Hiburan Beli Huawei Matebook D 15 Pada Hari Pelancaran Sabtu Ini Bawa Pulang Hadiah Percuma Bernilai Rm1 287


Ingat lagi tak Abang Nara pernah cerita tentang komputer riba paling mesra bajet iaitu HUAWEI MateBook D 15 yang CUMA berharga RM2,499?

Ha, Sabtu ini (18 Januari 2020), HUAWEI MateBook D 15 yang penuh dengan pelbagai fungsi awesome ini bakal dijual secara rasmi di Malaysia. Demi untuk memudahkan anda merasai sendiri kehebatan laptop ini, beberapa lokasi jelajah akan dibuka di seluruh Malaysia Sabtu ini dengan HADIAH PERCUMA bernilai RM1,287 dan juga Lucky Draw bakal menjadi milik anda sekiranya anda membeli HUAWEI MateBook D 15 pada hari tersebut berdasarkan siapa cepat dia dapat (first come first serve).

Antara hadiah-hadiah PERCUMA yang bakal menjadi milik anda ialah HUAWEI Freebuds 3, HUAWEI Mouse dan juga Microsoft Office 365. Dengan ketiga-tiga hadiah PERCUMA ini, maka makin mudahlah untuk anda membuat sebarang kerja dengan komputer riba baru HUAWEI MateBook D 15 anda.

Untuk memudahkan anda, berikut ialah lokasi-lokasi jelajah HUAWEI MateBook D 15 pada hari Sabtu ini. Jangan datang lambat kerana setiap lokasi mempunyai stok yang AMAT TERHAD. Siapa cepat, dia dapat.

Untuk makluman, pra-tempahan untuk HUAWEI MateBook D15 ini telah pun “sold-out” dalam masa beberapa jam sahaja, sekaligus membuktikan ia memang “value for money” untuk anda yang sedang mencari komputer riba baru. Kalau anda betul-betul berminat, jangan lupa layari laman web HUAWEI. untuk mengetahui lebih lanjut tentang lokasi jelajah HUAWEI Matebook D 15 ini.
Buat anda yang masih belum tahu, Abang Nara senaraikan kembali kualiti-kualiti hebat, mengkagumkan dan berbaloi HUAWEI MateBook D 15 ini:-
Seringan 1.53kg & Senipis 16.9mm

Direka untuk mudah dibawa ke mana-mana, HUAWEI MateBook D 15 mempunyai berat HANYA 1.53kg dengan ketebalan senipis 16.9mm. Memang sesuai untuk para pelajar, mereka yang suka melancong serta anda yang suka bekerja di luar pejabat. Confirm tak akan sakit bahu punyalah!
Skrin 15.6 inci dengan paparan HD FullView

Paparan HD FullView sudah lama digunakan di dalam telefon pintar, dan HUAWEI telah membawa teknologi ini untuk HUAWEI MateBook D 15 keluarannya. Dengan resolusi 1980 x 1080 pada skrin sebesar 15.6 inci ini, anda pasti akan puas hati dengan kebesaran visual yang boleh ditonton menerusinya.
Untuk makluman, ratio screen-to-body HUAWEI MateBook D 15 ini adalah sebanyak 87%, jadi anda boleh akses lebih banyak maklumat tanpa perlu “scroll” skrin. Ini pasti akan memudahkan lagi kerja anda seperti membuat pembentangan dengan PowerPoint, menulis kerta kerja dan melakukan penyuntingan video.
Selain itu, paparan skrin komputer riba ini juga diiktiraf menggunakan “low blue light” oleh TÜV Rheinland . Ini bermakna “blue light” akan diasingkan, sekaligus mengelakkan mata kita daripada terkena radiasi berbahaya. Jadi bolehlah filem atau drama kat NetFlix berjam-jam tanpa perlu risau rosakkan mata.
Kolaborasi multi-screen yang amat MUDAH

Sekiranya anda juga merupakan pengguna telefon pintar HUAWEI, maka anda pasti sangat gembira dengan fungsi “multi-screen collaboration” ini. Ia membolehkan HUAWEI MateBook D 15 dan telefon pintar HUAWEI anda berkongsi satu skrin, di mana anda boleh bertukar-tukar fail dengan mudah, memindahkan gambar dari telefon ke laptop dan melihat apa yang disimpan di dalam telefon secara terus di HUAWEI MateBook D 15. Fungsi “multi-screen collaboration” ini menyelesaikan masalah pemindahan fail di antara Android dan Windows.

