Daripada Thauban, beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, “Umat-umat hampir saja mengerumuni kalian sebagaimana orang-orang yang kelaparan mengerumuni sebuah hidangan (lazat).”
فَقَالَ قَائِلٌ : وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِدٍ؟ قَالَ : (( بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِدٍ كَثِيْرٌ، وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزِعَنَّ اللّٰهُ مِنْ صُدُوْرِ عَدُوِّكُمُ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللّٰهُ فِي قُلُوْبِكُمُ الْوَهْنَ ))Lalu seseorang bertanya: “Apakah kami ketika itu sedikit?” Baginda menjawab: “Justeru kalian ketika itu jumlahnya ramai. Akan tetapi, keadaan kalian seperti buih di tengah-tengah lautan. Allah benar-benar mencabut kehebatan kalian daripada dada-dada musuh kalian dan Allah lemparkan ke dalam hati-hati kalian sifat Wahn.” فَقَالَ قَائِلٌ : ياَ رَسُوْلَ اللّٰهِ، وَمَا الْوَهْنُ؟ قَالَ : (( حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ. ))Lalu orang tersebut bertanya lagi: “Wahai Rasulullah, apakah Wahn itu?” Rasulullah menjawab: “Cinta dunia dan takut mati.”(HR Abu Dawud)

SERUAN KEPADA PARA PEMIMPIN ISLAM
Tuan Puan,Setiap manusia diberikan amanah untuk menjalankan peranan sebagai hamba dan khalifah di atas muka bumi ini. Namun, tugas sebagai seorang pemimpin negara lebih besar kerana dia memikul amanah untuk memelihara agama dan mentadbir negara dengan syariat Islam. Tanggungjawab ini amat berat dan ia mesti dipikul dengan penuh ketaqwaan kepada Allah SWT.
Firman Allah SWT:إِنَّا عَرَضۡنَا ٱلۡأَمَانَةَ عَلَى ٱلسَّمَـٰوٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱلۡجِبَالِ فَأَبَیۡنَ أَن یَحۡمِلۡنَهَا وَأَشۡفَقۡنَ مِنۡهَا وَحَمَلَهَا ٱلۡإِنسَـٰنُۖ إِنَّهُۥ كَانَ ظَلُومࣰا جَهُولࣰاMaksudnya: “Sesungguhnya, Kami telah mengemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya, tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.”(Surah al-Ahzab: 72)
Besar harapan kita supaya segala program maksiat dan hiburan melampau yang diadakan di mana-mana jua negara dibanteras dan dihentikan, agar perkara ini tidak menjadi sebuah normalisasi kepada masyarakat Islam. Kita amat bimbang apabila maksiat mula dianggap biasa, Allah SWT juga mula menurunkan bala. Nauzubillah.Firman Allah SWT:وَٱتَّقُواْ فِتۡنَةٗ لَّا تُصِيبَنَّ ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنكُمۡ خَآصَّةٗۖ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِMaksudnya: “Dan jagalah diri kalian daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim antara kalian secara khusus (tetapi akan menimpa kalian secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksa-Nya.”(Surah al-Anfal: 25)
Subhanallah, inilah yang kita takuti apabila dosa berleluasa dan tiada siapa yang menegur. Musibah bukan sahaja diturunkan kepada golongan yang melakukan kemungkaran, bahkan semua sekali akan dikenakan azab Allah SWT.

Kesimpulannya, sebagai umat yang cinta akan agama Islam, kita seharusnya MENYATAKAN BANTAHAN DAN KETIDAKSETUJUAN TERHADAP APA-APA JUA ACARA YANG MELIBATKAN MAKSIAT DAN HIBURAN MELAMPAU, bukan sahaja kepada “Riyadh Season” yang berlaku di Arab Saudi ini.
Jika hanya dibiarkan, bimbang sikap kita seperti termasuk dalam kalangan orang yang redha kepada maksiat. Kata ulama:إِنَّ الرِّضَا بِالْمَعْصِيَةِ مَعْصَيَةٌ وَإِنَّ الرِّضَا بِالْكُفْرِ كُفْرٌMaksudnya: “Sesungguhnya redha dengan perkara maksiat maka ianya juga merupakan maksiat, dan redha dengan perkara kufur maka ianya juga merupakan kekufuran."Ingatlah, rasa benci terhadap kemungkaran merupakan petanda masih wujudnya iman dalam hati. Jika tidak, bimbang kita mati dalam keadaan tiada iman.عَنْ أَبِي سَعِيْدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللّٰهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَراً فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ اْلإِيْمَانِ [رواه مسلم]Daripada Abu Sa‘id al-Khudri RA, beliau berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka ubahlah dengan lisannya. Jika tidak mampu, maka (tolaklah) dengan hatinya, dan hal tersebut adalah selemah-lemah iman.”(HR Muslim)
Semoga Allah SWT sentiasa membimbing para pemimpin negara Islam agar dapat melaksanakan amanah dengan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah. Mudah-mudahan juga, setiap usaha kita mempertahankan syariat Islam dinilai oleh Allah SWT walaupun kecil dan diganjarkan dengan syurga Firdaus.
Sahabat, mari kita bersama amalkan doa ini agar sentiasa ditetapkan di atas jalan agama dan dijauhkan daripada sebarang kemaksiatan. اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَMaksudnya: “Ya Allah, Zat yang membolak-balikkan hati, palingkanlah hati kami kepada ketaatan beribadah kepada-Mu.”(HR Muslim)
Semoga bermanfaat buat semua. SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA. ASMA' BINTI HARUN & TIM PENYELIDIK#UAHSahabatDuniaAkhirat#SahabatAmalCare




