Hiburan Komputer Riba Paling Mesra Bajet Huawei Matebook D 15 Cuma Rm2 499


Salah satu trend terkini apabila kita memilih komputer riba/laptop ialah ia perlu lebih nipis dan lebih ringan. Rata-rata syarikat teknologi gergasi cuba memenuhi permintaan pengguna dengan membuat produk mereka lebih nipis dan lebih ringan, namun sayangnya, harga yang ditawarkan terlalu MAHAL. Nipis dah nipis, ringan dah ringan, cantik dah cantik, tetapi bila tengok harga jualan, memang boleh menangis air mata darah dibuatnya.
Namun mimpi anda untuk memiliki komputer riba dengan kesemua ciri-ciri di atas akhirnya bakal menjadi kenyataan apabila HUAWEI mengumumkan HUAWEI MateBook D 15 dengan harga yang cukup menggiurkan iaitu RM2,499 sahaja.

Ok jom kita tengok lebih dengan mendalam kualiti-kualiti hebat HUAWEI MateBook D 15 ini:-
Seringan 1.53kg & Senipis 16.9mm

Direka untuk mudah dibawa ke mana-mana, HUAWEI MateBook D 15 mempunyai berat HANYA 1.53kg dengan ketebalan senipis 16.9mm. Memang sesuai untuk para pelajar, mereka yang suka melancong serta anda yang suka bekerja di luar pejabat. Confirm tak akan sakit bahu punyalah!
Skrin 15.6 inci dengan paparan HD FullView

Paparan HD FullView sudah lama digunakan di dalam telefon pintar, dan HUAWEI telah membawa teknologi ini untuk HUAWEI MateBook D 15 keluarannya. Dengan resolusi 1980 x 1080 pada skrin sebesar 15.6 inci ini, anda pasti akan puas hati dengan kebesaran visual yang boleh ditonton menerusinya. Untuk makluman, ratio screen-to-body HUAWEI MateBook D 15 ini adalah sebanyak 87%, jadi anda boleh akses lebih banyak maklumat tanpa perlu “scroll” skrin. Ini pasti akan memudahkan lagi kerja anda seperti membuat pembentangan dengan PowerPoint, menulis kerta kerja dan melakukan penyuntingan video.
Selain itu, paparan skrin komputer riba ini juga diiktiraf menggunakan “low blue light” oleh TÜV Rheinland . Ini bermakna “blue light” akan diasingkan, sekaligus mengelakkan mata kita daripada terkena radiasi berbahaya. Jadi bolehlah filem atau drama kat NetFlix berjam-jam tanpa perlu risau rosakkan mata. Ini merupakan teknologi canggih yang tidak dapat di siri Apple MacBook.
Kolaborasi multi-screen yang amat MUDAH

Sekiranya anda juga merupakan pengguna telefon pintar HUAWEI, maka anda pasti sangat gembira dengan fungsi “multi-screen collaboration” ini. Ia membolehkan HUAWEI MateBook D 15 dan telefon pintar HUAWEI anda berkongsi satu skrin, di mana anda boleh bertukar-tukar fail dengan mudah, memindahkan gambar dari telefon ke laptop dan melihat apa yang disimpan di dalam telefon secara terus di HUAWEI MateBook D 15. Fungsi “multi-screen collaboration” ini menyelesaikan masalah pemindahan fail di antara Android dan Windows.

Dengan fungsi ini juga, anda boleh menjawab panggilan telefon menggunakan komputer riba, sekaligus memastikan anda tidak terganggu dengan telefon pintar anda. Maka anda akan lebih fokus melakukan kerja dengan HUAWEI MateBook D 15 ini. Paling penting, anda boleh main game macam PUBG, Mobile Legends atau COD Mobile dengan skrin yang lebih besar. Confirm puas hati punyalah!!!

Charger yang muat dalam poket

Hadir dengan charger 65W USB-C, HUAWEI MateBook D 15 boleh dicas ke 53% dalam tempoh 30 minit sahaja. Lebih menarik, charger HUAWEI MateBook D 15 ini boleh muat ke dalam poket anda, tidak seperti charger komputer riba jenama lain yang besar dan berat. Selain itu ia juga boleh digunakan untuk memindahkan data dari komputer riba ke telefon pintar HUAWEI anda dengan pantas.
Kamera “tersembunyi”

Kebiasannya komputer riba mempunyai kamera yang diletakkan di skrin. Namun HUAWEI MateBook D 15 tampil dengan kelainan dengan kamera “tersembunyi”nya. Terletak di papan kekunci, kamera ini boleh dibuka dan ditutup dengan satu picitan sahaja. Memang sangat unik, menarik dan selamat. Tak ada lagi masalah kamera diakses dan di”hack” oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Storan besar & prestasi pantas

Kehebatan HUAWEI MateBook D 15 tidak dapat disangkal lagi apabila ia menggabungkan penggunaan 2 cakera keras iaitu 256GB SSD dan 1TB HDD untuk lebih kuasa dan lebih pantas. Tiada masalah tersangkut-sangkut, tiba-tiba skrin tak bergerak atau main game “lag”. Untuk makluman, HUAWEI MateBook D 15 dijana dengan AMD Ryzen 5 3500U, selain turut menyertakan sokongan GPU AMD Radeon Vega 8 yang membolehkan anda melakukan kerja dan bergembira tanpa sebarang masalah.
Wany Hasrita pun guna

Power jugak Wany Hasrita buat review HUAWEI MateBook D 15 ini. Terus terasa nak beli selepas tengok betapa terujanya penyanyi ini bercerita tentang kehebatan komputer riba ini. Korang layan video kat atas ini. Lengkap sungguh penjelasan Wani Hasrita.