Dengan fungsi ini juga, anda boleh menjawab panggilan telefon menggunakan komputer riba, sekaligus memastikan anda tidak terganggu dengan telefon pintar anda. Maka anda akan lebih fokus melakukan kerja dengan HUAWEI MateBook D 15 ini. Paling penting, anda boleh main game macam PUBG, Mobile Legends atau COD Mobile dengan skrin yang lebih besar. Confirm puas hati punyalah!!!

Charger yang muat dalam poket

Hadir dengan charger 65W USB-C, HUAWEI MateBook D 15 boleh dicas ke 53% dalam tempoh 30 minit sahaja. Lebih menarik, charger HUAWEI MateBook D 15 ini boleh muat ke dalam poket anda, tidak seperti charger komputer riba jenama lain yang besar dan berat. Selain itu ia juga boleh digunakan untuk memindahkan data dari komputer riba ke telefon pintar HUAWEI anda dengan pantas.
Kamera “tersembunyi”

Kebiasannya komputer riba mempunyai kamera yang diletakkan di skrin. Namun HUAWEI MateBook D 15 tampil dengan kelainan dengan kamera “tersembunyi”nya. Terletak di papan kekunci, kamera ini boleh dibuka dan ditutup dengan satu picitan sahaja. Memang sangat unik, menarik dan selamat. Tak ada lagi masalah kamera diakses dan di”hack” oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Storan besar & prestasi pantas
Kehebatan HUAWEI MateBook D 15 tidak dapat disangkal lagi apabila ia menggabungkan penggunaan 2 cakera keras iaitu 256GB SSD dan 1TB HDD untuk lebih kuasa dan lebih pantas. Tiada masalah tersangkut-sangkut, tiba-tiba skrin tak bergerak atau main game “lag”. Untuk makluman, HUAWEI MateBook D 15 dijana dengan AMD Ryzen 5 3500U, selain turut menyertakan sokongan GPU AMD Radeon Vega 8 yang membolehkan anda melakukan kerja dan bergembira tanpa sebarang masalah.
Selain itu, HUAWEI MateBook D15 ini juga hadir dengan PCle SSD3 dan mampu pergi sejauh 8GB di dalam “dual-channel architecture DDR4 RAM”. Senang cakap, kelajuan membaca dan menulis komputer riba ini memang super duper laju!.
Wany Hasrita pun guna

Power jugak Wany Hasrita buat review HUAWEI MateBook D 15 ini. Terus terasa nak beli selepas tengok betapa terujanya penyanyi ini bercerita tentang kehebatan komputer riba ini. Korang layan video kat atas ini. Lengkap sungguh penjelasan Wany Hasrita.
Secara keseluruhannya, dari segi harga yang cukup mampu milik Apple MacBook atau mana-mana komputer riba yang kini di pasaran tidak dapat menandingi teknologi ataupun ciri-ciri yang terdapat dalam Huawei Matebook D 15 ini.
Sesungguhnya dengan harga RM2,499, HUAWEI MateBook D 15 yang telah mula dijual pada (18 Januari) adalah pilihan yang paling tepat, jimat dan berbaloi sekiranya anda ingin membeli komputer riba baru bersempena tahun 2020 ini. Confirm tak ada komputer riba lain yang boleh menandinginya daripada segi kualiti dan harga yang ditawarkan.
Sebagai kesimpulan, komputer riba siri Apple Macbook pun tidak mampu untuk memberikan segala fungsi, kualiti dan teknologi seperti yang ada pada HUAWEI MateBook D 15 dengan harga yang begitu mesra bajet. Untuk maklumat lanjut tentang jelajah HUAWEI MateBook 15 ini, sila layari laman web HUAWEI. Jom ramai-ramai kita meriahkan lagi Roadshow ini bersama-sama di sini.

sumber: beautifulnara.com #superpantas

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.superpantas.com/2020/01/hiburan-beli-huawei-matebook-d-15-pada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buy The Huawei Matebook D 15 At The Huawei Roadshow Get Free Gifts Worth Up To Rm1 287

Buy The Huawei Matebook D 15 At The Huawei Roadshow Get Free Gifts Worth Up To Rm1 287

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 467 hits
Buy a laptop walk away with HUAWEI FreeBuds 3 a Bluetooth mouse and Microsoft Office 365 Cover image via Android Authority HUAWEI Edited by SAYS For just RM2 499 the HUAWEI MateBook D 15 is a device with incredibly high performance an innov...
Hiburan Komputer Riba Paling Mesra Bajet Huawei Matebook D 15 Cuma Rm2 499