~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.cekgunorazimah.com/2021/10/the-riyadh-season-2021-pesta-hiburan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pesawat Dari Israel Pertama Kali Mendarat Di Arab Saudi Turun Di Riyadh

Pesawat Dari Israel Pertama Kali Mendarat Di Arab Saudi Turun Di Riyadh

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 386 hits
Sebuah pesawat peribadi dari Israel dilapor mendarat di Riyadh Arab Saudi pada pagi Selasa yang lalu lapor KAN news Difahamkan bahawa ianya adalah kali pertama pesawat daripada Israel mendarat di tanah Arab Saudi Perkhabaran itu muncul seha...
Asics Invites Runners To Run Together To Uplift The World In The Asics World Ekiden 2021

Asics Invites Runners To Run Together To Uplift The World In The Asics World Ekiden 2021

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 275 hits
Hi Everyone ASICS is inviting teams of up to six to run together to uplift the world by completing the ASICS World Ekiden 2021 Following on from the success of last year s inaugural event which brought together over 56 000 people from 179 d...
Hiburan Foto Emma Maembong Undang Tanda Tanya Tutup Ruangan Komen Di Instagram

Hiburan Foto Emma Maembong Undang Tanda Tanya Tutup Ruangan Komen Di Instagram

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 375 hits
Tidak lama dahulu beberapa nama selebriti tanah air telah menjadi bahan bualan netizen berikutan mereka menjalinkan hubungan baik atau berkawan dengan individu yang terpalit dengan kes penggubahan wang haram Terbaru hantaran Instagram terba...
Hiburan Perbuatan R Gol Buat Lawak Dan Scene R Gol Adalah Dosa Besar Ustaz Adnin

Hiburan Perbuatan R Gol Buat Lawak Dan Scene R Gol Adalah Dosa Besar Ustaz Adnin

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 292 hits
Mungkin sudah terlalu biasa dengan gurau senda serta lawak mengenai perkara lucah hal hal seperti itu nampaknya sudah dianggap normal dalam kalangan masyarakat Meskipun begitu tidak ramai yang sedar bahawa bergurau senda mengenai perkara pe...
Sajat Dakwa Arab Saudi Bagi Dia Buat Umrah Sebagai Wanita

Sajat Dakwa Arab Saudi Bagi Dia Buat Umrah Sebagai Wanita

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 278 hits
Oleh KOSMO Nut Sajat ketika menjawab pertanyaan Harith Iskander PETALING JAYA Usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat mendakwa kerajaan Arab Saudi membenarkannya mengerjakan umrah seperti seorang wanita Nur Sajat me...
Hutang Terkumpul 1mdb Rm32 Bilion Setakat Akhir Jun 2021

Hutang Terkumpul 1mdb Rm32 Bilion Setakat Akhir Jun 2021

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 408 hits
Oleh KUALA LUMPUR 1Malaysia Development Bhd mempunyai hutang terkumpul berjumlah RM32 bilion setakat akhir Jun 2021 demikian menurut laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2022 yang dikeluarkan hari ini Sejumlah RM1...
Farm In The City Seri Kembangan Tarikan 2021

Farm In The City Seri Kembangan Tarikan 2021

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 395 hits
Nak kemana hujung minggu Yer la dah lama terperap atau terkurung dalam rumah anak anak pun dah bosan Jadi bila saja kerajaan mengumumkan kebenaran rentas negeri sekali gu boleh juga rentas daerah kan Jadi inilah masanya untuk meraikan kejay...
Ktt G20 Pm Italia Dorong Seluruh Negara Vaksinasi Capai Target 40 Hingga Akhir 2021

Ktt G20 Pm Italia Dorong Seluruh Negara Vaksinasi Capai Target 40 Hingga Akhir 2021

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 248 hits
PM Draghi juga mendorong seluruh negara untuk terus melakukan vaksinasi Hal tersebut agar target 40 persen populasi global tervaksinasi bisa tercapai pada akhir tahun 2021 Selanjutnya dia juga mendorong semua negara harus bekerja keras untu...
Cubaan Mohammed Bin Salman Untuk Bawa Arab Saudi Ke Arah Liberal

Cubaan Mohammed Bin Salman Untuk Bawa Arab Saudi Ke Arah Liberal

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 381 hits
Cubaan Mohammed Bin Salman Untuk Bawa Arab Saudi Ke Arah Liberal Asma salah seorang pengunjung di pantai Arab Saudi tidak pernah membayangkan bahawa suatu hari nanti negara ini akan beralih ke satu fasa yang lebih terbuka dan bebas Dia yang...
New Year Wish A Pm For All Malaysians

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Asyik Beri Contoh Pengurusan Dan Kejayaan Usahawan Luar Negara Ja Kenapa Bukan Syed Mokhtar

Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Jom Asah Minda Dan Cabar Logik Ini 50 Teka Teki Paling Susah

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun

Selesai Majlis Tahlil Untuk Arwah Mak Pah

Menginap Satu Malam Di Muar Traders Hotel