Sesungguhnya dengan harga RM2,499, HUAWEI MateBook D 15 yang telah mula dijual bermula hari ini (18 Januari) adalah pilihan yang paling tepat, jimat dan berbaloi sekiranya anda ingin membeli komputer riba baru bersempena tahun 2020 ini.
Confirm tak ada komputer riba lain yang boleh menandinginya daripada segi kualiti dan harga yang ditawarkan. Sebagai kesimpulan, komputer riba siri Apple Macbook pun tidak mampu untuk memberikan segala fungsi, kualiti dan teknologi seperti yang ada pada HUAWEI MateBook D 15 dengan harga yang begitu mesra bajet. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi HUAWEI.

sumber: beautifulnara.com #superpantas

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.superpantas.com/2020/01/hiburan-komputer-riba-paling-mesra.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dell Menjadikan Komputer Riba Mereka Lebih Mesra Pengguna Iphone

Dell Menjadikan Komputer Riba Mereka Lebih Mesra Pengguna Iphone

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 241 hits
https ift tt 35cGq9m Pada hari ini menjadi salah satu fokus utama ramai pengguna untuk membeli komputer riba adalah sama ada ia serasi dan boleh dihubungkan dengan peranti mudah alih mereka Dell telah menyedari perkara ini dan sebelum ini t...
Hiburan Beli Huawei Matebook D 15 Pada Hari Pelancaran Sabtu Ini Bawa Pulang Hadiah Percuma Bernilai Rm1 287

Hiburan Beli Huawei Matebook D 15 Pada Hari Pelancaran Sabtu Ini Bawa Pulang Hadiah Percuma Bernilai Rm1 287

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 311 hits
Ingat lagi tak Abang Nara pernah cerita tentang komputer riba paling mesra bajet iaitu Ha Sabtu ini HUAWEI MateBook D 15 yang penuh dengan pelbagai fungsi awesome ini bakal dijual secara rasmi di Malaysia Demi untuk memudahkan anda merasai ...
Samsung Memperlihatkan Siri Komputer Riba Terbaru Mereka Galaxy Book Flex

Samsung Memperlihatkan Siri Komputer Riba Terbaru Mereka Galaxy Book Flex

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 218 hits
Di Malaysia Samsung dikenali sebagai sebuah syarikat teknologi yang memfokuskan kepada peranti peranti pintar dan juga televisyen dan perkakasan rumah Di pasaran pasaran lain seperti Korea Selatan dan Amerika Syarikat Samsung juga dikenali ...
Lenovo Thinkpad X1 Fold Ialah Komputer Riba Boleh Lipat Pertama Dunia

Lenovo Thinkpad X1 Fold Ialah Komputer Riba Boleh Lipat Pertama Dunia

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 318 hits
https ift tt 2QPxKkg Tahun lalu Lenovo memperlihatkan prototaip komputer riba dengan skrin boleh lipat Hari ini produk sebenar telah dilancarkan iaitu Lenovo ThinkPad X1 Fold Komputer riba ini dilengkapi sebuah skrin sebesar 13 3 OLED boleh...
Komputer Riba Msi Gs66 Stealth Diumumkan Dengan Skrin 300hz Dan Bateri 99 9 Wh

Komputer Riba Msi Gs66 Stealth Diumumkan Dengan Skrin 300hz Dan Bateri 99 9 Wh

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 275 hits
Acara CES berterusan hari ini dengan pelbagai pengumuman produk yang menarik Antara yang menarik perhatian kami ialah komputer riba permainan video MSI GS66 Stealth yang dilengkapi skrin 300Hz serta saiz kapasiti gergasi 99 8Wh Komputer rib...
Komputer Riba Msi Ge66 Raider Diperlihatkan Dikuasakan Cpu Intel Core I9 Generasi Kesepuluh

Komputer Riba Msi Ge66 Raider Diperlihatkan Dikuasakan Cpu Intel Core I9 Generasi Kesepuluh

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 951 hits
Sewaktu pengumuman MSI mengenai peranti peranti terbaru mereka syarikat tersebut memperkenalkan model komputer riba gaming siri GE terbaru mereka yang dinamakan MSI GE66 Raider Dengan MSI GE66 Raider MSI dilihat mengubah rekaan komputer rib...
Samsung Galaxy Chromebook Ialah Komputer Riba Berskrin 4k Amoled Dan Stylus Terbina

Samsung Galaxy Chromebook Ialah Komputer Riba Berskrin 4k Amoled Dan Stylus Terbina

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 265 hits
Penggunaan komputer riba Chrome OS di Malaysia adalah agak rendah dan sebelum ini popular di sekolah Ia dilihat sebagai anak tiri kepada komputer riba Windows dan Mac Tetapi bagi mereka yang meminati ekosistem Google Samsung Galaxy Chromebo...
Pilih Laptop Bukan Perkara Mudah Lihat Huawei Matebook D 15 Ini Macam Pakej Lengkap

Pilih Laptop Bukan Perkara Mudah Lihat Huawei Matebook D 15 Ini Macam Pakej Lengkap

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 631 hits
Cover image via HUAWEI Malaysia Nak cari laptop yang sesuai ini ibarat mencari pasangan hidup Mestilah kena cari yang serasi kualiti yang baik dan mempunyai perwatakan yang hebat Semua ini penting untuk pastikan pilihan kita sememangnya tep...
Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Berebut Kasih

Reaching Out

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Territorial Sea Act Still Valid And Applicable Including In T Ganu Pmo

Bomba Extinguishes Blaze That Razed 40 Of Pasir Gudang Palm Oil Factory

Towards More Comprehensive Pension Reform

Sayur Tauge Masak Lemak Putih Untuk Lunch

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah

Makanan Perlis Paling Popular