Hiburan Komputer Riba Paling Mesra Bajet Huawei Matebook D 15 Cuma Rm2 499

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 346 hits
Salah satu trend terkini apabila kita memilih komputer riba laptop ialah ia perlu lebih nipis dan lebih ringan Rata rata syarikat teknologi gergasi cuba memenuhi permintaan pengguna dengan membuat produk mereka lebih nipis dan lebih ringan ...
47 Kes Seludup Daun Ketum Bernilai Lebih Rm1 8 Juta Tumpas

47 Kes Seludup Daun Ketum Bernilai Lebih Rm1 8 Juta Tumpas

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 591 hits
47 kes seludup daun ketum bernilai lebih RM1 8 juta tumpas Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 1 Jan 2020 10 14PM
Roti Sosej Di Sekolah Rm0 50 Jadi Rm1 Di Hari Pertama Sekolah

Roti Sosej Di Sekolah Rm0 50 Jadi Rm1 Di Hari Pertama Sekolah

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 342 hits
Seronok baca gelagat anak anak yang memulakan hari pertama sekolah Ada pelbagai reaksi dan ragam Syukur hari ini anak anak aku semua berjaya laksanakan tanggungjawab diri sendiri dengan jayanya termasuk si Sarah yang dah start transit hari ...
Pembukaan Pusat Beli Belah Toppen Berlangsung Selama 12 Hari Dengan Festival Jelesek

Pembukaan Pusat Beli Belah Toppen Berlangsung Selama 12 Hari Dengan Festival Jelesek

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 166 hits
Pembukaan Pusat Beli Belah Toppen Berlangsung selama 12 Hari dengan Festival JelesEk IKEA Southeast Asia baru baru ini melancarkan pembukaan besar besaran Pusat Beli belah Toppen dengan pertunjukan pratonton yang menarik untuk warga Johor d...
Huawei Matebook D 15 Komputer Riba Bajet Dengan Kualiti Flagship

Huawei Matebook D 15 Komputer Riba Bajet Dengan Kualiti Flagship

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 241 hits
Komputer riba dengan perlindungan privasi maksimum dan teknologi nyah kunci pengimbas cap jari rasanya HUAWEI MateBook D 15 tengah kecoh diperkatakan di pasaran sekarang ni Tahukah anda sempena jualan perlancaran HUAWEI MateBook D 15 pada S...
Berhenti Sekolah Darjah 6 Gaji Pertama Beli Lembu Kini Pendapatan Rm1 Juta Setahun

Berhenti Sekolah Darjah 6 Gaji Pertama Beli Lembu Kini Pendapatan Rm1 Juta Setahun

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 321 hits
Rezeki orang berlainan rupa Cover image via Harian Metro Tak dinafikan bukan begitu mudah untuk memperoleh pekerjaan pada zaman sekarang Tidak kiralah anda mempunyai kelulusan apa sekalipun ia belum tentu menjamin peluang kerjaya kepada and...
Gaji Rm1 000 Tanpa Slip Gaji Pun Boleh Beli Rumah Skim Jaminan Kredit Perumahan Sjkp 2020

Gaji Rm1 000 Tanpa Slip Gaji Pun Boleh Beli Rumah Skim Jaminan Kredit Perumahan Sjkp 2020

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 595 hits
Gaji RM1 000 Tanpa Slip Gaji Pun Boleh Beli Rumah Skim Jaminan Kredit Perumahan SJKP 2020 Tahukah anda walaupun anda bergaji bersih RM1 000 sebulan anda mampu membeli rumah sendiri di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan atau SJKP Menarik ka...
Terima Kasih Atas Pemberian Hadiah Hari Jadi 2019

Terima Kasih Atas Pemberian Hadiah Hari Jadi 2019

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 318 hits
Assalamualaikum Bulan Disember yang lalu merupakan bulan kelahiran Fiza ada yang mengingati sempat memberi hadiah kepada Fiza Terima kasih diucapkan Syukur kepada Allah kerana masih dipanjangkan umur Sesungguhnya Fiza amatlah bersyukur deng...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Kesarjanaan Yang Biasa Biasa Sahaja



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masak Lemak Ikan Bawal Cermin Dengan Belimbing Buluh

Utilizing Crowdfunding For Business

Pemandu E Hailing Pengguna Muslim Wajiib Abaikan Grab Kenyataan Media Ppim 26 04 2024

Selamat Bersara Contoh Ucapan Hari Persaraan Poster

Juyaya Semun Ngintu Gawai Chord

Bahaya Kemiskinan By Dr Hm Rakib S H Pekanbaru Riau